80 likes | 512 Views
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN. PENGIRAAN UKURAN MEMUSAT DISEDIAKAN OLEH: AZAHARI BIN ABDULLAH. DEFINISI UKURAN MEMUSAT. Ukuran yang menggambarkan skor tengah bagi sesuatu set data. PENGIRAAN UKURAN MEMUSAT. Terdapat tiga ukuran memusat yang biasa digunakan, iaitu: MOD MEDIA
E N D
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PENGIRAAN UKURAN MEMUSAT DISEDIAKAN OLEH: AZAHARI BIN ABDULLAH
DEFINISI UKURAN MEMUSAT • Ukuran yang menggambarkan skor tengah bagi sesuatu set data.
PENGIRAAN UKURAN MEMUSAT Terdapat tiga ukuran memusat yang biasa digunakan, iaitu: MOD MEDIA MIN
PENGIRAAN MOD Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi,misalnya markah yang pelajar paling ramai memperolehinya. Mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.
PENGIRAAN MEDIAN Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor,misalnya markah tengah bagi set markah ujian mingguan. Sekiranya sesuatu set data mempunyai dua angka tengah,median data ini ialah purata kedua-dua data tengah tersebut. Median mudah ditentukan sekiranya kita telah menyusun data daripada yang terendah hingga tertinggi atau sebaliknya.
PENGIRAAN MIN Min ialah purata sesuatu set data/skor,misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan. Min mudah dikira,sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. Kita boleh menggunakan komputer untuk mengira min bagi data yang banyak. Jumlahkan semua skor/markah dan kemudian dibahagikan dengan bilangan markah/pelajar.
SEKIAN TERIMA KASIH Kumpulan 4<Arina…Hani…Azlie…Raja>