260 likes | 555 Views
BBM 3104 Kuliah 9 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Kandungan Teks undang-undang. Berkaitan dengan adat-istiadat diraja Undang-undang Islam kuasa raja dan pembesar
E N D
BBM 3104 Kuliah 9BAHASA MELAYU ABAD KE-18SASTERA UNDANG-UNDANG Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Kandungan Teks undang-undang • Berkaitan dengan adat-istiadat diraja • Undang-undang Islam • kuasa raja dan pembesar • undang-undang jenayah • undang-undang awam • adat istiadat raja dan pembesar
Pergolongan sastera undang-undang • Kumpulan adat Temenggung • Kumpulan adat perpatih
Aspek yang difokuskan • Penyebaran undang-undang • Sejarah undang-undang • Perbezaan undang-undang • a. corak pemerintahan • b sistem perkahwinan • c penceraian • d pembahagian harta • e pelaksanaan hukuman
Sifat Umum Sastera Undang-undang • Tidak sama dengan kod undang-undang pada hari ini. • Hanya sebagai digest- R.J. Wilkinson • Berguna dari sudut undang-undang, filologi (analisis saintifik tentang rakaman bertulis dan teks sastera) dan budaya Kajian melibatkan • a. Corak persembahan • b mitos asal usul • c. kedudukan raja • d Diskriminasi dalam menjatuhkan undang-undang • e. Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu
Corak persembahan • Menghampiri sifat sastera tradisional. • bermula dengan bismillah dan selawat serta pujian kepada nabi dan Allah. • Contoh undang-undang Inderagiri, Undang-undang Riau, Adat Temenggung dsb.
Mitos Asal-usul • Asal-usul keturunan dan pembukaan sesebuah negara • Contoh HKM – tokoh Iskandar Zulkarnian • HK Pahang dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan- Raja Nusyirwan Adil dari Parsi • Sejarah Melayu dan Misa Melayu- Iskandar Zulkarnian • Tuhfat al Nafis- Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis. • Hikayat Acheh- Iskandar Zulkarnian dgn Dewa Visynu • Kaitan tokoh- menaikkan imej pengasas dalam kalangan rakyat dan raja.
Kedudukan raja Raja sebagai tonggak hieraki • dari segi keturunan dan kepercayaan • Pakaian dan adat istiadat • Kuasa melantik pembesar • Peribadi raja • Konsep setia dan derhaka • Konsep daulat dan tulah berkaitan dengan ‘divine king’ dan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba “ • SM ms 19. Maka sembah Demang Lebar Daun ” Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak”
Konsep daulat dan tulah • SM m.s 20 • Maka titah Sang Sapurba,” Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu hamba kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun” • Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”
Diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman • Keistimewaan kepada golongan atasan atau golongan bangsawan • Seseorang yang melakukan kesalahan ke atas pembesar akan dijatuhi hukuman yang lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan dengan orang biasa.
Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu • Isinya bercampur aduk • Pengaruh Islam lebih menonjol • Undang-undang HKM dianggap sebagai Undang-undang Melaka lengkap (proper) oleh Liaw Yock Fang (LYF) • Ph.S.van Ronkel- HKM ada sedikit hukum Islam tetapi LYF –HKM ada 44 fasal dan banyak hukum Islam.
sambungan • HKP lebih banyak mengandungi undang-undang Islam jika dibandingkan dengan HKM • R.O. Winstedt dan J.E Kempe membahagikan undang-undang HKP kpd: • Fasal 1-Fasal 23- memperlihatkan pewarnaan Hindu • Fasal 24-Fasal 60- terjemahan secara langsung hukum Islam mazhab Syafie • Fasal 68-92 – campur aduk undang-undang Islam dengan unsur-unsur tempatan
sambungan • HKM bersifat campur aduk sumber Hindu dan Islam. Contoh; • “ adapun pada hukum kanun, disuruh berlawan berselam air atau minyak atau timah. Maka disuruh ayat al-Quran pada tembikar kuali itu….(m.s 133).
Undang-undang Islam • Pengaruh Islam lebih menonjol dalam teks Itqan al-Muluk bin Ta’dil al Suluk (Terengganu) dan Thamarat al-Muhimmah (Riau) • Itqan al-Muluk bin Ta’dil al Suluk- mengandungi 53 fasal menceritakan zaman pentadbiran Sultan Zainal Abidin III • Thamarat al-Muhimmah karya Raja Ali Haji (Riau)- mengandungi 3 bab dan 17 fasal membincangkan konsep raja dan kerajaan daripada pandangan Islam. Mengikut Raja Ali Haji, muncul raja atas 3 sebab, iaitu a) bai’ah- daripada ulama, b) istikhlaf –sebab penggantian dan c) taghlab – sebab paksaan dan kekerasan.
Thamarat al-Muhimmah • Bab 2 membincangkan tugas-tugas kadi dan tertib di makhmah. • Bab 3 membincangkan aspek pembersihan diri dari segi rohani dan jasmani.
Undang –undang perhambaan • Undang-undang terletak di tangan golongan yang kuat • Dlm HKM – ada kategori hamba: • Hamba pinjam • - jika mati hamba yang dipinjam tanpa izin • tuannya - dikehendaki bayar sepenuhnya • - jika mati hamba yang dipinjam dengan izin – • dibayar sepertiga harga • Hamba raja • lebih tinggi dpd kalangan hamba sendiri. • tidak boleh dipalu. Merdeheka akan dihukum masuk • ulur dan abdinya dikerat lehernya. • Bagi hamba perempuan- mas kahwin digandakan, • orang merdeheka akan masuk ulur atau dibuang negeri.
sambungan • Hamba berhutang – isteri akan mewarisi sepertiga sahaja hutang jika sipiutang meninggal dunia. • Di Perak, bayaran menebus diri ialah $25. atau 100 bidur • Dua sistem – sistem mengiring (menyerah tenaga dan khidmat kpd tuannya) dan sistem berbelah –menyerah sebahagian khidmatnya kpd tuannya.
Perhambaan di Perak • Abdi – Batak, Sakai dan Habsyah • Hamba raja • Hamba berhutang • Hamba berhutang disebabkan perkahwinan dgn perempuan berhutang • Anak isteri hamba berhutang • Hamba atas tuduhan-tuduhan yang tidak mengikut undang-undang
Kelemahan Sastera Undang-undang • Kurang membincangkan pembahagian harta • Bercampur aduk melalui fasal 6 HKM (rujuk m.s 143-144) • Undang-undang lain yang bercampur aduk – Undang-undang Kedah
Gaya bahasa • “ Naskhah undang-undang Melayu lama itu misalnya dapat menunjukkan kepada kita gaya penulisan atau gaya bahasa pada suatu zaman dalam sejarah kesusasteraan Melayu” –Mohd Taib Osman
Gaya bahasa • Gaya bahasa sastera kitab, contoh penggunaan ‘fasal’ ‘hukuman’ dsb • Ayat panjang dan berbelit-belit. • Ada pengaruh Inggeris terutama HKM dan HKP yang ditulis pada abad ke-16 dan ke-17 • Terdapat unsur bahasa Sanskrit dan Arab • Lebih bersifat konotatif lantaran adanya penggunaan metafora, pantun dan perumpamaan. Contoh dalam undang-undang Adat Perpatih. Undang-undang Minangkabau terdapatnya gabungan bahasa prosa dan puisi
Contoh : penceraian dalam Adat Perpatih • Dalam Adat Perpatih, selain menggunakan hukum syarak dalam proses perceraian, terdapat proses tertentusebagai tambahan yang dipanggil sebagai bersuarang. Suami akan mengadakan jamuan kecil dan menjemput keluarga daripada kedua-dua pihak dan di sinilah segala permasalahan akan dibincangkan: • Kok kusut diselesaikan • Kok keruh dijernihkan, • dan bersama mencari yang jernih.
Sekiranya berlaku juga penceraian, soal pembahagian harta adalah seperti dalam teromba yang berikut: • Ada pertemuan dinikahi • Habis pertemuan diceraii • Cari bahagi, • Dapatan tinggal, • Pembaca kembali • Sekutu belah • Suarang beragih
Kitab Undang-undang Melayu • Terbahagi kepada tiga • 1. Kumpulan Adat Perpatih • 2. Kumpulan Adat Temenggung • 3. Undang-undang yang berlandaskan Islam
Contoh undang-undang • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang laut Melaka • Undang-undang Pahang • Undang-undang Kedah
Penutup • Undang-undang Melayu lama dikatakan satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. • Menunjukkan gaya penulisan dan gaya bahasa pada zaman kesusasteraan Melayu lama • Bahasa perlambangan dan ibarat digunakan untuk menyatakan undang-undang. • Ini menyerlahkan lagi bahawa unsur keindahan dan kiasan bahasa merupakan salah satu ciri hasil sastera Melayu lama