530 likes | 828 Views
Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan: The Best Practices. Oleh ASHAH BINTI SAMAH. Objektif Ceramah. Diakhir ceramah, peserta diharap akan dapat: Memahami amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman penceramah sebagai Nazir Sekolah dan Pengetua;
E N D
Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan: The Best Practices Oleh ASHAH BINTI SAMAH
Objektif Ceramah Diakhir ceramah, peserta diharap akan dapat: • Memahami amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman penceramah sebagai Nazir Sekolah dan Pengetua; • Gambaran mengenai pemilihan guru pakar dalam KPM
Sumber Rujukan • Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia; • Akta Pendidikan 1996; • Peraturan-peraturan pendidikan; • Surat-surat pekeliling ikhtisas; • Arahan Perkhidmatan ; • Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam; • Surat Pekeliling Kewangan.
Modus Operandi Pemeriksaan Nazir Sekolah • Pemerhatian; • Temuramah; dan • Semakan dokumen
Pengajaran dan Pembelajaran CORE BUSINESS • 20 % wajaran dalam penilaian IPSKPM; • 40 % dalam penilaian guru pakar; • 2 guru setiap orang nazir sekolah yang melaksanakan pemeriksaan atau penilaian di sekolah
Peranan Guru • Pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal dalam bentuk P&P; • Agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Mahir dalam memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelajar daripada pelbagai kebolehan.
Dokumen yang di semak • Rancangan Tahunan yang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini-Seksyen 8 (1)-Penaliti RM 500.00 • Merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa; • Buku Rekod Mengajar- mengikut P.U.(A) Peraturan 8
Buku Rekod Guru • Menyimpan dan menyenggara sesuatu buku rekod ; • Hendaklah direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan tiap minggu • Bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan; • Diadakan serta merta untuk pemeriksaan
Isu Buku Rekod Mengajar • Tidak buat rancangan tahunan & harian; • Tiada jadual waktu yang ditandatangani Pengetua/GBesar; • Penipuan rancangan harian; • Lewat hantar; • Tidak hantar. Penalti RM 500.00
Jadual Waktu P.U. (A) 531 Perkara 6(1) • Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran diajar; • Sukatan mata pelajaran diajar Perkara 6 (2) • Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu pernggal persekolahan semasa
Jadual Waktu Induk P.U.(A) Peraturan 11guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran & jw yg diluluskan • GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya disuatu tempat yang mudah dilihat-di pejabat, kantin, laluan, bilik guru, bilik gerakan- tidak patuh boleh dipenjara 3 bulan atau denda penalti RM 5000
Pengajaran Dan Pembelajaran Apa itu proses P&P Proses P&P meliputi aspek: • perancangan pelajaran; • teknik pengajaran; • teknik penyoalan; • Perbincangan; • penyertaan pelajar; dan • penilaian di bilik darjah.
Mengapa perlu rancangan harian 1.Membantu guru memikirkan dgn jelas: • matlamat dan objektif P&P;(niat) • Pemilihan isi pelajaran; • Kaedah dan teknik P&P;alat bantu mengajar; dan • Persediaan penilaian
Mengapa perlu …….. 2.Mengurangkan pembaziran masa melalui • kaedah sistematis; • Memfokuskan guru kepada bidang diajar dan isi yang cukup dalam tempoh waktu yang diperuntukkan; • Membolehkan guru menghadapi murid dengan yakin; dan membantu guru mengingati isi pelajaran yang disampaikan.
Apa itu objektif/hasil pembelajaran: Apa ilmu dan kemahiran yang hendak dicapai;Pernyataan umum tentang apa yang dijangkakan contoh: • untuk memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan dan fahaman tentang perkembangan nasionalisme Indonesia; atau • Memahami faktor-faktor yang membolehkan Melaka menjadi pusat perdagangan penting menjelang abad ke 16
Objektif….. • Perlu dinyatakan secara khusus atau spesifik iaitu perubahan yang diharapkan kepada pelajar selepas mempelajari tajuk berkenaan; • Realistik, praktikal,sesuai dan boleh dicapai; • Meliputi bidang kognitif,afektif dan psikomotor
Isi Pelajaran • Berhubung rapat dengan objektif –tidak terlalu senang hingga membosankan murid tetapi mencabar minda pelajar cerdas dan menarik minat murid sederhana untuk tahu; • Merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan khusus kemahiran intelek dan ciri-ciri yang dibanggakan seperti iktibar, nilai atau kaitan dengan kehidupan seharian; • Guru mesti tahu tajuk dgn mendalam; • Senaraikan perkara yang akan jadi fokus
Isi pelajaran………. Bertitik tolak dari: • Yang diketahui kepada yang tidak diketahui; dan • Yang mudah kepada yang lebih sukar.
Teknik Mengajar • Guru jelas dgn tindakan bagi perancangan pelajaran yang dibuat; • Objektif mesti dicapai;(refleksi/impak) • Tahu potensi dan tahap murid diajar; • Pengetahuan asas murid yang diajar berkaitan tajuk; • Bagaiman sebahagian besar murid perlu dilibatkan;
Teknik Menyoal: Kenapa guru perlu menyoal? • Meransangkan murid dan menimbulkan minat mereka kepada tajuk yang diajar; • Mendapat pandangan dan maklumat daripada murid; • Memperkenalkan tajuk baru; • Memfokuskan murid kepada tajuk terutama bila perbincangan mereka menyimpang; • Mempengaruhi mereka kepada arah/hala perbincangan.
Dalam situasi bagaimanakah teknik menyoal digunakan? • Guru perlu mententeramkan keadaan apabila sesuatu pengajaran bermula. Guru perlu mengingatkan kembali perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam pelajaran sebelumnya; • Untuk menarik perhatian kelas dengan memberikan soalan-soalan umum dan beberapa soalan spesifik.
Apakah prinsip penyoalan guru? • Elakkan jawapan ya atau tidak. Mulakan dengan soalan-soalan dengan perkataan-perkataan berikut: apa, bila, di mana, siapa, mengapa, bagaimana; • Pelbagaikan soalan- disebarkan ke seluruh kelas, spesifik yang memerlukan jawapan individu, dihalakan balik kepada murid yang menyoal dan ditanya kepada murid lain; • Guru elakkan dari memberi jawapan; • Gunakan pandangan murid
Teknik Perbincangan: Kenapa perlu? • Untuk konsolidasikan pengajaran, menggalakkan pemikiran bersama kumpulan tapi bukan untuk mencapai sesuatu keputusan berdasarkan apa yang dikehendaki guru. • Guru tidak boleh memaksakan pendapat dan pemikirannya ke atas kumpulan yang berbincang
Perbincangan….. • Jika seorang murid kemukakan soalan kepada guru, kemukakan soalan itu kembali kepada kumpulan berkenaan; • Soalan boleh dibimbing tapi bukan jenis leading contoh soalan baik “ pada pendapat kamu apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Kedah bagi menjamin keselamatan negeri baginda?
Cadangan Aktiviti Pembelajaran • Mengkaji gambar; • Menkaji bahan bacaan; • Mengkaji peta-peta- jalan keretapi Tanah Melayu; • Mengkaji jadual dan graf; • Perbahasan; • Lakonan; • Projek- kajian/penyelidikan cth: bawa murid ke tempat sampah/hutan FRIM
Bukan……. “Pada pendapat kamu tidakkah tindakanSultan Kedah menghubungi pihak British ialah untuk mencari jalan bagi menyelamatkan negeri baginda?”
Perancangan Harian Tajuk: Objektif pembelajaran/hasil pembelajaran mengikut potensi murid • Cerdas: Menyatakan 8 sebab tanpa rujuk buku teks; • Sederhana: Menyatakan 7 sebab tanpa rujuk buku teks;dan • Lemah : Menyatakan 8 sebab dgn merujuk buku teks
Aktiviti • bagaimana hendak capai objektif; • Pemeringkatan dan perkembangan pelajaran; • Aktiviti ikut tahap kebolehan murid& tahap kecerdasan; • Libatkan pelbagai deria; • Suara yang sesuai dan disenangi.
Pre P&P di kelas- 1 minit pertama • Buat akujanji di kulit buku- aku berjanji untuk mendapat Gred C dalam peperiksaan akhir tahun . Ada self actualization • Baca doa; sahaja aku belajar kerana Allah Taala • Murid buat catatan graf ikut TOV, OTI dan ETR
P&P Dalam Kelas Set Induksi menarik dan berkaitan: Negatif: hari ini kita nak belajar ape? bukak buku.buat kerja masing-masing. Contoh P&P : Rukunegara • Ada integerasi ilmu yang dicungkil dari murid; • Unsur patriotik; • Unsur sains; • Proses mengenalpasti.
Pendekatan • Ansur maju mudah ke kompleks atau • Kongkrit ke abstrak • Hubungkait dengan kehidupan harian • Laras bahasa dan istilah tepat
Penggunaan Bahan • Sesuai; • Hands on, minds on; • Berpusatkan murid; • Ikut tahap kebolehan murid;
sambungan • Galakan murid cari maklumat sendiri Down load dari laman web
Penerapan kemahiran berfikir; • Pendekatan integerasi merentasi kurikulum(bahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan)
Teknik Penyoalan • Bercapah; • KBKK; • Disebarkan; • Mengalih soalan kepada murid lain • Respons terhadap jawapan murid.
Budaya Belajar Murid-Peranan Guru UB&K • Bawa peralatan; • Catat nota; • Kemukakan soalan; • Beri pendapat; • Rujukan spontan; • Berinteraksi secara aktif dgn guru; • Respons kepada latihan dan soala;
Respons Guru • Respons sesuai dengan jawapan murid; • Berinteraksi secara aktif; • Peneguhan atau pujian jika betul/terlibat dan galakan walaupun salah; • Pelbagai ungkapan, lisan, bahasa isyarat. • Teguran perlakuan negatif Isu: penggunaan bahasa kesat negatif- bodoh, bangang, bahalul
Latihan • Tugasan, kerja rumah-mencukupi dan boleh dilaksanakan murid – RAPI(Rate Propotion Intensity);Kes banyak kerja rumah yang tidak sesuai atau terlalu banyak; • pelbagaikan;-lukis peta; buat sajak; • Kesilapan yang tidak diperbetulkan akan mengukuhkan kesilapan yang dilakukan. Elakan komulatif sindrom
Pemeriksaan kerja bertulis • Memeriksa dalam tempoh kekerapan yang sesuai;(2 hari selepas latihan diberi) • Tunjukkan kesilapan murid dgn sistem yang difahami murid; • Beri peneguhan-pensil, bintang, kata-kata;
Penutup • Membuat penutupan sosial bagi mententeramkan murid. Kes : empat musim
Lain-lain • Kelas bersih dan teratur; • Ada inventori; • Penggunaan papan kenyataan; • Peraturan kelas/adab belajar
Perhatian Kepada Guru • Mesti ada jadual waktu w/pun kerap berubah-ubah, ditandatangani guru & Pengetua/GB; • Lengkap dengan senarai nama murid yang penuh; • Masuk kelas tepat masa-berhutang Kes: guru baling kunci & pukul murid
Best practices :Contoh peningkatan kemahiran dalam membina ayat-ayat untu karangan • Tahun Satu – 3 ayat; • Tahun Dua - 6 ayat; • Tahun Tiga - 9 ayat; • Tahun Empat- 12 ayat; • Tahun Lima 15 ayat’ • Tahun Enam- cantikkan struktur bahasa.
Best Practices • Pengajaran mata pelajaran Fizik; • Laporan Bahasa Melayu-buat jus limau
Ikhtisas/Instruksional Peranan Pentadbir Sebagai Pemimpin • Menyelia guru secara terus di dalam bilik darjah sepeerti kehendak surat pekeliling ikhtisas bil:3/1987; • Memberi pandangan, panduan dan bimbingan profesional kepada guru-gurunya yang menjadi pelaksana kurikulum;
Isu-isu P&P: 16 isu • Pengajaran berpusatkan guru bukan murid; • Guru banyak bersyarah; • Alat bantu mengajar kurang digunakan dan ada yang tidak sesuai; • Pendekatan yang tidak pelbagai-banyak chalk and talk; • Banyak memberi pengetahuan dan kurang memudah cara;
Sambungan….. • Banyak menggunakan kaedah kelas; • Tidak mengambil kira kepelbagaian potensi murid; • Pemulihan dan pengayaan kurang dijalankan; • Banyak menggunakan stimulus-response-conditioning, prinsip-prinsip utama pengajaran dan pembelajaran jarang digunakan;
Sambungan isu………. • Soalan-soalan yang digunakan oleh guru banyak menguji daya ingatan sahaja; • Murid kurang diberi peluang mengeluarkan pendapat dan bersoal jawab; • Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan tambahan; • Tidak banyak berfikir tentang sesuatu perkara; • Murid kurang latihan/tidak tahu kenapa X atau betul; • Murid tidak sedar apa yang dipelajari;
Ingat mengingat Tidak masuk syurga orang yang berhutang kerana setiap hutang wajib dibayar Education cuts never heal
Akhir kata Soyah makan sirih Sekian , terima kasih.