150 likes | 633 Views
PSIKOSOSIAL SUKAN P ersonaliti dan Sukan. Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
E N D
PSIKOSOSIAL SUKANPersonalitidanSukan Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. • Personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. ( Mishel, 1968). • Personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. (Allport, 1961) PENGERTIAN PERSONALITI
Personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. (Eysenck, 1981) • Personaliti sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. (Kagen dan Segal, 1988). • Personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. (Watson, 1919) PENGERTIAN PERSONALITI
Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu : • Ekstrovert • Introvert • Ambivert KLASIFIKASI PERSONALITI
Ekstrovert • Biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. KLASIFIKASI PERSONALITI
Introvert • Menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. KLASIFIKASI PERSONALITI
Ambibert • Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert. KLASIFIKASI PERSONALITI
Individu Introvert cenderung utk memilih jenis sukan yg memerlukan: • Penumpuan • Ketepatan • Motivasi kendiri • Kemahiran yg rumit • Tahap arousal (kebangkitan) yg rendah • Pencapaian individu spt memanah, golf & snooker PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKAN
Individu Extrovert cenderung utk memilih jenis sukan: • Menarik dan menyeronokkan • Sukan berpasukan • Rentak / jejak yg pantas • Tahap arousal / kebangkitan yg tinggi • Kemahiran motor yg besar dan mudah • Konsentrasi yg rendah spt, rugby dan tinju PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKAN
FAKTOR BAKA/GENETIK • Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
FAKTOR PERSEKITARAN • Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI