120 likes | 908 Views
PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN. T6 - Asma Dan Serangan Jantung T7 - Kecederaan Kulit. Permasalahan Pernafasan. Penyakit Asma
E N D
PJM3118 KECEDERAAN DALAM SUKAN T6 - Asma Dan Serangan Jantung T7 - Kecederaan Kulit
Permasalahan Pernafasan • Penyakit Asma • menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. • penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga. • penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.
Tanda dan gejalanya , antaranya : • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan. • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk. • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit. • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan. • Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.
Rawatan Kecemasan • Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. • Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. • Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. • Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.
KECEDERAAN KULIT Jenis kecederaan • Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut : • Luka : kulit terkoyak disebabkan terkena bendatajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius. • Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antarabahagian badan dengan permukaan yang lain. Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akanmengelembung. • Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeserdengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulittidak cedera.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur • Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. • Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. • Tenangkan mangsa. • Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. • Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. • Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. • Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. • Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. • Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. • Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali • Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. • Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. • Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. • Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. • Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. • Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian • Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan. • Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. • Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. • Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan. • Cuci tempat terbakar dengan cermat. • Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan kecederaan kulit • Pencegahan jangkitan