170 likes | 395 Views
Bab 4. Pembolehubah dan Pemalar. Subtopik. Pencam Pencam piawai Perkataan simpanan Jenis Data Nombor bulat (integer) Nombor nyata (real / floating point ) Aksara Data logikal (Boolean) Pembolehubah Pengisytiharan Pengumpukan nilai awal Pemalar Integer Nyata Aksara (character)
E N D
Bab 4 Pembolehubah dan Pemalar
Subtopik • Pencam • Pencam piawai • Perkataan simpanan • Jenis Data • Nombor bulat (integer) • Nombor nyata (real / floating point ) • Aksara • Data logikal (Boolean) • Pembolehubah • Pengisytiharan • Pengumpukan nilai awal • Pemalar • Integer • Nyata • Aksara (character) • Rentetan (string)
Pencam • Membolehkan kita menamakan data dan objek dalam aturcara • Pencam digunakan untuk merujuk data dan objek yang digunakan perlu unik • Petua pencam: • Terdiri dari abjad(besar dan kecil), digit, dan underscore (_) • Tidak boleh dimulakan dengan digit • Hanya 31 yang pertama diambilkira (ANSI/ISO C) • Tidak boleh menyamai perkataan simpanan • Tidak digalakkan menyamai pencam piawai • Bahasa pengaturcaraan C membezakan abjad kecil dan abjad besar ‘nama’ dan ‘Nama’ adalah dua pencam yang berbeza
Perkataan Simpanan • Perkataan yang digunakan oleh bahasa C untuk merujuk objek atau data tertentu auto double int struct break else long switch case enum register typedef char extern return union const float short unsigned continue for signed void default goto sizeof volatile do if static while
Pencam Piawai • Pencam yang mempunyai telah ditakrifkan dan mempunyai makna khas dalam C • Seperti perkataan simpanan, tetapi pencam piawai boleh ditakrifkan semula oleh pengaturcara • Contoh: printf scanf
Jenis Data • Menentukan nilai dan set operasi yang boleh dilakukan ke atas suatu data • C mengandungi 4 jenis data asas: • Integer (int) • Nyata (float) • Aksara (char) • C tidak mempunyai jenis data logikal (Booelan) tetapi menyokong konsep menggunakan 0(palsu) dan 1(benar)
Jenis data integer Bil Bait Julat short int 2 -32,767 . . 32,767 unsigned short int 2 0 . . 65,535 int 2 -32,767 . . 32,767 unsigned int 2 0 . . 65,535 long int 4 -2,147,483,647 . . 2,147,483,647 unsigned long int 4 0 . . 4,294,967,295 Integer • Terdapat 3 jenis data integer yang berbeza mengikut saiz: short int <= int <= long int • Setiap satu pula terdapat 2 subjenis: signed dan unsigned • Perwakilan data dalam ingatan adalah dalam bentuk perduaan • Contoh: 00000000010011002 = 7610
Jenis data no. nyata Bilangan Bait Kepersisan Julat float 4 6 10-37 .. 10-38 double 8 15 10-307 .. 10308 long double 16 19 10-4931 .. 104932 Nyata • Terdapat 3 jenis nombor nyata yang berbeza mengikut saiz: Float <= double <= long double • Perwakilan nombor nyata adalah dalam bentuk mantisa dan eksponen • Contoh: 0.007 7.0 * 10-3 mantisa eksponen +7 -3
Aksara • Jenis data yang digunakan untuk mewakilkan abjad, digit atau simbol • Perwakilan suatu aksara dalam komputer adalah berdasarkan kod ASCII yang unik • Kod ASCII adalah suatu nilai integer, maka diwakilkan dalam bentuk perduaan • Saiz yang diperuntukkan untuk mewakilkan satu aksara ialah sebanyak 1 bait = 8 bit • Contoh : Nilai ASCII bagi abjad ‘a’ = 97 Maka ‘a’ di dalam komputer diwakilkan seperti di bawah:
Pembolehubah • Suatu lokasi dalam ingatan yang dinamakan dan mempunyai jenis operasi manipulasi yang bersesuaian boleh dilakukan keatas nilai yang disimpan dalam lokasi ini • Setiap pembolehubah perlu diisytiharkan • Pengisytiharan – proses menamakan pembolehubah dengan pencam dan menyatakan jenis bagi pembolehubah tersebut Jenis_data pencam_pembolehubah; • Contoh: char kod; float kadarBayaran; long int jum_pendapatan; int a, b;
Pembolehubah • Ada dua cara untuk mengumpukkan nilai awal kepada pembolehubah: • Menggunakan pernyataan umpukan selepas pengisytiharan Contoh: int i; . . i = 0; • Mengumpukkan nilai awal semasa pengisytiharan Contoh : int i = 0; a int a, b = 0; • Pengumpukan nilai awal perlu untuk mengelakkan ralat ‘garbage’
Pemalar • Data yang tidak berubah sepanjang perlaksanaan aturcara • Seperti pembolehubah, pemalar mempunyai jenis: • Integer, • Nyata, • Aksara, dan • Rentetan • Bergantung kepada sistem nombor yang digunakan, pemalar integer terbahagi kepada : • Integer persepuluhan (100, -77, –32271L, 76542LU) • Integer perlapanan (0144, 02255, 0765, 010) • Integer perenambelasan (0x66, 0xABB, 0xFF, 0x10)
Pemalar Nyata • Contoh pemalar nyata yang sah: 3.14159 -3.14159 314.159e-2F (setara dengan 314.159 X 10-2) 0e0 (setara dengan 0.0) 3.7F 3.1415926536L • Contoh pemalar nyata tak sah 3.14,159 314159 2E1.5 3E 12 .e0
Pemalar Aksara dan Rentetan • Pemalar aksara mesti diapit oleh tanda kutip tunggal (single quote) • Contoh : ‘A’ ‘?’ ‘5’ ‘\n’ ‘\\’ ‘\’’ ‘\”’ • Pemalar rentetan perlu diapit oleh tanda kutip berganda (double quote) • Contoh: “UKM” “” “123” “x” “17, SS21/30”
Contoh Aturcara 1 #include <stdio.h> void main( ) { int a; int b; int c; int jum; printf(“Selamat Datang. \nAturcara ini menjumlahkan 3 nombor.\n”); printf(“Masukkan 3 nombor dalam bentuk: nnn nnn nnn <enter>\n”); scanf(“%d %d %d”, &a, &b, &c); jum = a + b + c; printf(“Jumlah adalah: %d\n\n”, jum); prinf(“Terima kasih.\n”); }
Output Aturcara 1 Selamat Datang. Aturcara ini menjumlahkan 3 nombor. Masukkan 3 nombor dalam bentuk: nnn nnn nnn <enter> 11 22 33 Jumlah adalah: 66 Terima kasih. _
Contoh Aturcara 2 #include <stdio.h> #define PI 3.1415926536 void main(void) { const double pi = 3.145926536; printf(“Pemalar yang ditakrifkan PI: %f\n”, PI); printf(“Pemalar ingatan pi: %f\n”, pi; printf(“Pemalar literal: %f\n”, 3.1415926536); } Output Pemalar ditakrifkan PI: 3.141593 Pemalar ingatan pi: 3.141593 Pemalar literal: 3.141593