700 likes | 1.33k Views
KESATUAN SEKERJA (KS). PENDAHULUAN. KS di Malaysia samada KS untuk orang-orang kerja atau majikan adalah di bawah peruntukan Undang-undang Persekutuan seperti Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS 1959) dan dalam keadaan-keadaan tertentu Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967).
E N D
PENDAHULUAN • KS di Malaysia samada KS untuk orang-orang kerja atau majikan adalah di bawah peruntukan Undang-undang Persekutuan seperti Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS 1959) dan dalam keadaan-keadaan tertentu Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967). • Berkesatuan adalah hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(c)) KESATUAN SEKERJA
“KS tidak akan wujud jika para pekerja tidak bebas untuk menganggotainya, bekerja untuknya dan berpesatuan dengannya. Ini merupakan hak asasi yang telah diberikan oleh Perlembagaan yang secara nyata menyatakan inspirasi para pekerja.” Azlan Shah FJ (Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Employees Union & Ors v. South East Asia Firebricks Sdn Bhd [1976] 2 MLJ 67, 69) • Seksyen 8, Akta Kerja 1955. KESATUAN SEKERJA
DEFINISI KS • “apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan – KESATUAN SEKERJA
a) dalam mana-mana pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa; dan • b) sama ada secara sementara atau tetap; dan • c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut – • i) peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dengan majikan-majikan, bagi maksud menggalakkan perhubungan perindustrian yang baik di antara orang KESATUAN SEKERJA
orang kerja dan majikan-majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan orang-orang kerja atau memperbaiki status ekonomi dan sosial mereka, atau meningkatkan produktiviti; • ia) peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dan orang- orang kerja, atau di antara majikan-majikan dan majikan-majikan; • ii) perwakilan sama ada orang-orang kerja atau majikan-majikan dalam pertikaian-pertikaian tred; KESATUAN SEKERJA
iia) menjalankan, atau menguruskan dengan, pertikaian-pertikaian tred dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya; atau • iii) menggalakkan atau mengaturkan atau membiayai mogok atau tutup-pintu dalam mana-mana tred atau industri atau peruntukan gaji atau faedah-faedah lain bagi ahli-ahlinya semasa suatu mogok atau tutup-pintu. (seksyen 2(1), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Elemen-elemen Penting • 1) KS yang dibenarkan oleh undang-undang adalah KS samada yang terdiri daripada orang-orang kerja atau majikan. Ini bermakna KS orang-orang kerja adalah untuk orang-orang kerja dan KS majikan adalah untuk majikan dan orang-orang kerja dan majikan tidak boleh menyertai KS yang sama. KESATUAN SEKERJA
2) Penubuhan KS adalah berdasarkan kepada wilayah tempat kerja orang-orang kerja dan majikan samada di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak. Ini bermakna KS di Malaysia Barat tidak boleh dianggotai oleh orang-orang kerja atau majikan-majikan di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. • 3) Kesatuan hendaklah berdasarkan kepada pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau KESATUAN SEKERJA
dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa. Ini bermakna undang-undang tidak membenarkan KS yang berbentuk umum. Keputusan samada sesuatu tred, pekerjaan atau industri itu serupa adalah terletak kepada budi bicara Ketua Pengarah. KESATUAN SEKERJA
Tanjong Naga Sdn Bhd v. Minister of Labour & Manpower [1987] 1 MLJ 124, budi bicara Ketua Pengarah adalah budi bicara yang berdasarkan kewajipan bertindak yang bertanggungjawab. Jika tindakannya adalah tidak munasabah di mana orang kebanyakan tidak akan mencapai keputusan tersebut, barulah mahkamah akan masuk campur. KESATUAN SEKERJA
Attorney General, Malaysia v. Chemical Workers’ Union of Malaya [1971] 1 MLJ 38. Pendapat Ketua Pengarah tentang serupa adalah untuk maksud mendaftarkan KS, atau meluluskan suatu persekutuan KS-KS, atau permohonan KS-KS. Hal ini tidak menyentuh tentang suatu pertikaian mengenai soal pengiktirafan pekerja dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan ia tidak boleh mengatasi kuasa-kuasa dan bidang kuasa Mahkamah Perusahaan di bawah Akta tersebut. KESATUAN SEKERJA
Rayuan dalam masa tiga puluh hari kepada Menteri dari tarikh keputusan tersebut.(seksyen 71A(1), AKS 1959) • Metal Industries Employees Union v Registrar of Trade Unions [1976] 1 MLJ 80, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan untuk tidak campur tangan terhadap keputusan Ketua Pengarah oleh sebab di sana terdapat remedi yang lain, iaitu secara merayu kepada Menteri. • Keputusan Menteri adalah muktamad. (seksyen 71A(4), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
4) Penubuhan KS boleh diwujudkan secara sementara atau tetap. • 5) Sesuatu KS hendaklah mempunyai satu atau lebih tujuan yang dinyatakan oleh seksyen 2(1) AKS 1959. • 6) Sebarang KS yang termasuk di dalam definisi yang diperuntukkan oleh seksyen 2(1) AKS 1959 adalah dikira sebagai KS walaupun belum didaftarkan sebagai KS. KESATUAN SEKERJA
PENUBUHAN • KS boleh ditubuhkan apabila penubuhannya dirasakan perlu oleh orang-orang kerja ataupun majikan-majikan. Ia bukannya satu proses yang rumit. Ia hanya memerlukan persetujuan daripada sekurang-kurang tujuh orang pekerja dan kemudiannya didaftarkan di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. KESATUAN SEKERJA
Tarikh penubuhan adalah tarikh persetujuan para orang kerja atau majikan bersetuju mewujudkan suatu pertubuhan atau gabungan di dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri, dan samada sementara atau tetap. (seksyen 9(1), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
PENDAFTARAN • Setiap KS hendaklah memohon untuk didaftarkan dalam tempoh satu bulan yang dikira dari tarikh ianya ditubuhkan. (seksyen 8(1) AKS 1959) • Ketua Pengarah dibenarkan menggunakan budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh tersebut dengan syarat ianya tidak melebihi suatu tempoh enam bulan agregat.(seksyen 8(2), KS 1959) KESATUAN SEKERJA
Permohonan sesuatu pertubuhan, gabungan atau persatuan hendaklah mengemukakan permohonan didalam borang tertentu (Borang B) yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh anggota kesatuan kepada Ketua Pengarah. (seksyen 10(1) AKS 1959) • Tiap-tiap permohonan hendaklah dikemukakan dalam empat salinan. (peraturan 4, Peraturan-peraturan KS 1959 (Peraturan 1959)) KESATUAN SEKERJA
Permohonan hendaklah disertakan dengan fee yang ditetapkan dan satu salinan bercetak kaedah-kaedah KS mengikut seksyen 38(1) AKS 1959, (segala peruntukan dalam Jadual Pertama) beserta penyata yang mengandungi butir-butir berikut: • a) nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonan; • b) nama KS itu dan alamat ibu pejabatnya; KESATUAN SEKERJA
c) title, nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai KS itu, dan maklumat lain sedemikian mengenai pegawai-pegawai sedemikian yang diperlukan supaya diberi oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes. (seksyen 10(2), AKS 1959) • “Ketua Pengarah boleh meminta untuk maklumat lanjut bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu permohonan itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau bahawa KS itu berhak didaftarkan di bawah Akta ini.” (seksyen 14, AKS 1955) KESATUAN SEKERJA
Kuasa Ketua Pengarah • 1) mendaftar KS itu mengikut cara yang ditetapkan. (seksyen 12(1), AKS 1959) • 2) menolak daripada mendaftar KS itu (seksyen 12(2), AKS 1959) • 3) hendaklah (wajib) menolak mendaftar KS. (seksyen 12(3) AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Seksyen 12(1) • Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada KS itu Sijil Pendaftaran yang menjadi bukti keterangan muktamad bagi semua maksud KS itu telah didaftarkan dengan sempurna melainkan sijil tersebut telah dibatalkan atau ditarik balik. (seksyen 13, AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
“Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh KP di bawah seksyen 13 hendaklah pada matannya mengikut Borang D sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertamanya.” (peraturan 7, Peraturan 1959) KESATUAN SEKERJA
Seksyen 12(2) • Ketua Pengarah dibenarkan menolak daripada mendaftar KS itu jika dia berpuas hati bahawa telah ada suatu KS mewakili orang-orang kerja dalam penubuhan, tred, pekerjaan atau industri tertentu itu dan bukan menjadi kepentingan orang-orang kerja di dalam penubuhan, tred, pekerjaan atau industri tertentu itu untuk mengadakan suatu lagi KS yang lain berkenaan dengannya. KESATUAN SEKERJA
Persatuan Pegawai-pegawai Bank Semenanjung Malaysia v. Minister of Labour, Malaysia & Ors [1989] 1 MLJ 30 pendaftaran KS adalah tidak sah kerana pihak Ketua Pengarah telah gagal mengambilkira kepentingan orang-orang kerja di dalam sesuatu perkhidmatan memandangkan ini adalah ketetapan undang-undang yang telah diperuntukan oleh seksyen 12(2). Ketidaksahan KS juga dibuat setelah Ketua Pengarah mengatakan bahawa pendaftaran dibuat hanya setelah mendapati terdapat kepentingan pegawai executif tanpa merujuk kepentingan orang-orang kerja. KESATUAN SEKERJA
Seksyen 12(3) • a) dia berpendapat bahawa KS itu mungkin akan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan atau tak konsisten dengan tujuan dan peraturannya; • b) sesuatu tujuan KS itu menyalahi undang-undang; KESATUAN SEKERJA
c) dia tidak berpuas hati bahawa KS itu telah mematuhi AKS dan peraturan-peraturannya; • d) dia berpuas hati bahawa tujuan, kaedah dan keanggotaan KS itu bercanggah dengan mana-mana peruntukkan AKS atau dengan mana-mana peraturannnya; atau • e) nama KS itu adalah – • sama dengan mana-mana KS lain yang ada, atau hampir-hampir menyerupai nama KS lain pada pendapat Ketua Pengarah, berkemungkinan akan memperdayakan atau hampir-hampir memperdayakan orang awan atau ahli-ahli salah sebuah KS itu; atau • pada pendapat Ketua Pengarah, ianya tidak diingini. KESATUAN SEKERJA
Sekiranya permohonan ditolak atas sebab nama kesatuan itu, masalah ini boleh diselesaikan dengan mengubah namanya kepada sesuatu yang diterima oleh Ketua Pengarah. • Apabila terdapat ketidakpuasan hati di atas penolakan permohonan pendaftaran, rayuan bolehlah dibuat kepada Menteri. (seksyen 71A(1), AKS 1959) • Apabila keputusan Menteri telah dibuat, ia adalah muktamad dan konklusif. (seksyen 71A(4), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Loh Chin v. Registrars of Trade Union [1957] MLJ 243, bahawa keputusan Menteri dan penggunaan budi bicaranya adalah berbentuk pentadbiran dan bukan berbentuk kehakiman. Menteri tidak boleh bertindak secara yang keterlaluan dan tidak menghiraukan peruntukan undang-undang yang ditetapkan oleh statut. KESATUAN SEKERJA
KESAN-KESAN PENDAFTARAN KESATUAN SEKERJA • Kekebalan di sisi undang-undang • Hak untuk mendakwa dan didakwa • Hak untuk mentadbir dan menguruskan kesatuan sekerja KESATUAN SEKERJA
Kekebalan di sisi undang-undang • Kekebalan daripada pendakwaan sivil terhadap tindakan atau lanjutan daripada pertikaian perusahaan yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kontrak perkhidmatan, gangguan dalam tred, perniagaan atau pekerjaan mana-mana orang lain. (seksyen 21, AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Kekebalan daripada tanggungan terhadap perbuatan yang dilakukan sebagai lanjutan daripada satu pertikaian perusahaan. (seksyen 22, AKS 1959) • Kekebalan untuk tidak didakwa sekiranya melakukan sesuatu semata-mata kerana perbuatan itu adalah disifatkan sebagai satu penyekatan perniagaan. (seksyen 24, AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Hak untuk mendakwa dan didakwa • Sesebuah KS yang mendaftar menpunyai hak untuk mendakwa dan didakwa. (seksyen 25(1), AKS 1959) • Jika tidak didaftarkan, pendakwaan boleh dilakukan dengan menggunakan nama ianya dikenali secara amnya. (seksyen 25(2), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Jika pendaftaran dibatalkan atau ditarik balik, didakwa di atas nama yang didaftarkan sebelum ini. (seksyen 25(3), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Hak untuk mentadbir dan menguruskan kesatuan sekerja • Hak untuk melantik pegawai • Hak untuk mempunyai pejabat berdaftar dan penyimpanan rekod • Hak berkaitan dengan harta, pelaburan, wang dan akuan KESATUAN SEKERJA
Hak untuk melantik pegawai • Seseorang yang ingin menjadi pegawai di dalam KS mestilah • a) seorang warganegara Malaysia, • b) telah bekerja dalam mana-mana tred, pekerjaan atau industri yang berkaitan dengan KS itu untuk tempoh tidak kurang daripada tiga tahun, • c) tidak pernah menjadi anggota eksekutif KESATUAN SEKERJA
mana-mana KS yang telah dibatalkan atau ditarik balik pendaftarannya, • d) seorang yang tidak bekerja dengan suatu parti politik • e) tidak pernah disabitkan dengan kesalahan yang berkaitan dengan pecah amanah, pemerasan atau intimidasi dan • f) seorang yang bankrap. (seksyen 28(1), AKS 1959) • Syarat a) dan b) boleh dikecualikan oleh Menteri. KESATUAN SEKERJA
Hak untuk mempunyai pejabat berdaftar dan penyimpanan rekod • KS hendaklah mempunyai pejabat berdaftar di mana ianya berada atau berkaitan dengannya bagi memudahkan proses perhubungan, (seksyen 37(1), AKS 1959) • Jika berlaku pertukaran alamat, ia hendaklah diberitahu kepada KP. (seksyen 37(2), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
KS hendaklah menyimpan rekod-rekod prosidingnya dan senarai anggotanya. (seksyen 57(1), AKS 1959) • Rekod-rekod boleh dibuka untuk pemeriksaan oelh mana-mana anggota KS, orang-orang yang berkepentingan ataupun KP. (seksyen 57(2), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Hak berkaitan dengan harta, pelaburan dan wang • Semua harta, alih atau tak alih, hendaklah dipegang oleh pemegang-pemegang amanah bagi penggunaan dan faedah KS dan anggota-anggotanya. (seksyen 47, AKS 1959) • KS dibenarkan membeli atau mengambil secara pajakan sesuatu tanah atau bangunan serta menjual dan sebagainya, melabur dan KESATUAN SEKERJA
mendepositkan wangnya. (seksyen 49(1), AKS 1959) • KS dibenarkan menggunakan wangnya untuk tujuan-tujuan tertentu termasuklah membayar gaji, elaun dan perbelanjaan pentadbiran, membiayai kos pendakwaan atau pembelaan, membayar pampasan dan sebagainya. (seksyen 50(1), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
PEMBATALAN DAN PENARIKAN BALIK SIJIL PENDAFTARAN • “Ketua Pengarah boleh membatalkan dan menarik balik perakuan – • a) atas permintaan KS itu apabila ianya dibubarkan. • b) Jika dia berpuas hati- • i) bahawa pengakuan pendaftaran itu diperolehi atau dikeluarkan dengan cara khilaf atau fraud; KESATUAN SEKERJA
ii) bahawa salah satu daripada tujuan atau kaedah KS itu menyalahi undang-undang; • iii) bahawa keanggotaan KS itu atau eksekutif-eksekutifnya menyalahi undang-undang; • iv) bahawa KS itu telah atau sedang atau mungkin akan digunakan bagi sesuatu maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi sesuatu maksud yang bercanggah dengan faedah dan kaedahnya; KESATUAN SEKERJA
v) bahawa KS itu telah melanggari sesuatu peraturan AKS; • vi) bahawa wang KS itu dibelanjakan atau telah dibelanjakan dengan cara yang menyalahi undang-undang atau atas tujuan yang menyalahi undang-undang atau atas tujuan yang tidak dibenarkan oleh kaedah-kaedah KS itu; atau • vii) bahawa KS itu tidak wujud lagi. (seksyen 15(1)(a)(b), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Prosedur Pembatalan KS • Permohonan pembatalan di bawah seksyen 15(1)(a) hendaklah diberikan dalam dua salinan mengikut ketetapan Borang E dan ditandatangani oleh setiausaha kesatuan dan oleh tidak kurang daripada tujuh orang ahli, dan jika kesatuan mempunyai suatu meterai, meterai itu hendaklah juga dilekat kepadanya. (peraturan 8, Peraturan 1959) KESATUAN SEKERJA
Pembatalan di bawah seksyen 15(1)(b) menkehendaki KP yang bercadang untuk membatalkan pendaftaran KS memberi satu notis ke atas KS yang pada matannya mengikut Borang F. (peraturan10, Peraturan 1959) • KP hendaklah memberi notis secara bertulis tidak kurang daripada 30 hari kepada KS terbabit menyatakan alasan-alasannya untuk membatalkan KS tersebut. (seksyen 15(2A) AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
KS boleh pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut mengemukakan sebab secara bertulis terhadap cadangan pembatalan dan jika sebab dikemukakan KP boleh mengadakan siasatan. (seksyen 15(3), AKS 1959) • Setelah habis tempoh 30 hari KP boleh membatalkan pengakuan sekiranya KS gagal memberi sebab atau sebab yang diberikan telah gagal memuaskan hati KP. (seksyen 15(4), AKS 1959) KESATUAN SEKERJA
Apabila pembatalan dibuat, KP dikehendaki menyampaikan pembatalan tersebut kepada KS disertakan tarikh ianya dibuat serta alasan-alasan ringkas pembatalan. (seksyen 15(5), AKS 1959) • Perakuan pendaftaran (Borang D) hendaklah diserahkan kepada setiausaha kesatuan semasa menerima perintah KP untuk membatalkan perakuaan itu. (peraturan 11, Peraturan 1959) KESATUAN SEKERJA
Kesan-kesan Pembatalan • a) KS disifatkan sebagai suatu persatuan yang menyalahi undang-undang dan hendaklah terhenti daripada menikmati apa-apa hak, imuniti atau keistimewaan sesuatu KS yang berdaftar, tetapi tanpa memudaratkan kepada apa-apa liabiliti yang dialami oleh KS itu yang boleh dikuatkuasakan terhadap KS itu dan asset-asetnya; KESATUAN SEKERJA
b) KS tidak boleh, dan juga mana-mana pegawai, anggota atau agen tidak boleh bagi pihak kesatuan mengambil bhagian dalam sesuatu pertikaian kesatuan atau menganjur, merancang atau membiayai mana-mana mogok atau tutup pintu, atau memperuntukkan bayaran atau faedah-faedah lain bagi anggota-anggotanya semasa suatu mogok atau tutup-pintu; KESATUAN SEKERJA