1 / 59

“Lambaian Malar Hijau” “BERSAMA KITA BERJUANG” DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044

“Lambaian Malar Hijau” “BERSAMA KITA BERJUANG” DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044. KPP1033 - Psikologi Pendidikan Kuliah 3 : Teori Perkembangan Psikoseksual, Psikososial dan Moral. Objektif:. Selepas tamat kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan maksud: psikoseksual,

micheal
Download Presentation

“Lambaian Malar Hijau” “BERSAMA KITA BERJUANG” DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. “Lambaian Malar Hijau”“BERSAMA KITA BERJUANG”DR. SUPPIAH NACHIAPPAN012-5270801 / 05-4506044 KPP1033 - Psikologi Pendidikan Kuliah 3 : Teori Perkembangan Psikoseksual, Psikososial dan Moral

  2. Objektif: Selepas tamat kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan maksud: • psikoseksual, • psikososial dan • moral You must motivate yourself EVERYDAY.   - Matthew Stasior

  3. Psychosexual Development • The concept of psychosexual development, as envisioned by Sigmund Freud at the end of the nineteenth and the beginning of the twentieth century, is a central element in the theory of psychology. • It consists of five separate phases: oral, anal, phallic, latency, and genital. • In the development of his theories, Freud's main concern was with sexual desire, defined in terms of formative drives, instincts and appetites that result in the formation of an adult personality.

  4. Theory of Personality • “Freud advanced a theory of personality development that centered on the effects of the sexual pleasure drive on the individual psyche”

  5. SIGMUND FREUD PSYCHOSEXUAL STAGES OF DEVELOPMENT

  6. Teori Psikoanalitik • Teori Psikoanalitik mula dikemukakan oleh seorang ahli psikologi bangsa Austria bernama Sigmund Freud (1856-1939). • Teori ini dikemukakan berdasarkan pengalamannya bekerja dengan pesakit jiwa di kliniknya di Austria. • Pemikiran Freud memberi kesan mengejut lagi mendalam kepada pemikiran manusia tentang tingkah laku. • Sebelum Freud, para cendiakiawan Barat mengatakan bahawa tingkah laku manusia disebabkan oleh proses pemikiran yang disedari. • Manusia dikatakan bersikap rasional dan sedar akan segala tindakan mereka.

  7. Tiga Alam Kesedaran • Alam Sedar (The Conscious Mind)- Bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan. Pada alam sedar ini manusia menyedari dan boleh mengingati apa yang telah dan sedang dilakukannya. • Alam Prasedar (The Preconscious Mind)- Bahagian pada aras ini, manusia sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku tetapi boleh mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguh-sungguh. Ia termasuklah pengalaman, ingatan, persepsi dan perasaan.

  8. Alam Tidak sedar (The Unconscious Mind) • Bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. • Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh masyarakat. Kita dipengaruhi oleh dua jenis konflik yang tidak disedari, iaitu konflik agresif dan seksual.

  9. Model Personaliti • Pada tahun 1923, Freud mengemukakan satu model personaliti yang formal, iaitu id, ego dan superego. • ID - RESERVOIR OF UNCONSCIOUS PSYCHIC ENERGY (SEX & AGGRESSION) • Id - dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibat. • Ia mengandungi desakan untuk keperluan-keperluan asas seperti makanan, air dan seks. • Tenaga yang menggerakkan id disebat tenaga libido. • Apabila tenaga ini meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau disalurkan.

  10. Model Personaliti • EGO SEEKS TO GRATIFY THE ID’S IMPULSES IN REALISTIC WAYS, THE “EXECUTIVE”, MEDIATES BETWEEN DEMANDS OF THE ID, SUPEREGO, AND REALITY • REALITY PRINCIPLE - SATISFYING THE ID’S DESIRES IN WAYS THAT WILL REALISTICALLY BRING PLEASURE AND AVOID PAIN • Ego – Ia berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima. • Peranan ego ialah untuk melengahkan kepuasan id sehingga seseorang dapat mencari objek yang sesuai dalam persekitarannya. • Perhubungan antara id dan ego bertentangan. • Ego wujud daripada id dan terus berfungsi untuk memuaskan keperluan id.

  11. Model Personaliti • Ia juga perlu berfungsi untuk menghalang, atau sekurang-kurangnya melengahkan tindakan id yang akan membahayakan individu secara fizikal atau psikologikal. • Ego menjadi peratara antara id dengan superego dan sentiasa cuba menyelesaikan keadaan berkonflik, mengurangkan desakan dan bertindak balas secara realistik dan berkesan dengan kebenaran.

  12. Model Personaliti • SUPEREGO REPRESENTS INTERNALIZED IDEALS (THE “VOICE OF CONSCIENCE”), PROVIDES STANDARDS FOR JUDGMENTS AND FUTURE ASPIRATIONS • Superego – Ia merupakan penghayatan segala nilai yang ada dalam masyarakat yang dipelajari kebanyakannya daripada ibu bapa. • Pembentukan superego adalah tindak balas kepada ganjaran dan dendaan yang telah ditentukan oleh ibu bapa. • Superego menghalang tingkah laku impulsif seperti yang terdapat pada id, terutama tingkah laku yang bersifat seksual atau agresif. • Superego juga dapat mempengaruhi ego supaya bertingkah laku secara realistik dan bermoral. • Superego berfungsi untuk mencapai tahap cemerlang dalam tingkah laku secara kekal.

  13. Pembentukan Personaliti • Freud merupakan ahli psikologi yang pertama memberikan penekanan kepada peranan zaman bayi dan awal kanak-kanak dalam pembentukan personaliti seseorang. • Menurut Freud, personaliti seseorang telah terbentuk pada usia lima tahun, dan perkembangan yang berlaku selepas ini merupakan pemantapan struktur personaliti yang telah wujud. • Oleh sebab itu, tingkah laku mengikut Freud, adalah hasil daripada interaksi ketiga-tiga komponen personaliti ini dan perhubungannya dengan dunia luar, tiap-tiap satunya cuba memperoleh kepuasan dengan cara mempengaruhi tingkah laku individu.

  14. Mekanisma Pertahanan Diri (Bela Diri) • Mekanisma Pertahanan Diri diperkenalkan oleh Freud merupakan satu proses tanpa sedar, automatik dan tidak rasional yang digunakan untuk mengurangkan perasaa-perasaan kebimbangan atau konflik-konflik emosi. • Mekanisma ini adalah satu usaha ego yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan antara id dan superego suapaya personaliti seseorang akan beroperasi secara sihat.

  15. Antara bentuk-bentuk pertahanan diri termasuk:a) Menekan Perasaan- Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku impulsif ialah dengan memendam diri atau menekan tingkah laku impulsif. • Melalui cara ini, tingkah laku impulsif yang liar dipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, maka dapatlah imbangan antara id dan ego. • Akan tetapi, idea yang dipendamkan ini tidak akan terus hilang, ia akan terus kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi atau terlepas kata.

  16. b) Rasionalisasi • Ia merupakan proses memberi alasan kepada tingkah laku yang tidak diterima. • Pelajar yang mendapat skor yang rendah dalam ujian atau peperiksaan akan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru yang agak kedekut memberi markah yang tinggi. • Membuat alasan untuk tingkah laku. • Contoh: “The father who beats his child justifies it unconsciously by convincing himself that it is for the child’s own good”

  17. c) Penonjolan Diri • Dalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripada idea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh orang lain. • Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada orang lain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan benci kawan-kawan terhadapnya, dan dengan demikian dia berhak mempunyai perasaan benci tersebut terhadap kawan-kawannya.

  18. d) Sublimasi • Seseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. • Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan tae kwan do atau judo mungkin boleh menggantikan tingkah laku agresif. • Menurut Freud, cara untuk menjadi manusia matang ialah dengan mempelajari cara membuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar.

  19. e) Pengalihan • Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat tetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat. • Satu tingkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yang lebih tinggi. • Misalnya, seseorang pemandu kereta yang berasa marah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandu dengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepada orang lain, mungkin kepada penjual goreng pisang di tepi jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.

  20. f) Pampasan • Pampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatu kelemahan seseorang diatasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hampir sama dengan cita-cita asal. • Misalnya, seorang pelajar yang gagal hendak menjadi doktor akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ahli farmasi atau doktor pergigian yang berjaya.

  21. g) Pembentukan Reaksi • Seseorang mungkin membela sesuatu iea engan menyokong idea yang bertentangan dengan idea tersebut. • Misalnya, seorang yang secara tidak sedar berasa terancam akibat kegemarannya terhadap gambar-gambar lucah akan menyokong penapisan adegan lucah dalam filem berbuat demikian kerana pembentukan reaksi, tetapi Freud percaya bahawa kebanyakan tingkah laku seperti ini adalah membela diri daripada kerisauan. Nothing is impossible to a willing heart.       - John Heywood

  22. h) Pengenalpastian • Dalam pengenalpastian, seseorang menghayati ciri-ciri individu yang dilihat sebagai lebih berkuasa, berjaya, atau lebih baik daripada dirinya sendiri. • Dalam keadaan begini, terdapat unsur pertandingan dengan orang yang dikenal pasti sebagai contoh. Menurut Freud, kanak-kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu mereka. • Oleh itu, mereka cuba mengenal pasti dengan bapa mereka sendiri yang dilihat sebagai lebih kuat dan mengancam kedudukan mereka. • Freud menganggap pengenalpastian sebagai faktor penting dalam pembentukan personaliti kerana ia merupakan cara bagi kanak-kanak memperoleh tingkah laku orang dewasa.

  23. g) Mekanisme Bela Diri yang Lain: • Selain lapan cara mekanisme bela diri yang dinyatakan di atas, terdapat juga cara-cara lain yang telah dikemukakan oleh Freud, iaitu: • Penidakan • Fantasi • Regresi • Pampasan Melampau • Intelektualisasi. Accomplishment of purpose is better than making a profit. - Nigerien Proverb

  24. Tahap-Tahap Psikoseksual • Freud mengenal pasti lima tahap perkembangan psikoseksual, iaitu: • Peringkat oral (0 - 1 ½ tahun) • Peringkat anal (1 ½ - 3 tahun) • Peringkat falik (3 – 5 tahun) • Peringkat latensi (6 – 11 tahun) • Peringkat genital. (12 tahun ke atas – Remaja)

  25. a) Peringkat Oral (0 – 1 ½ tahun) • Pada peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotik yang aktif. • Bayi menumpukan perhatian kepada aktiviti menyusu daripada ibunya dan puncak keseronokan atau seks yang utama bagi bayi.

  26. b) Peringkat Anal (1 ½ - 3 tahun) • Pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia menguasai dan mengawal fungsi biologi seperti membuang najis. • Pada peringkat ini dubur merupakan zon erotik yang paling aktif di mana penyaluran kepuasan seks kanak-kanak telah bertukar dari kawasan mulut ke kawasan dubur. • Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu bapa dan tidak berpeluang untuk melakukan sesuatu pengikut pandangan sendiri. • Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan, tidak mengendahkan masalah orang lain, hilang pertimbangan atau budibicara dan sebagainya apabila dewasa nanti.

  27. c) Peringkat Falik (3 – 5 tahun) • Kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan. • Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak pada tahap ini suka memegang kawasan kemaluannya. • Pada anak perempuan keadaan ini dinamakan elektra kompleks (lebih tertarik kepada bapa). • Mengikut Freud, keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak perempuan menyedari bahawa mereka tidak mempunyai alat kelamin seperti anak lelaki dan mereka menyalahkan ibu mereka dalam hal ini. • Mereka menjadi iri hati (penis envy) pada anak lelaki. • Akibatnya, mereka cuba mengalih minat seksual mereka pada bapa.

  28. Sebaliknya, pada anak lelaki akan mengalami oedipus kompleks (lebih tertarik pada ibu). • Mereka membentuk sifat permusuhan pada bapa kerana di bawah sedar mereka merasakan bapa merupakan penghalang hubungan antara mereka dengan ibu. • Pada peringkat ini, juga pembentukan personaliti mula bertambah jelas iaitu kanak-kanak sudah mula menggunakan helah bela diri dalam mengatasi masalah penyesuaian diri. • Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak itu gagal dalam ujian, dia akan mengatakan bahawa pengajaran gurunya kurang difahami dan kurang baik.

  29. C) Peringkat Latensi (6 – 11 tahun) • Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula mengambil tahu tentang rakan sebaya. • Pada peringkat ini kanak-kanak mula mengalih perasaan kasih sayang kepada orang lain selain dari ibu bapa dan keluarganya. • Pada peringkat ini juga, keperluan seksual dipendamkan disebabkan interaksi sosialnya di luar rumah. • Kanak-kanak lelaki didapati akan lebih suka berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan akan berkawan dengan kanak-kanak perempuan. • Secara tidak sedar, keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan.

  30. Konflik gelora yang dialami pada perngkat oral, anal dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang beraneka rupa. • Pengalaman baru telah menggantikan perasaan gelora dan konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat sebelum ini. • Bagi Freud, peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang dalam diri kanak-kanak tersebut. • Pada peringkat ini kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.

  31. d) Peringkat Genital (12 tahun ke atas – Remaja) • Pada peringkat in, remaja mula mengambil tahu rakan sebaya sebaya yang berlainan jantina. • Pada waktu ini, remaja juga mula memikir isu cinta, perkahwinan, kerjaya dan masa depan. • Freud melalui kajiannya, memperkenalkan teori libido, tenaga seks yang terdapat pada diri seseorang individu sejak kanak-kanak lagi. • Apabila tiba di peringkat remaja, tenaga libido ini akan mendorong seseorang individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina. • Pada masa ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses perkembangan berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan.

  32. ERIK ERIKSON

  33. STAGES OF PSYCHOSOCIAL DEVELOPMENT “The cornerstone of a healthy personality”

  34. AUTONOMY – SHAME/DOUBT

  35. INITIATIVE – GUILT

  36. Better to light one small candle than to curse the darkness.     - Chinese Proverb

  37. Erickson’s Stages Trust vs. Mistrust 0-1 Autonomy vs. Shame & Doubt 1-3 Initiative vs. Guilt 3-6 Industry vs. Inferiority 6-Puberty Identity vs. Role Confusion Adolescence Intimacy vs. Isolation YoungAdult Generativity vs. Stagnation Middle-Age Integrity vs. Despair Old Age

  38. PSYCHOSOCIAL STAGES OF DEVELOPMENTTeori Perkembangan Psikososial Erikson (1902-1994) • Tokoh Psikologi yang membentuk Teori Psikososial hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud. • Beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. • Teori Erikson berdasarkan 5 prinsip: a) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. b) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. c) Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu. d) Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.

  39. Tahap 1- Tahap Percaya Lawan Tidak Percaya (0 -18 bulan) • Pada tahap ini, interaksi erat ibu bapa dan anak adalah penting. • Jika bayi menerima kasih sayang dan jagaan yang sempurna daripada ibu bapa, bayi akan memperkembang sifat rasa percaya. • Jika tidak, mereka akan memperkembang sifat takut, rasa syak wasangka dan tidak percaya dengan persekitaraan mereka.

  40. Tahap 2 – Tahap Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi (Ragu-Ragu) (1 – 2 tahun) • Pada tahap ini, kanak-kanak mula menyedari bahawa mereka bertanggungjawab ke atas tingkah laku mereka sediri. • Kanak-kanak belajar mengawal diri, belajar makan dan bermain sendiri. • Jika ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka semasa ini untuk berdikari dan menerokai alam sekeliling, anak-anak akan yakin dengan diri mereka. • Sebaliknya, jika ibu bapa terlalu mengawal, anak-anak akan jadi pemalu, ragu-ragu dan mempersoalkan kebolehan diri untuk menghadapi dunia.

  41. Tahap 3 – Tahap Inisiatif lawan Rasa Bersalah (3 – 5 tahun) • Kanak-kanak mula lebih berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. • Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. • Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. • Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif. Sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibu bapa, ia akan memperkembang rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas.

  42. Tahap 4 – Tahap Industri Lawan Rasa Rendah Diri (6 – 11 Tahun) • Kanak-kanak akan mempelajari kemahiran akademik seperti menulis, membaca, mengira dan juga kemahiran-kemahiran sosial. • Jika kanak-kanak ini berjaya memperoleh kemahiran-kemahiran tersebut dan pencapaiannya ini dihargai oleh orang lain, kanak-kanak tersebut akan memperkembang sifat industri dan mempunyai pandangan yang positif terhadap pencapaiannya. • Tetapi, jika kanak-kanak sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan ia akan memperkembang sifat rendah diri. • Pada masa ini juga, kanak-kanak mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri.

  43. Tahap 5 – Tahap Identiti Lawan Keliru Peranan (12-19 tahun) • Pada masa ini, Erikson berpendapat tugas remaja ialah memperkembang satu integrasi diri yang boleh diterima dan unik. • Remaja hendaklah mencari alternatif-alternatif yang bersangkutan dengan masa depan mereka. • Remaja yang mempunyai identiti sendri akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. • Sebaliknya, remaja yang gagal akan memperkembang rasa keliru-peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat sebarang keputusan.

  44. Tahap 6 – Tahap Intimasi Lawan Isolasi (Awal Dewasa) (20-40 tahun) • Tugas individu pada masa ini ialah memperkembang perhubungan yang rapat dan bermakna dengan orang lain. • Jika seseorang individu itu gagal berkongsi moral, emosi dan seksual dengan orang lain, ia akan merasa tersisih dan kesunyian.

  45. Tahap 7 –Generativiti Lawan Penyerapan-Kendiri (Dewasa Pertengahan) (40-60 tahun) • Pada masa ini, individu mestilah bertanggungjawab, mempunyai peranan dalam masyarakat, mencari cara untuk bersifat produktif dan berupaya membantu orang lain. • Hasil positif pada tahap ini ialah perkembangan generasi yang bermaksud individu bersa prihatin bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga terhadap orang lain. • Contohnya, sikap prihatian terhadap alam sekitar demi generasi akan datang. • Sebaliknya, penyerapan kendiri bermaksud seseorang individu itu cenderung dengan perolehan diri dan materialistik.

  46. Tahap 8 – Tahap Keutuhan Lawan Putus Asa (Tua) (60 tahun ke atas) • Apabila berada pada peringkat ini, individu akan menilai diri dan memikirkan kehidupan yang telah dilaluinya serta kematian yang bakal mendatang. • Individu akan melihat kembali hidupnya, adakah ia telah mencapai kepuasan dan adakah ia bangga dengan liku-liku perjuangan yang ditempuhinya. • Jika ya, ia akan memperoleh keutuhan. • Sebaliknya, jika individu itu rasa menyesal dengan jalan-jalan yang dipilihnya, banyak menempuhi kegagalan, ia akan merasa putus asa.

More Related