260 likes | 456 Views
T ASAWWUR I SLAM 2. E K O N O M I I S L A M ( I S L A M & H A R T A ). Kepentingan Ilmu Ekonomi. Setiap orang mesti mengetahui secara umum hal-hal berkaitan ekonomi supaya mereka menyedari permasalahan ekonomi dalam hidup mereka.
E N D
TASAWWUR ISLAM 2 E K O N O M I I S L A M ( I S L A M & H A R T A )
Kepentingan Ilmu Ekonomi • Setiap orang mesti mengetahui secara umum hal-hal berkaitan ekonomi supaya mereka menyedari permasalahan ekonomi dalam hidup mereka. • Terdapat 2 sumber asli utama yang dinikmati oleh setiap individu ataupun keluarga: a. sumber asli tidak terhad b. sumber asli terhad
Kepentingan Ilmu Ekonomi • Sumber Asli Tidak Terhad: Ia tidak dimiliki oleh sesiapapun. Manusia tidak perlu membayar bagi menikmatinya walaupun nilainya amat besar dalam kehidupan. Contoh: udara, air laut dan sinaran matahari.
Kepentingan Ilmu Ekonomi • Sumber Asli Terhad : Kemampuan manusia berbeza untuk memenuhi keperluan bagi bahan mentah ini. Sumber asli terhad inilah yang dimaksudkan dengan ekonomi. Pemerolehannya memerlukan bayaran dan usaha. Kemampuan seseoranglah yang menentukan keupayaannya memenuhi keperluan peribadinya pada sumber tersebut. Contoh : air, makanan dan pakaian.
Kepentingan Ilmu Ekonomi Islam • Atas dasar tersebut, manusia perlu bersungguh sungguh berusaha memperoleh sumber asli yang terhad itu. • Manusia akan berebut untuk memilikinya. Tidak mustahil berlaku penindasan, monopoli, manipulasi dan kezaliman dalam rebutan itu kerana masing masing inginkan kehidupan, kekayaan, kesenangan dan kekuasaan.
Kepentingan Ilmu Ekonomi Islam • Justru, ekonomi Islam diperkenalkan oleh Allah SWT. Suatu sistem yang sistematik dan adil. Jauh lebih baik daripada sistem yang direka manusia seperti; Kapitalisma, Sosialisma, Komunisma dll.
Ekonomi Islam • Islam ialah ad-Din yang sempurna, mencakup segala aspek kehidupan termasuk pengurusan sumber kehidupan lahiriah manusia yang disebut sebagai “permasalahan ekonomi”.
Ekonomi Islam • Syariah Islam menyediakan garis panduan mengenai pengurusan harta. Institusi ekonomi Islam memiliki suatu sistem yang sistematik.
Dasar Ekonomi Islam • Ekonomi Islam didirikan di atas beberapa dasar utama : • Tauhid. Ini jelas, kerana Islam tidak sekali kali memisahkan kegiatan manusia daripada beribadah kepada Allah.
Dasar Ekonomi Islam 2) Amanah. Etika ini menjadikan manusia sentiasa bekerja keras dalam kegiatan ekonominya. 3) Tanggungjawab & Kebertanggungjawaban. Dasar ini menjadikan manusia sentiasa bersedia menerima sebarang risiko di dalam kegiatan ekonomi.
Dasar Ekonomi Islam 4) Keadilan. Naluri setiap manusia inginkan keadilan. Kepuasan dan nilai kehidupan seseorang bergantung kepada sejauh mana orang lain bertindak adil kepada dirinya. Keadilan adalah dituntut bagi semua aktiviti manusia.
Dasar Ekonomi Islam 5) Kebebasan. Setiap manusia inginkan kebebasan. Islam datang membebaskan manusia daripada perhambaan (min ‘ibadatil ‘ibad ila ‘ibadati rabbil ‘ibad), paksaan, kemiskinan, kejahilan dan ketakutan. Tanpa kebebasan, manusia menjadi tidak produktif.
Dasar Ekonomi Islam 6) Syura. Ia merupakan amalan Rasulullah saw dan sahabat dalam menghasilkan suatu penyelesaian yang positif dan proaktif.
Dasar Ekonomi Islam 7) Berinovasi. Ekonomi Islam disusun untuk membenteras sistem ekonomi berasaskan riba dan penipuan yang bertakhta dalam masyarakat Jahiliyyah. Umat Islam dilarang menjadi Pak Turut. Sebaliknya diseru agar berfikir, berbincang & berijtihad.
Konsep Harta Dalam Islam • Semua harta kekayaan adalah milik Allah SWT. • Manusia hanya sebagai pemegang amanah. • Harta benda dan kekayaan bukanlah menjadi tujuan hidup bahkan sebagai wasilah untuk mencapai keredhaan Allah.
Konsep Harta Dalam Islam ”نِعم المالُ الصالح للرجلِ الصالح“
Konsep Harta Dalam Islam ”وإذا أرَدْنا أن نهلِكَ قرية أمرْنا متْرَفيها ففَسقوا فيها فحَقَّ عليها القولُ فدمَّرْناها تدْميرا“ ( الإسراء : 16 )
Harta Kurniaan Allah ”الله الذي سخر لكم البحر لتجري الفلك فيه بأمره ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون . وسخر لكم ما في السماوات وما في الأرض جميعا“ ( الجاثية : 12-13 )
ِAmanah Pengurusan Harta • Manusia telah diamanahkan untuk mengurus bumi : ”إني جاعل في الأرض خليفة“ ( البقرة : 30 ) ”ويستخلفكم في الأرض فينظر كيف تعملون“ ( الأعراف : 129 )
ِAmanah Pengurusan Harta • Pengurusan harta mestilah sejajar dengan hukum Allah. Tiga sudut mesti dijadikan peringatan : 1- Sumber : Dari mana harta diperoleh? 2- Cara : Bagaimana ia diuruskan? 3- Infaq : Ke mana dibelanjakan?
ِAmanah Pengurusan Harta • Menunaikan hak harta : Sadaqah. • Perkara perkara berkaitan Zakat : • Penjana ekonomi Islam. • Diagihkan kepada 8 asnaf. • Bukan derma tetapi hak. • Kadar wajib hanya 2.5%. • Mengedarkan kekayaan antara rakyat. • Memupuk kasih sayang mengikis individualistik dan takbur. • Ta’awun ‘alal birri wat taqwa.
ِAmanah Pengurusan Harta • Digalakkan bersadaqah. • Beberapa perkara berkaitan sadaqah: • Nafilah bagi yang kaya. • Peluang melakukan amal saleh bagi yang sederhana. • Berlumba-lumba melakukan kebajikan fi sabilillah.
ِAmanah Pengurusan Harta • 3 sikap pengurus harta : • Bakhil. • Muqtasid. • Musrif.
Monopoli Harta • Kedua dua macam monopoli ditegah. • Monopoli adalah sistem yang digerakbangunkan oleh institusi ekonomi kafir. • Kapitalisma menggalakkan monopoli.
Monopoli & Manipulasi Harta • Islam melarang keras sikap monopoli. Sabda Nabi saw: ”لا يحتكر إلا خاطئ“ ( رواه أحمد ومسلم )
Monopoli & Manipulasi Harta • Dilarang monopoli sebab ia bercanggah dengan fitrah kemanusiaan manusia yang inginkan kebebasan & keadilan. • Perbincangan tentang monopoli & manipulasi akan diperluaskan dalam bab Islam & Hak Milik.