2.19k likes | 2.3k Views
MC- Di rumah Amin, terdapat bapa di ruang tamu sedang membuat kerja kayu,. mak sedang masak nasi dan sediakan makanan di dapur. Tiba-tiba, terdengar bunyi hujan. Mak:Amboi.. hujan lagi…. Mak:Alamak! Apa ni? Eh! Eh! Bumbung dah (bocor)?! Bang! Bang! Cepat mai datang tengok ni!.
E N D
MC- Di rumah Amin, terdapat bapa di ruang tamu sedang membuat kerja kayu,
mak sedang masak nasi dan sediakan makanan di dapur. Tiba-tiba, terdengar bunyi hujan.
Mak:Alamak! Apa ni? Eh! Eh! Bumbung dah (bocor)?! Bang! Bang! Cepat mai datang tengok ni!
Bapa:Ya la..! Bocor lagi! Tak apa tak usah bimbang, nanti lepai hujan, bang buat .
MC - Selepas itu Pak Abu pun dihantar ke hospital. Suasana dalam hospital….Mak:Doktor, bagaimana dengan suami saya
Doktor:Puan, Suami anda telah diselamatkan, tapi tulang kaki kanannya patah. Dia harus menerima rawatan di hospital.
Saya rasa sekurang-kurangnya 3 bulan dia baru boleh berjalan semula, itupun dengan bantuan tongkat. Jika tidak, kakinya akan menjadi cacat.
Mak :Ohhh…. Nasib baik suamiku selamat. Tapi kalau dia tak kerja, siapa pula yang akan menanggung perbelanjaan keluarga nanti.
Kami orang miskin. Rezeki kami sekeluarga bergantung pada dia, jika dia cacat, dia akan hilang kerjanya.
MC - Rumah Amin…. Emak menanggis kerana risaukan kehidupan mereka seterusnya.
Bapa:Tak usah bimbang, tanpa kaki ini pun abang masih boleh berkerja untuk menyara keluarga ini!
Mak:Tapi bang sudah 3 bulan tak kerja. Banyak hutang yang kita kena bayar. Leha seganlah bang, nak pinjam lagi dengan jiran-jiran.
Hassan:Dengar Pak Abu jatuh hari tu? Keadaan Pak Abu macam mana sekarang?
Bapa:Alhamdulilah…badan sihat..tapi kaki ni yang patah, tak dapat jalan lagi sampai hari ni.
Mak:Dah 3 bulan dia tak bekerja sebab kaki masih tak sembuh-sembuh.
Hidup kami ni bergantung pada dia tapi sekarang ni dia dah tak boleh kerja.
Hassan:Haaia…Saya pun orang susah. Tapi mungkin saya boleh minta bantuan badan kebajikan untuk Pak Abu.
MC- Di Rumah Amin, bapa duduk termenung melihat kakinya, manakala isterinya sedang melipat pakaian.
Bapa:Saya Abu dan ini isteri saya, Leha. Kamu semua ni siapa ?
Tzu-Chi:Pak Abu, kami dari Yayasan Buddhist Tzu Chi. Jiran Pak Abu yang bernama Hassan memberitahu kami keadaan Pak Abu sekeluarga.
Hari ini kami datang untuk tengok keadaan Pak Abu dan apakah bantuan yang dapat kami hulurkan.
Mak:Suami saya satu-satunya orang yang kami bergantung untuk hidup.
Kaki kanannya patah akibat terjatuh dari bumbung 3 bulan yang lalu.
Dah tiga bulan tetapi kakinya masih tak sembuh dan dia tak dapat bekerja.
Bukan sahaja kami tiada duit untuk dia mendapatkan rawatan lanjutan tetapi bil hospital yang awal pun masih terhutang.