70 likes | 275 Views
DI RUANG GEMANYA. Telah kurangkumkan rebah setiaku Pada setiap pilu dan rindu Melayang dan mengerbang Ke hayat gemilang…sejak itu Tidak kukesal lagi Goda dan duga Di gerimis senja Telahku pahatkan lelah umurku
E N D
DI RUANG GEMANYA Telah kurangkumkan rebah setiaku Pada setiap pilu dan rindu Melayang dan mengerbang Ke hayat gemilang…sejak itu Tidak kukesal lagi Goda dan duga Di gerimis senja Telahku pahatkan lelah umurku Pada setiap kerikil dan debu Datang dan menghilang Ke hujung kenang..sesudah itu Tidak kukenal lagi Hampa dan derit Di guruh pagi Gerimis senja guruh pagi Adalah titipan maya Buku kukongsikan hati Mengukir tadbir di ruang gemanya.
TEMA Kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air…
Persoalan • Kesanggupan menghadapi rintangan dan cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara. • Tanggungjawab masyarakat terhadap kemerdekaan dan kemajuan negara. • Setiap perjuangan untuk menegakkan kedaulatan negara pasti menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. • Sanggup menyumbangkan tenaga dan masa demi kemajuan negara tercinta.
BENTUK SYAIR • Terdiri daripada 3 rangkap dan mempunyai 4-7 baris dalam serangkap. • Jumlah perkataan dalam sebaris ialah 3-5 patah perkataan dan 5-11 suku kata dalam sebaris. • Rima akhirnya adalah bebas.
UNSUR KEINDAHAN • Sinkope= (contoh:ku) • Epifora= (contoh:tidak kukesal lagi(R1;B1),tidak kukenal lagi.(R2;B5).) • Anafora (pengulangan kata pada awal baris secara berturutan)= (contoh:Telah kurangkumkan rebah setiaku(R1;B1),Telah kupahatkanlelah umurku.(R2;B1).)
Pengajaran • Setiap rakyat mestilah mencintai tanah airnya. • Sanggup berkorban demi tanah air. • Menumpahkan kesetiaan kepada negara tanpa berbelah bagi. • Berganding bahu untuk mencapai kemerdekaan.