370 likes | 1.47k Views
TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA. OBJEKTIF CERAMAH. Di akhir kursus ini peserta akan mendapat pengetahuan mengenai:
E N D
TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
OBJEKTIF CERAMAH Di akhir kursus ini peserta akan mendapat pengetahuan mengenai: • syarat dan prosedur pemberian opsyen Skim KWSP mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta Pencen (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239). • perbandingan di antara Skim KWSP dan Skim Pencen.
RASIONAL • Bayaran faedah persaraan kepada pesara meningkat dari setahun ke setahun. • Skim KWSP dalam perkhidmatan awam diperkenalkan bertujuan mengurangkan beban kewangan kerajaan.
DEFINISI • AGENSI AWAM bermaksud Kementerian atau jabatan (Persekutuan dan negeri), pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan negeri) dan pihak berkuasa tempatan.
KETUA JABATAN bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam, iaitu termasuk ketua perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan.
PEGAWAI bermaksud pegawai atau pekerja yang dilantik secara tetap berkhidmat dengan mana-mana perkhidmatan sektor awam, kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera.
PELANTIKAN TETAP Pelantikan seseorang oleh Pihak Berkuasa Melantik yang ditawarkan syarat pelantikan tetap untuk berkhidmat dengan agensi awam.
PELEPASAN DENGAN IZIN bermaksud kelulusan yang diberi secara bertulis oleh Ketua Jabatan membenarkan pegawainya dilantik ke perkhidmatan lain. Dengan kelulusan tersebut tempoh perkhidmatan lepas pegawai boleh diambil kira bagi tujuan pemberian faedah persaraan.
PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM bermaksud semua perkhidmatan yang disenaraikan dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan (kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera), Perkhidmatan Pihak berkuasa Berkanun (persekutuan dan Negeri) dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa tempatan.
PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM) bermaksud pihak yang diberi kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana agensi awam di bawah bidang kuasa PBM berkenaan.
PEGAWAI BERPENCEN bermaksud pegawai yang telah diberi taraf berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239, atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239.
SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (SKIM KWSP) bermaksud kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang SImpanan Pekerja 1991.
OPSYEN SKIM KWSP • Subseksyen (1), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menyatakan peluang diberi kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam jawatan. • Subsekyen (3), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menetapkan bahawa apabila opsyen yang dibuat oleh seseorang pegawai di bawah subseksyen (1) itu berkuatkuasa, maka opsyen tersebut adalah MUKTAMAD.
Opsyen tidak boleh dipinda, ditukar, dibatalkan atau dibuat opsyen baru kecuali pegawai telah meletakkan jawatan dan dilantik semula secara tetap sama ada ke jawatan yang sama atau berlainan.
PERATURAN TERPAKAI • PP 15/2001 [menjelaskan kaedah pelaksanaan penawaran opsyen skim KWSP (mengikut Akta KWSP 1991) bagi pegawai awam selaras dengan peruntukan Seksyen 6A(1) dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)]. • Ia turut membatalkan SPP 2/1991.
Seksyen 6A, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) mengenai pelaksanaan opsyen. - seseorang pegawai yang dilantik sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak memilih Skim KWSP. - dibuat kepada PBM yang berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPPA. - mula berkuat kuasa pada masa pegawai disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi MUKTAMAD. - pegawai yang memilih Skim KWSP hendaklah bersara apabila mencapai umur 55 tahun.
SYARAT MEMILIH SKIM KWSP KELAYAKAN • Pegawai yang dilantik kali pertama. • Pegawai yang dilantik kali kedua setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah yang telah diberi pelepasan dengan izin. • Pegawai belum pernah membuat opsyen mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta 227 atau Akta 239.
KESAN OPSYEN • Pegawai yang pernah diberi taraf berpencen dan meletak jawatan melalui pelepasan dengan izin serta menjawat jawatan baru, jika terima opsyen-taraf berpencen jawatan lama akan mansuh. • Jika pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim Pencen, jika menolak Skim KWSP di jawatan baru, taraf berpencen akan kekal dan tempoh perkhidmatan lama boleh dicantumkan dengan perkhidmatan baru untuk tujuan faedah pencen. • Pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim KWSP, jika memilih Skim KWSP di jawatan baru, akan kekal dalam SKIM KWSP.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN Sebelum pegawai disahkan dalam jawatan dan ditawarkan opsyen: • Beri penjelasan mengenai implikasi pilihan yang bakal dibuat. • Edar borang opsyen dan pastikan ia dipanjangkan ke PBM bersama perakuan pengesahan dalam perkhidmatan. • Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh PBM menyatakan pilihan yang dibuat oleh pegawai. • Catatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan Pegawai.
KESAN MENOLAK OPSYEN • Pegawai akan dianggap memasuki Skim Pencen jika menolak opsyen, tidak membuat pilihan, membuat pilihan bersyarat atau tidak memulangkan kertas opsyen. • Ketua Jabatan perlu perakukan kepada PBM supaya pegawai diberi taraf berpencen apabila memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan mengenai:Urusan persaraan dan pencen, sila hubungi Bahagian Pencen atauUrusan Opsyen KWSP, sila hubungi Bahagian PerkhidmatanNo. Tel: 03-88853000 Portal Laman Web: http://www.jpa.gov.my