1 / 19

SOSIOLINGUISTIK BBM3204

SOSIOLINGUISTIK BBM3204. Dr. Norazlina Hj . Mohd Kiram noraz@putra.upm.edu.my 0192161174. RAGAM BAHASA.

newman
Download Presentation

SOSIOLINGUISTIK BBM3204

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SOSIOLINGUISTIKBBM3204 Dr. NorazlinaHj. MohdKiram noraz@putra.upm.edu.my 0192161174

  2. RAGAM BAHASA • Za’ba(1965) menyatakan, ragam bahasa ialah beberapa jenis bahasa yang khas. Ia merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada pendengar dan pembaca. • RagamBahasamerupakanvariasibahasamenurutpemakaian, yang berbeda-bedamenuruttopik yang dibicarakan, menuruthubunganpembicara, kawanbicara, orang yang dibicarakan, sertamenurut medium pembicara (Bachman, 1990).

  3. RAGAM BAHASA • Jenis-jenis Ragam Bahasa: • 1. Bahasa Sindiran • 2. Bahasa Menggiat • 3. Bahasa Mengejek • 4. Bahasa Terbalik • 5. Bahasa Merajuk • 6. Bahasa Tempelak • 7. Bahasa Herdik • 8. Bahasa Melampau • 9. Bahasa Naik • 10. Pertanyaan Ingkar • 11. Bahasa Seruan/Mengeluh • 12. Bahasa Berulang • 13. Bahasa Bertimbal • 14. Bahasa Bukan • 15. Bahasa Jenaka

  4. BAHASA SINDIRAN • Za’ba (2002:211-220) menyatakan: • Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan tepat, hanya disinggung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka hendak menyebutkan secara terang. Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknanya daripada perkataan yang dikatakan secara berterus terang.

  5. BAHASA SINDIRAN • Contoh: • “Aku rasa aku seorang aje yang kerja di sini”. • “Buat ajelah apa yang kau suka, inikan pejabat ayah kau”. • Pergi seberang membeli ikan, • Ikan dibilang satu-satu, • Dulu ditatang umpama intan, • Sekarang dibuang umpama batu.

  6. BAHASA MENGGIAT • Tiada tepat, seakan-akan sindiran tetapi tidak berisi kiasan. Tujuannya untuk mengusik, bersenda-senda sahaja dan kadang-kadang bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaan malu. Contoh: • Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak kahwin dua! • Wah, ada hati juga rupanya orang tua ni! • Kalau selalu nak minta belanja, bila pulak nak kayanya?

  7. BAHASA MENGEJEK • Bahasa yang mengata akan seseorang/kumpulan dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkan dia supaya nampak bodohnya, sia-sianya atau supaya ditertawakan orang akan dia. • Kadang-kadang disampaikan dalam bentuk sindiran, giatan atau bahasa terbaik. Contoh: • Gelagat buah rambutan jantan, orang berbunga awak • berbunga, orang berbuah awak haram. • Lihatlah sendiri. Begini rupanya orang yang yang • cintakan bahasa! Tahniah! Tahniah!

  8. BAHASA TERBALIK • Bahasa yang menggunakan perkataan berakas daripada maksud yang dikehendakkan. Orang yang mendengar faham akan maksudnya, iaitu lawan daripada yang dikatakan itu. Contoh: • Lain kali datanglah lagi, boleh aku beri hadiah yang • lebih besar. • Amboi, paginya awak datang kerja. Inilah contoh • pekerja yang rajin!.

  9. BAHASA MERAJUK • Bahasa yang menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan tidak patut dilakukan. Contoh: • Kita ini melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, • keluar tak meluakkan. • Sudahlah! Kita boleh cari sendiri. Harta orang tetap • harta orang, manakan boleh menjadi harta kita.

  10. BAHASA TEMPELAK • Bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang secara tepat dan langsung. Ibaratnya seperti “memulangkan paku buah keras”. Contoh: • Dulu masa aku ingatkan, kau jawab, “Tahulah aku”. • Sekarang apa khabar? • Aku dah kata jangan, tapi kau nak buat juga. Sekarang • siapa nak tanggung?

  11. BAHASA HERDIK • Bahasanya lebih keras dan bernada mengejek. Bertujuan untuk menunjukkan kesalahan pada masa sekarang dan bukannya pada masa yang telah lalu. Contoh: • Engkau ini memang tak sedar diri. Cuba cermin diri kau • dahulu!. • Inilah dia orang muka tak malu! Hidup dengan • meminta simpati orang sahaja.

  12. BAHASA MELAMPAU • Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara itu sangat besar dengan perkataan melebih-lebih daripada yang sebenar. Walau bagaimanapun, orang yang mendengarnya mengerti bukan sungguh-sungguh seperti yang dimaksudkan oleh perkataan itu. Contoh: • Sudah berzaman aku tunggu kau! • Buah jering di atas para, • Diambil budak sambil berlari, • Hingga kering lautan Melaka, • Barulah saya mungkiri janji.

  13. BAHASA NAIK • Bahasanya yang menyebutkan sesuatu daripada yang paling rendah, kemudian perlahan-lahan, langkah demi langkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Contoh: • Mula-mula dia mengambil satu dua ringgit, kemudian • dia mencuri beberapa puluh ringgit, selepas itu dia • meragut gelang emas orang, akhirnya dia merompak • dan membunuh!. • Kalau dia tipu sekali aku boleh terima, jika dua kali • sabar lagi, masuk kali ketiga memang cari penyakit!.

  14. PERTANYAAN INGKAR Bahasa yang disusunkan dengan cara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan tidak tahu. Sebaliknya, pertanyaan seolah-olah mengejek kerana hendak menguatkan benarnya jawapan yang sudah diketahui atau yang disifatkan sudah tentu. Terbahagi kepada dua, iaitu: Pertanyaan yang ditinggalkan kepada pembaca atau pendengar sahaja menjawab sendiri. 2. Pertanyaan yang dijawab oleh orang yang bertanya itu sendiri kerana hendak menguatkan sesuatu keputusan.

  15. BAHASA SERUAN/MENGELUH • Bahasa yang digunakan bertujuan untuk menzahirkan perasaan atau emosi tetapi tidak dilepaskan semua perasaan itu. Contoh: • Entahlah! Allah sahaja yang tahu kesusahan aku! • Ah! Tak dapat aku gambarkan perasaan cintaku kepada • dia! • Wah! Cantiknya cincin ini!

  16. BAHASA BERULANG • Bahasa yang diulang-ulang untuk menguatkan maksud atau tujuannya. Contoh: • Bangkitlah! Bangkitlah! Sinsingkan lengan, mari kita • bekerja, bekerja, bekerja, kerana itulah kunci kejayaan. • Berhutang! Ia berhutang! Hutang kepada ah long, • Hutang kepada benggali, Hutang kepada ceti dan • sekarang hutang kad kredit.

  17. BAHASA BERTIMBAL • Bahasa yang mempertentangkan dua keadaan yang seolah-olah berlawanan. Kerap digunakan dalam peribahasa. Contoh: • Ikut hati mati, ikut rasa binasa. • Takut kerana salah berani kerana benar. • Alah membeli menang memakai.

  18. BAHASA BUKAN • Bahasa yang menggunakan kata ‘bukan’ mendahului sesuatu kata lain. Contoh: • Bukan mudah membuatnya. • Bukan main comel budak ini. • Bukan bodoh aku ini.

  19. BAHASA JENAKA • Bahasa yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna. Contoh: • Makan hati berulam jantung. • Kalau tidak oleh sebab tak makan ini, tidak kujualkan • parangku ini.

More Related