810 likes | 1.7k Views
4. Sektor Pembuatan (Perindustrian). Sektor pembuatan merupakan sektor utama dan tulang belakang bagi ekonomi negara ini. Pada masa ini kerajaan memberi galakan dan penekanan kepada industri yang berteknologi tinggi, dan menggunakan modal dan kemahiran pekerja yang tinggi.
E N D
Sektor pembuatan merupakan sektor utama dan tulang belakang bagi ekonomi negara ini. • Pada masa ini kerajaan memberi galakan dan penekanan kepada industri yang berteknologi tinggi, dan menggunakan modal dan kemahiran pekerja yang tinggi.
Oleh itu pelaburan asing langsung adalah dialu-alukan, terutamanya yang menyumbangkan aliran modal yang besar, kepakaran teknologi dan peluang-peluang pemasaran di pasaran antarabangsa. • Dalam masa yang sama industri yang berasaskan sumber tempatan juga digalakkan supaya proses perindustrian berterusan dapat dicapai.
Sejarah Perkembangan Sektor Pembuatan A. Zaman Penjajah • Sumbangan sektor pembuatan di zaman ini adalah kecil sahaja, iaitu kira-kira 8 peratus daripada pendapatan negara . • Ekonomi negara pada masa itu adalah bergantung kepada pengeluaran bahan-bahan mentah, terutamanya bijih timah dan getah untuk eksport.
Sektor perindustrian pula hanya tertumpu kepada aktiviti memperoses bijih timah menjadi jongkong timah, dan ianya dikuasai oleh syarikat-syarikat kepunyaan British, contohnya syarikat Straits Trading Co. • Sehingga tahun 1929, Malaya telah menghasilkan 50 peratus daripada pengeluaran jongkong timah dunia.
terdapat juga bukti bahawa sebelum tahun 1940 an, aktiviti pembuatan yang melibatkan lain-lain keluaran juga telah dijalankan secara kecil-kecilan. • aktiviti-aktiviti ini hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan pentadbiran British seperti Pulau Pinang, Province Wellesley dan Melaka.
Selepas Perang Dunia Pertama, keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih, beberapa kilang kepunyaan syarikat-syarikat besar asing didirikan di sini, • contohnya • kilang Imperial Chemical Industries (Malaya) Ltd. (I.C.I) didirikan dalam tahun 1930, • kilang kasut Bata didirikan dalam tahun 1937. • Syarikat-syarikat antarabangsa lain yang telah mendirikan cawangan di sini termasuklah syarikat Lever Brothers.
Pengusaha-pengusaha Cina pula telah melibatkan diri dalam pemprosesan beras. • Pada tahun 1912 mereka telah mengusahakan kilang-kilang padi yang terletak di Pulau Pinang, Krian dan juga Kedah. • Selain daripada itu beberapa buah kilang mengetin nenas kepunyaan peniaga Cina telah dibina pada pertengahan tahun 1930an
Eksport industri ini bagi tahun 1940 hanyalah berjumlah sebanyak 450,000 tin, tetapi telah bertambah menjadi 1,800,000 tin dalam tahun 1959. • Di sepanjang tempoh penjajahan tidak ada sebarang campur tangan kerajaan bagi menggalakkan perkembangan sektor pembuatan.
Segala aktiviti yang dijalankan adalah initiatif pengusaha -pengusaha yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengusaha Cina dan juga pengusaha luar negeri. • Industri memproses keluaran estet seperti getah dan minyak kelapa telah muncul sebagai penyumbang terbesar sektor pembuatan.
B. Sektor Pembuatan Selepas Merdeka (1957 – 1968) • Semasa mencapai kemerdekaan, industri-industri penting adalah • industri memproses keluaran estet, di mana didapati lebih daripada 50 peratus keluaran sektor pembuatan berasal daripada industri ini. • Industri memproses makanan, seperti kilang beras dan biji-bijian lain, • industri memproses kayu.
Tetapi di akhir tahun 1960 an, kepentingan industri memproses keluaran estet telah semakin berkurangan, • Tempatnya diambil oleh industri memproses makanan • Terdapat industri-induatri lain yang mula berkembang, yang melibatkan
barang-barang pengguna tidak tahan lama • barang pengguna tahan lama, • barang-barang modal seperti jentera elektrik dan bukan elektrik serta peralatan-peralatan pengangkutan.
Dalam tempoh ini, satu dasar yang dikenali sebagai dasar penggantian import telah dipekenalkan. • Tujuan dasar penggantian import diperkenalkan adalah bagi • mengurangkan pengaliran keluar wang, • memenuhi permintaan dalam negeri.
Barang-barang yang dahulunya diimport sekarang digalakkan supaya dikeluarkan sendiri di dalam negeri. • Oleh itu tumpuan adalah kepada industri ringan mengeluarkan sabun, minuman, kasut, pakaian dan barangan getah. • Pada akhir tahun 1960an, jenis industri penggantian import beralih dari barang pengguna kepada pengeluaran barang modal dan barang perantaraan.
C. Sektor Pembuatan Selepas 1968 • Setelah disedari dasar yang berkaitan dengan perindustrian sebelum ini kurang menguntungkan, • malah merugikan negara, • maka mulai daripada tahun 1969 aktiviti-aktiviti yang melibatkan eksport pula digalakkan. • Dasar ini dikenali sebagai Dasar Penggalakkan eksport.
Semenjak dari itu sektor pembuatan di negara ini telah mengalami perubahan dan pertumbuhan yang pesat. • Dua akta yang diperkenalkan bagi melicinkan peroses perindustrian ialah • Akta Galakan Pelaburan 1968 • Akta Zon Perdagangan Bebas 1971.
Dalam kesemua rancangan pembangunan yang diatur, perkembangan perindustrian telah diberi perhatian yang lebih. • Dasar perindustrian yang dirangka oleh kerajaan adalah berlandaskan objektif-objektif berikut; • mempelbagaikan asas ekonomi, • meningkatkan pendapatan negara,
3. mewujudkan peluang pekerjaan, • mengagihkan pendapatan dengan lebih seimbang. • Sokongan pihak kerajaan pada peringkat awal perindustrian adalah dalam bentuk penyediaan keadaan yang sesuai bagi menarik pelabur-pelabur dari dalam dan terutamanya dari luar negeri.
Antara langkah-langkah awal yang dilakukan termasuklah; • membentuk estet-estet perindustrian, • membekalkan kuasa dan kemudahan telekomunikasi, • memberi insentif-insentif berbentuk pelepasan cukai. • Di awal tahun 1970an, sektor ini telah mmberi sumbangan yang besar dari segi gunatenaga dan sumbangan kepada KDNK.
Pelan Induk Perindustrian (1986 – 1995) • Setakat ini, program dan rancangan pembangunan perindustrian dibuat secara sepontan dan tidak teratur, • maka pihak pemerintah telah menggubal satu perancangan yang lebih terperinci yang dipanggil Pelan Induk Perindustrian (PIP),
ia menjadi rujukan kepada segala rancangan pembangunan sektor pembuatan. • PIP memberikan penekanan kepada penyertaan pihak swasta dalam sektor pembuatan, • sektor ini menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi di masa hadapan. Selaras dengan ini, Akta Galakan Pelaburan 1986 telah diperkenalkan sebagai rombakkan kepada akta sebelumnya.
Strategi pelan ini adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuat pusat pelaburan yang dapat menarik pelabur-pelabur dari dalam dan lebih-lebih lagi dari luar negeri. • Ini dapat dicapai dengan • mempertingkatkan kemudahan prasarana yang ada sekarang, • menyediakan iklim pelaburan yang menarik, • memperbaiki tingkat teknologi bagi keseluruhan industri.
Industri Berat Malaysia • Pelan Induk Perindustrian menyatakan objektif pembangunan industri berat adalah untuk • membangunkan industri-industri berat yang terpilih secara strategik • menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang seimbang, lebih pesat • mencapai kecekapan perindustrian.
Pelaburan dalam industri berat ini melibatkan jumlah wang yang besar, • dan pulangan terhadap pelaburan tersebut hanya akan didapati dalam jangka masa yang lama. • Keperluan lain termasuklah tingkat teknologi yang canggih dan tenaga kerja yang mahir. • sehingga tahun 1985, sektor swasta masih belum mampu mempelopori industri berat ini.
Oleh itu pihak kerajaan telah mengambil bahagian dalam perkembangan sektor industri berat ini. • Pelaksanaan industri berat di Malaysia dikendalikan oleh sebuah syarikat yang bernama Heavy Industries Corporation of Malaysia Bhd (HICOM), • ia ditubuhkan dalam tahun 1980, di bawah Akta Syarikat 1965.
Perbadanan ini adalah milik kerajaan sepenuhnya, • dengan modal yang dibenarkan sebanyak RM500 juta. • Industri-industri yang diberi perhatian dalam industri berat ini ialah terdiri daripada • industri logam, • kejuruteraan, • kimia dan memproses kimia.
Antara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh HICOM pula, termasuklah • loji simen (Kedah Cement Snd. Bhd), • loji besi berongga dan billet keluli (Perwaja Terengganu Snd.Bhd.), • estet perindustrian, • projek kereta nasional (PROTON),
5. loji enjin kecil, 6. projek Petro-pipe (Petro-Pipe Industries Malaysia Sdn. Bhd.), 7. kompleks kejuruteraan dan beberapa projek lain.
Pembangunan industri berat ini adalah dibatasi oleh beberapa faktor seperti • faktor kewangan, • masalah teknologi, • masalah tenaga mahir, • masalah kos • dan juga masalah struktur pasaran
Sumbangan sektor pembuatan. • sumbangan sektor ini boleh dilihat dari segi gunatenaga, bahagian KDNK, pendapatan eksport dan jumlah pelaburan yang terlibat. • Telah dilihat sumbangan kepada KDNK yang semakin meningkat
Strategi pembangunan perindustrian. • Tiga kategori strategi utama bagi pembangunan industri ialah; • perlindungan tarif • galakan pelaburan • kemudahan, jaminan dan panduan.
Perlindungan Tarif. • Prinsip tarif telah diterima sejak tahun 1957 • Digunakan dengan meluas dalam tahun 1965 • Selepas tahun 1970, tarif perlindungan diperluaskan kepada berbagai-bagai barangan seperti barang pengguna, perantaraan dan modal.
Beberapa jenis tarif • tarif barang import - cukai yang dikenakan kepada import • kuota import – jumlah import barang tertentu dihadkan, dengan tujuan melindungi pengeluar tempatan dari persaingan pengeluar luar negeri. • pengecualian kastam – pengecualian cukai diberikan kepada barang perantaraan seperti mesen dan jentera yang digunakan oleh industri dalam negeri.
Galakan pelaburan. • Galakan ini diberikan untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negeri, • Yang digalakkan adalah • pelaburan modal, • pengetahuan teknologi • teknik pengurusan • kemahiran • peluang pekerjaan
Beberapa akta telah diperkenalkan bagi tujuan galakan ini, iaitu • Ordinan taraf perintis (1958) • Akta galakan pelaburan (1968) • Akta galakan pelaburan Pindaan (1986)
melalui akta-akta ini beberapa bentuk galakan telah disediakan, termasuklah • taraf perintis • galakan penempatan • kredit cukai pelaburan • kelonggaran cukai penggunaan tenaga buruh • galakan eksport • galakan khas lain
Kemudahan, jaminan dan panduan • di samping galakan-galakan, terdapat panduan-panduan lain supaya pelabur sentiasa mendapat manfaat • dan tidak penghadapi sebarang masalah dalam menjalankan kegiatan pelaburannya.
Masalah perkembangan perindustrian. • strategi galakan modal melalui pelepasan cukai adalah kurang sesuai dengan keadaan ekonomi Malaysia yang mempunyai ramai pekerja. A. pergantungan kepada pelaburan asing telah menimbulkan beberapa masalah seperti;
pelabur tempatan terpaksa bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kelebihan modal, teknologi dan kepakaran. • Guna tenaga yang diwujudkan melalui pelaburan asing selalunya dari jenis buruh kasar, oleh itu tiada perkembangan kemahiran pekerja tempatan.
3. Pemindahan teknologi selalunya tidak sesuai dengan suasana tempatan. 4. Kebebasan keluar masuk modal dan keuntungan asing yang tidak dilabur semula merugikan pembangunan negara.
B. Dasar penggantian import jika diamalkan bagi tempoh yang panjang boleh mengakibatkan keburukan kerana firma tempatan yang tidak mendapat persaingan firma asing akan menjadi tidak cekap dari segi pengeluaran dan pengurusan.
C. Tumpuan kepada pengeluaran barang pengguna adalah kurang menguntungkan kerana bidang ini juga diceburi oleh negara-negara asia lainnya.
D. Proses perindustrian telah memindahkan buruh dari desa ke bandar, dan terdapat lebih banyak kesan buruk dari baiknya kerana; • menambah masalah pengangguran di bandar • wujudnya kawasan stinggan yang tidak teratur • mengujudkan masalah sosial di kalangan remaja dan penganggur yang tidak berkemahiran.
E. Tingkat kadar upah yang rendah bagai pekerja sektor pembuatan berbanding pekerja sektor ini di negara jiran Singapura.
Strategi Perindustrian Bersepadu 1. Perancangan sektor perindustrian. • Telah disediakan satu Pelan Induk Perindustrian (PIP/IMP). • Melibatkan perancangan terperinci dari segi i. gabungan sektor yang sesuai ii. perhubungan diantara berbagai-bagai peringkat pengeluaran dan corak kegiatan yang saling bergantung.
2. memperbaiki sistem galakan. • Menyusun sistem galakan yang sedia ada. 3. pelbagaian dan pembangunan industri berasaskan sumber. • Usaha diberikan untuk mempelbagaikan eksport • Mengglakkan penggunaan sumber tempatan seperti hasil getah, kayu, kelapa sawit dan hasil pertoleum
4. gantian import peringkat kedua yang terpilih. • Kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti keluaran yang akan menggantikan import. • Iaitu meliputi barang yang menggunakan banyak barang modal dan tingkat teknologi yang tinggi. • Kempen mengalakkan penggunaan barang tempatan dijalankan.