480 likes | 845 Views
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA. Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. KEMAHIRAN BERTUTUR Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input
E N D
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
KEMAHIRAN BERTUTUR Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input Kemahiran dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru; jarang dihasilkan secara semula jadi KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
Dipengaruhi oleh Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran Ciri mental; kemahiran memahami, menginterpretasi Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak cukup maklumat dan persediaan Memberi respons dan menyampaikan maklumat dengan berkesan KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
ASPEK BERTUTUR Sebutan mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Tekanan Melantang sebutan pada bahagian suku kata perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat tertentu dalam wacana Mora Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang membezakan makna KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Jeda Persendian; berhenti sebentar antara perkataan, frasa, klausa dan ayat Intonasi Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat Nada Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi Tatabahasa Sistem yang digunakan untuk menggabungkan huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi, morfologi dan sintaksis KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Kelancaran Lafazan perkataan dan ayat secara kemas dan teratur Kefasihan Ketepatan sebutan Laras bahasa Penggunaan bahasa mengikut konteks KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
JENIS BERTUTUR Monolog Dalaman; tutur dan dengar sendiri Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar Dialog Membabitkan dua pihak Berbual Bersembang Berpidato Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap, mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu duga / temu bual, bercerita KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PERINGKAT BERTUTUR Awal Mengajuk Menyoal soalan mudah Menjawab soalan mudah Bertegur sapa Pertengahan Mendeskripsi gambar Mendeskripsi pengalaman Bercerita Memberi ucapan pendek Perbualan mudah Memberi arahan KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Maju Mendeskripsi hal abstrak Bersyarah, berbahas, berbincang Memberi penerangan Mengkritik Mendeklamasi puisi KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PRASYARAT PERTUTURAN Kawalan intro Tatacara “menyampuk” Alu-aluan Minta laluan Memastikan isu Mengemukakan pandangan Kawalan postur Tatacara memasuki majlis Kawalan gestur Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan hidung KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
TATACARA BERTUTUR Dalam perbualan Tahu apa yang dibualkan Kenal siapa pelaku Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang sesuai, nada sederhana Dalam perbincangan Tahu yang sedang dibincangkan Siapa peserta Latar perbincangan Elakkan emosional Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Dalam pengucapan awam Tahu tajuk dan fakta Kenali khalayak; kata sapaan Jangka masa Suasana/mood Penggunaan alat bantu; nota, pembesar suara, slaid & LCD, papan putih KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
10 PRINSIP MENGATASI MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM KHALAYAK Speaking in public is not inherently stressful You don’t have to be brilliant or perfect to succeed All you need is two or three main points You also need a purpose that is right for the task KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
The best way to succeed is not to consider yourself a public speaker Humility and humor can go a long way When you speak in public, nothing bad can ever happen You don’t have to control the behaviour of your audience The more you prepare, the worse you will do Your audience truly wants you to succeed KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
BAHASA DALAM PERTUTURAN Fungsi asal bahasa Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial Lisan rasmi @ tak rasmi Ulangan, hentian, ayat pendek Kolokial Basahan Tak rasmi Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
Slanga Kosa kata popular semasa Kumpulan sosial & profesional Tidak difahami di luar lingkungan Dialek Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial Kosa kata, tatabahasa, ungkapan Laras Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana Bentuk pertuturan, cara pertuturan Gaya Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak Boleh juga dalam tulisan KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
Dialek Bahasa + Geografi = Dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak Idiolek Bahasa + Individu = Gaya Bahasa Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan Sosiolek Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana Wacana Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan RAGAM BAHASA PERTUTURAN
GAYA BAHASA • Perbandingan • Perumpamaan/simile, metafora, personifikasi, depersonifikasi, alegori, antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis, koreksio/antisipasi • Perulangan • Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus, epizeukis, tautotes, anafora, epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, anadiplosis
GAYA BAHASA • Pertautan • Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme, eponim, epitet, antonomasia, erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme, elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton. • Pertentangan • Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia, paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis, paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi, apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme, sarkasme.
PERBANDINGAN Perumpamaan/simile Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di anggap sama Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana, penaka, serupa Metafora Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa menggunakan kata-kata kunci Ali mata keranjang Nani jinak-jinak merpati Personafikasi Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia Angin membelai rambutnya. Mentari mencubit kulitku. GAYA BAHASA
Depersonafikasi Mengandaikan manusia sebagai benda Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya Dia diam membatu. Kalau aku menjadi bunga… Alegori Metafora yang diperluaskan menjadi wacana Cerita teladan Anjing Dengan Bayang-bayang Antitesis Dua kata yg mengandung makna bertentangan Mereka menangisi kejayaanku. Kecantikannya membawa celaka. GAYA BAHASA
Tautologi/pleonasme Perbandingan yg membazir Saya mencatat dengan tangan saya. Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri. Perifrasis Perbandingan berlebihan menyampaikan satu maksud Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari bahtera ke pulau idaman – berumah tangga. Prolepsis/antisipasi Penggunaan kata bersifat pra kejadian Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan Hari Raya. GAYA BAHASA
Koreksio/epanortosis Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan serta-merta Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah lapan kali dia pindah Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros berbelanja. GAYA BAHASA
PERULANGAN Aliterasi Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat. Dara damba daku datang dari danau dua duka. Asonansi Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat. Sudah tahu membisu pula. Antanaklasis Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud Dia selalu membawa buah tangan untuk buah hatinya. GAYA BAHASA
Kiasmus Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam satu ayat. Dia selalu menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah. Epizeukis Perulangan kata berturutan Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Tautotes Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu binaan ayat. Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku menjadi satu. GAYA BAHASA
Anafora Perulangan kata pertama dalam ayat secara berturutan. Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar. Epifora/epistrofa Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan. Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi. Senyummu juga puisi. Simploke Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat secara berturutan. Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan. GAYA BAHASA
Mesodiplosis Perulangan kata tengah dalam ayat secara berturutan. Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat merindui pemimpin. Epanalepsis Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam ayat yang sama. Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya. Anadiplosis Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata pertama dalam ayat yang berturutan. Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita. Cita-cita bangsa dan negara. GAYA BAHASA
PERTAUTAN Metonimia Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada hubungan dengannya. Dia baru membeli sebuah Kancil. Saya selalunya makan dua pinggan. Sinekdoke Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu kenyataan. Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00. Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia Alusi Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu. Semasa Jepun kami makan ubi kayu. Kita tidak mahu 13 Mei berulang. GAYA BAHASA
Eufemisme Penghalusan kata Dia telah kembali ke rahmatullah. Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran. Eponim Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang. Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga. Epitet Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya. Singa betina tu akan balik sebentar lagi. Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di mahkamah. GAYA BAHASA
Antonomasia Penggunaan gelaran menggantikan nama. Yang Berhormat harus turun padang. Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu. Erotesis/pertanyaan retorik Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya untuk penegasan. Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam baqa? Paralelisme Penggunaan ayat secara sejajar. Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya berperanan dalam pembangunan negara. GAYA BAHASA
Elipsis Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih difahami keseluruhannya. Jika awak tidak mahu mengaku… Pemergian … amat dirasainya. Gradasi Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa yang berikutnya. Kita harus mengakui,mengakui bahawa tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara negara, negara yang kita cintai ini. GAYA BAHASA
Asindeton Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak menggunakan kata hubung. Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai kejayaan. Polisindeton Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang menggunakan kata hubung. Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini serta meletakkannya di peta negara maju. GAYA BAHASA
PERTENTANGAN Hiperbola Pernyataan yang berlebih-lebihan Kemarahannya meluap-luap hingga hampir mengamuk. Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih. Litotes Pernyataan dengan tujuan merendah diri. Singgahlah di pondok saya nanti. Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini. Ironi Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat. Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-sungguh. GAYA BAHASA
Oksimoron Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama. Perkara itu telah menjadi rahsia umum. Dia resah di dalam diam. Paronomasia Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi berlainan makna. Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa. Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana ibunya menyuruh mengukur kelapa. GAYA BAHASA
Paralipsis Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain. Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga. (Dia hendak rujuk.) Pilih buah yang masak sahaja. Silepsis/zeugma Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan dua perkara. Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini. Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat. Satira Ironi dalam bentuk tulisan panjang. Gurindam Emak Si Randang. Anak Mat Lela Gila. GAYA BAHASA
Inuendo Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu. Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu. Antifrasis Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya. Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya terbukti paling korup). Paradoks Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar. Untuk menyintai kita harus membenci. Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian. GAYA BAHASA
Klimaks Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan peningkatan. Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di peringkat antarabangsa. Antiklimaks Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan penurunan. Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun sering diperkuda isterinya di rumah. Apostrof Yang dilawan bicara tiada di latar. Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami. GAYA BAHASA
Inversi/anastrof Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek. Kepada merekalah kita menaruh harapan. Ke pasar agaknya tuan rumah ini. Apofasis/preterisio Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi telah menyatakannya. Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar rumah. Saya masih bujang tiga. Histeron proteron Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang logik. Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya menggunakan mesin taip. GAYA BAHASA
Hipalase Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan tetapi digunakan dalam keadaan yang lain. Dia berbaring di ranjang yang resah. Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian. Sinisme Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih keras dan jelas berbanding ironi. Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja ke kancah negatif. Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat dengannya. Sarkasme Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme. Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi. Penipu besar itu sudah tiba. GAYA BAHASA
Pidato/ucapan/syarahan Bercakap secara sehala Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu tajuk/isu/perkara Tempoh waktu tertentu Mempengaruhi khalayak Persediaan Memahami tajuk Menganalisis khalayak/majlis Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan dan kesesuaiannya Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian masa Memastikan tempat dan kemudahan logistik KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN UCAPAN Pembuka kata Ucapan salam, penyataan syukur Hirarki sistem panggilan Makluman pengenalan majlis Membina minat menarik perhatian, provokasi, petikan, data Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan Berdasarkan tema/kehendak majlis Menyesuaikan tajuk dengan khalayak KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
Mengemukakan idea Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan tepat, rumusan Penutup; rumusan, pantun, maaf KECEKAPAN BERBAHASA Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa Kelancaran – susunan idea, kawalan pernafasan Kefasihan – sebutan, intonasi Gestur dan postur KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8