80 likes | 309 Views
KUMPULAN KECIL. Objektif pembelajaran minggu ini: Mengetahui konsep dan takrif kumpulan kecil Mengenalpasti elemen-elemen dalam kumpulan kecil Mengetahui konsep dan takrif komunikasi dalam kumpulan kecil Mengenalpasti perkara asas dalam proses komunikasi melalui kumpulan
E N D
KUMPULAN KECIL • Objektif pembelajaran minggu ini: • Mengetahui konsep dan takrif kumpulan kecil • Mengenalpasti elemen-elemen dalam kumpulan kecil • Mengetahui konsep dan takrif komunikasi dalam kumpulan kecil • Mengenalpasti perkara asas dalam proses komunikasi melalui kumpulan • Mengenalpasti keunikan komunikasi kumpulan kecil
KUMPULAN KECIL • Kumpulan adalah himpunan individu yang berkongsi matlamat dan berinteraksi antara satu sama lain secara langsung atau tidak • Devito (1997): kumpulan adalah himpuan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama
ELEMEN-ELEMEN DALAM KUMPULAN • Tujuan atau matlamat kumpulan • Komunikasi • Struktur • Saiz kumpulan
Prinsip Saiz Kumpulan • Prinsip Saiz Terkecil: siaz kumpulan bergantung kepada 1) bentuk tugasan dan 2) matlamat kumpulan • Saiz ideal kumpulan kecil adalah 5-7 orang (Napier & Gershenfeld, 1993) • Penambahan dan pengurangan saiz mempengaruhi pencapaian matlamat kumpulan
Komunikasi Kumpulan Kecil • Komunikasi: satu proses mewujudkan kesamaan dengan cara berkongsi maklumat secara lisan dan bukan lisan. • Prinsip kesamaan dalam komunikasi: • Kesamaan perkataan • Kesamaan makna • Kesamaan kepercayaan/keyakinan
Komunikasi Kumpulan Kecil • Takrif 1:proses interaksi bersemuka di kalangan individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri sebagai ahli kumpulan yang saling bergantung dan mempengaruhi antara satu sama lain (Beebe & Masterson, 1994) • Takrif 2: proses anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu sama lain sama ada secara bersemuka atau tidak (on-line) (Tubbs,1998)
Perkara Asas dalam Proses Komunikasi • Persepsi: Tanggapan terhadap rangsangan yang diterima oleh deria, dipengaruhi oleh kebiasaan dan pengalaman • Perhatian: memberi tumpuan terhadap penyampaian dan penerimaan mesej • Keyakinan terhadap mesej • Kejelasan dan ketepatan mesej
Keunikan Komunikasi Kumpulan Kecil • Kesan pemerhati: pengaruh kandungan dan cara berkomunikasi • Interaksi: semakin kompleks interaksi apabila saiz kumpulan semakin besar • Pengaruh majoriti dan minoriti: pengaruh penentu penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan oleh anggota kumpulan