380 likes | 746 Views
BAB 5 ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA. Latar Belakang Masyarakat di Malaysia 10 Prinsip Islam Hadhari Islam Hadhari Dalam Konteks Pembangunan Di Malaysia. 1. Latar Belakang Masyarakat di Malaysia.
E N D
Latar Belakang Masyarakat di Malaysia • 10 Prinsip Islam Hadhari • Islam Hadhari Dalam Konteks Pembangunan Di Malaysia
Negara Malaysia – masyarakat majmuk – perlu ada polisi untuk wujud masyarakat Malaysia • Selepas merdeka – timbul kesedaran kuat para pemimpin PTM gubal polisi & langkah untuk wujudkan interaksi & hubungan yang lebih rapat antara kaum • Bermula dengan penubhan Parti Perikatan – UMNO, MIC, MCA – bentuk Kerajaan Perikatan • Di perkenalkan Dasar Kerajaan iaitu Penyata Abdul Razak 1956 & Penyata Abdul Rahman Talib 1960
Selepas peristiwa 13 Mei 1969 – Rukun Negara & Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk – pelaksanaan dasa pendidikan kebangsaan & pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan telah dipesatkan – mengurangkan jurang pemisahan antara kaum dan perpaduan serta muhibah dpat disemai • DEB (1971-1990) diperkenalkan • Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (1990-2000) dilancarkan untuk menyusuri dan melengkapkan DEB
1991 – Wawasan 2020 diperkenalkan – sembilan cabaran diperkenalkan : diringkaskan - - pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu yang meletakkan masa hadapannya secara perkongsian bersama • Berintegrasi wilayah & kelompok etniknya • Menikmati kehidupan bersama yangs epenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan • Membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setia & pengabdian yang tidak berbelah bagi
Kenapa ini dilakukan : ????????????????? • Nyatanya – walaupun pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang padu yang boleh menjadi asas pembinaan sebuah tamadun Malaysia yang tersendiri belum jelas kelihatan namun bahasa Melayu merupakan satu-satnya aset dan khazanah yang paling berharga & berwibawa untuk membawa Malaysia ke arah itu • Suasana perhubungan yang baik antara kaum & pemeluk agama perlu wujud di Malaysia
Penyampaian dan interaksi orang islam dengan kumpulan etnik yang lain akan meningkatkan keterbukaan di kalangan mereka & keupayaan menerankan Islam secara rasional, waras & penuh hikmah • Pelaksanaan Islam Hadari dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertujuan mengurangkan sangka buruk & prejduis kaum lain terhadap Islam
Definisi – hadari - yang bertamadun - Islam Hadari – “Islamic CivilizationalApproach” atau “Comprehensive Civilizational Approach To The Development In Malaysia” • Takrif lengkap “ suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”
Berdasarkan takrif – Konsep Islam Hadari • Memberi penekanan kepada pembangunan & pembinaan tamadun dengan teras pandangan semesta paradigma tauhid • Melahirkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap Islam yang sebenar • Meransang kepada perubahan minda umat Islam & mengubah persepsi masyarakat terhadap agama Islam
Visi, Misi Dan Objektif Islam Hadari Visi • Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri Misi • Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang Objektif • bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Memperkenalkan Islam sebagai suatu agama yang syumul dan komprehensif • Merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk menguatkan & mengembangkan semula agama Islam • Membuat penekanan kepada pembangunan yang bersepadu & seimbang bagi melahrikan umat yang berilmu & beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia dll dalam menangani cabaran semasa dunia global • Juga penekanan kepada pembagunan ekonomi & tamadun menyeluruh
Menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan & kemajuan umat Islam masa kini dalam semua aspek kehidupan manusia • Dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagi sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020
Keimanan & Ketakwaan Kepada Illahi • Kerajaan adil & beramanah • Rakyat Yang Merdeka • Penguasaan Ilmu Pengetahuan • Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif • Kehidupan Berkualiti • Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita • Keutuhan Budaya & Moral • Pemeliharaan Alam Semula jadi • Kekuatan Pertahanan
Keimanan & Ketakwaan Kepada Allah • Faham makna keimanan & ketakwaan • Teras utama kepada Islam Hadari • Al-Q & Al-H – teras pegangan & rujukan bagi pelaksanaan pemerintahan • Gabungan kemantapan akidah, syariah & akhlak -faham makna akidah, syariah & akhlak dengan mendalam • Ketiga2 teras perancangan & pelaksanaan pembangunan diri & pengurusan • Menerangkan tentang kebebasan agama & tiada paksaan dalam Islam
Kerajaan Adil & Beramanah • Faham maksud adil & beramanah • Adil dalam semua aspek – ekonomi, politik, sosial dll • Adil kepada semua manusia • Melahirkan negara Islam yang baik & maju
Rakyat Yang Merdeka • Melahirkan masyarakat yang cintakan negara, kreatif, inivatif, terbuka, toleransi dll • merdeka dalam semua aspek – bukan ketenteraan sahaja
Penguasaan Ilmu Pengetahuan • Ilmu – asas penting kekuatan tamadun • Meningkatkan kualiti sistem pendidikan • Pembangunan intelek, jasmani, rohani & emosi yang seimbang • Tanpa ilmu masyarakat mundur & lemah – penting ilmu agama • Mundur & lemah umat Islam :- • Kurang penghayatan agama - Ibnu Khaldun • Jumud (beku) pemikiran & tersebar banyak hadis tidak sahih (daif) – Sheikh Muhammad Abduh • Masyarakat Islam masih banyak percaya kepada khurafat – Jamaludian al-Afghani • Perkara2 bidaah bercampur dengan akidah – Ibnu Taimiyyah
Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehansif • Pembangunan ekonomi penting – seimbang – • Moral & etika elak penyelewengan • Sistem ekonomi Islam diperkenalkan • Peranan sektor swasta & awam • Membuka peluang kepada semua kaum tanpa mengira status • Kemajuan ekonomi selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum
Kehidupan Berkualiti • Melalui penguasaan ilmu & kepakaran • Pembangunan insan & kerohanian • Pembangunan kesihatan & fizikal • Pembangunan ekonomi
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita • Kumpulan minoriti – orang asli & peribumi, golongan kurang upaya, kaum2 lain • Diberi hak yang sama – faham warganegara • Perlukan perlindungan • Keupayaan menjaga hak – Islam dipandang tinggi – modul negara Madinah
Keutuhan Budaya Dan Moral • Identiti masyarakat – Identiti Negara • Kepelbagaian budaya dan agama berasaskan sistem nilai dan akhlak yang murni dan luhur. • Gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu sebagai cabaran utama • Kemajuan kebendaan perlu didasari oleh nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. • Peranan semua pihak – pastikan disemai dalam diri setiap individu
Pemeliharaan Alam Semulajadi • Konsep hubungan manusia dengan alam sekitar dalam Islam • Pembangunan mesti mengambilkira aspek kestabilan eko-sistem • Deklarasi Rio De Janerio (1993) dan protokol Kyoto (1997) • Deklarasi langkawi memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. • Pengurusan alam sekitar menggunakan kaedah yang seimbang dan menyeluruh
Kekuatan Pertahanan • Kekuatan pertahanan meliputi aspek kekuatan persenjataan, ketenteraan dan kekuatan diri, fizikal dan spritual (al-anfal:60) • Kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan diri bukan untuk menyerang, menceroboh dan menguasai bangsa lain • Kekuatan ketenteraan menjamin kestabilan, keamanan, keselamatan negara dan proses pembangunan berterusan • Senario politik dunia menuntut kekuatan ketenteraan
Oleh itu, Islam hadari memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban • Dicanai menurut ajaran Islam tanpa mengenepikan usaha untuk mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat Malaysia • Semua prisip ini – nadi kepada masyarakat Malaysia untuk berubah
Prinsip-Prinsip Islam Hadari Dalam Perlembagaan Malaysia • Per 3 (1) – Islam agama rasmi negara • Per 11 (4) – Menyekat pengembangan apa2 iktikad atau kepercayaan agama antara orang2 yang menganut agama Islam • Per 12 (2) – Hak Berkenaan Pelajaran • Per 160 – erti Melayu
Islam Hadari Dalam Konteks Ketamadunan, Budaya Dan Agama Di Malaysia • Islam Hadari diertikan sebagai Melayu yang dikembalikan kepada akar budaya tradisinya • Islam Hadari (Melayu Baru) adalah Melayu yang dipengaruhi komitmen keislamannya dan ketamadunannya • Suatu proses transformasi manusiawi yang memberikan jiwa & citra baru kepada umat Melayu, suatu revolusi budaya yang memebrikan mereka seperingkat nilai-nilai dinamik terpancar dari ajaran shariah Islamiyyah. • Ungkapan bersesuaian dengan zaman bagi mewujudkan Melayu-Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Beberapa Aspek Utama Merealisasikan : • Kualiti Tauhid Dan Jiwa Merdeka • Bangsa berkualiti – bangsa yang membawa makna, positif & mampu bertahan merentasi taufan sejarah • Umat Islam yang berparadigma tauhid sewajarnya telah bebas dari perhambaan • Dinamika tauhid membentuk worldview dan sistem nilai Melayu yang berasaskan Islam • Tanpa jiwa merdeka sesuatu bangsa tidak akan mampu mencapita kegemilangan dalam sejarahnya
ii. Sejarah Dan Orientasi Masa Hadapan • Perlu ada kesedaran tentang masa hadapan kerana tidak boleh dijangka • Orientasi sedemikian – ciri bangsa berdaya maju & sentiasa ingin mencipta keunggulan • Islam memiliki semnagat pemikiran berorientasikan masa depan – tanpa menfaikan menoleh kepada sejarah silam adalah wajar • Masa hadapan umat Islam bukan terhad kepada duniawi sahaja bahkan menjangkaui alam ukhrawi • Menekankan juga kepningan menelaah masa hadapn & merancang strategi
iii. Budaya Ilmu Dan Keintelektualan • Budaya tidak terbatas kepada maksud seni & hiburan semata2 • Realiti – budaya satu cakupan luas • Islam main peranan penting dalam pembinaan budaya Melayu • Mencipta kecemerlangan budaya – individu perlu mengenali potensi diri, temukan nilai-nilai dasar berakar kepada Melayu-Islam • Nilai tradisi utama ilmu & intelek – dalam konteks intellectual substance • Sejarah membuktikan proses penislaman di rantau ini suatu proses pembudayaan & pemasyarakatan ilmu menerusi al-Quran & ilmu2 teras keagamaan • Sentiasa ke arah penyegaran nilai ilmu & pastikan pengarahan sentiasa diperbaharui bersesuaian dengan zaman mendatang
iv. Jati Diri Bangsa Dan Perpaduan • Pembentukan jati diri Melayu-Hadari seharusnya mendasari undang-undang Ilahi – perubahan nasib sesuatu bangsa harus bermula dengan usaha bangsa itu sendiri • Setiap individu perlu memiliki sifat patriotisme & nasionalisme – wajahnya dalam budaya keilmuan yang menepati tuntutan pengabdian kepada Ilahi & kebaktian kepada negara yang sentiasa berkait dengan agama – tidak boleh dipisahkan sama sekali • Islam-hadari & masayrakat madani mudah dibentuk p kerana wujudnya cinta kepada agama, bangsa dan negara melalui istilah patriotisme dan nasionalisme yang telah disesuaikan dengan nilai-nilai Islam
v. Budaya Kerja Cemerlang Dan Masyarakat Hadari • Aspek budaya cemerlang @ etos kerja tidak boleh dipinggirkan • Lebih lagi dalam kemajuan ekonomi – kemajuan Jepun diakitkan denganZen-Buddhisme begitu juga Korea Selatan, China & Hong Kong – perindustrian tururt dilatari oleh agama • Realiti agama dapat memberikan etos kerja yang berupa motivasi & nilai suci kepada ekonomi • Disamping semnagat, kepercayaan dll – Melayu-Muslim hendak menjadi masyarakat perindustrian perlu manfaatkan etos kerja yang digariskan oleh Islam
Kesimpulan • Nyatalah Islam-Hadari mewrnai setiap aspek kehidupan manusia yang mendasari agama, budaya dan tamadun sebagai tunjuang utama menghadapi sebarang bentuk cabaran • Pemahaman dalam aspek ini melahirkan manusia yang unggul, cemerlang dan berkualiti • Menepati hasrat Islam-Hadari yang menerima secara terbuka pandangan baik dan nilai-nilai sejagat yang sempurna dalam mewarnai suasana masyarakat Ma;aysia yang beraneka agama, tamadun dan budaya • Dalam era globalisasi – tidak harus menolak secara total yang bersifat asing tetapi ada kemampuan untuk menilai & memilih