340 likes | 518 Views
PERJUMPAAN BERSEMUKA PERTAMA. BAHASA JEPUN 2 (BBJ 2402) Semester 2 2010/2011 18 Disember 2010. PENSYARAH. KOD KURSUS : BBJ 2402 NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II NAMA PENSYARAH : PN. SANIMAH HUSSIN E-MAIL : sanimah@fbmk.upm.edu.my NO. TEL PEJABAT : 03-89468684
E N D
PERJUMPAAN BERSEMUKA PERTAMA • BAHASA JEPUN 2 • (BBJ 2402) • Semester 2 2010/2011 • 18 Disember 2010
PENSYARAH KOD KURSUS : BBJ 2402 NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II NAMA PENSYARAH : PN. SANIMAH HUSSIN E-MAIL : sanimah@fbmk.upm.edu.my NO. TEL PEJABAT : 03-89468684 ALAMAT : JABATAN BAHASA ASING, FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI, 43400 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR.
OBJEKTIF • MENGINGATI KOSA KATA YANG DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN. • MEMAHAMI PERBUALAN HARIAN YANG MUDAH MELALUI AKTIVITI MENDENGAR. • MEMAHAMI PENGGUNAAN DAN PERBEZAAN PENANDA. • MEMAHAMI PETIKAN PENDEK MELALUI AKTIVITI MEMBACA. • MEMBINA AYAT ADJEKTIF, AYAT NAMAAN DAN AYAT NAMA SIFATAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN KALA YANG BETUL. • MENULIS KARANGAN PENDEK TENTANG KEHIDUPAN HARIAN.
PENILAIAN • UJIAN BERTULIS • UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER • MERANGKUMI UNIT 1, 2 DAN 3. • MARKAH : 25 % • PEPERIKSAAN AKHIR • MERANGKUMI UNIT 4, 5 DAN ULANG KAJI • MARKAH : 40 %
TUGASAN • TUGASAN MENULIS • UNIT 1 DAN 2 • MARKAH : 15 % • TUGASAN MEMBACA • UNIT 4 DAN 5 • MARKAH : 20%
UJIAN & PEPERIKSAAN AKHIR • UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER • Ujian ini akan mencakupi Unit 1, 2 dan 3. Untuk ujian ini, anda perlu memahami kosa kata dan dapat membina ayat yang dipelajari dalam ketiga-tiga unit ini. Anda juga diuji tentang kebolehan membaca dan menulis ayat dalam HIRAGANA dan beberapa perkataan dalam KATAKANA. • PEPERIKSAAN AKHIR • Ujian ini mencakupi Unit 4, Unit 5 dan Bahagian Ulangkaji. Format peperiksaan akhir sama seperti ujian pertengahan semester. Pada peperiksaan ini, anda dijangkakan telah menguasai kosa kata dan struktur ayat daripada modul BBJ 2402
TUGASAN • TUGASAN MENULIS • Buat salinan foto lembar “Latihan Menulis” pada Unit 1 dan Unit 2. Kemudian tulis karangan pendek berdasarkan topik yang diberikan pada lembar yang difotokopi. • Anda hendaklah menulis satu HIRAGANA pada setiap petak sebagaimana contoh yang ditunjukkan pada halaman 17 Unit 1. • Cth: ちちはかいしゃいんです。52さいです。 • Jangan berikan ruang di antara satu perkataan dengan yang lain.
TARIKH SERAHAN TUGASAN • Serahkan tugasan anda paling lewat semasa perjumpaan bersemuka kali kedua diadakan. • (26 Feb 2011) • Bagi yang telah menyiapkan tugasan menulis ini lebih awal, boleh menghantar kepada Unit Tugasan PPL atau terus kepada pensyarah menerusi alamat di atas.
Karangan Unit 1 • Pilih beberapa orang daripada anggota keluarga anda dan tulis karangan tentang mereka. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari sebelum ini (BBJ 2401) serta dalam UNIT 1(BBJ2402). • Tulis karangan anda pada halaman yang difotokopi dengan menggunakan kesemua 160 petak yang disediakan mengikut contoh di bawah. (Satu HIRAGANA satu petak). Halaman 17. • Cth:
KARANGAN UNIT 2 • Tulis mengenai perkara-perkara di sekitar dan di dalam rumah anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1 dan UNIT 2 (BBJ2402)]. • Tulis karangan anda pada halaman 47 & 48 dengan menggunakan kesemua 200 petak yang disediakan. (Satu HIRAGANA satu petak ).
TUGASAN MEMBACA • Tulis dua karangan pendek sebagaimana arahan yang diberikan pada Unit 4 dan Unit 5. Karangan hendaklah ditulis pada lembar yang disediakan dengan menggunakan 250 HIRAGANA untuk Unit 4 (halaman 105) dan 280 HIRAGANA untuk Unit 5 (halaman 128) • Kemudian buat rakaman bagi bacaan yang anda lakukan pada kedua-dua karangan yang dihasilkan itu. • Untuk setiap karangan, penilaian akan dibuat berdasarkan keaslian dan ketatabahasaannya tetapi anda tidak digalakkan untuk menggunakan kosa kata dan struktur ayat yang belum pernah dipelajari.
TUGASAN MEMBACA UNIT 4 • Tulis cerita tentang kehidupan harian anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3 dan UNIT 4 (BBJ2402)]. • Tulis karangan anda pada halaman yang telah difotokopi dengan menggunakan 250 HIRAGANA. (Satu HIRAGANA satu petak). Kemudian, baca karangan ini dan rakamkan. Halaman 105 & 106.
TUGASAN MEMBACA UNIT 5 • Tulis karangan tentang percutian anda yang lepas. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3, UNIT 4 dan UNIT 5 (BBJ2402)]. • Karangan anda hendaklah ditulis pada halaman yang telah difotokopi (halaman 128,129 & 130) dengan menggunakan 280 HIRAGANA (satu HIRAGANA satu petak). • Kemudian, baca karangan ini dan rakamkan.
Tarikh serah tugasan • Serahkan karangan yang ditulis serta CD bacaan berkenaan ke UNIT TUGASAN PPL dua minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. • Tarikh akhir : 15 Mac 2011
Unit 1 • Objektif : • 1. menyatakan apa-apa yang anda / orang lain suka atau tidak suka. 2. memahami penggunaan penanda “と”, “に” dan “も”. 3. bercerita tentang keluarga anda menggunakan struktur ayat mudah.
Penggunaan “すき” • Untuk menyatakan apa-apa yang anda suka, gunakan struktur ayat “がすきです”. • Untuk menyatakan apa-apa yang anda tidak suka, gunakan struktur ayat “が すき じゃありません”. • Ayat contoh m/s 8. • 1)わたしは さかなが すきです。 • 2)ははは こどもが すきです。 • 3)しゅじんは コーヒーが すき じゃ ありません。
Penanda “ と” • Penanda “と” menghubungkan dua atau lebih kata nama di dalam sesuatu ayat. • Ayat contoh m/s 9 dan 10. • 1)さとうさんと たなかさんは かいしゃいん です。 2)やすみは きんようびと どようびです。 3)わたしは えいがと おんがくが すきです。
Penanda “ に” • Penanda “に” menunjukkan masa berlakunya sesuatu perbuatan di dalam ayat itu. • Ayat contoh m/s 10 dan 11. • 1)わたしは 7じに おきます。 • 2)まいばん 11じに ねます。 • 3)まいあさ 8じに がっこうへ いきます。
Penanda “も”-1 • Penanda “も”-1 menandakan bahawa ada seseorang atau sesuatu yang lain selain daripada kata nama 1. • Ayat contoh m/s 12 • 1)わたしは かいしゃいんです。 さとうさんも かいしゃいんです。 • 2)わたしは おんがくが すきです。 アリさんも おんがくが すきです。
Penanda “も”-2 • Penanda “も”-2 menandakan bahawa terdapat sesuatu yang lain selain daripada kata nama 2. • Ayat contoh m/s 13 • 1)わたしは サッカーが すきです。 わたしは やきゅうも すきです。 • 2) アリサさんは ほんを よみます。 アリサさんは しんぶんも よみます。
Unit 2 • Objektif : • 1. menguasai ayat yang menggunakan “あります / います” • 2. memahami penggunaan penanda “の”, “へ” dan “に” • 3. menyampaikan keterangan tentang lokasi / tempat sesuatu dan seseorang.
Ayat lokasi • Penanda “に” digunakan untuk menandakan tempat lokasi sesuatu atau sesorang. • Struktur ayat ini boleh menerangkan tempat sesuatu atau seseorang berada. • Jika topik ayat adalah benda, maka “あります” digunakan. • Jika topik ayat adalah orang atau haiwan, maka “います” digunakan.
Ayat lokasi • Ayat contoh m/s 30. • 1)かぎは じむしょに あります。 • 2)きょうしつは 1かいに あります。 • 3)いとうさんは としょかんに います。
Ayat kehadiran • Penanda “が” digunakan untuk menandakan benda atau orang yang berada di sesuatu tempat. • Anda boleh menerangkan apa dan siapa berada / hadir di sesuatu tempat dengan menggunakan ayat ini.
Ayat kehadiran • Ayat contoh m/s 33 dan 34. • 1)うちに パソコンが あります。 • 2)うちに ねこが います。 • 3) Q: きょうしつに コンピューターが ありますか。 A: はい、 あります。 • 4) Q: じむしょに だれが いますか。 A: やまださんが います。
Penanda “の” • Penanda “の” ialah untuk menghubungkan dua kata nama. Kata nama pertama akan menerangkan kata nama kedua. • Ayat contoh m/s 39 • 1)ハリムさんは プトラだいがくの せんせい です。 • 2)これは コンピューターの ほんです。 • 3)あれは にほんの とけいです。
Penanda “に” dan “へ”(tempat) • Penanda “に” menandakan lokasi atau kehadiran sesuatu atau seseorang. • Penanda “へ” menandakan arah datang, pergi atau kembalinya seseorang yang menjadi topik ayat.
Unit 3 • Objektif : • 1. menggunakan kata adjektif di dalam ayat. • 2. memahami penggunaan penjodoh bilangan • 3. membina dialog untuk membeli sesuatu barang di kedai.
Ayat adjektif • Terdapat dua jenis kata adjektif dalam bahasa Jepun iaitu kata adjektif biasa dan kata nama sifatan. • Kata adjektif “い” + です. • Kata adjektif “くない” + です. • Kata nama sifatan + です. • Kata nama sifatan + じゃありません.
Ayat adjektif • Ayat contoh m/s 59. • 1)その ナシラマは おいしいです。 • 2)この コーヒーは あまくないです。 • 3)パソコンは べんりです。 • 4)あのひとは しんせつ じゃ ありません。
Kata Nama Penerang • Kata adjektif + Kata nama • Kata nama sifatan + “な” + Kata nama (Kata nama sifatan memerlukan “な” untuk menerangkan Kata nama. • Ayat contoh m/s 61. • 1) それは あたらしい くるまです。 • 2) あのひとは しんせつなひと です。 • 3) これは たかい じしょ じゃありません。
Pertuturan di Kedai atau di Restoren • Penanda objek “を” digunakan dalam struktur ayat ini. • Ayat ini dituturkan di kedai atau di restoren untuk memberitahu apa-apa yang dikehendaki. • Ayat contoh m/s 65 • 1)Q:これを ください。 A: はい。 • 2) Q: すみません。このケーキを ください。 A: はい、300えんです。
Penjodoh bilangan • Terdapat banyak penjodoh bilangan dalam bahasa Jepun, tetapi hanya empat sahaja yang diperkenalkan dalam unit ini. • Penjodoh bilangan ini mengalami perubahan bunyi apabila digunakan bersama-sama kata bilangan tertentu. • Ayat contoh m/s 67. • 1) あそこに かさが ろっぽん あります。 • 2) パンを むっつ かいます。 • 3) その ドリアンを いつつ ください。
Good Luck *がんばって ください*