560 likes | 842 Views
PERUNDANGAN & POLISI KOMUNIKASI. Oleh SYED AGIL ALSAGOFF. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG. ETIKA – KONTRAK SOSIAL UNDANG-UNDANG – KONTRAK PERUNDANGAN. KONTRAK SOSIAL.
E N D
PERUNDANGAN & POLISI KOMUNIKASI Oleh SYED AGIL ALSAGOFF
ETIKA DAN UNDANG-UNDANG • ETIKA – KONTRAK SOSIAL • UNDANG-UNDANG – KONTRAK PERUNDANGAN
KONTRAK SOSIAL • Kontrak yang digubal, dipersetujui dan digunapakai oleh masyarakat atau organisasi berasaskan kepada keperluan-keperluan organisasi atau institusi berkenaan
KONTRAK PERUNDANGAN • Kontrak yang mengandungi peraturan undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk dipatuhi oleh kesemua ahli masyarakat.
Polisi: • Dasar-dasar kerajaan berasaskan; • Prinsip Rukunegara • Pernyataan dalam Perlembagaan Persekutuan • Struktur Pengurusan dan Pentadbiran Negara • Pengurusan Hasil-hasil Bumi • Keperluan dan peningkatan taraf hidup, teknologi, alam sekitar, keselamatan, sosioekonomi
PERUNDANGAN & POLISI • Sumber: • Perlembagaan Persekutuan • Akta dan Undang-undang • Enakmen dan Perundangan Negeri MODEL PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Common Law British • Undang-undang Bertulis Amerika Syarikat (Perundangan Terhad & Hak Asasi) • Model Perlembagaan India (Kuasa Parlimen)
Prinsip Asas Perlembagaan • Keperluan Pegangan Agama • Keperluan Pelbagai Akar Budaya • Keperluan Pelbagai Golongan
PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA • Pilihanraya Umum (Sistem Mudah) • Penubuhan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan • Sistem Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) • Perundangan • Sistem Sosial
Golongan dalam Perlembagaan • Birokrasi • Eksekutif • Jurisial (Judicial)
Prinsip RUKUNEGARA • Berasaskan kepercayaan agama • Pemeliharaan dan Kemartabatan Perlembagaan dan undang-undang • Pengukuhan Prinsip-prinsip sosial • Pemeliharaan Kesejahteraan dan Keselamatan negara
Etika Pegangan Pengamal Komunikasi di Malaysia (Merill) • Etika Deontologi – percaya manusia perlu beretika untuk wujud kesejahteraan sesama manusia • Etika Situasi – percaya perilaku manusia perlu beretika mengikut keadaan tertentu • Etika Utilitarian – percaya setiap perilaku manusia perlu beretika untuk menghasilkan kepuitusan yang mutlak atau absolute
Kaitan Perundangan Komunikasi Dengan Polisi • Sejak Merdeka, lebih 50 undang-undang melibatkan komunikasi digubal • Perundangan komunikasi diasaskan melalui Bhg. 2 Perkara 10 dalam Perlembagaan menjamin “Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.” “…tiap-tiap warganegara adalah berhak bercakap dan mengeluarkan fikiran”
PEMBAHAGIAN CORAK PERUNDANGAN & POLISI • Pengaruh: • Ancaman Keganasan Komunis • Darurat • Persengketaan Antara Kaum: 13 Mei 1969 • Dasar Ekonomi Baru (DEB) • Perubahan Sosioekonomi dan Teknologi
FASA 1: (1940an – 1960an) • Wujudnya akta-akta asas yang membataskan komunikasi secara fizikal • Akta Fitnah • Akta Hasutan • Akta Filem (penapisan) • Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri dll. • FASA 2: (1960an – 1970an) -Akta-akta berdasarkan kepada semangat perpaduan, keselamatan, sosioekonomi dan teknologi asas: • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), • OSA, Akta Kolej dan Universiti, Telekomunikasi, Akta BERNAMA, dll.
Fasa 3: (1970-an hingga 1980-an) Perundangan Komunikasi berdasarkan kepada Pembangunan Media dan Sosial: - Akta Penyiaran - Akta Hakcipta - Akta Mesin Cetak dan penerbitan - Akta Perbadanan Filem Nasional
Fasa IV: (1990-an – 2001) Perundangan berdasarkan kepada perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat: - Akta Hakcipta (pindaan) 1997 - Set Undang-undang Siber
SKOP & JENIS PERUNDANGAN • Kebebasan Bersuara & Hak Asasi • Rahsia Rasmi • Penerbitan • Hasutan dan Fitnah • Hakcipta dan Intelektual • Regulasi Penyiaran dan Kabel • Perlindungan Parlimen • Perdagangan • Teknologi Maklumat • Hak Pilihanraya
Kebebasan Bersuara & Hak Asasi Sumber: Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan, tetapi tertakluk kepada Artikel 10(2)(a), (3), (4) dan 149(Darurat) Dasar: imbangi politik dan moral di antara peraturan & kebebasan, di antara negara dan hak-hak rakyat
Artikel 4(1)- ketidakkonsisten undang-undang/peraturan dengan perlembagaan, dianggap tidak sah dan terbatal. Dikukuhkan dengan Artikel 128, 162(6) – kuasa Mahkamah Agung yang menentukan. Hakim Raja Azlan Shah dalam PP lwn Ooi Kee Saik (1972): “Tidak boleh terdapat kebebasan yang mutlak atau tanpa kawalan: kerana ini boleh membawa kepada anarki dan kekacauan..”
PERJUANGAN HAK ASASI MANUSIA • Fasal 19 Perisytiharan Sejagat hak Asasi Manusia, “ Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran: hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan”
TINDAKAN • Wujud Tribunal Pengguna • Wujud Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)
SISTEM PILIHANRAYA • Sistem Proportional • Sistem Mudah (simple first-past-the post atau single member territorial representation) • Malaysia memilih Sistem Proportional
Pilihanraya – Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan • Suruhanjaya Pilihanraya dilantik oleh Seri Padu Baginda Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. • Ahli-ahli SPR ditentukan di bawah Seksyen 10(1) Akta Malaysia 1963
Sekatan-sekatan Kebebasan bercakap yang dibenarkan oleh Perlembagaan: • Keselamatan Persekutuan • Persahabatan dengan negara-negara lain • Ketenteraman awam (Akta Hasutan, Fitnah, Polis, Percetakan, Penyiaran) • Moral (Akta Penapisan Filem, Akta Iklan Lucah, Loteri, Ubat-ubatan, FINAS dll) • Perlindungan Parlimen atau Perhimpunan Legislatif • Fitnah • Penghasutan Melakukan Kesalahan
Penghasutan Melakukan Kesalahan (seksyen 292 – 294 Kanun Jenayah), (Seksyen 298A) • Hak Kerakyatan di bawah bahagian 111 Perlembagaan • Status Bahasa Malaysia • Kedudukan dan keistimewaan kaum Bumiputera • Prerogatif Kesultanan Melayu dan Ketua Pemerintah Negeri sembilan • Tindakan digubal untuk menghalang subversif, keganasan • Tindakan kehakiman yang diperlukan kerana darurat
RAHSIA RASMI • Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA): • Kategori: 1. Dokumen yang ditentukan dlm. Jadual spt. Dokumen kabinet persekutuan, dok. Maj. Mesy. Kerajaan Negeri, keselamatan, pertahanan 2. Semua dokumen rasmi (Rahsia, Rahsia Besar, Sulit, Terhad)
Pembelaan Yang Ada: • Maklumat tidak diklasifikasikan oleh mana-mana pegawai • Pendedahan maklumat di atas dasar “peristiwa terlindung”, iaitu prosiding Parlimen dan perundangan
KESELAMATAN DALAM NEGERI • Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) Tujuan: • menghindarkan perbuatan mengancam keselamatan, subversif • Memecahkan perpaduan nasional • Mengancam kepentingan politik, ekonomi dan pentadbiran negara
PENERBITAN • Akta Percetakan • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 • Akta Hasutan dan Akta Fitnah • Akta Hakcipta 1987 • Akta Iklan Lucah 1953 • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
HASUTAN DAN FITNAH • Akta Fitnah 1957 • Akta Hasutan 1948 • Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 • Akta Rahsia Rasmi 1972 • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
REGULASI HAKCIPTA DAN HARTA INTELEKTUAL • Akta Hakcipta 1987 dipinda 1997 • Akta Tanda Niaga 1976 • Akta Perlindungan Data Peribadi 2001 • (Asas: Akta Reka Bentuk, UK, 1949)
REGULASI MEDIA ELEKTRONIK • Akta Penapisan Filem 1952 • Akta FINAS 1981 • Akta Penyiaran 1988 (mansuh) • Akta Telekomunikasi 1950 (mansuh) • Akta BERNAMA 1967 • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 • Akta Cakera Optik 2000
UNDANG-UNDANG SIBER • Diasaskan oleh Akta Perbadanan Putrajaya 1997 – MSC • Akta Tandatangan Digital 1997 • Akta Jenayah Komputer 1997 • Akta Teleperubatan 1997 • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 • Akta Cakera Optik 2000 • Akta Perlindungan Data Peribadi 2001 • Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
PERDAGANGAN KORPORAT • Akta Perihal Dagangan 1972 • Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 • Akta Syarikat • Akta Kontrak • Akta Perlindungan Pengguna • Akta Perlindungan Data Peribadi 2001
Skop: • Teknologi medium elektronik (perbankan, kewangan dll) • Transaksi data • Pembangunan Produk • Pendaftaran Perniagaan • Pengemaskinian data syarikat • Perjanjian dan Kontrak
ISU-ISU PERUNDANGAN KONTEMPERORI • Ancaman Pengganas • Kerelevalan ISA dan OSA • Perpaduan Kaum • Perbincangan Isu sensitif nasional • Pindaan Akta Pilihanraya
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA • Integrasi 3 Media (Telekomunikasi, Penyiaran dan Multimedia) • Hubungan Industri – Pengguna • Wujudnya Forum-Forum Industri • Wujud Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia • Akta fleksibel bagi menjayakan pembangunan komunikasi jangka masa panjang
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA • Melaksana dan menguatkuasa peruntukan dalam Akta; • Mengawal Selia Kegiatan Komunikasi dan Multimedia • Menggalak dan Meningkat Pembangunan Industri Komunikasi • Menggalak & Meningkat Pengawalan Sendiri dalam Industri Komunikasi & Multimedia
FORUM-FORUM INDUSTRI DIWUJUDKAN • Forum Ekonomi • Forum Teknikal • Forum Pengguna • Forum Kandungan
KANDUNGAN • “Apa-apa bunyi, teks, gambar pegun, gambar bergerak atau persembahan audio visual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mamp direka, dimanipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik” (Petikan dari Seksyen 6 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998)
DASAR KANDUNGAN NEGARA • Membangunkan masyarakat bermoral, berkhemah, berilmu, kreatif dan bersatu padu; • Menggalakkan pembangunan industri kandungan yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di peringkat nasional dan global; • Melindungi kepentingan pengguna • Memperbagaikan pilihan kandungan masyarakat • Meningkat dan memantapkan pengawalseliaan kandungan • Mewujudkan peraturan yang jelas bagi perlindungan harta intelek • Penguatkuasaan undang-undang membenteras kandungan jelek
FORUM KANDUNGAN • Mewujudkan Kod Kandungan • Mengawalselia peraturan-peraturan dalam Kod Kandungan • Meminda, mengemaskini Kod Kandungan mengikut keperluan • Menubuhkan Biro Aduan Pengguna untuk menerima aduan kandungan
KONSEP PENGAWALSELIAAN KENDIRI (SELF-REGULATION) • Memerlukan dasar keterbukaan; • Diawasi oleh Undang-undang dan Peraturan yang Digunapakai • Diuruskan bersama di antara Industri, NGO dan Kerajaan • Memerlukan Mekanisme Penguatkuasaan dan Pemantauan Kod dan Peraturan Digunapakai
MASALAH YANG TIMBUL • Pendirian dan Kehendak Industri Terhadap Kandungan, Tidak Jelas & Konsisten; • Penguatkuasaan Kod dan Peraturan Terbatas • Pemilikan dan Pembangunan Kandungan Lebih Berteraskan Matlamat Perniagaan Berasaskan Keuntungan dalam Industri Media
ISU-ISU PERUNDANGAN SIBER KONTEMPERORI • Kandungan (content) • Pengaliran Data • Privacy (Internet) • Keselamatan Data • Penipuan Identiti • Hacking (Pencerobohan) Akses
MASALAH YANG TIMBUL • Pendirian dan Kehendak Industri Terhadap Kandungan, Tidak Jelas & Konsisten; • Penguatkuasaan Kod dan Peraturan Terbatas • Pemilikan dan Pembangunan Kandungan Lebih Berteraskan Matlamat Perniagaan Berasaskan Keuntungan dalam Industri Media
ISU-ISU BERKAITAN POLISI, PERUNDANGAN & KANDUNGAN • Sempadan Juridaksi Perundangan • Percantuman Teknologi • Pemilikan Hak Milik Intelektual & Hakcipta • Jenayah Teknologi • Perlindungan Data • Isu-isu dalam E-Perdagangan
Masalah dalam Pembangunan Kandungan dari Perspektif Perundangan dan Polisi • Pertindihan fungsi dan bidang kuasa perundangan kementerian-kementerian berkaitan; • Konsep ‘Pengawalseliaan Kendiri’ terbatas; • Perlindungan kandungan tempatan tidak menyeluruh • Pemantauan kandungan memerlukan kos tinggi • Lambakan kandungan luar negara yang mengancam sosiopolitik dan sosioekonomi rakyat
CABARAN KANDUNGAN, PERUNDANGAN & POLISI • Perkembangan Kepesatan Teknologi Komunikasi; • Ancaman Keselamatan dari Kandungan Luar; • Tekanan dari Impak Sosioteknologi dan Sosiobudaya global; • Takrif Perundangan Berbeza Mengikut Keadaan dan Bentuk Teknologi
PERBANDINGAN DENGAN AKTA-AKTA LUAR NEGARA • AMERIKA SYARIKAT The First Ammendment (Sumber) Telecommunication Act 1996 The Communication Decency Act (CDA) 1996 (Krisis Janet Reno)