380 likes | 690 Views
KOH 3363 KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN. Sesi Jun 2011/2012 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) PPL, UPM. Maklumat Pensyarah. Nama: ISHAK BIN ABD HAMID ( Pak Ngah ) Bilik Pensyarah: No. B127, Tingkat Satu, Bangunan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM.
E N D
KOH 3363 KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN Sesi Jun 2011/2012 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) PPL, UPM
Maklumat Pensyarah • Nama: ISHAK BIN ABD HAMID (Pak Ngah) • Bilik Pensyarah: No. B127, Tingkat Satu, Bangunan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM. • Alamat: Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan*
Maklumat Pensyarah • Waktu Berurusan: Rabu Pagi – 12.00 Tgh Hari • Telefon: 03-89468779 (Rasmi) 03-89468777 (untuk tinggalkan mesej dengan Cik Hasnidah) 013-3801956 • E-Mel: ishak@fbmk.upm.edu.my dilek.kudai@fbmk.upm.edu.my
Maklumat Pensyarah • Laman Web: http://www.fbmk.upm.edu.my/ishak~ • Laman peribadi : http://visualvivid.blogspot.com
HURAIAN MENGENAI KURSUS • NAMA KURSUS: Komunikasi dan Perundingan • KOD KURSUS: KOH 3363 • KREDIT: 3(3+0) • PRASYARAT: Tiada
HURAIAN MENGENAI KURSUS SINOPSIS: • Kursus ini meliputi ciri-ciri perundingan; proses komunikasi; hubungan saling bergantung; perancangan; strategi dan taktik perundingan distributif; strategi dan taktik perundingan “integratif; elemen penting dalam proses strategik; proses pembujukan; struktur sosial perundingan; peranan kuasa; peranan siasah perunding; taktik mengatasi konflik dan etika dalam perundingan.
HURAIAN MENGENAI KURSUS OBJEKTIF: • Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat: • menerangkan jenis, prinsip dan etika perundingan, • menerangkan strategi dan taktik perundingan, • mengenal pasti dan menerangkan faktor yang mempengaruhi proses dan kejayaan perundingan.
HURAIAN MENGENAI KURSUS KANDUNGAN KURSUS: 1. Ciri-ciri perundingan 2. Proses komunikasi perundingan 3. Hubungan saling bergantung 4. Perancangan (pra-perundingan) 5. Strategi dan taktik perundingan “distributive” 6. Strategi dan taktik perundingan “integrative”
HURAIAN MENGENAI KURSUS KANDUNGAN KURSUS: 7. Elemen penting dalam proses strategik 8. Struktur sosial perundingan 10. Peranan kuasa 11. Peranan siasah perunding 12. Taktik mengatasi konflik 13. Etika dalam perundingan
Buku Rujukan Lewicki, R.J., Saunders, D.M., & Minton, J.W. (2002). Essentials of Negotiation. Boston: Irwin McGraw-Hill.
HURAIAN MENGENAI KURSUS PENILAIAN: Tugasan 1 : 20% Tugasan 2 : 30% Peperiksaan Pertengahan: 20% Peperiksaan Akhir: 30% Jumlah = 100%
MENGAPA KURSUS INI PENTING? • Untuk mendalamkan pengetahuan anda dalam peranan komunikasi dalam perundingan untuk menyelesaikan konflik. • Diharapkan anda seharusnya menjadi seorang perunding memahami konsep perundingan dan mampu berkomunikasi secara berkesan, dihormati, disegani dan disayangi oleh setiap orang yang berunding dengan anda sepanjang hayat anda nanti.
PROJEK KUMPULAN 30% Untuk melaksanakan tugasan ini setiap kumpulan (3 hingga 6 orang) memerlukan khidmat dari Tutor di Pusat Pembelajaran. TAJUK: MENGENDALIKAN KONFLIK DENGAN KETUA DI PEJABAT Anda dikehendaki menemubual partisipan-partisipan (responden) mengenai bagaimana mereka mengendalikan konflik dengan ketua mereka di pejabat.
Soalan-soalan Kajian Apakah tumpuan utama (masalah, concern, interest) mereka mengenai konflik yang mereka alami itu itu? Bagaimanakah mereka mengendalikan tumpuan utama (masalah, concern, interest) mereka dalam mengendali dan menyelesaikan konflik tersebut?
Kaedah Mendapatkan Data Data HANYA diperolehi daripada temubual, perbualan, pemerhatian, kumpulan fokus dan lain-lain. Data dari media seperti bahan cetak, rancangan radio dan televisyen dan internet TIDAK perlu digunakan. Anda tidak dibenarkan menggunakan alat perakam dan dilarang menulis sesuatu semasa temubual atau perbualan. Kenalpasti dan ingat konsep, tema atau kategori yang didengari dan tulis segera selepas data diperolehi dalam setiap pertemuan.
Kaedah Menganalisis Data • Selepas setiap pertemuan (temubual), bandingkan data yang diperolehi itu dengan data yang diperolehi daripada partisipan sebelumnya. • Apabila tiada lagi maklumat baru yang diperolehi dan telah muncul satu kategori yang sering disebut oleh partisipan maka pertemuan fasa pertama sudah berakhir. Anda seharusnya sudah mengenalpasti kategori utama atau tumpuan utama (main concern) partisipan.
Kaedah Menganalisis Data Pertemuan dengan partisipan pada fasa kedua bergantung kepada kategori utama (core category) yang telah ditemui. Hanya partisipan yang mempunyai core category yang sama sahaja perlu ditemui. Dalam pertemuan itu anda harus mendapatkan lebih banyak data terutamanya mengenai kaedah atau proses mereka mengendalikan main concern itu.
Kaedah Menganalisis Data Daripada data yang diperolehi, anda perlu menganalisis dan menentukan perkaitan perkara–perkara berikut: Sebab dan akibat Proses (bagaimana ia berlaku dan penyelesaiannya) Perkaitan di antara pembolehubah atau variables
Kaedah Menganalisis Data • Senaraikan semua kategori atau tema yang diperolehi dari analisis data. • Buat jadual atau carta aliran untuk memudahkan analisis anda.
Contoh: Hasil Kajian Peringkat Awal- Pengekodan Terbuka Tidak menyampaikan mesej dengan niat sejujur Pemahaman terhadap individu Tidak menepati janji Sikap saling tidak mempercayai Tidak konsisten dan tidak dapat diandalan Tidak selalu didampingi Masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bercinta mengenai Isu kepercayaan Tidak menyimpan rahsia Pemecahan masalah Pengalaman Timbal balik Tidak terima seada-adanya Simpati Toleransi Adil
KATEGORI DAN SIFAT(categories and properties) Hubungan jarak jauh - Tidak selalu didampingi - Kekurangan keyakinan - Berfikiran bukan-bukan - Bimbang akan dikhianati Kejujuran - Tidak menyampaikan mesej dengan niat sejujur - Melindungi kesilapan sahaja MASALAH KEPERCAYAAN PELAJAR YANG BERCINTA DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN INTIM Pemahaman terhadap seseorang - Pemahaman yang tidak mencukupi - Tidak mengertikan mesej yang disampaikan Janji Kosong - Tidak menepati janji - Membesar-besarkan percakapan Karakteristik - Sikap saling tidak mempercayai - Tidak berfikiran terbuka - Kekurangan komitmen
Ciri-ciri (Properties) Ketidakpercayaan Kejujuran MASALAH KEPERCAYAAN DI KALANGAN PELAJAR YANG BERCINTA DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN INTIM Janji Kosong Karakteristik Pemahaman terhadap seseorang Hubungan jarak jauh
Pembolehubah PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR PEMBOLEHUBAH BERSANDAR Janji kosong Tahap Kejujuran Karakteristik Individu Pemahaman terhadap teman kekasih Hubungan yang bersifat jarak jauh
FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN (KUMPULAN) Laporan anda mesti mengandungi perkara berikut: Pengenalan Metodologi kajian Hasil (dapatan atau penemuan) Kesimpulan
FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN Ditaip dalam tidak kurang daripada 20 muka surat (tidak termasuk lampiran). Laporan kajian anda mestilah ditaip berselang dua (double spacing) dengan fon Arial (11 poin). Sumber maklumat hendaklah dibuat rujukan. Laporan hendaklah dijilid dan mengandungi maklumat berikut:
Kehadiran • Kehadiran tutorial adalah penting kerana: • kajian telah membuktikan bahawa terdapat korelasi antara kehadiran yang baik dan gred yang baik. • Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan dan perbincangan semasa kelas tutorial dijalankan.
Kehadiran • Pencerapan dan kebolehan meluahkan idea melalui percakapan adalah antara kemahiran berkomunikasi yang anda perlu tonjolkan semasa kuliah. • Ahli-ahli dalam kumpulan anda pasti memerlukan anda semasa perbincangan. • Anda akan dapati sukar untuk memahami topik yang dibincangkan semasa anda tidak hadir.
Tanggungjawab Dan Etika • Motivasi diri sendiri • Tanggungjawab ke atas diri dan juga terhadap ahli-ahli kumpulan anda. • Setiap tugasan mestilah bersifat asli bukan hasil peniruan atau penipuan.
Tanggungjawab Dan Etika • Ketidakjujuran termasuklah menggunakan kerja orang lain sebagai hasil kerjanya, menyerahkan tugasan yang sama daripada kursus lain; berbincang, menipu atau meniru semasa peperiksaan; memasukkan nama pelajar dalam senarai pelajar yang membuat tugasan padahal pelajar tersebut tidak memberikan sebarang sumbangan; memusnahkan hasil kerja pelajar lain kerana dengki dan sebagainya. • Jika diketahui, mana-mana pelajar yang terlibat dengan aktiviti tidak jujur ini akan diberikan gred F.
Kelewatan Menghantar Tugasan • Tarikh penerimaan tugasan oleh saya ada dinyatakan dalam jadual tentatif di atas. • Anda perlu melaksanakan tugasan dengan segera dan menghantarkannya kepada Pusat Pembelajaran Masing untuk dihantar ke PPL. • Tugasan anda harus sampai kepada saya sebelum atau pada minggu yang telah ditetapkan. Semua tugasan yang lewat akan didenda. Satu markah akan ditolak bagi setiap hari yang terlewat.
Tidak Hadir Di Hari Peperiksaan • Pelajar yang tidak hadir semasa hari peperiksaan mestilah menunjukkan sebab yang munasabah. Jika sakit hendaklah menunjukkan surat akuan doktor. Mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang baik, tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan khas.
Rayuan Meningkatkan Gred • Semua gred yang diterima adalah muktamad. • Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
PETUA BELAJAR • Menyukai pensyarah • Berminat dalam kursus • Konsisten dengan berdisiplin • Banyak membaca dan menulis • Tonjolkan diri secara positif dalam semasa melaksanakan tugasan. • Tidak berputus asa dan tenang dalam ketegangan. • TAWAKKAL PADA ALLAH
SELAMAT BELAJAR SEMOGA ILMU YANG ANDA PEROLEHI DARI KURSUS INI DIREDHAI ALLAH SWT DAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN HARIAN DAN PROFESIONAL