360 likes | 658 Views
Penjelasan Kesalahan. Kesalahan Tatabahasa yang sering dilakukan. Ayat Pertama ;. Kedua mempelai bersanding di atas pelamin. Ayat yang betul. Kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin. Ayat Kedua ;. Setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya. Ayat yang betul.
E N D
Penjelasan Kesalahan Kesalahan Tatabahasa yang sering dilakukan.
Ayat Pertama ; Kedua mempelai bersanding di atas pelamin. Ayat yang betul Kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin.
Ayat Kedua ; Setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya. Ayat yang betul Setengah-setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya.
Kata bilangan sepertisetengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagaidankedua-duatidak boleh disingkatkan. salaha. setengah orangb. tiap muridc. berbagai warnad. kedua mempelaibetul a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid c. berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai
Ayat Ketiga ; Para-para penduduk perlu bekerjasama antara satu sama lain. Ayat yang betul Para penduduk perlu bekerjasama antara satu sama lain.
Kata para tidak boleh diulang. • Para-para penduduk perlu • bekerjasama. ( salah ) • Para penduduk perlu • bekerjasama. ( betul )
Ayat Keempat Dua setengah meter kain berharga RM 10.00. Ayat yang betul Dua meter setengah kain berharga RM 10.00.
Ayat Kelima Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya berharga tiga setengah ringgit. Ayat yang betul Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya berharga tiga ringgit setengah.
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. * dua setengah meter ( salah ) * dua suku jam ( salah ) * tiga setengah ringgit ( salah ) * dua meter setengah ( betul ) * dua jam suku ( betul ) * tiga ringgit setengah ( betul )
Ayat Keenam Setiap orang murid harus datang awal ke sekolah. Ayat yang betul Setiap murid harus datang awal ke sekolah.
Ayat Ketujuh Sekalian orang peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan. Ayat yang betul Sekalian peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.
Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Ayat Kelapan Pelbagai bentuk teguran telah dilakukan namun perangainya masih tidak berubah. Ayat yang betul Pelbagai teguran telah dilakukan namun perangainya masih tidak berubah.
3.Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Ayat Kesembilan Devi datang daripada Batu Kurau. Ayat yang betul Devi datang dari Batu Kurau.
Ayat Kesepuluh Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Ayat yang betul Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Ayat Kesebelas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Ayat yang betul Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Ayat Keduabelas Ely terima surat dari Elyas. Ayat yang betul Ely terima surat daripada Elyas.
Kata Sendi 1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada . 2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Ayat Ketigabelas Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. Ayat yang betul Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang.
Ayat Keempatbelas Buku cerita itu ada dengan Suzie. Ayat yang betul Buku cerita itu ada pada Suzie.
Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang,binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
Ayat Kelimabelas Wang itu diberikan ke Rahmah. Ayat yang betul Wang itu diberikan kepada Rahmah.
Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa. Contoh: a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Ayat Keenambelas Emak sedang goring ikan di dapur. Ayat yang betul Emak sedang menggoreng ikan di dapur.
Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men- a. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul )
Ayat Ketujuhbelas Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Ayat yang betul Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Ayat Kelapanbelas Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Ayat yang betul Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:
Ayat Kesembilanbelas Kalau ingin tahu jalan pintas tanya kepada Ahmad. Ayat yang betul Kalau ingin tahu jalan pintas bertanya kepada Ahmad.
Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: - tanya kepada Hamidah ( salah )bertanya kepada Hamidah ( betul ) - jangan lompat ( salah )jangan melompat ( betul ) - senyum kepada Kartina ( salah )tersenyum kepada Kartina ( betul )
Ayat Kedua puluh Midah termenung bila menerima berita itu. Ayat yang betul Midah termenung apabila menerima berita itu.
Ayat Kedua satu Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. Ayat yang betul Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di negeri orang.
Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya. Contoh: · Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )