340 likes | 1.78k Views
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK. HASIL PEMBELAJARAN. Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
E N D
HASIL PEMBELAJARAN Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan. 2.Menghuraikan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3. Menjelaskan rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengenalan Kebanyakan negara di dunia mempunyai perlembagaan bertulis(Malaysia) dan tidak bertulis (United Kingdom dan New Zealand). 2. Penggubalan Perlembagaan berdasarkan konsep akomodasi serta kemuaafakatan etnik Melayu dengan etnik bukan Melayu 3. Penggubalan Perlembagaan beracuankan unsur-unsur tradisi
Pengenalan • Perimbangan peruntukan antara etnik Melayu dengan etnik bukan Melayu dalam perlembagaan: • Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan • Kedudukan Istimewa etnik Melayu dan bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan
Perlembagaan Persekutuan sepintaslalu: • PerlembagaanBertulis 2. Mengandungi 15 Bab, 183 Perkaradan 13 Jadual 3. Menyentuhbidangkuasaperundangan, kehakimandaneksekutif 4. Menyentuhjugaaspekbahasa, agama, kewarganegaraan, hakistimewaetnikMelayudanBumiputera
Tujuan Perlembagaan 1.Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. 2.Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. 3.Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja.
Sejarah Penggubalan 1. Sejarah telah membuktikan sistem perlembagaan bertulis telah wujud sejak pemerintahan di Tanah Melayu di zaman pemerintahan kesultanan Melaka dan Terengganu (Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka dan Batu Bersurat Terengganu) 2. Bukti lain juga terdapat dalam Perlembagaan Johor dan Terengganu yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan, dan beragama Islam 3. Sistem perlembagaan itu telah wujud di negara ini sebelum kedatangan penjajah British
Persekutuan Tanah Melayu 1948 • British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British • Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. • British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948:
Unsur-Unsur Tradisi dan Perlembagaan • Unsur-unsur tradisi yang mendasari Perlembagaan merupakan tiang seri hubungan etnik • Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya