200 likes | 394 Views
BENGKEL TBB&KT KAJIAN TEMPATAN B KOKURIKULUM. AHLI KUMPULAN MAYATI BT BULIN (Ketua Kumpulan) MUHAMMAD FIKHRI B. MUHRI (Pembentang) SARIMAH BINTI AWANG(Setiausaha) CHEN JIA CHI CHONG WEI LIN TEO YOKE CHUA KASTURI MASILLAMANI LINGAM BALASINGAM VIKNESWARI PERUMAL
E N D
BENGKEL TBB&KT KAJIAN TEMPATAN BKOKURIKULUM AHLI KUMPULAN MAYATI BT BULIN (Ketua Kumpulan) MUHAMMAD FIKHRI B. MUHRI (Pembentang) SARIMAH BINTI AWANG(Setiausaha) CHEN JIA CHI CHONG WEI LIN TEO YOKE CHUA KASTURI MASILLAMANI LINGAM BALASINGAM VIKNESWARI PERUMAL MOHD IZZUDIN B. CHE AZAHARI JAMAL ABDUL NASIR B. KAMAL MAT MIZAT B YASIN
RANCANGAN AKTIVITI KELAB KAJIAN TEMPATAN Tarikh : 2 September 2013 Masa : 2.30 – 3.30 petang Tema : Mengenal Negara Kita Tajuk : Bentuk Muka Bumi Penerapan TBB/ KT : 1. Memberikan pengetahuan dan pengalaman menggunakan alam sekitar untuk menjana tenaga baru. 2. Menyenaraikan jenis tenaga yang boleh diperbaharui melalui model bentuk muka bumi. ABM/BBM :Model - Bentuk muka bumi, Audio - lagu ‘Hijau’ Plastisin / Mounting Board/gam/ A4 kertas warna. P. Nilai : Menghargai alam sekitar. P. Ilmu : Sains, Kajian Tempatan
Bahan • Mounting Board • Plastisin Warna • Surat Khabar Lama • Audio • Gam • A4 Warna
Hasil Pembelajaran • Menyenaraikan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal murid dan jenis tenaga yang digunakan. • Menerangkan ciri fizikal utama di kawasan tempat tinggal secara lisan dan menerangkan langkah-langkah kecekapan tenaga yang boleh digunakan. Pengetahuan Sedia ada murid • Tenaga solar adalah salah satu contoh tenaga yang boleh diperbaharui
Set Induksi • Menayangkan Slaid Jenis-jenis tenaga boleh diperbaharui • Guru mengaitkan dengan topik Pengajaran hari ini
Gambar Jenis Tenaga Diperbaharui Tenaga Angin
Gambar Jenis Tenaga Diperbaharui Tenaga Solar
Gambar Jenis Tenaga Diperbaharui Tenaga Hydro
Gambar Jenis Tenaga Diperbaharui Tenaga Biojisim
Sesi Soal jawab Guru bertanyakan soalan 1.Berdasarkan gambar apakah jenis tenaga yang sesuai dibina dikawasan tepi laut. 2. Apakah bentuk tenaga yang boleh dihasilkan dikawasan sungai yang deras.
Aktiviti 1 • Murid menyenaraikan bentuk tenaga yang terdapat dipersekitaran tempat tinggal mereka. • Guru mengaitkan hubungan antara bentuk muka bumi disesuatu kawasan dengan sumber tenaga yang boleh diaplikasikan dikawasan yang mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. • Murid menerangkan proses penghasilan tenaga melalui sumber angin, air dan suria dengan bantuan guru. • Guru merumuskan bahawa sumber tenaga diperbaharui adalah berlainan mengikut aspek fizikal di sesuatu kawasan.
Contoh Model Bentuk Muka Bumi berdasarkan gambar bentuk muka bumi diatas murid diminta mencadangkan jenis tenaga yang yang boleh diaplikasikan dikawasan ini, sekiranya tempat ini tiada bekalan elektrik untuk menjana tenaga.
Aktiviti 2 • Guru menerangkan kepada murid cara membina sebuah model bentuk muka bumi. • Murid merangka dan membuat model keadaan bentuk muka bumi serta sumber tenaga baru yang boleh digunakan untuk mengantikan tenaga fosil. • Murid menggunakan bahan yang dibekalkan oleh guru.
Aktiviti 3 • Murid dalam kumpulan membincangkan tempat yang sesuai untuk menjana tenaga yang boleh diperbaharui di bahagian model yang telah siap. • Membentangkan hasil dapatan secara lisan tentang model dan jenis tenaga yang digunakan dikawasan yang berbeza bentuk muka bumi.
Penutup • Rumusan dan penerangan tentang penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga yang boleh diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian. • Tenaga yang sesuai digunakan di kawasan berbukit dan bergunung ialah biojisim, tenaga solar, hydro, dan Geoterma(negara yang berada dikawasan lingkaran/jaluran gunung berapi) • Guru memilih kumpulan yang berjaya menerangkan sumber tenaga dengan tepat dan model yang baik. • Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu "Hijau"
Lirik Lagu"Hijau" Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat