370 likes | 2.08k Views
PENGGAL PERTAMA SEJARAH DUNIA (1500-1955) 940 SEJARAH. 1. TEMA 1 - MASYARAKAT.
E N D
TEMA 1 - MASYARAKAT Tema ini membincangkan tentang bentuk masyarakat dalam sejarah manusia. Setelah 16 waktu pengajaran calon seharusnya dapat membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri. Bagi mendalami tema ini, calon mempelajari empat bentuk masyarakat, iaitu 2
1.1 Masyarakat feudal, 1.2 Masyarakat agraria, 1.3 Masyarakat maritim, dan 1.4 Masyarakat industri. Setiap tajuk merujuk kepada dua buah negara tertentu. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: 3
(a)menjelaskan definisi dan ciri dan susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 dan abad ke-17, dan dapat membandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun. (b) menghuraikan definisi dan ciri masyarakat agraria di Belanda dan China pada abad ke-16 dan ke-17. (c) menjelaskan definisi dan ciri masyarakat maritim di Portugal dan Jepun dalam abad ke-16 dan ke-17,dan 4
(d) menerangkan definisi dan ciri masyarakat industri di England dan Jerman dalam abad ke-18 dan ke-19. Setiap tajuk di atas perlu dipelajari dalam masa 4 waktu pengajaran setiap satunya. 5
TEMA 2 - PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Setelah melalui 20 jam pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan corak pemerintahan dan pentadbiran bermula daripada pemerintahan beraja kepada sistem pemerintahan berparlimen. Tajuk ini dipecahkan kepada tajuk-tajuk berikut, iaitu 2.1 Institusi pemerintahan, dan 2.2 Negara bangsa. 6
Di bawah tajuk institusi pemerintahan tumpuan adalah kepada: 2.1.1 Institusi raja dan maharaja 2.1.2 Pembesar Kedua-duanyamerujuk kepada China dan Russia dalam abad ke-16 hingga ke-20. Setelah empat waktu pengajaran setiap satunya, calon seharusnya dapat menghuraikan: (a) kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan dan juga, (b) membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan. 7
Tajuk 2.2 Negarabangsadipecahkan kepada tiga subtajuk, iaitu, 2.2.1 Raja mutlak dan Raja Berperlembagaan, 2.2.2 Negara kesatuan dan negara persekutuan, dan 2.2.3 Penyatuan negara bangsa. 8
Setiap satunya memerlukan empat waktu pengajaran. Calon mempelajari subtajuk 2.2.1 dengan rujukan khusus kepada England dan Perancis dalam abad ke-16 hingga ke-18. Hasilnya, calon seharusnya dapat: (a) membincang dan membandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan raja berperlembagaan. 9
Pembelajaran subtajuk 2.2.2. akan membolehkan pelajar: (b) membincangkan sistem pemerintahan negara republik dan negara persekutuan berdasarkan penelitian ke atas Perancis dan Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga ke-19. 10
Subtajuk 2.2.3 menumpukan kepada proses penyatuan negara bangsa dengan merujuk kepada Itali dan Jerman dalam abad ke-19. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: (c) membincangkan proses penyatuan negara bangsa yang berlaku di dua buah negara itu. 11
TEMA 3 - KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN Tema ini memerlukan 40 waktu pengajaran. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat membincangkan perubahan dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan intelektual. Untuk perinciannya tema ini dipecahkan kepada beberapa tajuk, iaitu 3.1 Sistem ekonomi 3.2 Intelektual, dan 3.3 Kemajuan pendidikan. 12
Di bawah tajuk 3.1 Sistem ekonomi, pembelajaran ditumpukan kepada aspek-aspek berikut: 3.1.1 Feudalisme dan kapitalisme. Setelah mempelajari subtajuk ini, dengan merujuk kepada China dan Jepun abad ke-16 dan Jerman dan Perancis abad ke-16 hingga ke-18 calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Asia dan Eropah. 13
Calon juga dapat: (b) menghuraikan sistem kapitalisme menerusi penelitian khusus ke atas England dan Amerika Syarikat dalam abad ke-18 dan ke-19. Penelitian subtajuk ini memerlukan empat waktu pengajaran setiap satunya. 14
3.1.2 Perkembangan ekonomi Subtajuk ini dipelajari dengan membuat rujukan khusus kepada negara tertentu, calon seharusnya dapat membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan perniagaan, pertanian dan perindustrian. Bagi mendalaminya, subtajuk 3.1.2 ini dibahagikan kepada tiga aspek, setiap satu aspek ini dipelajari selama empat waktu pengajaran. Aspek itu ialah: 15
3.1.2.1 Perdagangan dan perniagaan, dengan merujuk kepada perkembangan di Portugal dan Belanda pada abad ke-16 hingga ke-18. 3.1.2.2 Pertanian, dengan merujuk kepada kemajuan pertanian di Belanda dan England pada abad ke-17 hingga ke-18 3.1.2.3 Perindustrian, dengan tumpuan kepada perkembangan di Jerman dan Jepun dalam abad ke-19 hingga ke-20. 16
3.2 Intelektual. 3.2.1 Perkembangan ilmu, dengan merujuk kepada perkembangan di England dan Perancis dalam abad ke-17 hingga ke-19. Dalam tiga waktu pengajaran calon diharap dapat: (a) membincangkan proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains, dan Gerakan Pencerahan. 17
3.2.2 Sumbangan tokoh. Menerusi penelitian ke atas perkembangan intelektual di England dan Perancis sepanjang abad ke-18 dan ke-19, dalam tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menilai idea dan sumbangan tokoh seperti: (i) Charles Louis Montesquie (ii) Adam Smith (iii) Jean Jacques Rousseau 18
3.3 Kemajuan Pendidikan. Dengan meneliti perkembangan di Perancis dan Jerman dalam abad ke-18 dan ke-19, calon seharusnya dapat: (c) menghuraikan proses perubahan pendidikan dari sistem pendidikan tradisional kepada pendidikan moden. 19
TEMA 4 - NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Tema ini dipelajari dalam masa 44 waktu pengajaran. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat membincangkan proses, kesan, dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan peranan negara negara baru merdeka dalam politik antarabangsa. Bagi mendalami tema ini, penelitian dipecahkan kepada empat tajuk utama, iaitu: 20
4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat dan kesan penjajahan Barat. Untuk mempelajari tajuk ini, rujukan khusus diberikan kepada perkembangan di India dan China dalam abad ke-19 dan ke-20. Jangka masa pembelajarannya adalah enam waktu pengajaran. Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat: 21
(a) menganalisis respons masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat, dan (b) membincangkan transformasi sosial, ekonomi, dan kemunculan intelektual tempatan. 22
4.2 Konflik antarabangsa Tajuk ini dipecahkan kepada tiga subtajuk untuk membolehkan calon memahami punca konflik dalam politik antarabangsa. Subtajuk itu ialah tentang: 4.2.1 Perang Dunia Pertama, 1914-1918 4.2.2 Perang Dunia Kedua, 1941-1945 4.2.3 Perang Dingin, 1945-1955
Setiap bahagian memakan enam waktu pengajaran. Setelah mempelajari ketiga-tiga subtajuk ini, calon hendaklah: (a) berupaya membincangkan sebab dan kesan Perang Dunia Pertama, dengan rujukan khusus kepada perkembangan di Jerman dan Rusia. (b) berkemampuan menganalisis sebab dan kesan Perang Dunia Kedua, dengan meneliti perkembangan di Jepun dan Amerika Syarikat, dan
(c) seharusnya dapat menganalisis sebab dan kesan Perang Dingin, yang melibatkan Rusia dan Amerika Syarikat.
4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan Dalam tajuk ini, calon menggunakan sebanyak enam waktu pengajaran mempelajari perkembangan di China dan India pada abad ke-20. Menerusi pembelajaran tajuk ini, calon seharusnya dapat: (a) menerangkan langkah-langkah mendapatkan kedaulatan dan dekolonisasi oleh orang tempatan.
4.4 Perhubungan luar Tajuk ini membincangkan hubungan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Menerusi tajuk ini calon seharusnya dapat: (a) membincangkan kerjasama antara negara dalam organisasi antarabangsa selepas perang tersebut. Penelitian ditumpukan kepada:
(i) Kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama enam waktu pengajaran (ii) Kerjasama United Kingdom dan India dalam Komanwel (Commonwealth of Nations) selama empat jam waktu pengajaran. (iii) Kerjasama Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO) selama empat jam waktu pengajaran
Sekian TerimaKasih