1.01k likes | 1.44k Views
Bersama Mohamed Awang Teh ( Cikgu Mat Air Dingin ). Mari Belajar Membaca Al-Quran. Mengenal Ilmu Tajwid 1. Menurut bahasa: Tajwid bererti memperelokkan sesuatu.
E N D
Bersama Mohamed AwangTeh(Cikgu Mat Air Dingin) Mari BelajarMembacaAl-Quran
Mengenal Ilmu Tajwid 1. Menurut bahasa: Tajwid bererti memperelokkan sesuatu. Menurut istilah : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf iaitu sifat aslinya dan sifat mendatang (baharu/’arodhi). 2. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan mengamalkannya, iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ‘ain. 3. Kelebihannya : Ia semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kitab Allah iaitu al- Quran al-Karim berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. : عن عثمان ابن عفان رضى الله عنه قا ل: قا ل رسؤل الله صلى ا لله عليه ؤسلم: خير كم من تعلم القرءان و علمه – رواه ا لبخا رى Maksudnya : Daripada Usman bin ‘Affan r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. – Riwayat al- Bukhari 4. Faedahnya : Kita akan mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta rahmat Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Insya-Allah !
5. Dalil : Firman Allah (surah al-Muzammil :4): ورتل ا لقرء ان تر تيلا - سو رة ا لمز ميل Maksudnya: Bacalah al-Quran dengan tertil Tertil bermaksud : Bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhraj yang betul dan memenuhi hak-haknya. Memelihara hukum tajwid serta merenung maknanya. Makna tertil menurut Saiyidina Ali bin Abi Talib ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. عن ز يد ا بن ثا بت رضى ا لله عنه قا ل: قا ل رسو ل ا لله صلى ا لله عليه وسلم: ان ا لله تعا لى يحب ان يقرأ ا لقرءا ن غضا كما أ نز ل – روه ابن خز يمة فى صحيحة Maksudnya: Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana al-Quran itu diturunkan – Riwayat Ibnu Khuzaimah.
Makhraj dan Sifat Lazim Huruf Hijaiyyah • Makhraj Huruf • Terdapat 17 makhraj huruf . Ia melalui 5 tempat : • 1.Rongga ( الجوف) • 2.Halqum ( الحق ) • 3.Lidah ( اللسان ) • 4.Dua bibir mulut ( الشفتان ) • 5.Kerongkong / Rongga Hidung ( الخشوم )
Rongga Terdiri daripada huruf mad yang tiga itu : Alif , Wau dan Ya apabila menjadi mad. Ada 3 makhraj : 1. Pangkal Halqum : Hamzah dan Ha 2.Pertengahan Halqum : ‘ Ain dan Ha 3.Umbi Halqum : Ghain dan Kho Halqum
Lidah 1.Pangkal Lidah : Qof – Berhampiran halqum dan bertentangan dengan lelangit. Kaf – Terkeluar sedikit daripada Qof. 2. Tengah Lidah : Jim , Syin dan Ya . 3. Tepi Lidah : Dhod - salah satu drp. dua tepi lidah.Lam - hujung salah satu drp. tepi lidah sampai ke permukaan mulut hingga ke gigi atas hadapan. 4. Hujung Lidah : Nun , Ro , Tho , Dal , Ta , Shod , Zai . Zal , Sin , Dzo dan Tsa
DuaBibirMulut 1. Fa - pertemuan perut bibir mulut bawah dengan dua gigi hadapan. 2.. Ba , Mim dan Wau - Dua bibir mulut dibuka sedikit semasa melafazkannya Iaitu huruf – huruf yang didengungkan ( ghunnah ). RonggaHidung
B. Sifat-sifat Lazim Huruf Hijaiyyah Terdapat 17 sifat yang lazim bagi huruf hijaiyyah : 1. Sifat Tunggal : 7 2. Sifat Berlawan : 10
Sifat Tunggal ( Tiada Lawan ) i. Qolqolah - Iaitu kuat lagi timbul (mendetak ). Ada 5 huruf : Qof , Tho , Ba , Jim dan Dal Sebagaimana ungkapan : قُطُبٌ جَدٌ ii. Lein - Iaitu lembut. Ada 2 huruf : Wau dan Ya yang didahului oleh huruf berbaris atas. iii. Takrir - Getaran Ada 1 huruf sahaja : Ro iv. Shofir - Banyak udara Ada 3 huruf : Zai , Sin dan Shod.
v. Tafasyi - Berhamburan angin • huruf : Syin • vi. Inhirof - Melencong • 2 huruf : Lam dan Ro • vii. Istitholah - Memanjang makhraj • 1 huruf : Dhod
Pelajaran 2 • Hukum Lima ( Nun Mati atau Tanwin) • Terdapat 5 hukum berkaitan dengan nun mati @ tanwin (baris dua): • Idzhar Halqi • Ikhfa' Haqiqi • Idgham Ma'alghunnah • Idgham Bilaghunnah • Iqlab
1. Idzhar Halqi • Iaitu apabila nun mati @ tanwin bertemu 6 huruf ini : • Hamzah , Ghain , Ha , Kho , ' Ain dan Ha • Sepertimana ungkapan : أَغْحٍ خَعَه • Idzhar - menyatakan / menjelaskan • Halqi - huruf-huruf di halqum • Jadi, cara membacanya ialah dengan menjelaskan bunyi nun mati itu tanpa dengung. • Contoh : • مَنْ ءَامَنَ أَنْعَمْتَ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ • يَنْهَوْنَ زَوْجًا غَيْرَهُ بِعِلْمٍ هُدَى
2. Ikhfa' Haqiqi Iaitu apabila nun mati @ tanwin bertemu 15 huruf : Sa , Ta , Jim , Zai , Shod Dal , Kaf , Fa , Tsa , Qof , Dhad , Tho , Dzo , Syin , Zal . Sepertimana ungkapan : سَتُجْزَ صَدَّكَ فَثِقْ ضَطَظٍ شَذَّ Ikhfa' - menyembunyikan Haqiqi - hakikat ( pada bacaannya) Ikhfa' Haqiqi ertinya menyembunyikan nun mati @ tanwin serta dengung. Contoh : مِن ثَمَرِه وَتَنسَوْنَ ذِكْرًا كَثِيرًا مَن كَسَبَ عَمَلاً صَالِحًا صَبَّارٍ شَكُورَ
Idgham Ma'alghunnah • Ia terjadi apabila nun mati @ tanwin bertemu • 4 huruf ini : • Ya , Wau , Mim dan Nun • Sebagaimana ungkapan : يَوْ مَن • Idgham - memasukkan • Ma'alghunnah - serta dengung • Idgham Ma'alghunnah bermaksud bacaan dengan memasukkan nun mati @ tanwin ke dalam huruf- huruf yang 4 itu disertai dengung. • Contoh : • مِنْ يَوْمِ قَوْلٌ مَعْرُوفٌ فَمَن يَعْمَلْ • أَمْوَالٍ وَبَنِينَ مِنْ نَجْوَاكُمْ خَيْرٌ وَأَبْقًا
4.Idgham Bilaghunnah Ia wujud apabila nun mati @ tanwin bertemu 2 huruf ini : Ro dan Lam : رِلْ Idgham - Memasukkan Bilaghunnah - Tanpa dengung Ertinya, Idgham Bilaghunnah ialah bacaan dengan memasukkan nun mati @ tanwin ke dalam huruf yang 2 itu tanpa dengung Contoh : مِن لَّدٌ مِن رِّزْقٌ فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ قِرْدَةٌ هُمَزَةِ لُّمَزَةِ مِن رَّبِّهِمْ
5.Iqlab Iaitu pertemuan nun mati @ tanwin dengan “ Ba “ ب Iqlab - Menukarkan. Iaitu menukarkan ‘ nun’ mati kepada ‘mim’ serta diikhfa'kan mim di sisi ‘ ba.’ Contoh : أَنبِئَهُمْ أَنبِيَآء مَن بَعَثَنَا لاَءِ نبَسَطْتَ عَلِيمٌ بِمَا إِذٍ بَعَثَا
Pelajaran 3 • Hukum Mim Mati • Terdapat 3 hukum mengenai mim mati : • Ikhfa' Syafawi • Idgham Syafawi • Idzhar Syafawi
Ikhfa' Syafawi • Iaitu apabila mim mati bertemu huruf ba ب • Ikhfa - menyembunyikan • Syafawi - huruf dua bibir mulut • Cara bacaannya hendaklah diikhfa'kan mim di sisi ba serta didengungkan. • Contoh : • أَمَدَّكُمْ بِأَنْعَامِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِين • فَيَأْتِيهِم بَغْتَةً رَبُّهُمْ بِذَنبِهِمْ • Ikhfa' Syafawi juga dinamakan Idzhar Jaiz.
2.Idgham SyafawiIaitu apabila mim mati bertemu mim ……… مIdgham - memasukkanSyafawi - huruf dua bibirBacaannya ialah dengan memasukkan mim mati ke dalam mim serta didengungkanContoh :وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ مَا أَنفَقْتُمْ مِّنْ خَيْرٍعَلَيْهِمْ مَّطَرًا أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَIa dinamakan juga Idgham Mitslain Shoghir Ma'alghunnah, iaitu pertemuan dua huruf yang sama dan wajib didengungkan .
3.Idzhar Syafawi • Iaitu apabila mim mati bertemu selain huruf – huruf mim dan ba . • Idzhar - jelaskan • Syafawi - huruf dua bibir mulut • Bacaannya ialah dengan menjelaskan bunyi mim mati tanpa dengung. • Contoh : • لَعَلَّكُمْ تَفْعَلُونَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ • أَخُوهُمْ هُودًا إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ • لَمْ يَكُن شَيْءِ أَمْشَاجٍ
Pelajaran 4 Bab Idzhar Terdapat 7 jenis Idzhar : 1. Idzhar Halqi - telah dipelajari 2. Idzhar Syafawi - telah dipelajari 3. Idzhar Qamariah Iaitu lam mati bertemu 14 huruf seperti dalam ungkapan berikut : إبغ حجك و خف عقيمه Contoh : القَارِعَةُاليَوْمِالبَيِّنَةُ
4.Idzhar Idgham • Nun mati bertemu huruf Idgham tetapi dibaca dengan Idzhar. Ada 4 tempat di dalam al – Quran : • فِى الدُّنْيَا بُنْيَانِ قِنْوَانٌ صِنْوَانٌ • 5.Idzhar Muthlaq • Tiap-tiap lam mati bertemu nun dalam satu kalimah , seperti : • وَجَعَلْنَا وَأَرْسَلْنَا أَنزَلْنَا
Idzhar Jaiz - telah dipelajari • 7, Idzhar Semata-Mata • Lam mati bertemu selain huruf Idzhar Qamariah yang 14 itu. • Contoh :هَلْ ثُوِّبَ
Pelajaran 5 Bab Idgham Secara ringkasnya ada 7 jenis Idgham : 1. Idgham Ma’alghunnah - telah dipelajari 2. Idgham Bilaghunnah - telah dipelajari 3. Idgham Syafawi - telah dipelajari 4. Idgham Mitslain Shoghir Ma’alghunnah Pertemuan dua huruf yang sama , iaitu :
4.1. Nun (ن ) mati bertemu nun ( ن ) • Contoh : مِنْ نَّاصِرِينَ • 4.2. Mim ( م ) mati bertemu mim ( م ) • Contoh : وَلَكُمْ مَّاكَسَبْتُمْ • Bacaannya wajib didengungkan. • 5. Idgham Mutamatsilain Shoghir Bilaghunnah • Iaitu pertemuan dua huruf yang sama selain nun dan mim • Contoh : يُدْ رِكْكُمْإِذْهَبْ بِّكِتَابِوَاذْكُرْ رَّبَّكَ
Peringatan • Us. Sulaiman Ibrahim Al-Hafiz dalam ‘Fathur – Rahman’ menyatakan, apabila huruf mati itu huruf mad maka ia wajib dibaca dengan Idzhar kerana menjaga mad itu. • 6. Idgham Mutaqoribain • Huruf mati bertemu huruf yang berhampiran pada makhraj dan sifatnya • Contoh : أَلَمْ نَخْلُقْ كُمْمَاعَبَدْتُمْإِذْ ظَلَمُوا • 7. .Idgham Mutajanisain • Huruf mati bertemu huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifat. • Contoh : إِرْكَبْ مَعَنَايَلْهَثْ ذَالِكَنَخْسِفْ بِهِمْ
Pelajaran 6 • Bab Ikhfa’ • Terdapat 2 jenis Ikhfa’ • 1.Ikhfa; Haqiqi - telah dipelajari • 2.Ikhfa’ Syafawi - telah dipelajari • Tingkatan/Martabat Ikhfa’ Haqiqi • Kebanyakan qura’ membahagikannya kepada 3 martabat : • A’ala / Kubra / Akrab • Iaitu kuat atau tinggi kerana makhraj hurufnya hampir dengan nun . • Ada 3 huruf : Tsa( ث ) , Ta ( ت ) dan Dal ( د ) • Contoh : مِن دُونِهِجَنَّةٍ تَجْرِى
Adna / Shughra / Ab’ad • Iaitu sangat rendah bunyinya kerana makhrajnya berjauhan daripada nun, iaitu : • Qof ( ق ) dan Kaf ( ك ) • Contoh: مَن كَانَمِن قَبْلِكَ • Ausath / Wustho • Iaitu pertengahan kerana ia tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan makhraj nun. Ia melibatkan 10 huruf yang lain itu : • Contoh : أَنزَلْنَاإِنسَانَ
Peringatan • Ikhfa’ hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf tebal iaitu 5 huruf ini : • Qof ( ق ) , Shod ( ص ) , Dhod ( ض ) , Tho ( ط ) dan Dzo ( ظ ) • Contoh : مِن ضُرٍّعَمَلاً صَالِحًافَانظُر • مِنْ طَيِّبَةِ
Jenis Qolqolah • Terdapat 5 huruf qolqolah : • Qof ( ق ) , Tho ( ط ) , Ba (ب ) , Jim ( ج ) dan Dal ( د ) • Sebagaimana dalam ungkapan : قُطُبٌ جَدٌ • Kebanyakan ulama membahagikan qolqolah kepada 2 bentuk :
1. Shughra ( صغرى ) • Ertinya kecil kerana bunyinya tidak kuat. Ia dibunyikan secara hidup mati. Qolqolah ini berlaku di tengah ayat . • Contoh : أَبْلَغْتُكُمْأَطْرَافِهَاوَمَا أَدْرَاكَ • 2. Kubra ( كبرى ) • Ertinya besar , iaitu bunyinya kuat (mendetak ) kerana terjadi apabila diwaqafkan bacaan . • Contoh : مِن مَّسَدٍمَا كَسَبَمِعْرَاجِ • 3. Akbar ( أكبر ) • Ertinya lebih besar atau lebih kuat. Ini disebabkan huruf yang mati kerana waqaf itu adalah huruf bertasydid ( sabdu ). Hokum ini dinyatakan oleh Dato’ Hj Hassan Azhari dalam Siri Muqaddamnya di RTM. • Contoh : بِالحَقِّوَتَبَّ
Pelajaran 8 • Perkara Penting • 1. Bacaan Idzhar bagi hukum Idgham oleh Imam Hafas: • 1.1. Zal ( ذ ) mati bertemu 6 huruf ini : • Jim ( ج ) – وَإِذْ جَعَلْنَا Dal ( د ) - إِذْ دَخَلُوا • Ta ( ت ) – إِذْ تَأْتِيهِم Zai ( ز ) - وَإِذْ زَيَّنَ • Sin ( س ) - إِذْ سَمِعْتُمُوهُ Shod ( ص )- وَإِذْ صَرَفْنَا • 1.2. Ta ( ت ) mati bertemu 6 huruf ini : • Tsa ( ث ) - بَعِدَ ت ثَمُودٌ Jim ( ج )- نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ • Zai ( ز )- خَبَت زِدْنَاهُمْ Sin ( س )- كَانَتْ سَرَابًا • Shod ( ص )- لَهُدِّمَت صَوَامِعُ Dzo ( ض ) - كَانَتْ ظَالِمَهُ
1.3. Dal ( د ) mati bertemu 9 huruf ini : • Jim ( ج ) - وَلَقَدْ جَعَلْنَا Zal ( ذ ) – وَلَقَدْ ذَرَأْنَا • Zai ( ز ) - وَلَقَدْ زَيَّنَّا Sin ( س ) – قَدْ سَمِعَ • Syin ( ش ) - فَقَدْ شَغَفَهَاShod ( ص ) - وَلَقَد صَرَفْنَا • Dhod ( ض ) - وَلَقَدْ ضَرَبْنَا Dzo ( ظ ) – لَقَدْ ظَلَمَ • Tsa ( ث ) – يُرِدْ ثَوَابَ
1.4. Lam ( ل ) pada هل dan بل bertemu 8 huruf: • Ta ( ت )- هَلْ تَعْلَمُ Nun ( ن )- بَلْ نَحْنُ • Tsa ( ث )- هَلْ ثُوِّبَ Sin ( س )- بَلْ سَوَّلَتْ • Dzo ( ظ )- بَلْ ظَنَنتُمْDhod ( ض )- بَلْ ضَلُّو • Zai ( ز )- بَلْ زُيِّنَ Tho ( ط )- بَلْ طَبَعَ
Huruf-huruf berhampiran makhraj dan sifat : • Ba ( ب ) bertemu Fa ( ف ) - إِذْهَبْ فَإِنَّ • Fa ( ف ) bertemu Ba ( ب ) - نَخْسِفْ بِهِمْ • Tsa ( ث ) bertemu Ta ( ت ) - أُورِثْتُمُوهِا • Ro ( ر ) bertemu Lam ( ل ) - وَاصْبِرْ لِحُكْمِ • * Lam ( ل ) bertemu Ro ( ر ) semua Qura’ baca dengan Idgham kecuali pada saktah .
Hukum Tanwin ( Baris Dua) • Tanwin apabila diwashalkan dengan alif lam makrifat atau hamzah washal wajib dizahirkan baris satu yang sejenis dengannya serta digantikan dengan nun ( ن ) yang berbaris di bawah : شَيْبًا السَّمَآءِ Dibaca dengan شَيْبَنِ السَّمَآءِ خَيْرًا الوَصِيَّةُ Dibaca dengan خَيْرَنِ الْوَصِيَّةُ • عَادًا الأُولَى Dibaca dengan عَادَنِ الأُولَى • مَحْظُورًا انظُرْ Dibaca dengan مَحْظُورَنِ انظُرْ • بِغُلَمٍ اسْمُهُ Dibaca dengan بِغُلَمِنِ اسْمُهُ أَحَدٌ اللهُ الصَّمَدُ Dibaca dengan أَحَدُنِ اللهُ الصَّمَدُ
Bacaan Imalah Kubra • Khusus bagi Imam Hafas Imalah Kubra dibaca pada kalimah : • مَجْريهَا - Surah Hud : 41 • Bacaannya di antara baris atas dan bawah. • Tashil • Bacaan di antara hamzah dan alif khusus pada kalimah : • ءَاعْجَمِيٌّ - Surah Fusshilat : 44 • Naqal • Iaitu buang ( hazaf ) alif dan hidupkan lam pada kalimah : • بِئْسَ الإِسْمُ الْفُسُوقَ - Al-Hujurat : 11
6. Memadkan ha ( هـ ) 2 harakat pada kalimah : • فِيهِ مُهَانَا - Al- Furqan : 68 • 7. Pendekkan bacaan ha ( هـ ) pada kalimah : • يَرْضَهُ لَكُمْ - Al – Zumar : 7 • Bacaan baris atas atau hadapan bagi kalimah : • ضَعْفٍ ضَعْفاً Atau ضُعْفٍ ضُعْفًا - Al-Rum • Baca dengan Idgham Kamil (Sempurna ) atau Naqis (Tak Sempurna ) pada kalimah • أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ - Al-Mursalat : 20 • Idzhar serta saktah atau Idgham pada kalimah : • مَالِيَهْ هَلَكَ - Al – Haaqah : 28 • Hazaf alif apabila washal dan kekalkan alif pada waqaf pertama : • قَوَارِيرَا- Al-Dahr : 15
12. Hazaf alif • سَلَسِلا - Al-Dahr:4 • أسَّبِيلاَ- Al-Ahzab:27 لإِلَى الْجَحِيمِ- Al-Shoffat:68 • لإِلَى اللهِ- Al-Imran:159 وَلاَ أَوْضَعُوا- Al-Taubah:47 • وَمَلإَِ يهِ- Al-Mukminun:46 وَمَلَإِيهِمْ - Yunus :8 • Saktah • Iaitu berhenti tanpa memutuskan nafas sekadar 2 harakat. Tujuannya bagi menolak kekeliruan kalimah . Dalam Qiraat Hafas ada 4 tempat : • Surah Al- Muthoffifin : 14 رَانَكَلاَّ بَلْ --- • Surah Al-Kahfi : 1 قَيِّمًا --- عِوَجً • Surah Ya Sin : 52 هَذَا --- مَرْقَدِنَا • Surah Al- Qiamah : 27 رَاقٍ --- وَقِيلَ مَنْ
Pada 4 surah ini dinamakan ha ( هـ ) saktah. Harus dibaca dengan saktah atau idgham : • Al-Baqorah : 259 وَانظُرْ --- لَمْ يَتَسَنَّهُ • Al-An’am : 9 كَلاَّفَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ • 3. Al-Qori’ah : 10 نَارٌ حَامِيَةُوَمَا أَدْرَاكَ مَاهِيَةُ • 4. Al-Haqah - ada 4 tempat: • 4.1. Ayat : 19 كِتَابِيَه --- أَنِّي • 4.2. Ayat : 20 حِسَابِيَه --- فَهُوَ فِي • 4.3. Ayat : 28 مَالِيَه ---- هَلَكَ • 4.4. Ayat : 29 سُلْطَانِيَه --- خُذُوهُ
14 .Al – Isymam • Iaitu memuncungkan mulut tanpa membunyikan suara setelah menyebut huruf akhir yang dimatikan kerana waqaf. • Ada 4 macam isymam : • Menghimpunkan dua bibir mulut dan memuncungkannya setelah dimatikan kerana waqaf ( bagi huruf yang berbaris di hadapan sahaja). • Contoh :نَسْتَعِينُ - Al- Fatihah : 5 • Idgham serta memuncungkan bibir mulut seperti: • لاَ تَأْمَنَّا- Yusuf : 11 • 3. Campurkan shod ( ص ) dan zal ( ذ ) bagi Qiraat Warsy seperti : • إِهْدِنَا الصِّرَاطَ - Al- Fatihah : 6 • 4. Campurkan baris bawah dan hadapan seperti : • وَغَيْظَوَقِيل
15. Al - Raum • Khusus untuk huruf yang berbaris di bawah. Raum ialah membunyikan sedikit suara selepas mewaqafkan bacaan. Bacaan dengan raum tidak boleh dimadkan , • Contoh : مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِالرَّحِيمِ • 16. Bacaan dengan sin ( س ) atau shod ( ص ). • 1. Wajib dibaca dengan sin ( س ) pada kalimah – kalimah : • وَيَبْصُطُ - Al-Baqorah : 245 • فِى الْخَلْقِ بَصْطَةً - Al-A’raf : 69 • 2. Harus dibaca dengan sin ( س ) atau shod ( ص ) kalimah : • أَمْ هُمُ الْمُسَيْطِرُونَ - Al – Thur : 37 • 3. Wajib dibaca dengan shod ( ص ) kalimah : • بِمُصَيْطِرٍ - Al-Ghasyiah : 22.
7. Huruf yang ada kalanya kuat ( tafkhim ) dan ada kalanya lemah(tarqiq). • Ada 3 huruf : • 1. Alif ( ا ) 2. Lam ( ل ) 3. Ro ( ر ) • 1. Alif( ا ) • Dibaca tebal bila didahului olegh huruf isti’la seperti : • ظَالِمُونَ قَالَ خَابِ صَالِ رَابِتُو • dan seumpamanya. Adapun kalimah رَابِتُوRo ( ر ) bukan huruf isti’la tetapi huruf yang berbaris di atas. Jadi bunyinya tebal. Oleh itu , alif juga dibaca dengan tebal. Sekiranya didahului oleh huruf istifal maka alif akan dibaca tipis • seperti : • سَاعَتَابَعَالٍ
2. Lam ( ل ) • Ditebalkan lam apabila didahului oleh huruf berbaris di atas atau hadapan seperti : • يُحِبُّ اللهَ عَلِمَ اللهُ • Jika didahului huruf berbaris di bawah atau lam berbaris di bawah maka dibaca dengan tipis seperti : • قُلِ اللهُ بِسْمِ اللهِ
3. Ro ( ر ) • Dibaca tebal apabila : • a. Ro berbaris di atas seperti • لَمْتَبُورَ تَبَارَكَ رَبْوَةٌ • b. Ro berbaris di hadapan seperti : • تَنظُرُونَ رُزِقُو رُفْعَةٌ • c. Ro mati didahului huruf bernbaris di atas : • وَانْحَرْ قَرْيَةَ • d. Ro mati didahului huruf berbaris di hadapan: • وَأْمُرْ قُرْءَانَ • e. Selepas ro mati ada huruf isti’la : • مِرْصَادٍ قِرْطَاسٍ • f. Sebelum ro mati ada hamzah washal ( baris mendatang ) : • أَمِ ارْتَابُو إِرْجِعِي
g. Ro dimatikan kerana waqaf, sebelumnya wau mati yang diselangi huruf berbaris di atas : • النَّارِ أَنْهَارَ • h. Ro mati kerana waqaf , sebelumnya ada wau mati yang diselangi huruf berbaris di hadapan : • الشَّكُورُ • i. Ro mati kerana waqaf diselangi huruf mati yang sebelumnya ada huruf berbaris di atas : • بِالصَّبْرِ • j. Ro dimatikan kerana waqaf diselangi huruf mati yang sebelumnya ada huruf berbaris di hadapan: • وَالشُّكْرِ لَفِي خسْرٍ • Ro yang dibaca tebal dan tipis . • 1. Al-Syu’ra : 63 فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ