360 likes | 829 Views
BAB 2. PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA. PENDAHULUAN. Masyarakat Asia tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa paksaan oleh mana2 pihak / kuasa Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia
E N D
BAB 2 PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
PENDAHULUAN • Masyarakat Asia tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa paksaan oleh mana2 pihak / kuasa • Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia • Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah • Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta pecah/bahagikan wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.
Samb… • Pembentukan masyarakatberubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan. • Masyarakat Pluralmemperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan dipaksa bergaul dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi. • Masyarakat migran itu pula dtg dr pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa masuk utk jadi buruh
PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU ALAM MELAYU PLURALISME MASYARAKAT PLURALISTIK PRA PENJAJAH ERA PENJAJAH
HURAIAN (1) Mereka datang berdagang secara sukarela utk cari kehidupan dan kekayaan mereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat utk tinggal terus/menetap- keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang KESANNYA: wujud interaksi yg harmoni dgn penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama di tempat baru itu mereka sanggup juga berkahwin dgn masyarakat tempatan (asimilasi) – seperti masyarakat Cina baba & nyonya amalan dan adat resam yg diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan seperti adat bersanding, manggar, bunga telor iaitu hasil asimilasi dgn pendtg India.
Huraian (2) • Pendatang asing dari China dan India di bawa masuk demi kepentingan ekonomi-politik Inggeris • Mereka didatangkan khas utk kerja sbg buruh • Buruh2 Cina: di lombong2 bijih timah dan emas • Buruh India: diladang getah • Mereka dtg tanpa keluarga bersama • KESANNYA: hasrat utk pulang ke negara asal tidak pernah padam dr jiwa mereka, gagal berasimilasi dgn penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-sosial-agama. • Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok masyarakat dgn sistem sosio-politik-agama mereka sendiri. • Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yg hidup dgn dunia mrk sendiri- terasing dr kelompok yg lain walau di tempat yg sama
PEMBENTUKAN PLURALITI DI ALAM MELAYU A) Hubungan dgn China dan India • Hubungan telah lama wujud : a) melalui perdagangan b) tempat persinggahan c) tempat menuntut ilmu • Kedudukan Alam Melayu diantara timur dan barat • Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama di alam melayu (Sri Vijaya) yg menjd tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme utk dalami pengajian mereka. Ia wujud abd ke 7M, ada 1000 penuntut
B) Zaman hinduisme dan Buddhisme • Hinduisme & Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan rakyat biasa di alam Melayu • Sbb itu jarang terdapat nama2 yg bercorak hindu dan buddha di kalangan anak2 rakyat biasa. • Ini berbeza dgn Islam, hampir kesemua nama2 diberikan berdasarkan nama2 Islam • Juga tidak ada kitab2 besar spt falsafah, ketuhanan, fizik dsbgnya berasaskan Hindu & Buddha di alam Melayu kecuali kitab2 keseniaan • Hindu & Buddha diterima baik di kalngan pemerintah alam melayu sebelum kedatangan Islam. • Ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan yg diutus ke bumi, rakyat perlu taat dan patuh • Kebesaran raja2 ini digambarkan melalui candi2
KEMUNCAK PLURALITI : MELAKA SEBAGAI KERAJAAN MELAYU ISLAM • PEMERINTAHAN • Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia) diakui sehingga digelar “The Venice of the East’ • Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap). • Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam – Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka • Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan kerajaan Melaka
2) PERDAGANGAN • Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan dgn lancar dan maju • Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin suasana yg aman dan selamat kpd pedagang • Kepulauan Melayu sgt terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah pd ketika itu • Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.
3) KEPENDUDUKAN • Zaman pluraliti – proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan • Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan • Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan • Wujud masyarakat Baba, mamak, Melayu Arab • Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum
4) KEBUDAYAAN • Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju sbg pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan Selat Melaka Faktor Melaka menjadi kota Metropolitan dan Kota multi-budaya
PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH • Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dgn ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara (khususnya Tanah Melayu) • Kedatangan kuasa Eropah spt Portugis, Belanda dan Sepanyol berbeza dgn kedatangan Inggeris • Eropah :lebih menekankan imperialisme dlm misi kedatangan mereka • Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, menjajah fizikal (kaut segala sumber alam yg ada spt bijih, getah utk kepentingan ekonomi mereka hingga terpaksa bawa masuk buruh Cina dan India) dan mental (perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kpd penduduk tempatan).
Hasilnya….. • Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yg ramai sedangkan mereka sedikit shj • Begitu juga di India, 120,000 org Inggeris berjaya memerintah 600 juta org India
Penjajahan British: Kesannya terhadap senario politik dan pentadbiran • Penjajahan British – Asas kpd pembentukan masyarakat plural • Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu di waktu mereka telah maju dgn ilmu pengetahuan mereka terutama dlm bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen • Fahaman sekularisme telah wujud di negara mereka • Mereka telah memisahkan antara agama dan sains moden.
Pemisahan Agama Dari Negara • Berpunca dari pertelingkahan antara agamawan dengan saintis. • Masyarakat Eropah terbahagi kepada dua kelompok : penyokong agama penyokong sains (majoriti) • Agama menjadi anutan individu sahaja.
Sambungan… • Ilmu yg berasaskan sains moden akhirnya mendpt sokongan majoriti • Agama kemudiannya dijadikan anutan individu shj • Ilmu sains moden dijadikan ilmu asas utk memerintah negara • Dasar ini diteruskan oleh Inggeris di neg jajahannya termasuk Tanah Melayu • Oleh itu, bila mereka dtg, dasar yg diterapkan ialah pentadbiran negara dikawal oleh mereka manakala hal ehwal agama (Islam) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan-sultan
Sambungan… • Inggeris turut perkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan agihan kuasa iaitu: • KEHAKIMAN • EKSEKUTIF • PERUNDANGAN • Ketiga2nya tidak boleh bercampur aduk, ada bidang kuasa masing2 • Ini berbeza dgn sebelum zmn Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku kerana raja dan sultan ada kuasa mutlak
PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA Semenanjung • Sebelum tahun 1848, hampir semua penduduk T. Melayu adalah orang Melayu. • Perkembangan perusahaan bijih timah pada pertengahan abad ke 19 dan getah awal abad ke 20 menyebabkan penghijrahan org Cina & India secara besar-besaran ke TM. • Pada tahun 1931 penduduk bukan Melayu melebihi dari penduduk Melayu !!!
Sabah • Penduduk asal dan utama ialah Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk. • Syarikat Berpiagam Borneo Utara British membawa pendatang Cina masuk utk bekerja di ladang getah dan tembakau. • Bilangan penduduk Cina meningkat dari 27,801 (1911) kepada 50,056 (1931).
Sarawak • Penduduk asal ialah Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. • Keluarga Brooke telah menggalakkan orang Cina masuk utk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. • Penduduk Cina meningkat dari 5000(1871) kepada 123,626 (1939)
POLITIK • Politik Malaysia dipengaruhi aspek etnik. • Kerjasama antara kaum telah bermula sejak zaman penjajah. • Semua etnik bersatu padu dlm PERIKATAN menuntut kemerdekaan. • Kerjasama politik di teruskan dalam BN. • Pembentukan parti2 politik etnik sbg model permuafakatan politik (spt Parti Perikatan, Barisan sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif) • Usaha memelihara kestabilan politik bergantung kepada sejauhmana kerjasama antara etnik. • Namun terdapat liku-liku dalam politik perkauman di Malaysia.
PERLEMBAGAAN • Malaysia adalah sebuah negara persekutuan. • Terdapat dua persekutuan iaitu Persekutuan Tanah Melayu (1948) dan Persekutuan Malaysia(1963) • Ini yang dinamakan persekutuan berlapis. • Perlembagaan Malaysia adalah kesinambungan perlembagaan PTM. • Malaysia ditadbir berdasarkan peruntukan perlembagaan.
Samb… • Perlembagaan Malaysia 1957 adalah kesinambungan dari Perlembagaan Tanah Melayu 1948. • Ia merupakan panduan asas pentadbiran negara yang berlandaskan satu kontrak sosial antara kaum di negara ini.
Sambungan…Peringkat kontrak sosial di Alam Melayu • PERTAMA: berlaku pd zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Ia diistilahkan sbg wa’ad. • Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yg mewakili rakyat dan Sang Sapurba yg mewakili raja/pemerintah • Oleh itu, kita boleh memahami dgn mudah mengapa org melayu sangat taat setia kpd pemerintah mereka dari kalangan sultan dan raja
Sambungan.. • KEDUA: berlaku di zamanmasyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh Inggeris utk memberikan kemerdekaan kpd Malaysia • Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan setiap mereka mestilah mencapai persetujuan utk hidup bersama secara aman damai • 1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC) • Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil masing2 utk bincang kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan.. • CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama ada yg mewakili pemerintah @ pembangkang • Jadi, scr naturalnya kelangsungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara pakatan dgn parti2 lain • Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu
SELEPAS MERDEKA • Sistem pendidikan telah berubah, berorientasikan unsur-unsur tempatan. • Berlaku keseragaman kurikulum, sukatan matapelajaran dan orientasi. • Akta Pendidikan diperkenalkan pada tahun 1957.
PRINSIP-PRINSIP PENTING DLM AKTA PENDIDIKAN 1957 • Sekolah pelbagai aliran dengan penggunaan bahasa ibunda dibenarkan. • Bahasa Melayu wajib diajar di SJKC & SJKT. • Pendekatan dlm matapelajaran sejarah, geografi dan buku rujukan mestilah berteraskan tempatan • Keutamaan kepada tenaga pengajar tempatan.
Samb… Kesan Dualisme Ekonomi : Agihan tenaga kerja mengikut etnik . Melayu : Pertanian Tradisional. Cina : Ekonomi Moden spt perlombongan, perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan
Kerajaan menggiatkan usaha bagi mengatasi masalah sosioekonomi & sosiopolitik Selepas kemerdekaan…
SEKIAN TERIMAKASIH