110 likes | 399 Views
PRINSIP PENYELIDIKAN TINDAKAN. Dua prinsip penyelidikan tindakan yang utama.
E N D
Dua prinsip penyelidikan tindakan yang utama. • Prinsip Pertama: Penyelidikan tindakan dapat dilaksanakan dengan satu gelungan langkah-langkah (a spiral of steps). Bagi beliau, perubahan dan pemeringkatan prestasi kerja orang boleh dilakukan berdasarkan pada gelungan langkah yang terdiri daripada merancang, bertindak dan menilai tindakan melalui memerhati dan mereflek.
Prinsip Kedua: Langkah–langkah dalam penyelidikan tindakan itu dijalankan oleh suatu kumpulan orang yang berusaha bersama-sama secara kolaboratif untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka dalam situasi kerja mereka sendiri. Prinsip ini melibatkan konsep membentuk budaya usaha sama di kalangan ahli-ahli yang melaksanakan penyelidikan tindakan.
GELUNGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN • Gelungan langkah penyelidikan tindakan melibatkan lima langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama akan diikuti oleh gelungan yang kedua dalam satu penyelidikan tindakan yang berterusan. Langkah-langkah dalam satu gelungan itu adalah seperti berikut: • Langkah (1) : langkah mengenal pasti isu dan masalah serta situasi • Langkah (2) : langkah merancang • Langkah (3) : langkah bertindak • Langkah (4): langkah memerhati dan menganalisis • Langkah (5) : langkah merefleks dan menilai
Setelah menjalani gelungan kajian yang pertama, kegiatan kajian isu dan masalah yang sama itu diteruskan lagi dengan gelungan kajian yang kedua melalui langkah-langkah yang selanjutnya seperti langkah-langkah berikut: • Langkah I : langkah merancang semula • Langkah II: langkah melaksanakan tindakan lanjutan; • Langkah III: langkah memerhati dan menganalisis tindakan lanjutan; • Langkah IV: langkah merefleks dan menilai tindakan lanjutan Lazimnya beberapa gelungan kajian diadakan dalam penyelidikan tindakan kerana masalah dan isu yang dikaji berkehendakkan tindakan susulan dan lanjutan
MENCARI FOKUS PENYELIDIKAN TINDAKAN • Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah atau fokus. • Langkah ini amat penting kerana seseorang guru hanya akan rela melibatkan diri dalam penyelidikan sekiranya fokus yang dipilih bersangkut paut dgn dirinya. • Walaupun faktor yang biasanya mendorongkan seseorang membuat penyelidikan berpunca daripada situasi bermasalah, titik tolak bagi sesuatu penyelidikan tindakan tidak semestinya hanya sedemikian.
Penentuan fokus • Apakah isu-isu yang sesuai dijadikan focus sesuatu penyelidikan tindakan dalam penyelidikan? • “Broadly, any professional situation about which teachers or others want to gain a deeper understanding, and which they want to change is a potential starting point” • (Altrichter et.al., 1993) • Secara umum sebarang situasi berkaitan dengan tugas seharian yang kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut agar sesuatu perubahan dapat dilakukan boleh dijadikan fokus penyelidikan.
Cara Menentukan Fokus Penyelidikan • sesuatu masalah yang telah dikenal pasti • keinginan untuk memperbaiki sesuatu situasi atau amalan • keinginan mengetahui sesuatu • keinginan mencubakan sesuatu idea baru
Panduan Menentukan fokus Penyelidikan Tindakan • Fokus yang sesuai akan timbul ekoran daripada melengkapkan pernyataan atau pun mencari jawapan kepada atau ransangan tertentu (Kemmis dan McTaggart,1982). Antara soalan atau rangsangan yang dimaksudkan ialah; • saya ingin memperbaiki… • ada orang (murid/ibubapa/guru lain) yang tidak puas hati dengan … • Apakah yang dapat dilakukan untuk mengubah keadaan ini? • saya kagum dengan… • Bolehkah saya melakukan sedemikian? • ………merupakan sesuatu yang membimbingkan. • Apakah yang boleh dilakukan? • Saya ada sesuatu idea tentang .. yang ingin saya cubakan. • Bagaimanakah pengalaman … dapat diaplikasikan? • Apakah yang harus saya lakukan untuk…
Memilih Fokus Penyelidikan • Jangan pilih sesuatu yang anda tidak melakukan tindak susul atau yang di luar bidang kuasa anda • Pilih sesuatu topik atau isu yang berhubungkait dengan bidang tugas anda • Pada permulaan, pilih suatu skop kecil yang mudah dikendalikan
Menjelaskan Fokus Penyelidikan • Untuk memudahkan peringkat mengumpul data dan seterusnya analisisnya, sesuatu fokus penyelidikan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Sebagai contoh, cikgu Ang telah menentukan fokus penyelidikannya seperti berikut: • “murid-murid kelas saya sangat bising semasa aktiviti kumpulan kecil. Bagaimanakah dapat saya mengelolakan aktiviti tersebut dengan lebih berkesan?” • Soalan-soalan yang boleh membantu cikgu Ang menjelaskan lagi masalahnya adalah seperti: • murid-murid manakah yang membuat bising? • Apakah yang dilakukan oleh murid-murid tersebut yang menjadikan keadaan bilik darjah bising? • Adakah murid-murid tersebut terlibat dalam aktiviti pembelajaran ataupun perkara yang tidak bersangkut paut dengan pelajaran tersebut? • Adakah keadaan bising itu menganggu pelajaran? • Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan murid-murid dalam pemikiran dan kurang dalam perbualan?