270 likes | 522 Views
PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113. 1. Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Mengapa Guru Sebagai Penyelidik? 1. Membina pengetahuan dan kefahaman tentang situasi kerja melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. 2. Pereka bentuk kurikulum berasaskan dapatan mereka.
E N D
1. PengenalankepadaKaedahPenyelidikandalamPendidikan • Mengapa Guru Sebagai Penyelidik? • 1. Membina pengetahuan dan kefahaman tentang situasi kerja melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. • 2. Pereka bentuk kurikulum berasaskan dapatan mereka. • 3. Peranan mereka sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian
Guru adalah penyelidik dan pengamal bilik darjah. • Melalui penyelidikan, guru akan meningkatkan amalan dengan mengetahui apakah perubahan yang perlu dilakukan dalam P&P serta kesannya. • Penyelidikan adalah sebahagian daripada kehidupan profesional guru. • 1. Profesionalisme yang berterusan melalui proses adaptasi terhadap perubahan dalam bidang pengetahuan, teknologi dan sosial. • 2. Profesionalisme berasaskan sekolah yang di dalamnya terangkum kerja guru. • 3. Profesionalisme berasaskan semangat kolaboratif melalui proses interaksi dengan rakan sekerja.
4. Profesionalisme berfokus kepada pembelajaran pelajar dan bagaimana untuk meningkatkannya. • 5. Profesionalisme yang mengiktiraf guru sebagai profesional dan pembelajar dewasa. • Sikap profesionalisme memerlukan sikap yang positif terhadap inkuiri kurikulum dan inkuiri masalah yang sebenar dalam konteks P&P. • Memerlukan minat dan perasaan ingin tahu untuk melaksanakan kerja-kerja inkuiri secara kolaboratif untuk merasai nikmat intelektual (Penelitian masalah sebenar dalam tugas seharian). • Merapatkan jurang apa yang kita tahu dengan apa yang kita tidak tahu
Stenhouse (1975) – Jika guru hendakmerealisasikanaspirasipedagogimereka, adalahperlumerekamenganggapperananmerekasebagaipenyelidik. • Donald Schon (1983) menyarankanperubahanamalan guru dariberbentuktechnical rationality kepadareflective rationality yang menekankanamalanrefleksisebagaiasasperkembanganprofesional (reflection-in-action dan knowing-in-action). • Elliot (1993) mementingkanrefleksisecarasistematik yang bercorakperibadi, refleksifdanpraktikal – konsep guru sebagaipenyelidikdanpengamalreflektif- melibatkanpenyelidikantindakandaninkuiritindakan.
Carl (1986) – kualitipengajarantidakbolehdipertingkatkanmelainkandenganmempertingkatkankeupayaan guru untukmerealisasikannilai-nilaipendidikanmerekamenerusiamalanpraktismereka – mestimelibatkanprosespenyelidikandanrefleksiuntukmembinasemulasecarasistematikpraktismereka. • Proses-prosesiniakanmenjadikan guru lebihmemahamitugasdantanggungjawabmerekasupayabenar-benardapatmeningkatkankualitiamalanmereka.
KajianTindakandan Guru • Guru perlu sentiasa meneliti peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dari masa ke semasa – pengisian ilmu dan kemahiran serta penyesuaian diri dengan budaya dan teknologi. • Guru perlu bersedia membuat kritikan sendiri, menyelidik dan mengubah suai perlakuan mereka. • Amalan pengajaran perlu dijadikan sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.
Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan profesional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran P&P yang kondusif dan dinamis. • Guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka.
Sagor (2000) melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan berikut: • 1. Melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukan secara kreatif. • 2. Mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan • 3. Memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan • 4. Dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalan-amalan yang terbaik.
CabarandalamMenjalankanKajianTindakan • 1. Faktor Masa • 2. Kekurangan Sumber • 3. Kesukaran dalam Membentuk Soalan Kajian • 4. Menolak Perubahan atau Tidak Mendapat Sokongan • Pertimbangan Etika
KonsepPenyelidikan • Mc Millan & Schumacher (1977) – Satu proses sistematik dalam mengumpul dan menganalisis data atau maklumat untuk tujuan-tujuan tertentu. • Kerlinger (1986) – Satu penyelidikan terhadap fenomena semulajadi yang dilaksanakan secara sistematik, berempirikal, terkawal dan begitu kritikal berpandukan teori dan hipotesis tentang pertalian atau kaitan yang diandaikan wujud antara fenomena-fenomena berkenaan.
Best & Kahn (1993) – “ a systematic and objective analysis and recording of controlled observation that may lead to the development of generalisation, principles or theories, resulting in prediction and possibly ultimate control of event”. • Cohen & Manion (1989) – Kombinasi pengalaman dan pentakulan ke arah mencari kebenaran ssesuatu fenomena.
DefinisiKajianTindakan • DefinisiKlasik: • 1. Kurt Lewin (1947) – “Action research is a three step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking action; and (3) fact-finding about the results of the action” • 2. Stephen Corey (1953) – “ Action research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct and evaluate their decisions and action”
DefinisiModen • 1. Mc Kernan (1988) – “Action research is a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and solve pressing problems in social settings” • McNiff (1988) – Satupendedahanuntukmemperbaikidanmempertingkatkanpendidikanmelaluiperubahan yang menggalakkan guru menjadilebihsedartentangamalanmerekasendiri, menjadikritisterhadapamalan-amalantersebutdanbersediamengubahamalan.
TujuanPenyelidikandalamPendidikan • 1. Membantu guru menangani cabaran berhubung dengan amalan P&P • 2. Memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran berkesan • 3. Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru • 4. Menyelesaikan masala-masalah profesional tanpa bantuan luar • 5. Membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin
6. Mengupayakan guru sebagai seorang profesional. Dengan itu, guru mempunyai hak milik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan berkuasa untuk membuat keputusan (empowerment) • 7. Membawa pembaharuan dan kemajuan kepada amalan-amalan refleksi kendiri dan usaha sendiri • 8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan secara tidak langsung boleh menmbah baik prestasi dan kepuasan kerja • 8. Menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan serta kelemahan diri
Ciri-ciriPenyelidikandalamPendidikan • 1. menambah baik kerja sendiri • 2. Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan • 3. Menyebar dab berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat • 4. Mengumpul data dan memberi pengupayaan (empowerment) kepada penyelidik untuk menyelesaikan masalah sendiri melalui penyelidikan • 5. Menggalakkan usaha kolaborasi untuk mewujudkan komuniti guru yang berfikiran kritis
6. Mempunyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk menambah baik amalan pendidikan • 7. Membolehkan guru mengalami pembelajaran progresif secara berterusan dalam satu gelungan
Tutorial • Bincangkan pengalaman anda semasa melaksanakan program praktikum Fasa 2 dengan menggunakan pendekatan “reflective rationality”. Ia seharusnya berkaitan dengan amalan P&P anda.
PendekatanPenyelidikandalamPendidikan • 1. Pendekatan Positivistik (Kuantitatif) • 2. Pendekatan Interpretatif (Kualitatif)
PenyelidikanKuantitatif(Quantitative Research) • Melibatkan pengumpulan dan analisis data numerikal untuk mendapat celik akal bagaimana satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah lain. • Penggunaan penyelidikan kuantitatif yang berbeza bergantung kepada: • 1. Jenis soalan yang ditanya; • 2. Tujuan penyelidikan, dan; • 3. Bilangan subjek yang boleh diperolehi oleh penyelidik
Penyelidikankualitatif(Qualitative Research) Melibatkan pengumpulan data naratif untuk memperolehi celik akal kedalam fenomena yang diminati. Data dikumpul: • Secara intensif dalam tempoh masa tertentu • Dalam “naturalistic setting”, • Tanpa cuba mengawal peristiwa. Contoh: Sekolah A telah memenangi banyak hadiah dalam melaksanakan teknologi merentas kurikulum. Anda mengambil keputusan untuk menyiasat apakah yang telah mereka lakukan membantu mereka berjaya. Selepas perbincangan dengan guru besar, anda dapati terdapat 3 orang guru penting dalam pembangunan teknologi. Sebagai penyelidik kualitatif apakah yang akan anda lakukan untuk kenalpasti mengapa mereka sangat berjaya?
EtikadalamPenyelidikandalamPendidikan • Definisi Etika • - Aktiviti yang meneliti standard moral seseorang atau masyarakat dan bagaimana standard tersebut digunakan dalam kehidupan. • Ia merujuk kepada watak individu dan cara bertingkah laku. • Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan nilai.
Prinsip Etika • - Dalam penyelidikan sosial perlu bersikap berkecuali, tidak memihak dan objektiviti. • Tidak bias dari awal kajian, menganalisis dan menulis laporan kajian • Sesuatu yang sukar direalisasikan • Persoalan etika adalah merupakan soal subjektiviti antara penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan. Ia terangkum dalam tiga tahap: • 1. Hubungan penyelidik-responden • 2. Hubungan penyelidik-penyelidik • 3. Hubungan penyelidik-persatuan penyelidikan profesional
PrinsipEtika • 1. PrinsipHormatkepadaAutonomi • -Hakindividuuntukterlibatatautidakdalampenyelidikandihormati • -Individu yang terlibatperlubebas, tanpapengaruhataudesakansertapaksaan (termasukdibayar) • 2. PrinsipPerlindungan • -Prosesdanprosedurtidakakanmenyebabkankecederaanataumendedahkanindividukepadarisiko • -Kerahsiaanberkaitdenganidentitiresponden
3. PrinsipKeadilan • -Manusiaperludiberilayanan yang adilmemandangkantidaksemuamanusiamempunyaikeupayaandankebolehan yang sama. • -Bassey (1999) menyatakanetikapenyelidikanmelibatkantigaaspek – hormatpadademokrasi, hormatpadakebenarandanhormatpadamanusia. • - Tiadaunsurplagiat, memalsuataumerahsiakan data.