1 / 28

pendengaran

svelwofnew mklrkgp4 pormhroho ormhokm

Download Presentation

pendengaran

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMARKAHAN KBD 60304 BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID BERMASALAH PENDENGARAN TUGASAN 1 (KAJIAN KES) TAJUK KAJIAN PERTUTURAN KIU BAGI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN DALAM PENCAPAIAN BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK SUMITHRA A/P PUSHPANATHAN M20182001975 MEENACHI A/P SUPPIAH @ NADARAJAN M201820019 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________ NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF MADYA DR ABDUL RAHIM BIN RAZALLI TARIKH SERAH: ________________ 1

  2. KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN 2 1.0 PENGENALAN 4 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 5 3.0 PENYATAAN MASALAH 6 4.0 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI 7 5.0 OBJEKTIF KAJIAN 9 6.0 PERSOALAN KAJIAN 9 7.0 DEFINISI OPERASIONAL 9 8.0 TINJAUAN LITERATUR 10 9.0 METODOLOGI KAJIAN 13 10.0 DAPATAN KAJIAN 20 11.0 PERBINCANGAN 23 12.0 KESIMPULAN 25 RUJUKAN 2

  3. PERTUTURAN KIU BAGI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN DALAM PENCAPAIAN BAHASA MELAYU Sumithra A/P Pushpanathan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sumithrapushpanathan948@gmail.com Meenachi A/P Suppiah @ Nadarajan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjali4282@gmail.com ABSTRAK Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM) merupakan salah satu kaedah komunikasi yang diguna dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran. Pertuturan Kiu adalah komunikasi mod visual yang menggunakan bentuk tangan dan posisi tertentu serta pergerakan bibir di mana setiap suku kata yang ditutur dan boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan pertuturan Kiu Bahasa Melayu bagi kanak- kanak yang bermasalah pendengaran. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis. Pemerhatian ini dilakukan bagi melihat sendiri proses sepanjang kajian dijalankan dan temu bual pula dijalankan bagi mendapatkan data atau hasil kajian yang berkualiti. Sampel kajian terdiri daripada dua orang pelajar bermasalah pendengaran yang menggunakan Petuturan Kiu, 2 orang penjaga pelajar ibu dan bapa dan seorang guru Bahasa Melayu Pemilihan responden dilakukan secara rawak dengan tujuan melihat secara keseluruhan pencapaian sampel pelajar yang dipilih. Cadangan kajian turut dikemukakan untuk meningkatkan tahap pencapaian bahasa pelajar bermasalah pendengaran yang menggunakan pertuturan kiu. Kata kunci: pertuturan kiu, pencapaian ABSTRACT Cued Speech English (CLC) is one of the communication methods used in the hearing impaired. Speech cues are visual communication modes that demonstrated by the shape of the hands and positions and the movement of the lips where each syllable is spoken and clearly identified through sight and hearing. This study aims to develop the Malay Language with Cued Speech Language courses for deaf children. This research is qualitative in nature that is using observation, interview and document analysis instruments. The observations are done to check for themselves the process throughout the study was conducted and interviews are conducted to obtain quality data or research results. The sample consisted of 2 respondents with hearing problems who use Sign Language, 2 respondent’s parents, a teacher of ‘Bahasa Melayu’. The selection of students was done randomly with the aim of looking at the overall achievement of the selected sample students. The study proposal is also submitted to improve the level of language achievement of students with hearing problems who use cue speech. Keywords: cue speech, achievement, sign language 3

  4. 1.0PENGENALAN Hallahan&Kauffman (1997) bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami ketidakupayaan untuk bertutur dan lemah dalam penguasaan bahasa adalah disebabkan oleh ketidakupayaan mereka untuk mendengar. Reed (1994) pula mengatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran menunjukkan prestasi yang lemah dalam mata pelajaran yang melibatkan penggunaan bahasa yang berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mendengar dan bertutur. Pada masa yang sama, kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak tipikal. Antara kanak-kanak istimewa ini ialah mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Bagi sebahagian besar kanak-kanak bermasalah pendengaran, kaedah komunikasi yang utama ialah bahasa isyarat. Namun begitu, terdapat satu lagi alternatif lain untuk berkomunikasi dengan orang pekak ini iaitu melalui pertuturan kiu. Mengajarkan bahasa kepada pelajar-pelajar bermasalah pendengaran jauh berbeza daripada mengajar bahasa kepada pelajar-pelajar tipikal. Hal ini dapat dilihat dari segi pendekatan, kaedah dan strategi yang digunakan dalam penyampaian pengajaran. Keadaan ini wujud disebabkan kecacatan yang dialami iaitu kecacatan dari segi deria pendengaran. Dari segi fungsi, bahasa merupakan alat komunikasi yang meliputi medium untuk melahirkan perasaan dan idea pemikiran. Dari sudut bentuk pula, bahasa merupakan ayat-ayat yang tidak terbilang jumlahnya dan pelbagai pendekatan pengajaran bahasa telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran (Tan ChinGuan1981). Menurut Hasnah (1988), kanak-kanak berkeperluan khas selalunya menggunakan isyaratisyarat tangan dan juga ejaan jari untuk berkomunikasi. Hal ini disebabkan pelajar-pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah utama untuk berkomunikasi dengan orang lain. Walau bagaimanapun, penggunaan isyarat kod tangan dan ejaan jari ini menimbulkan masalah kepada masyarakat umumnya untuk berkomunikasi dengan mereka kerana tidak ramai orang yang dapat memahami dan mengetahui apa yang dimaksudkan melalui penggunaan kod tangan bahasa isyarat tersebut. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan mereka tidak belajar tentang bahasa isyarat atau kod pertuturan kiu yang digunakan dalam kalangan orang peka. 4

  5. 2.0LATAR BELAKANG KAJIAN Bagi kanak-kanak normal, kemahiran bahasa terbentuk menerusi bahasa pertuturan harian yang didengar, seterusnya menggunakan apa yang didengar untuk membentuk kefahaman sendiri (Nurul et al. 2009). Keadaan ini berupaya meningkatkan tahap literasi dalam kalangan kanak-kanak sedikit demi sedikit. Sebaliknya, bagi kanak- kanak OKU pendengaran, berkomunikasi dengan mereka akan menjadi terlalu sukar kerana kanak-kanak ini tidak boleh mendengar dan kurang atau belum terdedah kepada bahasa isyarat (Belson 2003). Masyarakat menganggap seseorang yang cacat pendengaran, pekak atau OKU pendengaran turut kehilangan keupayaan untuk bercakap, berkomunikasi dan seterusnya menguasai kemahiran menulis serta kemahiran akademik yang lain (Tan 1997). OKU pendengaran biasanya sinonim dengan bahasa isyarat, tidak boleh berkomunikasi seperti orang normal serta bergantung kepada juru bahasa isyarat. Selain masalah komunikasi, mereka turut menghadapi masalah sosial serta akademik (Safani et al. 2003; Norhafizah 2012). Berbeza keadaannya dengan kanak-kanak OKU pendengaran yang dilatih dengan pertuturan Kiu, mereka berupaya bercakap, membaca, menulis dan mengira serta berkomunikasi seperti kanak-kanak normal yang lain. Menerusi kaedah petuturan Kiu atau Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM), kanak-kanak OKU pendengaran dilatih mengeluarkan suara, bertutur dan menguasai bahasa. Menerusi kaedah ini, mereka juga berupaya belajar Al-Quran dan Bahasa Inggeris. Kaedah pertuturan Kiu memberi alternatif kepada kanak-kanak OKU pendengaran dan juga ibu bapa mereka untuk mendapat hak pendidikan sama seperti kanak-kanak normal yang lain (Tan 1999). Menurut kajian Siew et al. (2007), Efthimiou & Fotena (2007), Lokman & Nurul Qistina (2010) , masih kurang bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu komuniti OKU pendengaran. Banyak usaha perlu dilakukan dalam membangunkan alat bantu mengajar untuk OKU pendengaran bagi membantu komuniti ini. Usaha ini sekaligus dapat mengurangkan jurang komunikasi antara mereka dan masyarakat umum. Pertuturan kiu digunakan di Pusat Pertuturan Kiu yang terletak di kawasan Majlis Kebajikan Kanak- kanak Malaysia (MKKM) iaitu Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pertuturan kiu ini pada asalnya dicipta pada tahun 1967 oleh Dr. R. OrinCornett dari Universiti Gallaudet, Washington di Amerika Syarikat. Ia bertujuan membantu pelajar-pelajar bermasalah pendengaran di negara itu untuk membaca gerakan bibir dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamarudin (1993) kefahaman merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan 5

  6. simbol-simbol tertentu. Pemahaman mendengar merupakan salah satu daripada empat kemahiran yang asas dalam pembelajaran bahasa (Reed, 1994). Berdasarkan kepentingan berkomunikasi ni, wujud permasalahan dalam kalangan pelajar-pelajar bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti pelajar tipikal. Mereka perlu menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun begitu, mereka sering ketinggalan terutama dari segi pembelajaran disebabkan masalah kepekakan yang mereka hadapi. Heward dan Orlansky (1992) telah menyatakan bahawa banyak hasil kajian telah menunjukkan pencapaian akademik pelajar bermasalah pendengaran adalah jauh lebih ketinggalan daripada pelajar tipikal. Keadaan ini disebabkan pelajar pekak menghadapi kesukaran belajar dan juga kesukaran dalam memahami maksud bagi sesuatu perkataan. 3.0PENYATAAN MASALAH Masalah utama dalam pendidikan khas untuk murid bermasalah pendengaran ialah bahasa dan komunikasi. Masalah pendengaran murid lebih rumit kerana mereka tidak boleh mendengar. Pada yang sama tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk orang pekak, kecuali dengan bantuan alat bantu pendengaran. Kaedah bahasa isyarat, cued speech, ejaan jari, bacaan bibir dan kaedah komunikasi seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk kanak-kanak pekak. Walau bagaimanapun kaedah komunikasi seluruh lebih berkesan daripada kaedah-kaedah lain (Sufean b. Husin 1993: 23-58). Pelajar-pelajar pekak di sekolah, sama ada di sekolah khas berasrama, sekolah biasa ataupun di kelas khas, mempelajari kurikulum yang sama dengan sekolah biasa. Malahan mereka mengambil peperiksaan yang sama, iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun peruntukan tempoh persekolahan untuk mereka berbeza daripada kanakkanak biasa. Tempoh persekolahan rendah untuk pelajar pekak ialah lapan tahun dan mereka dibenarkan mengambil peperiksaan PMR ketika berumur 16 tahun. Sungguhpun pelajar pekak dan bisu mengikuti kurikulum yang sama, tetapi kandungan kurikulum sekolah disempitkan atau dikurangkan agar tumpuan pembelajaran dikhususkan untuk penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi. Selain daripada itu, 12 kurikulum sekolah untuk mereka yang pekak lebih menegaskan kemahiran menulis, pertukangan tangan, tulisan dan kemahiran vokasional ‘ringan’ dimana murid-murid pekak mengalami masalah. Selain itu, murid-murid bermasalah pendengaran juga mengalami masalah dalam sosialisasi di mana mereka berasa takut bergaul dengan rakan-rakan tipikal kerana takut dibuli, diejek serta mereka juga berasa rendah diri dan berfikiran bahawa mereka mempunyai kekurangan. 6

  7. 4.0TEORI PERKEMBANGAN BAHASA DAN PERTUTURAN Teori behaviorisme pula atau lebih dikenali sebagai teori tingkah laku merupakan teori yang memberi penumpuan ke atas aspek tingkah laku yang boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap sesuatu perlakuan yang ditunjukkan. Teori ini dipelopori oleh IvanPavlov melalui teori pelaziman klasik dan B.F Skinner melalui teori pelaziman operan. Dalam teori ini, guru perlu menganalisis tingkah laku pelajar dan mengubah tingkah laku yang tidak diingini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku yang diingini atau tingkah laku sasaran boleh diperoleh dengan mengaplikasikan peneguhan positif mahupun peneguhan negatif setiap kali tingkah laku itu ditunjukkan. Kemudian, teori kognitif melihat kepada perkembangan yang dialami oleh otak dari aspek pemikiran dan dapat dilihat menerusi perubahan tingkah laku dan percakapan. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget dan menurut beliau perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara teratur dan guru perlulah memahami perbezaan antara pelajar dari segi kognitif. Terdapat pelajar yang cepat menangkap pembelajaran dan terdapat pelajar yang lemah daya ingatan yang menyukarkan pelajar tersebut mengingat sesuatu pembelajaran. Dari kajian dan pemerhatian Jean Piaget, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak- kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra- operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Dengan mengaplikasikan konsep Piaget ini, kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting manakala guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Pembelajaran berdasar budaya yang berlandaskan pada konstruktivisme membawa budaya pembelajaran yang berbeza daripada pembelajaran yang terjadi selama ini. 7

  8. Teori humanistik lebih menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh. Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing-masing. Faktor peribadi dan sosial juga penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini secara menyeluruh. Teori pembelajaran merupakan teori gabungan antara kognitif dan persekitaran sosial. Teori ini telah diperkenalkan oleh Vygotsky untuk melihat akan kepentingan persekitaran sosial itu kepada perkembangan kanak-kanak. Vygotsky mengatakan bahawa perkembangan kanakkanak bergantung kepada interaksi seseorang kanak-kanak itu dengan orang yang ada di sekelilingnya. Persekitaran itu jugalah sebenarnya yang menjadi satu alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya. Teori ini menekankan bahawa proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan penemuan-penemuan masyarakat seperti bahasa, sistem matematik dan sebagainya. Selain itu, teori ini juga menekankan bagaimana perkembangan kanak-kanak berlaku dengan bimbingan daripada orang yang lebih berpengalaman dalam sesuatu perkara atau bidang itu. Vygotsky telah memperkenalkan beberapa konsep yang berkaitan dengan pembelajaran. Antaranya adalah Zon Perkembangan Proksimal dan scaffolding. Vygotsky percaya bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak itu akan menjadi lebih baik dan berkembang dengan adanya interaksi dengan orang lain. Melalui konsep ini, beliau melihat apakah seseorang kanak-kanak itu dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang yang lebih dewasa dan apakah kanak-kanak itu dapat melakukan sesuatu dengan arahan yang diberikan oleh orang dewasa atau bekerjasama dengan rakan sebaya mereka. Maka dapat dilihat bahawa zon ini sebenarnya menitikberatkan interaksi sosial yang akan memudahkan perkembangan kanakkanak. Beliau turut memperkenalkan konsep scaffolding. Scaffolding amat berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Scaffolding boleh diibaratkan sebagai satu kerangka yang menyokong. Raymond (2000) mengatakan scaffolding yang dimaksudkan oleh Vygotsky adalah berkaitan dengan peranan guru dan orang lain dalam menyokong pembangunan pelajar. Penggunaan scffolding juga sebenarnya adalah bersifat sementara. Apabila seseorang kanak-kanak itu semakin menunjukkan peningkatan maka bantuan scaffolding yang diberikan akan dikurangkan sehinggalah kanak-kanak itu telah dapat menguasai pembelajaran tersebut tanpa bantuan dari orang lain. 8

  9. 5.0OBJEKTIF KAJIAN i. Meningkatkan pencapaian bahasa murid-murid bermasalah pendengaran dengan menggunakan pertuturan kiu. ii. Meningkatkan tahap keyakinan dan keupayaan berbahasa murid-murid bermasalah pendengaran dengan menggunakan pertuturan kiu. iii. Meningkatkan daya ingatan murid-murid bermasalah pendengaran dengan menggunakan pertuturan kiu. 6.0PERSOALAN KAJIAN i. Adakah pertuturan kiu meningkatkan pencapaian bahasa murid-murid bermasalah pendengaran? ii. Adakah pertuturan kiu meningkatkan tahap keyakinan dan keupayaan berbahasa murid- murid bermasalah pendengaran dengan menggunakan pertuturan kiu. iii. Adakah pertuturan kiu meningkatkan sosialisasi murid-murid bermasalah pendengaran? 7.0 DEFINISI OPERASIONAL 7.1 Pertuturan Kui Dr. R. Orin Cornett mencipta Pertuturan Kiu dalam tahun 1967 dengan tujuan membantu kanak-kanak pekak Amerika membaca gerak bibir dalam bahasa Inggeris. Cara pertuturan ini adalah dengan menggunakan pergerakan tangan yang membawa maksud (kiu) tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam pembacaan gerak bibir. Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan 9

  10. yang dapat membezakan bunyibunyi dengan melihat pergerakan bibir. Sebagai contoh, bunyi huruf /p/, /b/ dan /m/ yang merupakan bunyi fitur distingtif seperti bunyi vokal dan bunyi sengauan. Tangan akan digerakkan hampir dengan muka penutur sebagai cara untuk mengenal pasti bunyi-bunyi fonem distingtif. Komunikasi menggunakan pertuturan kiu hanya dilatih di Pusat Pertuturan Kiu di Kampung Pandan. Ia merupakan salah satu cara bagi pelajar bermasalah pendengaran berkomunikasi. Ia melibatkan empat kedudukan tangan bagi membezakan 11 vokal Inggeris dan 8 bentuk tangan untuk membezakan 25 konsonan dengan penambahan pergerakan bagi sesetengah diftong. Visi pertubuhan pusat ini ialah untuk memastikan setiap pelajar cacat pendengaran mendapat peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam perkembangan minda, sosial, pendidikan dan kerjaya (Pusat Pertuturan Kiu). Misinya pula ialah untuk membantu ahli keluarga berkomunikasi dengan anak yang bermasalah pendengaran dengan menggunakan kaedah pertuturan selain memahirkan kebolehan bertutur pelajar bermasalah pendengaran di rumah dan di sekolah. Ia juga untuk mengenalpasti kecacatan pendengaran seawal mungkin dan meneruskan langkah ke arah program intervensi antara jabatan untuk mengadaptasi sistem pendidikan inklusif bagi pelajar bermasalah pendengaran pada semua peringkat persekolahan. Menurut Hasuria Che Omar (2009) pertuturan kiu bukan merupakan bahasa isyarat seperti mana BIM dan KTBM tetapi merupakan kaedah yang menggunakan bantuan speechreading yang mengandungi isyarat tangan yang menunjukkan bunyi pertuturan yang sedang dituturkan. 8.0TINJAUAN LITERATUR Salah satu kaedah komunikasi yang selalu diguna adalah bahasa isyarat (Siew Hock Ow et al. 2007). Di Malaysia, terdapat banyak versi bahasa isyarat dan kaedah untuk berkomunikasi dengan OKU pendengaran antaranya Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) atau MySL, ejaan jari atau kod abjad, pertuturan Kiu, bacaan bibir dan komunikasi seluruh (Hasuria 2009). Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) merupakan terjemahan lisan kepada visual yang diperkenal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1985. KTBM digunakan oleh OKU pendengaran di Malaysia di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. KTBM adalah Bahasa Melayu yang dikodtangan mengikut struktur Bahasa Melayu sebenar (Bahagian Sekolah 1995). Penggunaan KTBM hanya sesuai untuk belajar Bahasa Melayu sahaja dan OKU pendengaran sukar memahami bahasa ini kerana ia bukan bahasa isyarat. Untuk tujuan komunikasi, OKU pendengaran tidak menggunakan KTBM (Salawati 2009). 10

  11. Bahasa isyarat ialah bahasa yang diguna OKU pendengaran untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) atau MySL adalah bahasa isyarat yang diguna oleh RTM untuk siaran berita dan khutbah Jumaat (Salawati 2009). BIM dianggap sebagai bahasa tulen OKU pendengaran di Malaysia (Persekutuan Orang Pekak Malaysia 2015). Dalam sistem bahasa isyarat, OKU pendengaran mengguna pergerakan tangan, badan dan mimik muka untuk menyampai sesuatu maksud, pandangan dan idea serta mengguna deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut (Abdul Rahman 2007). Bahasa isyarat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi bahasa, budaya, agama dan geografi. Komuniti OKU pendengaran di setiap negara di seluruh dunia mempunyai bahasa isyarat yang berbeza. Misalnya Bahasa Isyarat Amerika (American Sign Language) dan Bahasa Isyarat Jepun banyak mempunyai perbezaan. Di Malaysia, komuniti OKU pendengaran menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahasa ibunda. BIM merupakan bahasa isyarat ’natural’ yang dibentuk oleh OKU pendengaran sendiri atas faktor- faktor seperti komunikasi harian dan budaya (Persekutuan Orang Pekak Malaysia 2015). Bagi mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, OKU pendengaran diajar mengguna American Sign Language (ASL) iaitu bahasa komunikasi yang diguna di Amerika Syarikat. Di sana mereka juga menggunakan Sign Exact English (SEE) untuk penulisan dalam Bahasa Inggeris (Riekehof 1990). SEE diperkenalkan ketika penjajahan British dan diguna sebelum kewujudan KTBM. Ia digunakan secara meluas di Britian (Gustason & Zawolkow 1993). Bagaimanapun SEE tidak diajar di Malaysia secara formal kepada guru yang mengajar OKU pendengaran di sekolah. Di Malaysia, guru yang mengajar OKU pendengaran untuk mata pelajaran matematik dan sains menggabungkan ASL, KTBM dan BIM. Manakala kod jawi diajar untuk matapelajaran Agama Islam (Salawati 2009). Ejaan jari atau kod abjad boleh diguna bagi yang tidak mahir berbahasa isyarat walaupun agak sukar dan lambat. Kaedah ini diguna dalam komunikasi OKU pendengaran untuk mengeja nama khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan. Pengejaan jari memerlu penguasaan abjad kerana setiap perkataan atau kosa kata yang hendak diperkatakan perlu dieja dengan cekap agar komunikasi berkesan berlaku. Ejaan jari diguna untuk mengeja nama orang, tempat, dan lain-lain. Ejaan jari ini amat penting apabila perkataan yang hendak diperkata tidak dapat dikod atau diisyarat. Menerusi kaedah bacaan bibir (lip reading / speech reading) pula, pertuturan difahami dengan memerhati dan melihat pergerakan bibir penutur (American Speech Language Hearing Association 11

  12. 2009). Sesetengah bacaan bibir termasuk memahami dan mentafsir sehingga ke otot-otot muka atau mimik muka dan gerak badan. Kaedah ini banyak diguna ketika menjalani terapi pertuturan. Komunikasi seluruh merupakan kaedah komunikasi yang menggabung pertuturan, gerakan bibir, isyarat tangan dan ejaan jari. Isyarat tangan dan ejaan jari adalah komponen penting dalam komunikasi ini (Teh 2009). Kaedah komunikasi pertuturan Kiu adalah bahasa pertuturan yang diiringi dengan Kiu tangan (petunjuk) yang ditunjuk oleh penutur supaya setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan juga melalui pendengaran (National Cued Speech Association 2015). Pengguna pertuturan Kiu menganggap kaedah ini adalah cara paling efektif untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi OKU pendengaran (Barke 2010). Menurut Barke (2010), tidak kira apa bentuk komunikasi yang dipilih untuk kanak-kanak, yang lebih penting adalah keberkesanan dan kesesuaian kaedah komunikasi tersebut. Gabungan kaedah membaca awal kanak- kanak dan kaedah komunikasi OKU pendengaran sangat sesuai diimplementasi untuk pembelajaran literasi. Kaedah komunikasi pertuturan Kiu atau Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM) merupakan gabungan pendekatan ini. Pertuturan Kiu telah diasas oleh Dr Orin dari Gallaudent University pada 1969. Pertuturan Kiu adalah komunikasi mod visual yang mengguna bentuk tangan dan posisi tertentu serta pergerakan bibir yang mana setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran (National Cued Speech Association 2015). Sehingga Oktober 1993, Pertuturan Kiu telah diadaptasi kepada 56 bahasa dan dialek utama di dunia. Pertuturan Kiu telah disesuai untuk diguna dengan Bahasa Melayu dalam projek rintis HI CHILD (Hearing Impaired Children’s Home-based Initiative for Language Development) pada tahun 1988. 12

  13. 9.0METODOLOGI KAJIAN Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM) merupakan satu kaedah yang membolehkan guru dan ibu bapa bertutur Bahasa Melayu dengan murid bermasalah pendengaran secara semula jadi dan mudah seterusnya dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan yang erat. Menerusi kaedah ini, bahasa lisan dikod dalam bentuk silabik yang sama seperti pertuturan. Ini membantu mereka dalam perkembangan pertuturan, kemahiran membaca dan menulis yang baik pada peringkat usia yang awal dan seterusnya mereka mempunyai jangkaan pendidikan yang normal pada masa hadapan (Tan 1999). Pertuturan Kiu telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan yang mana kanak-kanak lepasan Kiu boleh bertutur dan membaca serta mempelajari Bahasa Melayu dan Inggeris seperti kanak-kanak normal yang lain. 9.1Kaedah pertuturan kiu Kaedah ini menggunakan bentuk tangan tertentu, posisi tertentu dan pergerakan bibir bagi membolehkan kanak-kanak pekak nampak dengan jelas apa yang sedang ditutur walaupun mungkin tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan. Teknik komunikasi ini menggabungkan kaedah komunikasi OKU pendengaran sedia ada iaitu kaedah isyarat Kiu, ejaan jari dan bacaan bibir. Kanak-kanak mula diperkenal dengan huruf-huruf vokal melalui pergerakan dan posisi tangan serta bentuk bibir. Pada ketika ini, kanak-kanak juga dilatih mengeluarkan suara. Rajah 1 menunjukkan tiga posisi tangan untuk huruf vokal. a. Posisi sisi b. Posisi leher c. Posisi dagu Rajah 1: Tiga posisi tangan untuk huruf vocal Menurut Tan (1999), pergerakan bibir tidak boleh diguna secara sendirian untuk mengecam setiap suku kata kerana kebanyakan suku kata vokal atau konsonan kelihatan serupa walaupun ia berbunyi 13

  14. amat berbeza seperti /ma/, /ba/, /pa/ (konsonan) atau /mo/, /mu/ (vokal). Rajah 2 menunjukkan lapan bentuk tangan untuk huruf konsonan. Rajah 2: Lapan bentuk tangan mewakili huruf konsonan Kaedah komunikasi PKBM membantu kanak-kanak OKU pendengaran melihat perbezaan di antara konsonan-konsonan dan vokal-vokal yang kelihatan serupa dengan penggunaan bentuk-bentuk tangan dan posisi tertentu seperti ditunjukkan dalam rajah 3 dan rajah 4. Rajah 3: Bentuk tangan bagi konsonan yang berbeza tetapi kelihatan serupa Rajah 4: Posisi tangan bagi vokal yang berbeza tetapi kelihatan serupa 14

  15. Kebanyakkan vokal dalam bahasa pertuturan boleh didengar oleh hampir semua kanak- kanak OKU pendengaran jika mereka dibekal dengan alat pendengaran yang sesuai. Sebaliknya, kanak-kanak akan menghadapi kesukaran mengecam konsonan kerana konsonan-konsonan dalam bahasa pertuturan adalah lebih perlahan bunyinya dan lebih pendek tempohnya (Tan 1999). Konsonan adalah penting untuk menentukan kebolehfahaman dalam bahasa pertuturan. 9.2 Kelebihan pertuturan kiu Terdapat banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan dan kejayaan pertuturan Kiu dalam pelbagai bidang (Cued Speech Association UK 2009; National Cued Speech Association 2015). MengKiu dengan kanak-kanak secara tepat dan konsisten boleh membantu pembangunan bahasa, komunikasi dan literasi (Franklin 2006). Kaedah pertuturan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada OKU pendengaran malah didapati sesuai diguna untuk membantu pelajar berkeperluan khas lain tanpa mengira tahap kerosakan pendengaran mereka (Beck 2002; Baber 2007). Kanak-kanak dengan atau tanpa masalah pendengaran boleh mengguna pertuturan Kiu untuk pelbagai tujuan seperti memudahkan pembelajaran fonetik, pertuturan atau bahasa. Selain itu, kanak- kanak autism, apraxia, cerebral palsy, pekak-buta, developmental disabilities dan berkeperluan lain juga didapati sesuai mengguna kaedah ini (Beck 2002). Kajian turut mendapati kanak-kanak yang menjalani coclear implant dan mengguna pertuturan Kiu mempunyai keupayaan bertutur dengan lebih baik (Obsberger 1997). Pertuturan Kiu juga menyokong bacaan bibir, maka kanak-kanak OKU pendengaran berupaya melihat fonetik dengan lebih tepat. Kajian Nicolas (1979) menunjukkan bacaan bibir yang diguna bersama pertuturan Kiu boleh membantu pertuturan dan kefahaman bahasa pertuturan sehingga 96 peratus tepat berbanding hanya 50 peratus tepat jika mengguna pendengaran dan bacaan bibir sahaja. Penggunaan pertuturan Kiu bersama bahasa isyarat Perancis juga didapati mampu memperbaiki perolehan bahasa pertuturan dikalangan kanak-kanak OKU pendengaran. Kajian yang dijalankan oleh Perrier et. al. (1986) dipetik daripada Cued Speech Association UK (2009) menunjukkan ibubapa yang mengguna bahasa isyarat dan pertuturan Kiu dalam kalangan kanak-kanak OKU pendengaran dapat meningkatkan keupayaan bahasa anak-anak mereka. Pertuturan Kiu boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa melibatkan kos dan masa yang lama serta tidak memerlu tenaga pakar. Pertuturan Kiu boleh dikuasai oleh keluarga dan guru-guru yang mempunyai pelajar OKU pendengaran, keluarga dan guru- guru yang mempunyai OKU lain, speech- 15

  16. language pantologists, audologists, guru pendidikan khas, pakar membaca serta semua orang. Sejak diperkenalkan pada tahun 1998, PKBM diajar dan dipelajari dalam kelas, penerbitan buku, risalah dan siri ceramah. Penerbitan video oleh UNICEF juga telah banyak membantu kaedah ini berkembang. Namun begitu, sesuatu inovasi yang diperkenalkan dalam pendidikan, seperti teknik braille mengambil masa lebih 25 tahun untuk berkembang (Cornett & Daisy 2001). Kaedah PKBM walaupun pada asasnya menggunakan kaedah fonetik namun turut menggabung kaedah-kaedah lain secara serentak seperti isyarat, bacaan bibir, kaedah membaca fonetik dan seluruh perkataan dalam satu bentuk komunikasi yang membolehkan kanak-kanak OKU pendengaran ‘nampak’ dan ‘lihat’ bahasa yang dipertutur mengguna deria mata atau secara visual. Bagaimanapun, pembelajaran dalam kelas dan ceramah atau bengkel memerlukan komitmen untuk hadir ke satu-satu lokasi yang ditetapkan. Belajar menerusi buku tidak begitu membantu kerana tidak nampak pergerakan tangan dan mulut. Video merupakan antara kaedah yang baik tetapi memberi masalah apabila kita mahu melihat isyarat Kiu yang spesifik. Justeru itu, pembelajaran berbantu komputer (PBK) yang mengintegrasi teknologi multimedia dan reka bentuk yang sesuai mampu menggalak persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan sekaligus memastikan halangan kepada ketercapaian dapat dihindar atau dikurang. Selain itu, untuk menghasil perisian kursus PBK yang baik, reka bentuk berasaskan teori yang berkaitan juga perlu diambil kira. 9.3 Perancangan Pelaksaanaan Kajian 9.3.1 Langkah-langkah tindakan Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik untuk membantu guru dalam menjalankan intervensi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Model yang telah dikenalpasti dan sesuai bagi kajian ini ialah Model Kurt Lewin (1948). Model ini merangkumi empat langkah kajian tindakan berdasarkan kitaran (cycle) seperti berikut: Perancangan (Planning) Tindakan (Action) Pemerhatian (Observe) Membuat refleksi (Reflection) 16

  17. Empat langkah yang terdapat dalam Model ini boleh dilihat melalui Rajah 3.0 di bawah: Rajah 4.0: Gelung Kajian Tindakan (Kurt Lewin, 1948) 9.4Perancangan Kaedah Mengumpul Data Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini bergantung pada objektif penyelidikan yang ditetapkan. Pengkaji telah menggunakan kaedah seperti pemerhatian, analisis dokumen, temu bual ke atas peserta kajian. 9.4.1 Analisis Dokumen Analisis dokumen digunakan untuk mengenal pasti perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap maklumat dalam dokumen dan membantu dalam memberi maklumat tambahan mengenai peserta kajian yang ingin dikaji. Selain itu, pengkaji juga akan menyemak sampel kerja murid iaitu lembaran kerja dan hasil kerja murid yang akan difailkan di sekolah. Pengkaji dapat mengetahui tahap penguasan kemahiran menulis peserta kajian dan pengkaji telah mengumpulkan sampel kerja murid sebagai bukti selepas pendekatan pertuturan kiu. 9.4.2 Pemerhatian Melalui pemerhatian, sesuatu tingkah laku subjek dapat diamati berpandukan pembolehubah- pembolehubah yang telah dikenalpasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku peserta kajian sama ada dari 17

  18. jauh atau dari dekat. Melalui kaedah ini, pengkaji memerhati peserta kajian dalam tempoh masa yang tertentu iaitu sepanjang penguasaan pertuturan kiu dijalankan. Dalam pelaksanaan kajian ini, kaedah pemerhatian berstruktur digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan pertuturan kiu. Senarai semak juga disediakan bagi memudahkan pelaksanaan pemerhatian sepanjang pertuturan kiu dijalankan. 9.4.3 Temu Bual Temu bual merupakan cara yang digunakan untuk mengumpul maklumat secara lisan dari seseorang peserta kajian melalui interaksi bersemuka. Kaedah temubual secara berstruktur telah digunakan dalam kajian ini di mana peserta kajian akan dikemukan dengan beberapa soalan bertulis berkaitan dengan kajian kepada peserta kajian. Kaedah ini akan dijalankan sebelum dan selepas penguasaan dijalankan supaya pengkaji dapat mengetahui pencapaian murid-murid bermasalah pendengaran. 9.5Perancangan Cara Menganalisis Data Data yang dikumpul perlu dianalisis dan dibuat interpretasi bagi membolehkan pengkaji melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah diperoleh. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan tiga aspek kaedah pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temu bual. 9.5.1 Analisis Dokumen Semasa melaksanakan tindakan intervensi, pengkaji telah menyediakan beberapa lembaran kerja berbentuk latih tubi menulis huruf dan suku kata yang akan digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran dari semasa ke semasa dan melihat dengan lebih cepat dan terus kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian. Maklumat yang diterima melalui latihan-latihan yang diberikan akan menyokong hasil dapatan kajian. 9.5.2 Pemerhatian Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap penguasaan kemahiran berbahasa semasa penggunaan pertuturan kiu dilaksanakan. Instrumen yang digunakan semasa melaksanakan pemerhatian ialah senarai semak. Hasil dapatan daripada senarai semak akan dikaji dan dianalisis untuk mengesan kelemahan paling ketara pada item-item yang ditetapkan. Pengkaji menggunakan 18

  19. senarai semak berbentuk skala Guttman (1944) yang terdiri daripada ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Senarai semak yang disediakan mengandungi item-item yang berkenaan dengan daya ingatan murid, pergerakan motor halus serta kemahiran menulis. 9.5.3 Temu bual Temu bual merupakan kaedah pengutipan data melalui interaksi face-to-face antara penyelidik dan responden. Pengkaji melakukan tranksripsi (transcription) selepas melakukan temu bual dengan iaitu ditaip dengan lengkap. Tranksripsi dilakukan dengan menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya saya peroleh. Tranksripsi manual akan dijalankan di mana saya akan membaca keseluruhan tranksrip temu bual, mengariskan maklumat penting, membentuk tema dan mengkategorikannya mengikut tema. 9.6Perancangan Cara Menyemak Data kajian ini lebih tertumpu kepada gambar-gambar, catatan nota lapangan, lembaran kerja dan transkrip temu bual. Justeru, data-data jenis ini diklasifikasikan sebagai data kualitatif. Dalam hal ini, pengkaji menyemak data untuk membina keyakinan terhadap kebolehpercayaan dan kesahan data yang dikumpul. Semakan data dilakukan melalui kaedah triangulasi. Menurut Denzin (1997), terdapat empat kategori triangulasi iaitu: Rajah 7.0: Kategori Triangulasi Teknik kaedah triangulasi yang digunakan dalam kajian ini ialah triangulasi kaedah. Triangulasi kaedah yang digunakan meliputi kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Ketiga-tiga kaedah ini saling melengkapi antara satu sama lain. Triangulasi kaedah membolehkan pengkaji mengesahkan data-data yang diperoleh daripada pelbagai kaedah yang berbeza dalam pengumpulan data penyelidikan tindakan pengkaji. 19

  20. Pemerhatian Temu bual Analisis Dokumen Rajah 8.0 : Triangulasi dalam kajian tindakan 10.0 DAPATAN KAJIAN 10.1 Pencapaian Berbahasa Pelajar Bermasalah Pendengaran Dapatan kajian pencapaian murid-murid ini telah menjurus kepada pencapaian akademik, kebolehan berinteraksi dan kurikulum. Guru Bahasa Malaysia yang menyatakan pencapaian murid-murid bermasalah pendengaran yang menggunakan kiu adalah lebih baik daripada pencapaian murid pekak yang menggunakan isyarat. Begitu juga dengan guru Bahasa Malaysia kedua juga merasakan penggunaan kiu terbaik kerana pelajar mudah faham sesuatu pengajaran. Hal ini di buktikan dengan pengalaman beliau, “...Saya sendiri menyertai persatuan anak-anak pekak Kuala Lumpur yang menggunakan bahasa isyarat. Jauh berbeza dengan anak-anak kami, malah mereka mudah berasa rendah diri kerana anak-anak kami sudah ke hadapan”. Manakala pada persepsi guru pencapaian pelajar kiu sama seperti pelajar tipikal. “...Kalau dilihat performance mengikut subjek, mereka tidak ada masalah menguasai Matematik, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tetapi kelemahan yang nyata ialah penulisan atau membuat ayat”. Kelemahan membuat ayat ini jelas menunjukkan bahawa pelajar pekak kekurangan tatabahasa baru atau mereka kurang pemerolehan bahasa. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan “Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar pekak yang hanya menggunakan bahasa isyarat, saya rasa mereka di sini agak ke hadapan jauh sedikit dari 20

  21. segi pencapaian akademik. Tidak setaraf dengan budak normal, tetapi saya rasa lebih ke hadapan berbanding mereka yang hanya menggunakan bahasa isyarat”. Pencapaian berbahasa dari persepsi ialah, Ibu bapa 1 menyatakan bahawa anaknya dipulaukan sebelum ini kerana tidak boleh membaca dan bertutur. Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila sekarang anaknya sudah mula faham dan boleh membaca. Ibu bapa 2 menerangkan bahawa pencapaian anaknya dalam Bahasa Melayu sangat baik manakala dalam Bahasa Inggeris, anaknya mungkin boleh menjadi pendengar yang baik tetapi bukan penutur yang baik. 10.2 Tahap Keyakinan dan Keupayaan Berbahasa Selain aspek akademik, pencapaian pelajar dalam aspek kurikulum juga didapati aktif pelajar kiu ini aktif dalam tekwando, sukan badminton, ping pong dan larian serta kelab komputer. Pelajar-pelajar di pusat ini digalakkan menyertai pertandingan dan aktif dalam kokurikulum. “Kami galakkan mereka ini aktif dan confident”. Kami sering dijemput untuk membuat persembahan contohnya pada jamuan hari raya, contohnya dalam rancangan riang ria Aidilfitri memang diadakan setiap tahun lah. Kanak-kanak ini akan dijemput untuk membuat persembahan”. Menurut guru sekolah: “...Sudah dua tahun juga kita di undang oleh Maxis untuk nyanyian lagu raya, kita ada jemputan dari F&N”. Kenyataan ini jelas menunjukkan pelajar pertuturan kiu di sini aktif dalam kegiatan luar selain turut diterapkan pendidikan agama yang sewajarnya. 10.3 Faktor Yang Mempengaruhi Sosialisasi Dapatan pemerhatian dilihat dalam aspek kebolehan berinteraksi pelajar ketika sosialisasi pelajar dengan orang sekeliling menggunakan pertuturan kui dengan rakan dan juga guru mereka. Pemerhatian turut dibuat menerusi aktiviti pelajar ketika membuat persembahan menyanyi lagu sempena Hari Kecemerlangan Pelajar.Hasil kajian mendapati terdapat pelajar yang bercakap seperti pelajar tipikal. Pelajar dilihat mampu berinteraksi dan bersosial dengan rakan sekelas mereka. Malahan, ketika pemerhatian dibuat, pelajar bekerjasama membuat latihan persembahan nyanyian selain bekerjasama memberi bantuan kepada pengkaji menerusi temu bual. Pelajar juga dilihat mendengar arahan guru dengan baik seperti guru meminta pelajar membuat persembahan. Pelajar mula menyanyi apabila guru menyuruh mereka menyanyikan lagu dan patuh pada arahan yang diberikan oleh guru. Pelajar diperhatikan dapat berinteraksi dengan guru yang mana 21

  22. wujud komunikasi dua hala. Sosialisasi responden dengan rakan-rakan mereka mendapati bahawa Terdapat responden yang sukar mendapat kawan di rumah berikutan kedudukan rumah responden yang jauh daripada rumah jiran tetangga kerana rumah responden sebuah-sebuah. Menurut responden 1, beliau mempunyai ramai kawan kerana selalu bermain bola sepak pada waktu petang di rumah. Guru Bahasa Melayu 1 menyatakan bahawa pelajar berkomunikasi dalam kiu dan mereka pandai mencari kumpulan mereka sendiri. Guru Bahasa Melayu 2 menyatakan pelajar tidak berani bertanya dengan beliau. Oleh itu, beliau yang akan tanya pelajar sama ada pelajar faham atau tidak. Menurut beliau lagi, pelajar yang pandai akan mengajar pelajar yang lemah dan selalunya pelajar lebih faham apabila kawan mereka sendiri yang beri penerangan. Bagi kedua-dua guru, pelajar kiu mudah berkawan kerana mereka yakin mereka boleh bertutur. Persepsi sosialisasi dari Ibu bapa tentang perkembangan anak mereka ketika berinteraksi dengan orang sekeliling adalah seperti berikut: Ibu bapa 1 mengatakan bahawa anaknya mempunyai kawan di rumah seramai 2 hingga 3 orang dan mereka ialah kanak-kanak tipikal. Ibu bapa 1 menyatakan bahawa anaknya tidak mudah peramah dengan orang yang tidak dikenali. Menurut beliau, “Dia tak boleh dia dulu yang peramah. Orang yang dekat dengan dia itu peramah baru dia boleh jadi peramah”. Namun begitu, anak beliau suka membuli adik perempuannya di rumah. Ini menunjukkan hubungan yang rapat antara pelajar pekak tersebut dengan adik perempuannya sendiri. Bagi ibu bapa 2, anak beliau mempunyai ramai kawan. “Sebab dekat quarters akak itu memang ramai baya-baya dia dekat lima belas orang. Darjah 2,3,4,6”. Beliau tidak membatas pergaulan anaknya kerana beliau sering melepaskan anak beliau untuk turut bermain seperti kanak-kanak tipikal yang sebaya dengan anaknya. Ibu bapa juga menyatakan “Setakat ini jika diberi soalan, dia akan memberikan jawapan yang kita kehendaki. Jadi dengan kawan-kawannya pun dia boleh bermain dengan budak normal”. 11.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 11.1 Pencapaian Bahasa murid-murid bermasalah pendengaran Temubual yang dijalankan dengan guru menerusi soalan 4 menunjukkan bahawa pencapaian dari segi akademik pelajar pekak yang menggunakan kiu sama seperti pelajar tipikal. Hal ini disebabkan 22

  23. terdapat pelajar pekak yang menggunakan pertuturan kiu mendapat A dalam mata pelajaran yang pelbagai. Namun begitu, kelemahan pelajar pekak yang menggunakan kiu masih sama dengan pelajar pekak yang menggunakan bahasa isyarat kerana menurut beliau, kelemahan pelajar ialah dalam membuat ayat atau penulisan. Kenyataan guru Bahasa Melayu yang juga menyatakan bahawa kelemahan pelajar pekak ialah dalam membina ayat dan penulisan. Kenyataan ini disokong melalui kajian Abdullah (2001) yang mendapati pelajar pekak sukar menulis karangan dan mereka lemah dalam penulisan. 11.2 Sosialisasi Pelajar Pekak Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar pekak yang menggunakan kiu mudah berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka. Menerusi soalan mengenai sosialisasi responden dengan rakan-rakan mereka mendapati bahawa kedua-dua responden mempunyai kawan di rumah. Keadaan ini menunjukkan pelajar pekak yang menggunakan kiu mampu bersosial dan berkawan dengan pelajar tipikal. Kenyataan ini disokong oleh Ruijs&Peetsma (2009) yang menyatakan bahawa semua pelajar sama ada pelajar khas mahupun pelajar normal mempunyai hasrat dan kehendak yang sama terhadap rakan sebaya. Guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa pelajar kiu lebih ke hadapan berbanding pelajar pekak yang menggunakan bahasa isyarat. Beliau menyatakan bahawa pelajar berbahasa isyarat merasa rendah diri apabila berada dalam komuniti. Keadaan ini diakui oleh Michael S. Stinson, YufangLiu (1999) yang mengatakan bahawa pelajar bermasalah pendengaran seakan-akan takut untuk berinteraksi dengan pelajar tipikal disebabkan tidak tahu cara untuk berkomunikasi. Kenyataan ini disokong oleh Abdullah (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza antara pelajar pekak dengan pelajar tipikal menyebabkan mereka menghadapi kesukaran berkomunikasi sesama mereka dan juga berkomunikasi dengan masyarakat. Hasil temu bual juga menunjukkan bahawa apabila pelajar dapat memperoleh bahasa, pelajar mudah berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Dapatan menunjukkan bahawa ada pelajar kiu ini yang dipinggirkan sebelum ini apabila tidak tahu bertutur untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya di tadika. Pelajar yang tidak boleh berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya mungkin berasa rendah diri. Pelajar ini kurang aktif di dalam kelas, mahupun di luar kelas. Apabila pelajar kurang aktif di dalam kelas maka amat mustahil pelajar akan aktif di luar kelas. Kenyataan ini disokong oleh 23

  24. Lewis&Doorlag (2006) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar berasa rendah diri mungkin tidak akan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. 24

  25. 12.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahasa memainkan peranan penting dalam pendidikan bagi pelajar bermasalah pendengaran. Pencapaian mereka dalam akademik juga merosot ekoran perkembangan bahasa mereka yang sedikit. Lebih banyak kajian mengenai pencapaian bahasa pelajar bermasalah pendengaran ini diharapkan dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pihak terlibat dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas di Malaysia. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pelbagai pihak yang terlibat dengan sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran selain menjadi perintis bagi kajiankajian seterusnya terutama dari segi pertuturan kiu. 25

  26. RUJUKAN Abdul Rahman Hamdan.2007. BM, KTBM, MYSL (MySL) Dan Orang Pekak. Memartabatkan Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) Sebagai Bahasa Rasmi Komuniti Pekak Malaysia: Johor Bharu. Seminar MySL 2007. Bahagian Sekolah. 1995. Komunikasi Seluruh – Bahasa Melayu Kod Tangan. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur. Beck, P.H.2002. Using cued speech with special children. http://www.cuedspeech.org/ PDF/CS_Special_Children.pdf [15 Januari 2011] Berke, J. 2010. How to Communicate with Deaf and Hard of Hearing People http://deafness.about.com/od/communicationmethods/a/communicate.htm [30 Jun 2010]. Franklin H. 2006. Cued Speech and literacy. History, Research and background Information. National Cued Speech Association. http://www.cuedspeech.org [8 Mac 2010] Che Omar. 2009. Penterjemahan dan Bahasa Isyarat. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur IBM. disability.html [9 Ogos 2009]. 2004. Accessibility at IBM. http://www-306.ibm.com/able/access_ibm/ Lidwell. W, Holden K, Butler. J. 2003. Universal Principles of Design. USA :Rockport Publishers. National Cued Speech Association. 2015. What is Cued Speech? http://www.cuedspeech.org/ [12 Januari 2015 Persekutuan Orang Pekak Malaysia. http://www.mfd.org.my/public/index.asp [1 April 2009]. . Safani Bari, Manisah Mohd Ali, Norani Mohd Salleh, Aliza Alias. 2003.Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2003. Institut Pendidikan Lintang. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/safanikk.pdf[2 Disember 2010]. Guru KampusBatu Salawati Haris. 2009. Dilema 30,000 warga pekak. Milenia Muslim September:38-41. Siew Hock Ow, Salimah Mokhtar & Roziati Zainuddin & Tolman, 2007. A Review on the Teaching and Learning Resources for the Deaf Community in Malaysia. Chiang Mai University Journal. Vol 1(1). (p 165-176) Tan Chin Guan. 1997. Speaking with deaf children. Kuala Lumpur. National Society for the Deaf, Malaysia. Malaysian Council for Child Welfare. Library Association of Malaysia. 26

  27. Tan Chin Guan. 1999. Bertutur Dengan Kanak-kanak Pekak. Kuala Lumpur. Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia. NCAM (National Center for Accessible Media). 2006. Accessible Digital Media: Design Guidelines for Electronic Publications, http://ncam.wgbh.org/publications/adm/disabilities.html [24 Oktober 2009] Multimedia and the Web. Nurul Hijja Mazlan, Shaffe Mohd Daud, Ahmad Fauzi Mohd Ayob. 2010. Effectiveness of Assistive Computer Technology (ACT) for Enhancing Basic Language Skills among Students with Hearing Disabilities. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 18(1):141-156(2010). Universiti Putra Malaysia Press. Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2005. Multimedia konsep dan praktis. Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Mac 2009]. Batu Vaughan, Tay. 2014. Multimedia : Making it work. 9th Ed.New York : The McGraw-Hill Companies, Inc. 27

  28. 28

More Related