1.64k likes | 3.85k Views
Sejarah Palang Merah/ Bulan Sabit Merah. MINGGU 1. SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH. Sejarah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Siapakah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah? Mengapa Beliau mengasaskan Palang Merah/Bulan Sabit Merah?
E N D
Sejarah Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
MINGGU 1 SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH
Sejarah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah • Siapakah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah? • Mengapa Beliau mengasaskan Palang Merah/Bulan Sabit Merah? • Adakah anda tahun kepentingan tarikh 8 Mei ?
Dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Dari keluarga yang kaya dan patuh beragama. HENRY DUNANT (1828-1910)
HENRY DUNANT (1828-1910) • Beliau mula aktif dengan pelbagai pergerakan kebajikan dan agama. • Menjadi ahli “League of Alma” – badan kebajikan
HENRY DUNANT (1828-1910) • Semasa berumur 30 tahun – menjadi ahli yang aktif – Young Men’s Christian Union – aktif di Switzerland, Perancis, dan Belgium. • Berhasrat mewujudkan gagasan tersebut di seluruh dunia. • 1849 menjadi perantis dalam sebuah bank di Geneva dan kemudian menjadi pengurus bank Colonies Suisses de Setif cawangan Algeria.
HENRY DUNANT (1828-1910) • Kemudian mula berniaga sendiri. • 25 Jun 1859 berada di Solferino,Utara Itali dan menyaksi pertempuran antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia. • Melihat ramai yang mati dan cedera – bantuan perubatan tidak lengkap dan tidak mencukupi.
HENRY DUNANT (1828-1910) • Mula mengetepikan perniagaan – tumpuan kepada usaha membantu orang yang cedera. • mengumpulkan orang-orang dari desa-desa sekitarnya dan tinggal di sana selama tiga hari untuk dengan sungguh-sungguh menghabiskan waktunya merawat orang yang terluka.
Kata-kata beliau, Siamo tutti fratelli (Kita semua bersaudara), membuka hati para sukarelawan yang melayani kawan mahupun musuh.
HENRY DUNANT (1828-1910) • Menerbitkan Kenangan di Solferino – saranannya: • Membentuk Organisasi/Persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang. • mempromosikan perjanjian/kesepakatan antarabangsa untuk melindungi tentera yang terluka dalam medan perang, orang-orang yang merawatnya serta memberikan status berkecuali kepada mereka
HENRY DUNANT (1828-1910) • Saranan beliau diterima ramai – mengembara menyebarkan idealnya sekitar tahun 1863 dan 1864. • Urusan perniagaannya terabai – 1867 terpaksa menjual semua perniagaannya untuk membayar hutang dan akhir meninggalkan Geneva.
HENRY DUNANT (1828-1910) • Selama 20 tahun bergantung hidup atas belas kasihan orang ramai. • 1895 – berita yang beliau masih hidup tersebar luas – bantuan mencurah tiba.
HENRY DUNANT (1828-1910) • 1901 telah dianugerahkan Hadiah Keamanan yang pertama oleh Jawatankuasa Noble. • 30 October 1910 beliau menghembus nafas terakhir di Heidden.
MINGGU 1 SejarahpenubuhanPalangMerah/BulanSabitMerah
PALANG MERAH • Gagasan Idea Henry Dunant diterima oleh Gustev Moynier (peguam), pengerusi The Societe Genevoise d’Utilite Publigue. • Pada 17 Februari 1863, bersama-sama Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounior – menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa membantu orang yang tercedera.(International Standing Committee for Aid to Wounded Soldier)
Kemudian dikenali International Committee of the Red Cross – ICRC pada tahun 1876. • 26-29 Okt. 1863 – satu persidangan 16 negara Eropah diadakan di Geneva dan kemudian meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva • Bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan lambang Palang Merah
Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas:Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih. • Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark
ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia.- menghadapi masalah – perlu pengiktirafan secara rasmi. • Ogos 1864 – Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan “Persidangan Diplomatik” yang dihadiri 12 buah negara • Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran
22 Ogos 1864 – Konvensyen Geneva ditandatangani oleh 12 buah negara – menolong mangsa perang. • Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan.
Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. • Konvensyen Geneva pertama menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan – perang Perancis-Prussia (1870-71), Sepanyol –Amerika (1898) & Rusia-Jepun (1904)
Banyak negara telah menubuhkan Palang Merah mereka. • 1867, Perang Turki-Russia – kerajaan Turki menggunakan lambang Bulan Sabit Merah. • Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869),Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892),Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902)
LAMBANG PERGERAKAN • Lambang palang merah merupakan terbalik dari bendera Switzerland. – perlindungan kepada petugas dan tentera yang cedera.
Nov. 1876 Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss – penjaga Konvensyen Geneva – menggunakan lambang bulan sabit merah – palang merah menghina agama Islam. • Banyak negara Islam menggunakan lambang ini
Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. • Menjadi tanggungjawab kerajaan mengawal penggunaan lambang ini. • Pada tahun 1923,lran menggunakan lambang Singa Merah dan Matahari, namun ia diganti dengan Bulan Sabit oada tahun 1980.
PENGGUNAAN LAMBANG PELINDUNG (PROTECTIVE) PENGENALAN (INICATIVE)
KONVENSYEN GENEVA • Terdapat 4 Konvensyen Geneva – bertarikh 12 Ogos 1949. • 1864 KG 1 – memberi perlindungan perang di darat • 1899 KG 2 – di laut. • 1929 KG 3 – perlindungan kepada tawanan perang - perang dunia 1 (1914-1918)
1949 KG 4 – orang awam di dalam tahan musuh. • Semakan 12 Ogos 1949 – tidak lengkap. • 2 Protokol Tambahan • Protokol 1 – konflik bersenjata antarabangsa. • Protokol 2 – konflik bersenjata bukan antarabangsa.
Perjanjian Lain. • Protokol Gas Geneva 1925 – melarang penggunaan apa jua gas beracun dalam masa perang. • Konvensyen Harta Budaya Hague 1954 – perlindungan kepada objek seni yang penting. • Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu 1981 – senjata yang menyebabkan kecederaan yang dahsyat.
Konvensyen Hague 1899 & 1907 –perbezaan antara peraturan berkait dengan pengendalian permusuhan dengan perlindungan mangsa-mangsa.
MINGGU 1 SejarahpenubuhanPalangMerah/BulanSabitMerah Malaysia
Sejarah Ringkas BSMM • Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah satu organisasi kemanusiaan. • Mula ditubuhkan pada bulan April 1948 di Sabah sebagai salah satu Cawangan kepada Persatuan Palang Merah British
Sejarah Ringkas BSMM • Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan • Pada bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British.
Sejarah Ringkas BSMM • Majlis Cawangan baru ini telah memutuskan bahawa Cawangan-cawangan setempat hendaklah ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua negeri Selat. • Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
Sejarah Ringkas BSMM • Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. • Dalam masa kemuncak darurat, Cawangan telah menghantar 25 pasukan Palang Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung dari di Perak, Terengganu dan Selangor.
Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah diperbadankan dengan kelulusan Akta Parlimen ( Akta No. 4, 1962) dan berkuatkuasa pada 16 April 1962.
Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah menerima pengiktirafan rasmidaripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC) sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas • Selepas itu, persatuan ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada 24 Ogos 1963
Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah mengubah nama kepada Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) atau Malaysia Red Cross Society (Incorporation) pada 1 Julai 1965 (Akta 540, 1965)
Dengan kelulusan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Pertukaran nama tahun 1962 ), nama dan lambang persatuan ini telah ditukar menjadi PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA atau PBSMM pada 4 September 1975 (Akta ke-162).