240 likes | 617 Views
KULIAH 1 SEJARAH AWAL NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR. Zaman Paleoltik (zaman batu awal) terdapat penemuan kesan-kesan di Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Tingkayu (Sabah). Kehidupan sara diri dan berpindah randah Memburu dan memungut hasil hutan
E N D
KULIAH 1 SEJARAH AWAL NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Zaman Paleoltik (zaman batu awal) terdapat penemuan kesan-kesan di Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Tingkayu (Sabah). Kehidupan sara diri dan berpindah randah Memburu dan memungut hasil hutan Menggunakan peralatan batu – kasar dan ringkas Zaman Mesolitik (zaman batu tengah) (Hoabinh) penempatannya ditemui di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Jederam Hilir (Selangor) dan Gua Niah (Sarawak). Memburu dan menangkap ikan. Sudah pandai bercucuk tanam. Mula kegiatan menukar hasil. Peralatan batu adalah lebih halus. Contoh: Negrito dan Senoi Pendudukan dan Kerajaan Awal
Zaman Neolitik (zaman batu batu) Penempatan di Gua Cha Kelantan, Gua Kecil Pahang dan Gua Niah Sarawak dan Jenderam Hilir Selangor. Memburu, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menternak binatang. Mula mengadakan aktiviti perdagangan Membuat dan menggunakan alat perhisan. Zaman Logam (zaman gangsa besi) terdapat penemuan hasil zaman ini di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Paguh Muar (Johor). Mula menggunkan peralatan logam. Mula tinggal tetap di sesuatu kawasan. Masih memburu, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menternak. Bermula aktiviti melombong.
Kerajaan Melayu Melaka Didirikan pada awal kurun ke 15 dan berjaya menjadi sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Parameswara (Sultan Iskandar Shah). Parameswara ialah Putera Raja dari Srivijaya (Palembang), telah lari ke Temasik kerana diserang Majapahit. Telah memerintah Temasik lebih kurang 3 tahun, kemudian telah pergi ke Muar dan Sg. Bertam di Melaka.
Sebab-sebab dalaman • Pentadbiran Sultan Mahmud yang kurang baik • Pecah belah antara kaum – antara Melayu • dan Tamil-Muslim • Rasuah • Fitnah antara pembesar • Kenaikan cukai • Kematian Bendahara Tun Perak – tiada penganti • yang baik • Pasukan tentera lemah –orang laut tidak • membantu apabila diserang oleh Portugis • sebab tidak puas hati dengan pentadbiran Melaka • yang telah mengabaikan mereka • Pertelingkahan dengan negeri naungan • Pegangan agama tidak kuat Bagaimana Melaka boleh mengalami kemorosotan?
Bagaimana Melaka boleh mengalami kemorosotan? • Sebab-sebab luaran • Serangan Portugis dalam tahun 1511 • Alfonso de Albuquerque telah menyerang • dan menawan Melaka dalam tahun 1511. • Penemuan Tanjung Harapan
Penjajahan Portugis Penjajahan Kuasa Asing • Dari tahun 1511 sehingga 1641 – 130 tahun • Tujuan menguasai perdagangan dan meluaskan pengaruh di Asia dan mengembangkan agama Kristian • Telah cuba meluaskan kuasanya –cuba menawan Rembau dan Naning tetapi gagal • Telah menyusun semula sistem pentadbiran di Melaka • Telah membina Kota ‘A-Famosa’ • Memperkenalkan duit baru • Memperkenalkan tulisan rumi • Mengembalikan kedudukan perdagangan di Melaka
Penjajahan Belanda • Belanda menyerang Portugis di Melaka pada 1641 dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor • Dari tahun 1641 sehingga tahun 1824 • Tujuan memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu • Menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1602 • Berpusat di Betawi (Jakarta)
Penjajahan berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda – Syarat Perjanjian: • Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada British • British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Benkulen) dan semua kawasan kepunyaan SHTI di Sumatera kepada Belanda • Belanda mengiktiraf kedudukan British di Singapura, tetapi British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatannya • Belanda berjanji tidak akan campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu
British berjanji tidak akan campur tangan dan membuat apa-apa perjanjian atau persetiaan di Sumatera, Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian pulau di selatan Singapura • British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun • Jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasaan, maka hak untuk menduduki tempat tersebut akan jatuh kepada pihak yang satu lagi • Pemerintahan anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan sesama pemerintah tempatan • Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100 000 paun (Sepanyol).
Penjajahan Inggeris Kedatangan adalah secara beransur-ansur: 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang 1819 Stamford Raffles menduduki Singapura 1874 di Perak 1895 di negeri Sembilan 1888 di Pahang
Faktor-faktor yang menyebabkan campurtangan Faktor ekonomi – revolusi perusahaan di Barat Masalah lanun di Selangor • Masalah dalaman – perebutan takhta • Perak – perang saudara dan perebutan takhta antara Raja Abdullah, • Raja Ismail dan Raja Yusuf • Pahang – antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir Masalah pergaduhan puak – di Perak: Kongsi gelap Cina bersaing mendapat kawasan bijih timah – Perang Larut I, II & III. Kebimbangan campurtangan kuasa asing yang lain
Sistem Pentadbiran Sistem Residen • Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor • Fungsi – menasihati raja-raja Melayu • Tanggungjawab – urusan pentadbiran negeri, hubungan luar negeri dan pertahanan • Ambil alih tugas pungutan cukai
Kesan-kesan: • Politik • Keamanan dikembalikan • Sultan-sultan hilang kuasa mutlak • Pembesar hilang hak tradisi • Ekonomi • Pelaburan digalakkan • Perusahaan dimajukan • Tanaman baru diperkenalkan • Perbandaran pesat • Sosial • Pembangunan infrastruktur pesat • Penghapusan sistem hamba abdi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu • Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang • Sebab-sebab: • Masalah kewangan • sistem pentadbiran berlainan • mengawal kuasa • Pembentukan – Perjanjian Kerajaaan British dengan Raja-Raja Melayu (1895) • Pentadbiran • Residen General • Jabatan-jabatan Kerajaan • Persidangan Raja-Raja Melayu
Kesan-kesan: • Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral • Sultan-sultan hilang kuasa • Pegawai-pegawai Inggeris dalam jabatan-jabatan Kerajaan • Ekonomi stabil • Penduduk bertambah
Majlis Mesyuarat Persekutuan • Pesuruhjaya Tinggi British • Ahli-ahli • Negeri-Negeri Melayu • Tidak Bersekutu • Pembentukan: • Perjanjian dengan Siam • Pentadbiran: • Penasihat British • Majlis Mesyuarat Negeri • Disentralisasi Kuasa • Meragamkan pentadbiran Inggeris di • semua negeri • Pengagihan kuasa pusat • Sistem yang dilaksanakan sehingga • tercetusnya Perang Dunia II.
Penjajahan Jepun • Sebab-sebab tentera Jepun dapat menguasai Tanah Melayu • Ketidaksediaan tentera British • Kelemahan pertahanan British • Persediaan peperangan Jepun • Kelebihan tentera Jepun • Kekurangan tentera Inggeris
Pentadbiran • Diketuai Gabenor • Berpusat di Singapura • Sultan sebagai penasihat • 8 Wilayah pentadbiran dibentuk
Kesan-kesan • Sosial • Permusuhan antara kaum • Sekolah Inggeris dan Cina ditutup • Ekonomi • Perdagangan dengan dunia luar terputus • Pengeluaran matawang tidak terkawal • Kekurangan makanan • Industri bijih timah dan getah musnah • Syarikat Jepun monopoli
Politik • Kesedaran politik • Kebangkitan nasionalisme • Ingin memerintah sendiri • Pembentukan Parti Komunis Malaya Selepas Pendudukan Jepun • Parti Komunis Malaya (Bintang Tiga) • Inggeris kembali menguasai Tanah Melayu • Ke arah kemerdekaan