90 likes | 212 Views
Klik-klik untuk melihat. Press esc.. sekiranya tiada bermunafat @ membazirkan masa anda untuk melihatnya. Berlumba-lumba mendapatkan ganjaran dariNya Yang berada, membantu setakat yang terdaya. Yang tiada, menerima dan bersyukur. Lapangnya dada & minda. Hamba-hambaMu di muka bumi ini
E N D
Klik-klik untuk melihat. Press esc.. sekiranya tiada bermunafat @ membazirkan masa anda untuk melihatnya.
Berlumba-lumba mendapatkan ganjaran dariNya Yang berada, membantu setakat yang terdaya. Yang tiada, menerima dan bersyukur. Lapangnya dada & minda..
Hamba-hambaMu di muka bumi ini ada yang bersolat tarawikh witir bertadarus Bertasbih qiam Mencari & meminta keampunanMu ya Allah
Mengejar dan mencari diantara malam.. Laillatul Qadr Usia ini, harta & kekayaan, kesihatan, tenaga, fikiran, ketenangan, keluarga & anak- pinak Semuanya adalah milikMu, Bila saja boleh diberi mahupun diambil kembali olehMu.. Adakah nanti diketemukan olehNya..? Kecilnya diri ini.. besar pula pemberianMu ya Allah
Eid Fitri’ bakal menjelang tiba… Hati masih tertanya-tanya Rabbana.. apakah nanti diterima olehMu.. Puasa kami..? Solat kami…? Amal kami…? Doa & rayuan kami…? Sedakah kami..? Nilai segantang beras, zakat fitrah kami..?
Semuanya serba baru… bagi yang mampu Bagaimana pula disekeliling kita..? Adik beradik, ipar duai, ibu & bapa serta mertua, jiran tetangga, dan mereka yang hanya mampu melihat kita.. Apakah kita masih rasa ada indah nya…?
Apa yang dihajati semua dipenuhi. Simpan yang lama, tukar yang baru. Semoga bertambah gembiranya di hari Raya Tapi …apakah kta benar-benar gembira dilubuk jiwa.. bila melihat mereka yang kurang berupaya mendapatkannya
Bila tiba hari raya..pertemuan sanak saudara mengeratkan perhubungan. Yang jauh semakin dekat, yang dekat semakin mesra.. yang mesra bertambah sayang Tapi adakalanya, ada yang semakin renggang.. semakin jauh, hilang mesra.. kerana kenderaaan & pakaian dijadikan bualan serta ukuran kejayaan di hari lebaran Apakah kita perlu kembali ke Ramadhan..?
Semoga semua sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Selamat menyambut hari lebaran & insyaAllah bertemu lagi. Wasallam