1 / 30

Peraturan Akademik

Peraturan Akademik. Prof Madya Dr Hadariah Bahron Ketua Pengurusan Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik. PELAKSANAAN. Kursus Asas Pengajaran Pensyarah Baru. Anjuran ILQAM UiTM Puncak Alam 17 November 2009. Peraturan Akademik.

zurina
Download Presentation

Peraturan Akademik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PeraturanAkademik Prof Madya Dr Hadariah Bahron Ketua Pengurusan Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik PELAKSANAAN Kursus Asas Pengajaran Pensyarah Baru Anjuran ILQAM UiTM Puncak Alam 17 November 2009

  2. Peraturan Akademik Pindaan terbaru diluluskan oleh Senat dalam mesyuarat Senat ke-123 pada 12 Mac 2009 untuk pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Setiap pensyarah baru diberikan satu naskah untuk rujukan. Menggariskan perkara-perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dari hari mula mendaftar diri sebagai pelajar sehingga hari mereka dianugerahkan sijil di akhir pengajian.

  3. Peraturan Akademik Dikuatkuasakan ke atas pelajar. Pensyarah menjadi penasihat akademik (Advisor). Setiap pensyarah diberikan sekumpulan pelajar (Advisee) untuk dipantau perjalanan akademik mereka dari mula mengikuti pengajian sehingga mereka bergraduan.

  4. Penasihat Akademik Perlu ada pengetahuan asas tentang: Peraturan akademik. Pelan Pengajian Pelajar. Proses-proses akademik yang perlu disempurnakan oleh pelajar. Sistem ISIS (Integrated Student Information System) iaitu sistem yang digunakan untuk menyelenggara data akademik pelajar bertempat di PSMB (Pusat Sistem Maklumat Bersepadu).

  5. ISIS di PSMB • Dimiliki oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA). • Diselenggara oleh Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB). • Input data pelajar oleh: • Pelajar sendiri melalui borang permohonan (sebelum masuk UiTM) dan i-Student Portal (setelah masuk UiTM). • Fakulti / Kampus • Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK).

  6. A one stop centre for students to: View their academic record and Plan of Study. View announcements. Perform course registration. Access links to important sites such as: i-Student Portal Intake PTPTN Bursary Library Alumni Newsflash Lecture Timetable e-Learning (i-Learn) Examination Timetable Examination Results Convocation Discussion with TNCA • Academic Affairs: • Academic Regulations Academic Calendars • Forms etc. • Student Affairs: • Non-Resident Unit • Student Council etc.

  7. Pelan Pengajian Kontrak UiTM dengan pelajar. Dijanakan untuk setiap pelajar di dalam sistem (ISIS) sehari selepas pelajar mendaftar diri mengikut program yang ditawarkan. Mengandungi senarai kursus-kursus yang perlu disempurnakan (sekurang-kurangnya Gred C). Apabila pelajar telah lulus semua kursus yang tersenarai dalam Pelan Pengajian, maka UiTM akan menganugerahkan mereka segulung sijil seperti yang ditawarkan pada surat tawaran.

  8. Pelan Pengajian (samb.) Memberikan maklumat tentang tempoh pengajian. Biasanya 6 semester untuk Diploma dan kebanyakan Ijazah Sarjana Muda (ISM). Ada juga ISM yang 8 semester. Hanya boleh berubah dengan semakan kurikulum yang dilakukan oleh fakulti untuk program tersebut. Setiap perubahan biasanya dikuatkuasakan mengikut cohort iaitu kumpulan pelajar yang masuk UiTM pada sesi pengajian yang sama.

  9. Syarat pemegang status pelajar • Mendaftar diri sebagai pelajar (sekali). • Mendaftar kursus pada setiap semester. • Membayar yuran pada setiap semester. • Sekiranya pelajar tidak melakukan perkara 2 dan 3 setiap semester pada tempoh dan mengikut prosedur yang ditetapkan, maka status mereka sebagai pelajar akan digugurkan (GT- Gugur Taraf) dan mereka menjadi bukan pelajar UiTM.

  10. Graduate Register as Student Apply to enter UiTM Receive Examination Results Pay Fees Register Courses Sit for Examination Attend Lectures etc. Print Examination Slip Validate Courses Registered Student Academic Cycle Successful Study Plan Completed Study Plan Not Completed

  11. Pendaftaran Kursus Pelajar Lama Jadual Waktu Kuliah Disediakan Menggunakan ICReSS Berdasarkan Data Pra Pendaftaran Pra Pendaftaran (pelajar pilih kursus yang akan diambil pada Semester hadapan) Peperiksaan Akhir Bermula Setelah keputusan peperiksaan diumumkan Gugur/Tambah (pelajar mengemas- kini pendaftaran, jika perlu) Pendaftaran Kursus (pelajar pilih kumpulan kuliah yang sesuai, tiada clash ) Kuliah Bermula bersambung

  12. Pendaftaran Kursus Pelajar Lama sambungan PenjanaanBilYuranPelajar ePJJ, PLK dan SML (pelajarmembayaryuran) ValidasiPendaftaranKursus (pelajarsemakdansahkan) Pelajar Mencetak Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan Jadual Waktu Peperiksaan ditetapkan berdasarkan data pendaftaran kursus Peperiksaan Akhir Bermula … dan kitaran bermula kembali

  13. Tarikh-tarikh penting

  14. Kalendar Akademik Julai-November 2009

  15. Bagaimana nak memantau? • Melalui paparan iSIS, banyak maklumat yang boleh diekstrak seperti: • Senarai pelajar yang layak GT iaitu yang tidak membayar yuran dan/atau tidak mendaftar kursus • Rekod akademik pelajar • Status pembayaran yuran pelajar • Senarai kelas • Boleh juga meminta pihak PSMB melalui HEA untuk memberikan data-data lain yang diperlukan.

  16. Pensyarah dan ISIS Semua pensyarah boleh mempunyai usernama and password untuk masuk ke ISIS sebagai Penasihat Akademik. Di antara perkara-perkara yang boleh diperolehi dari ISIS ialah class list dalam bentuk Excel, iaitu senarai nama/data pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti kelas yang diajar oleh seseorang pensyarah. Tidak perlu menaip sendiri nama dan nombor pelajar.

  17. Senarai Kelas – Class List Boleh diperolehi dari http://online.isis.uitm.edu.my Sekiranya belum ada akaun ISIS sendiri, boleh gunakan Username: pensyarah Password: pensyarah GUNAKAN SENARAI INI UNTUK MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR YANG MASUK KELAS KITA TELAH SAH BERDAFTAR.

  18. SENARAI KELAS YANG SAH • Amat penting diperolehi dari ISIS untuk dibandingkan dengan nama pelajar yang menghadiri kelas setelah lebih kurang 2 – 3 minggu kuliah bermula. • Sekiranya nama seseorang pelajar tidak terdaftar di dalam senarai kelas: • Maklumkan pelajar tersebut dengan segera bahawa pendaftaran kursusnya masih belum lengkap. • Jangan benarkan masuk kelas selagi belum mendaftar dengan sempurna. • Jangan benarkan menduduki apa saja jenis penilaian yang menyumbangkan markah kepada gred akhir.

  19. Senarai Pemarkahan (Borang LE15) dan Senarai Kelas Hanya nama pelajar yang mendaftar untuk sesuatu kursus sahaja akan muncul dalam borang LE15 / Fail Excel Kemasukan Markah dan seterusnya dalam skrin kemasukan markah untuk diberikan gred. Pelajar yang tidak berdaftar secara sah melalui i-Student Portal tidak akan tersenarai untuk diberikan markah.

  20. MARKAH PELAJAR TIDAK BERDAFTAR Sekiranya pelajar tak berdaftar dibenarkan mengikuti kelas dan memperolehi markah kerja kursus, masalah akan ditanggung oleh pensyarah dan fakulti/kampus, apatah lagi sekiranya pelajar akhirnya diberikan gred untuk kursus tersebut. Untuk memohon memasukkan gred pelajar semasa mesyuarat pembetulan keputusan peperiksaan akhir, pensyarah perlu memberikan pengakuan bahawa telah membenarkan pelajar yang tidak berdaftar mengikuti sesi pembelajaran – rekod buruk.

  21. Kandungan Peraturan Akademik • Kemasukan Pelajar • Status Pelajar Universiti • Gugur Status Sebagai Pelajar • Keperluan Akademik • Tempoh Pengajian • Mod Pengajian • Cuti Khas • Penangguhan Pengajian • Penggantungan Pengajian • Pendaftaran Kursus • Pindaan Pendaftaran Kursus • Pengesahan Pendaftaran Kursus • Kehadiran Pelajar • Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir • Kebenaran Tidak Menduduki • Peperiksaan Akhir Sila lihat buku Peraturan Akademik Pindaan 2009 yang telah diedarkan untuk rujukan dan perbincangan lanjut. 22

  22. Kandungan Peraturan Akademik(samb.) • Tarikh Peperiksaan Akhir • Jadual Peperiksaan Akhir • Keputusan Peperiksaan dan Penilaian • Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) • Status Keputusan Peperiksaan • Penyata Keputusan Peperiksaan • Pelanggaran Kaedah Tatatertib Pelajar Bersabit Dengan Peperiksaan dan Penilaian • Peperiksaan Semula • Peperiksaan Khas • Intersesi • Rayuan • Pengurniaan Akademik • Pertukaran Kampus 23

  23. Tegahan pelajar ‘kaki ponteng’ dari menduduki peperiksaan • Pelajar yang tidak memenuhi 80% kehadiran sesi pengajaran boleh ditegah dari menduduki peperiksaan akhir (Perkara 2.13). • Mereka diberikan Gred ZZ dan denda RM100. Gred ini tidak ditebus/tampal semasa penjanaan CGPA akhir. • Pendaftaran kursus semester seterusnya akan mula menyimpang dari Pelan Pengajian yang boleh menyebabkan pelbagai kerumitan: • Kelas yang bertindih - clash. • Bilangan unit kredit yang berlebihan – mungkin perlu menggugurkan kursus lain. • Tempoh pengajian mungkin akan menjadi lebih panjang – SML (Sepenuh masa berlanjut – membayar yuran dengan kadar separuh masa).

  24. Pelajar yang ponteng peperiksaan tanpa kebenaran Diberikan gred YY yang tidak boleh ditebus/ tampal dan denda RM100. Boleh menyebabkan pelajar diberhentikan (status D – dismissed), sama juga dengan kegagalan kursus kategori lain (F, ZZ, FD). Sekiranya ingin menyambung pengajian, pelajar dibenarkan membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) sekali sepanjang tempoh belajar. Sekiranya RMP tersebut diluluskan, pelajar akan diberikan status SML iaitu dikenakan yuran mengikut kadar pelajar separuh masa.

  25. Kadar yuran pelajar SML Pelajar Ijazah Sarjana Muda

  26. Kadar yuran pelajar SML Pelajar Diploma

  27. Pengecualian Kredit (PC) Diberikan kepada pelajar yang memasuki sesuatu program dari suatu program lebih rendah yang berkaitan yang pelajar tersebut telah tamat dengan jayanya. Contoh: Pelajar lulusan Diploma Farmasi yang memasuki Ijazah Sarjana Muda Farmasi (ISMF) boleh diberikan PC sehingga 1/3 jumlah unit kredit ISMF. Tiada gred diberikan untuk kursus-kursus yang diberikan PC.

  28. Sentiasa rujuk buku Peraturan Akademik sekiranya perlu memberikan nasihat kepada pelajar. Selain itu, boleh juga bertanya kepada Ketua Program, Timbalan Dekan (Akademik) atau terus kepada HEA sekiranya perlukan maklumat lebih lanjut dan terperinci.

  29. Sekian. Terima kasih. Q&A

More Related