1 / 16

PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK

PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK. Oleh ZULKIFLI KHAIR. POTENSI PASARAN KANAK-KANAK. Kesedaran bahawa buku kanak-kanak sebagai gambaran nilai masyarakat. Jumlah kanak-kanak pra-sekolah (lebih 1.5 juta), sekolah rendah (lebih 3 juta) dan sekolah menengah yang semakin bertambah.

Thomas
Download Presentation

PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK Oleh ZULKIFLI KHAIR

  2. POTENSI PASARAN KANAK-KANAK • Kesedaran bahawa buku kanak-kanak sebagai gambaran nilai masyarakat. • Jumlah kanak-kanak pra-sekolah (lebih 1.5 juta), sekolah rendah (lebih 3 juta) dan sekolah menengah yang semakin bertambah. • RM 1000 untuk buku dan elakkan cukai. • Jualan bahan bacaan kanak-kanak sukar terjejas sewaktu ekonomi merudum.

  3. GENRE (PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2003) • Sumber bahan rujukan (kamus dan ensiklopedia). • Fiksyen (cerita-cerita Islam, fiksyen sejarah, fiksyen sains, sastera rakyat). • Bukan fiksyen (sains dan teknologi, haiwan dan tumbuhan, agama dan lain-lain).

  4. GENRE (Hillman, 1995) • Puisi (balada, haiku dll). • Sastera tradisional. • Buku bergambar (buku abjad dan nombor, cerita bergambar dll). • Fantasi (fantasi tinggi, SF dll). • Realisme (cerita sukan, misteri, sekolah, keluarga dll). • Biografi dan autobiografi. • Info (buku fakta dll).

  5. BUKU INFO (Lukens, 2007) • Buku info untuk menerangkan fakta dan konsep, menambahkan rasa ingin tahu. • Contoh: How Did We Find Out About Electricity? Oleh Isaac Asimov. Ia bermula 2,500 tahun dulu di sebuah perkampungan Magnesi di pantai Turki. Seorang budak lelaki menjumpa besi yang melekat dengan sebuah batu apabila didekatkan, lalu budak itu berjumpa dengan Thales.

  6. SENARIO BARAT (Sutherland & Arbuthnot, 1991) • Aldhelm (640?-709) pernah hasilkan rhymes dan SJ, digunakan hingga abad ke-16. • Buku terawal dipercayai terbit pada 1484, Aesop’s Fables (terjemahan). • Buku bergambar pertama dipercayai dihasilkan oleh John Amos Ceminius (1592-1671) pada 1657 dengan judul Orbis Pictus ( dunia bergambar).

  7. SENARIO BARAT (Hillman, 1995) • Robinson Crusoe (1719) oleh Daneil Defoe antara novel terawal Inggeris untuk remaja. • Gulliver’s Travels (1726) oleh Jonathan Swift memberikan taraf baru sastera imaginasi. • Alice’s Adventure in Wonderland (1865) oleh Charles Dodgson yang kemudian dikenali sebagai Lewis Carroll. • Abad ke-19: Era emas buku kanak-kanak di Barat dengan kemunculan buku bergambar, pelbagai genre dan kurang didaktik.

  8. SENARIO BARAT (Sutherland & Arbuthnot, 1991) • Antara buku utama abad ke-20: The Hobbit (1937) oleh J.R.R.Tolkien, Charlotte’s Web (1952) oleh E.B. White, The Way Things Work (1988) oleh David Macaulay (buku rujukan berilustrasi mekanik mesin) dll. • Terdapat lebih 160 penerbit utama termasuk penerbit universiti utama; Yale University, University of Chicago dll.

  9. SENARIO MALAYSIA • Antara tokoh penulis buku kanak-kanak; Khairuddin Ayip, Mohd. Ismail Sarbini, Ghazali Ngah Azia, Nazel Hashim Mohamad, Dr Othman Puteh, Shamsiah Sabaruddin (menulis tentang wau, batu seremban dll), Johnny Ong (Minyak Kelapa dll) dll. • Antara penerbit buku kanak-kanak: DBP, 'K' P&D, Marwilis Publisher, PFB, Federal P, Mutiara Cemerlang, Edusystem, Tioman Books, PTS One dll.

  10. Mohd. Ismail Sarbini (1) • 1950 - 3.9.2006. Penulis novel remaja dan kanak-kanak yang terkenal sekitar akhir 80-an dan awal 90-an. Berikut adalah antara karya beliau: • Budiku, budimu (DBP & KPM, 1980) • Pahlawan Pasir Salak (DBP & KPM, 1982) • Pulau Berukera (DBP, 1982) • Berukera dari Planet Ulba (DBP, 1982) • Semangat pahlawan muda (‘K’ P&D, 1989) • Jalur-jalur perjuangan (Mutiara Cemerlang, 1991), • Bidasari bunga rimba (DBP & KPM, 1992), • Mencari pulau impian (DBP & KPM, 1993) • Semangat pahlawan (PFB, 1994)

  11. Mohd. Ismail Sarbini (2) • Zaid Akhtar (Blog, Ogos 2007): “Unsur didaktiknya tidak langsung tetapi tetap menusuk!” • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007): “Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba karya Mohd. Ismail Sarbini (DBP, 1982) pula mempunyai persamaan dengan filem Planet of The Apes serta siri televisyennya (dan bukan novelnya).Tetapi ini tidak menafikan acuan dan ‘novum’ tempatan yang berjaya dimasukkan oleh penulis-penulis ini. Contohnya seperti Pulau Berukera karya Mohd. Ismail Sarbini yang terhasil daripada Peraduan Mengarang Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak DBP 1980…”

  12. Mohd. Ismail Sarbini (3) • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007): “Pulau Berukera mungkin secara dasarnya mempunyai persamaan dengan Planet of the Apes dalam memilih objek ‘nova’ bangsa beruk sebagai bertamadun dan pintar. Tetapi jalan cerita novel ini disulam dengan fantastisme kerana protagonis novel ini, Budin telah dicolek oleh sekumpulan berukera untuk tinggal bersama mereka di pulau mereka (persamaan kisah dongeng orang tua tentang kanak-kanak dibawa lari oleh orang bunian)….”

  13. Mohd. Ismail Sarbini (4) • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007): “Budin kemudian dibedah menjadi seekor berukera(!) supaya dapat diasimilasikan dalam masyarakat berukera yang berteknologi tinggi itu. ‘Novum’ inilah yang menyebabkan novel ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana berjaya membawa persoalan metonymic asimilasi suatu masyarakat terhadap sebuah tamadun yang lebih tinggi daripada masyarakat itu, dan persoalan jika pilihan pengasimilasian itu menguntungkan atau memudaratkan mereka. Persoalan pemilihan utopia/distopia Mohd. Sarbini ini sebenarnya bersangkut paut dengan keadaan berkecuali Malaysia sebagai negara ketiga pada waktu itu pada Perang Dingin antara blok Amerika dengan Rusia.”

  14. MEMAHAMI KANAK-KANAK (1) • Andrew Croft: “Penulis buku kanak-kanak mesti mampu berfikir seperti kanak-kanak.” • Kanak-kanak 1-6 tahun: Imaginasi terhad, Bersifat ingin tahu, Amat mementingkan diri,· Suka menyoal dan mengembangkan kebolehan memberi alasan, Sense of humour, Meniru perlakuan yang akan membentuk tabiat & Masa tumpuan yang singkat. • Kanak-kanak 6-8 tahun: Imaginasi yang lebih jelas dan berkembang, Sudah mula belajar bergaul dan bekerjasama & Masa tumpuan tidak lama.

  15. MEMAHAMI KANAK-KANAK (2) • Kanak-kanak 9-10 tahun • Daya imaginasi yang tinggi • Ingin merasa bebas dalam pemikiran dan perbuatannya • Kanak-kanak 10-12 tahun • Penuh imaginasi dan khayalan • Sudah agak bebas • Kuat, sukakan cabaran dan aktif Adakah remaja dianggap sebagai kanak-kanak?

  16. PINJAMAN BUKU KANAK-KANAK DI PNM • Statistik pinjaman: • 2000 156,001 • 2001 127,593 • 2002 109,881 • Sebanyak 215,000 koleksi bahan bacaan terdapat di Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Negara Malaysia. • Bidang perkara yang tertinggi penggunaannya adalah Fiksyen diikuti Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Bahasa.

More Related