670 likes | 2.4k Views
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009. Objektif. Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi.
E N D
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009
Objektif • Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. • Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. • Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi. • Menjelaskan cara-cara pemberian makanan secara responsif.
Ringkasan • Kepentingan pemakanan bagi bayi & kanak-kanak • Pemakanan bayi dari lahir hingga 6 bulan • Pemakanan bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun • Tekstur, sukatan, kekerapan makanan • Cara pemberian makanan yang betul
Pada umur 1 – 6 tahun……. Tumbesaran fizikal Tinggi Gigi Tulang Perkembangan Motor Fisiologikal Bahasa Sosial Sistem keimunan
Membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak. Membantu proses tumbesaran & perkembangan yang sihat dan normal. Mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun tubuh. KEPENTINGAN PEMAKANAN
Makanan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan Susu ibu adalah makanan paling baik kepada bayi
Pemakanan Bayi <6 bulan Sambung… • Berilah SUSU IBU SAHAJA dan tidak perlu diberi air atau susu tambahan. • Bayi seharus diberi susu ibu mengikut kehendak bayi. • Sebelum hantar ke penjaga, Ibu perlu maklumkan sekiranya bayi telah diberi susu ibu atau susu formula untuk mengelakkan kes kematian akibat pemberian susu berlebihan. • Elakkan mencampur bijirin dalam susu bagi bayi.
Makanan untuk bayi & kanak-kanak berumur 6 bulanhingga bawah 4 tahun
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak 6 bulan - < 4 tahun Makanan Pelengkap • Bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari). • Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. • Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. • Makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu.
Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas? • Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan: • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang. • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
Apakah kesan pula jika terlalu lewat ? • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien. • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang. • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. • Spt.: cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya.
Mesej Utama • Berikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 bulan sama ada yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi. • Penyusuan susu ibu perlu diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun.
Perubahan Tesktur Makanan • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi.
Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik. • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk mengelakkan tercekik. • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik. • Makanan yang diberikan kepada kanak-kanak perlu bersesuaian dari segi kepekatannya.
Kekerapan Makanan Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
Pertukaran sukatan: • Sukatan 1 cawan = 200ml • Sukatan 1 sudu makan = 2 sudu teh = ½ sudu Cina = 10ml • Sukatan ½ cawan nasi = 1 senduk sup sederhana = 1 senduk nasi penuh • Sukatan 1 cawan bubur = 2 senduk sup sederhana = 2 senduk bubur nasi
Contoh Menu 19
Perhatian: • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu. • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. • Susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
Makanan Yang Kanak-Kanak Tidak Berminat Untuk Makan • Makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih lapis, kuih koci dan sebagainya. • Makanan yang sangat kering dan keras. • Makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kanak-kanak lebih suka makanan pada suhu biasa. • Makanan yang berbau kuat seperti bau kayu manis atau rempah ratus. • Bau makanan yang tidak diingini. • Deria rasa kanak-kanak adalah lebih sensitif daripada dewasa. • Apabila bau makanan yang tidak enak dibebaskan, kanak-kanak mudah mengesan dan menolak makanan tersebut.
Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
(kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah, Menggunakan makanan jejari); • Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri. • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang. 4. Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan.
Common Error for Feeding Position