1 / 50

TOPIK (STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK)

TOPIK (STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK). PENDEKATAN,STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK. 1. INDUKTIF 2. DEDUKTIF 3. INTEGRATIF 4. EKLEKTIK 5. TEMATIK. KONSEP PENDEKATAN.

alissa
Download Presentation

TOPIK (STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOPIK (STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK)

  2. PENDEKATAN,STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

  3. 1. INDUKTIF 2. DEDUKTIF 3. INTEGRATIF 4. EKLEKTIK 5. TEMATIK

  4. KONSEP PENDEKATAN • Menurut kamus dewan(1998),-pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. • “Konteks pendidikan”- cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objeltifnya.

  5. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses p&p serta mempunyai unsur aksiomatik. • Ringkasnya: pendekatan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran berdasarkan kepada objektifnya.

  6. PENDEKATAN INTEGRATIF INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIF TEMATIK

  7. INDUKTIF • Pendekatan induktif : penyampaian pelajaran dari peringkat yang mudah kepada yang lebih kompleks @ dari konkrit ke abstrak. • Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, diakhiri dengan generalisasi atau kesimpulan. • Guru menyampaikan pengajaran daripada contoh-contoh khusus (sehingga pelajar dapat memahami) dan membuat kesimpulan secara umum.

  8. Memerhati, • mengkaji, • mengenal pasti, • mentafsir. Contoh-contoh khusus Membuat generalisasi Proses Pendekatan Induktif

  9. Memerhati dan mengkaji Mentafsir dan membuat generalisasi Contoh-contoh khusus Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Ikan emas, udang, kerang, berudu Bernafas melalui insang

  10. Mentafsir dan membuat generalisasi Memerhati dan mengkaji Contoh-contoh khusus Siput, kerang, ketam & tiram Bercengkerang Krustasia

  11. Jenis pendekatan Induktif • Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Contoh: mencari segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. • Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Contoh: mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

  12. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Contoh: mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa. • Membuat satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Contoh: mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. • Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Contoh: memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

  13. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF • Sebelum memulakan aktiviti p&p, guru harus menyediakan contoh-contoh soalan yang sesuai. • Guru tidak harus menerangkan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan, tetapi murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan. • Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan, tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama serta mudah untuk murid mengenal pastinya.

  14. Selepas contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid digalakkan memberi contoh–contoh yang serupa. • Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus. • Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan.

  15. Aktiviti p&p secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. • Harus mengikuti urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum.

  16. TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF : • Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran : • Mata pelajaran : Pendidikan Islam • Tajuk : wudu’ • Objektif pelajaran : • Dapat melakukan perbuatan wudu’ dengan betul dan sempurna. • memberikan beberapa contoh membasuh muka, tangan dan kepala. • Sumber pelajaran : gambar-gambar atau video berkenaan perbuatan berwudu’.

  17. DEDUKTIF • Suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. • Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.

  18. Aplikasi rumus, prinsip teorem atau peraturan Rumus,prinsip atau peraturan diketahui. Kaedah deduktif Mendapatkan rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang baru Rajah:Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif.

  19. Jenis pendekatan deduktif • Penyelesaian masalah:banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah.Misalnya,setelah murid mempelajari fungsi imbuhan ‘ber’,mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ber’. • Membentuk generalisasi baru;Pendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk membentuk generalisasi baru.Misalnya,setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat,mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak. • Membuat hipotesis:misalnya,selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah bulatan segitiga ialah 180.

  20. PRINSIP-PRINSIP • Pada peringkat permulaan,masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. • Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi,prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. • Generalisasi,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. • Penggunaan deduktif haruslah dijalankan mengikut prosedur yang betul iaitu: • Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi,prinsip atau teori yang telah dipelajari. • Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis,tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaiannya sendiri.

  21. KAEDAH DEDUKTIF Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat : Mata pelajaran : Pendidikan Islam Tajuk : Berwudu’ Objektif : Selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan generalisasi yang telah diketahui. Generalisasi lama : wudu’ ialah perbuatan membasuh muka,tangan,kepala dan kaki. Generalisasi baru : Wudu’ ialah perbuatan yang dimulai dengan niat,membasuh muka,tangan,kepala dan diakhiri dengan kaki secara tertib. Sumber pelajaran : gambar@video seorang pelajar membasuh tangan,kaki,kepala,muka.

  22. INTEGRASI • Pendekatan berkenaan menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan yang menyeluruh. • Integrasi dimaksudkan sebagai penyepaduan unsur-unsur dari berbagai-bagai bidang pengetahuan,kemahiran dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancangan pelajaran yang menyeluruh dan harmoni. • Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak.

  23. TUJUAN KAEDAH INI : • mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari • membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri. • menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik. • mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

  24. INTEGRASI Integrasi aktiviti Integrasi kemahiran Integrasi kandungan

  25. INTEGRASI KANDUNGAN • Idea-idea dari elbagai bidang pemgetahuan atau mata pelajaran disepadukan bagi menyampaikan satu-satu tajuk atau menjelaskan sesuatu isu. • Isi kandungan yang berintegrasi dalam pendidikan Islam didapati daripada penggabungan Bahasa Arab,Pend.Al-Quran,sejarah,matematik,sains dan sebagainya. • Integrasi pengetahuan semua bidang ini memberi gambaran dan keterangan yang menyeluruh tentang sesuatu tajuk. • Pendekatan integrasi memberi pendedahan tajuk itu secara meluas tetapi pada idea asas yang tidak mendalam. • Kebaukan:Mengelakkan pembelajaran yang bertindih-tindih dan terpisah antara mata-mata pelajaran di peringkat persekolahan awal.

  26. Bahasa arab ? matematik Sains Pendidikan Al-Quran Sejarah

  27. TAJUK: HAIWAN • SAINS • Ciri-ciri hidup haiwan. • Pengelasan haiwan mengikut struktur dan habitat. • Ekologi dan perseimbangan. • Pemeliharaan dan perlindungan. • Peranan haiwan dalam alam sekitar. • KESIHATAN • Penyakit dan keracunan disebabkan oleh haiwan. • Perubatan daripada haiwan. • Makanan dan pemakanan@ajen penyakit. • SEJARAH • Hubungan manusia dengan haiwan dari dahulu hingga sekarang. • Pemburuan dalam masyarakat primitif. • Sumbangan dan perkhidmatan khas dahulu. • Sejarah perkembangan dan kepupusan.

  28. INTEGRASI KEMAHIRAN Kemahiran komunikasi. -merangkumi 4 proses yang utama iaitu mendengar,membaca,lisan dan menulis. -Dalam satu waktu pelajaran lebih daripada satu kemahiran dapat digabungkan dalam penyampaian. -lazimnya murid-murid dikehendaki mendengar dahulu,kemudian membaca dengan sebutan yang betul dan akhirnya menulis perkataan-perkataan yang dibaca.

  29. Membaca mendengar Menulis Lisan

  30. INTEGRASI AKTIVITI • Integrasi aktiviti lebih mendorongkan murid dan dapat menambahkan keberkesanan pencapaian objektif-objektif yang berkenaan. • Contoh:Tahap satu sekolah rendah,menegaskan perkembangan kemahiran komunikasi asas,aktiviti-aktiviti seperti membaca,teka-teki dan permainan bahasa adalah sentiasa digunakan untuk memupuk kemahiran membaca,menulis dan lisan.

  31. Pendekatan Dan Strategi Kesepaduan ( Integratif ) • Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama, bukan terpisah. • Terbahagi kepada 2 konsep iaitu konsep penggabungjalinan serta konsep penyerapan dalam KBSR dan KBSM

  32. Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM • Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. • Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.

  33. Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja. • Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan pelbagai kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata pelajaran lain.

  34. Ciri-Ciri Penggabungjalinan • Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. • Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh. • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. • Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus – kemahiran utama manakala kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan.

  35. Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Walaubagaimanapun kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. • Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain.

  36. Konsep Penyerapan • Penyerapan merupakan proses menyepadu atau mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

  37. Ciri-Ciri Penyerapan • Ia mengandungi beberapa unsur pengetahuan daripada pelbagai pelajaran. • Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran. • Bilangan mata pelajaran digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.

  38. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih. • Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

  39. Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan • Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran dalam pelajaran kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu • Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran.

  40. Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran yang lain. Misalnya : unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran Geografi dan Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran Matematik. • Penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain. Misalnya, nilai-nilai murni seperti cintakan negara bersama unsur-unsur mata pelajaran Sejarah, Geografi diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

  41. Pendekatan Elektif “elective” pemilihan Induktif Deduktif Elektif

  42. Digunakan dalam…. rumus,hukum,konsep dan teorem. strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pemulihan dan penggayaan).

  43. Ciri-ciri pendekatan elektif • Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. • Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran.

  44. Guru memberi input murid-murid memberikan contoh dan membuat rumusan.

  45. Guru menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. • Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. • Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.

  46. Pendekatan Tematik satu koleksi idea mengenai satu tajuk yang tertentu. • dipecahkan kepada komponen-komponen yang kecil. • tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-topik kecil. • terdapat penggabungjalinan pelbagai kemahiran. TEMA

  47. membolehkan murid menganalis,membuat generalisasi pengetahuan. • Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan membolehkan murid menyatukan fakta-fakta. • Pokok perbincangan atau topik utama dijadikan satu pembelajaran utama dalam kajian.

  48. Amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan dalam aktiviti berkumpulan. • Dalam strategi tematik,konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbulkan dan dihubungkait melalui satu tema.

  49. Pendekatan tematik boleh dilaksanakan melalui tiga cara: Cara 1 Tema-tema dipecahkan kepada beberapa sub topik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas,sederhana, dan lambat secara berasingan. Cara 2 Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Cara3 Tema yang berbeza tetapi saling lengkap melengkapi diberikan kepada murid. Tema ini dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

  50. Langkah-langkah yang dicadangkan: • Pilih tema Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas.Minat kanak-kana perlu diutamakan. • Hasilkan satu jaringan rancangan Sumbangsaran demi menghasilkan sebuah carta atau sebuah peta semantik yang meneroka tema-tema yang sesuai.

More Related