1.09k likes | 2.69k Views
PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP. DISEDIAKAN OLEH: PN. HJH SITI JUARIAH BINTI TARMUJI PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPOS IPOH. PENDEKATAN . KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI PENDIDIKAN AL-QURAN. APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI?.
E N D
PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP DISEDIAKAN OLEH: PN. HJH SITI JUARIAH BINTI TARMUJI PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPOS IPOH
PENDEKATAN .KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI PENDIDIKAN AL-QURAN APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI?
PENDEKATAN ,KAEDAH, TEKNIK, STRATEGI, "Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul?" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu strategi..." " "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul?" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu strategi..."
ANGGAPAN Ramai guru yang berpengalaman menganggap konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Terdapat guru yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pengajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru."
KAEDAH DAN TEKNIK Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
PERUMPAMAAN Jika kita ingin memasak ayam maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, menggulai, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola, kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan seret, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
PERUMPAMAAN Andaikan kita ingin memasak ayam dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik.
PERUMPAMAAN Umpamanya untuk menggoreng ayam, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ayam melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ayam secara memanggang pula adalah amat berbeza.
PERINGATAN Untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini, kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjamin tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Di antara kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.
Kaedah • Siritindakan guru yang sitematik • Lebihbercorakjangkapendek • Merupakanusahakeseluruhanterdiri daripadaprosedurtersusunberdasarkan pendekatanyang telahdipilih • Mendokongpendekatandipilih
Teknik Pengajaran Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.
Teknik • Merujukkemahiran guru mengeloladan melaksanakankaedahmengajaryang dilaksanakan • Pengendalianygbenar – benarberlaku dalambilikdarjah • digunakandlmlangkahpengajaran • Perlumengambilkirafaktorlatarbelakang pelajardalammenentukanteknik yang dipilih.
Contoh Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Contoh Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori, model-model atau generalisasi yang tertentu.
Contoh 1 Sebagai contoh, pendekatan memasak ayam yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Ia amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.
PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan • Cara mengajarberdasarkanobjektif yang telahditentukan • Harusberlandaskanteori, prinsipatau model tertentu • Kenyataannyadianggapbenartanpamemerlukanbuktidanalasanbagi mendokongsesuatuteori
Sambungan……. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik,pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatan Deduktif • Pada tahap 1, iaitu tahun 1 hingga 3 persekolahan, pelajar lebih mementingkan diri sendiri seperti yang ditegaskan oleh penyelidik Kohlberg, kerana mereka diperingkat Pra-konvensional. • Penekanan pada tahp 1 ialah penyemaian nilai-nilai asas. • Strategi deduktif memainkan peranan yang amat penting pada Tahap 1. • Menerangkan konsep nilai dengan memberikan definisi nilai.
Pendekatan Deduktif • Hal ini kerana sebarang teori, formula dan pendekatan perlu didedahkan terlebih dahulu kepada pelajar di awal pengajaran. • Apabila penerangan lengkap telah diberikan, pelajaran haruslah diakhiri dengan memberi contoh-contoh khusus. • Amat penting bagi memastikan pelajar betul-betul memahami definisi dan konsep nilai yang diperkenalkan supaya mereka dapat mengaplikasikannya di dalam situasi yang lain.
Rajah 2.4: Prosedur pengajaran menggunakan strategi deduktif
Pendekatan Induktif • Strategi ini memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai konsep atau benda. • Ia amat berkesan pada tahap 2 iaitu persekolahan tahun 4,5 dan 6 kerana di peringkat ini pelajar berkeupayaan membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan pengajaran yang disampaikan.
Strategi ini melibatkan proses membuat penaakulan iaitu menggalakkan pelajar berfikir. • Hal ini kerana menggalakkan pelajar untuk berusaha mencari, meneliti dan mempelajarinya dalam sesuatu pelajaran tersebut. • Selepas melalui proses ini, barulah pelajar membuat rumusan mengenai isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. • Beberapa prinsip dalam melaksanakan strategi induktif. Antaranya ialah: a) Pelajar perlu membuat kesimpulan pada akhir pelajaran. b) Menyediakan soalan-soalan yang dapat mendorong pelajar kearah penemuan konsep pembelajaran supaya ia dapat membimbing dan mengelakkan mereka membuat kesimpulan yang salah.
c) Contoh-contoh yang dikemukakan tidak boleh mengelirukan pelajar. d) Pelajar perlu aktif dan guru pula perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menarik. f) Bimbingan dan bantuan guru sangat penting disepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran serta mengawasi pelajar dan tidak membiarkan pelajar bersendirian kerana hal ini akan mendorong pelajar membuat kesimpulan yang salah g) Sesuatu sesi pembelajaran induktif perlu mematuhi proses pemikiran induktif iaitu daripada contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum
Pendekatan Eklektif • Menggabungkan kedua-dua strategi iaitu strategi deduktif dan strategi induktuf. • Guru tidak terikat dengan mana-mana strategi secara tegar tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. • Hal ini bermaksud menggabungjalinkan beberapa pendekatandaripada tujuh pendekatan iaitu pendekatan pemupukan nilai, bertimbang rasa, perkembangan kognitif, analisis nilai, penjelasan nilai, tindakan sosial dan rasional. • Proses pengajaran ini boleh digabungkan dengan pendekatan analisis nilai agar pelajar benar-benar memahami kepentingan nilai dan keberkesanannya di dalam kehidupan seharian mereka. • Ini bermaksud guru perlu memberi beberapa contoh dahulu, menggalakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan beberapa contoh lain sebagai pengukuhannya. • Kesimpulannya, strategi ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada strategi deduktif induktif.
Pendekatan Tematik • Memerlukan guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran seterusnya menyenaraikan tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan tema. • Contohnya ialah isu pencemaran alam sekitar seperti yang tertera dibawah.
Beberapa peraturan utama pengajaran tematik: • Mempunyai tajuk atau tema utama/umum yang boleh dikembangkan kepada sub tajuk/tema atau tajuk-tajuk kecil. • Aktiviti pembelajaran boleh merangkumi berbagai-bagai bidang kurikulum. • Aktiviti pembelajaran berasaskan topik kecil dan semuanya ada kaitan dengan topik umum/utama atau tema • Pelbagai kemahiran boleh digabungjalinkan semasa pelajar menjalankan aktiviti
PENDEKATAN MEMUSATKAN GURU Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi
Pendekatan Memusatkan Murid Pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain kaedah perbincangan kumpulan DLL.
KEPELBAGAIAN PENDEKATAN Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. CONTOH : al-Quran dengan Tajuwid/ tafsir/hadis dll.
Strategi • Adalah : • Kebijaksanaanmemilihpendekatan, kaedahdanteknikpengajaranberdasarkanobjektifpengajaran. • Lebihmengambilkiraobjektifjangkapanjangdanmengambilkirasegalaaspekpembelajarantermasukpemilihanbahan, masadansebagainya.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Di antara kaedah-kaedah pengajaran Pendidikan al-Quran adalah seperti talaqqi dan musyafahah, kaedah tikrar, hafalan, tasmik, tadarrus, imlak, Baghdadiah, Iqra` , Qiraati, Hattawiyah
1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAHPengenalan Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kpd Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudain diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
1. Talaqqi Talaqqi pd bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka Talaqqi pd istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka Guru memberi contoh bacaan kepada murid dan murid mengikut bacaan beramai-ramai.
2. Musyafahah Musyafahahpdbahasa: Sebutandaripadamulutkemulutygdiambildaripergerakanduabibir. Musyafahahpadaistilah: MuridMenerimapengajarandengancaramendengarsebutan guru, melihatpergerakanbibir guru danmenyebutnya(mengikutnya) Guru membericontohbacaankepadaseorangmurid, kemudianmuriditumengikutcontohbacaan guru secaraindividu.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yg mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana perlaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yg meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
KaedahTasmik Pengenalan Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih dan menelaah, menguji dan mengesahkan maklumat didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.
KaedahTasmik Pengenalan Kaedah tasmik bacaan ayat al-quran sesuai dengan digunakan bagi tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkannya. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kekuatan Guru dapat: 1. Membetulkan bacaan murid dengan tepat 2. Mendisiplinkan murid dengan baik 3. Memastikan murid tidak melakukan kesilapan 4. Mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat 5. Mengesan kelemahan bacaan murid
KaedahTadarus Pengenalan Pada bahasa : Belajar mengajar Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh halaqah yang lain.
KaedahTadarus Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya atau mengeja.
KaedahTikrar (latihtubi / ulangan ) Pengenalan • Maksudtikrarpadabahasa: ulanganberkali-kali. • Padaistilah: aktivitibacaanberulang-ulang kali untukmenguatkaningatandanmengingatisesuatubacaan. Langkah-langkahnya: i. Selepas guru membaca, murid-muridikut ii. Seorangmuridmembacadandiikutirakan-rakan lain iii. Murid-muridmembacasecarakelas. iv. Murid-muridmembacaberamai-ramaimengikutkumpulan, kumpulan lain mendengarsahaja. v. Seorangmuridmembaca, yang lain mendengarnyasahaja.