180 likes | 471 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 8: TAWAF, SA’I DAN TAHALUL. MAKSUD AYAT. Safa dan Marwah merupakan sebahagian dari syiar Allah s.w.t. Seseorang yang mengerjakan sa’i dalam umrah dan haji hendaklah berjalan ulang alik sebanyak tujuh kali di antara bukit Safa dan Marwah.
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 8: TAWAF, SA’I DAN TAHALUL
MAKSUD AYAT Safa dan Marwah merupakan sebahagian dari syiar Allah s.w.t. Seseorang yang mengerjakan sa’i dalam umrah dan haji hendaklah berjalan ulang alik sebanyak tujuh kali di antara bukit Safa dan Marwah. Hendaklah kita berdoa memohon kebaikan KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Definisi Tawaf: Dari segi bahasa bererti mengelilingi. Dari segi syarak bererti suatu ibadah khusus yang dilaksanakan di sekitar Kaabah di dalam Masjidil Haram dengan syarat dan rukun yang tertentu. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Ada 5 jenis tawaf ( yang wajib dan sunat ) yang perlu diketahui oleh umat Islam: Tawaf Umrah Tawaf Haji (Tawaf Ifadah) Tawaf Qudum (Tawaf Pertama) Tawaf Wada’ (Tawaf Perpisahan) Tawaf Tatawwu’ (Tawaf Sunat) KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Syarat-syarat Tawaf: Niat tawaf Menutup aurat Suci dari hadis (besar dan kecil) Mengelilingi kaabah dengan berjalan ke arah depan Menjadikan Kaabah di sebelah bahu kiri KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Dimulai dari Hajar Aswad (salah satu penjuru yang empat) dan diakhiri di tempat yang sama juga. Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan. Mengerjakan tawaf di dalam Masjidil Haram iaitu di sekeliling Kaabah. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Cara mengerjakan Tawaf: Berjalan menuju ke hadapan Hajar Aswad dan memulakan tawaf dari sini. Berniat dalam hati jenis tawaf yang akan dilaksanakan. Mengusap atau mencium Hajar Aswad Mengelilingi Kaabah sedang Kaabah sentiasa berada di sebelah bahu kiri. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Memperbanyakkan zikir dan doa ketika mengelilingi Kaabah. Ketika sampai di sudut bernama Rukun Yamani, disunatkan mengusap tetapi tidak menciumnya. Apabila telah tiba kembali di Hajar Aswad, maka cukuplah satu pusingan ibadah tawaf. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Meneruskan pusingan tawaf hingga tujuh kali. Setelah selesai tujuh kali pusingan, menuju ke Multazam lalu berdoa. Kemudian hendaklah menuju ke Makam Ibrahim lalu solat sunat sebanyak dua rakaat dan berdoa. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Minum Air Zamzam Selesai tawaf disunatkan meminum air Zamzam kerana ia penuh keberkatan. Ketika minum hendaklah berniat dengan niat yang baik dan diminum sebanyak 3 kali, tarik nafas dan menghadap kiblat. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Definisi Sa’i Dari segi bahasa bererti berlari-lari anak. Dari segi syarak bererti berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah dengan syarat-syarat yang tertentu. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Syarat-syarat bagi perlaksaan sa’i ialah: Dilakukan setelah tawaf rukun dan boleh juga setelah tawaf qudum Bermula di Safa dan berakhir di Marwah Berulang alik sebanyak tujuh kali Dilakukan pada tempatnya iaitu jalan yang terbentang di antara Safa dan Marwah KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Cara mengerjakan Sa’i: Menuju ke Bukit Safa dan naik ke atas. Niat mengerjakan sa’i sama ada untuk haji atau umrah. Berdiri sambil menghadap dan melihat Kaabah kemudian membaca tahlil, takbir dan tahmid. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Setelah itu, kita berdoa memohon kebaikan-kebaikan apa saja yang dikehendaki mengenai urusan dunia dan akhirat Kemudian berjalan menuju ke Marwah sambil membaca doa. Apabila tiba di lampu hijau yang pertama, maka hendaklah berlari-lari anak hingga sampai ke lampu hijau yang kedua. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Setelah sampai ke Marwah, hendaklah mendaki ke atas kemudian menghadap ke Kaabah dan membaca doa. Setiap kali menaiki bukit Safa atau Marwah, hendaklah mengucapkan : “ Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah…” (al-Baqarah:158) KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Kemudian kembali menuju ke Safa dan begitulah seterusnya hingga tujuh kali ulang alik di antara keduanya. Dari Safa ke Marwah dihitung sekali dan dari Marwah kembali ke Safa dihitung sekali. Maka ibadah sa’i itu bermula di Safa dan berakhir di Marwah. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Tahalul Bererti bercukur (bagi lelaki) atau menggunting rambut (bagi lelaki dan wanita). Bagi umrah, tahalul dilakukan setelah sa’i di antara Safa dan Marwah. Setelah tahalul, seseorang itu telah keluar dari ihram dan tiada lagi larangan. KBM 3 FIQH BAB 8
TAWAF, SA’I DAN TAHALUL Bagi haji, terdapat 2 jenis tahalul: Tahlul Awal Dilakukan setelah melontar Jamrah Aqabah di Mina. Tahlul Tsani Dilakukan setelah Tawaf Ifadah di Mekah. KBM 3 FIQH BAB 8