340 likes | 789 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 1 FIQH ISLAMI. BAB 12 : JENAZAH. MENGINGATI MATI DAN PERSEDIAAN UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH. Kematian itu adalah perkara yang benar. Kita dianjurkan supaya perbanyakkan mengingati mati supaya tidak lalai dengan kenikmatan dunia.
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 12 : JENAZAH
MENGINGATI MATI DAN PERSEDIAAN UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH • Kematian itu adalah perkara yang benar. • Kita dianjurkan supaya perbanyakkan mengingati mati supaya tidak lalai dengan kenikmatan dunia. • Seorang Muslim perlu perbanyakkan amal ibadat yang menjadi bekalan ke alam akhirat. KBM 1 FIQH BAB 12
ADAKAH DENGAN BANYAK MENGINGATI MATI AKAN MEMBUAT UMAT ISLAM TIDAK BOLEH MAJU DI DUNIA? • Mengingati mati tidak membuat seorang Muslim itu tidak mahu bekerja atau berusaha. • Apabila ia melakukan sesuatu seharusnya dengan tekun. • Setiap amalan muslim jika diniatkan untuk kebaikan adalah satu ibadat. KBM 1 FIQH BAB 12
PERSEDIAAN ORANG YANG SEDANG SAKIT Orang sakit yang merasai tanda-tanda maut harus mengingati luasnya rahmatnya Allah dan bersangka baik terhadaNya. Hendaklah dia melupakan segala dosa di belakangnya dan menggambarkan bahawa dia sedang menghadap Tuhannya. KBM 1 FIQH BAB 12
TANDA-TANDA MATI YANG BAIK • Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. • Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. • Mati di malam Jumaat atau harinya. • Mati syahid di medan perang iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah. KBM 1 FIQH BAB 12
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA SEDANG NAZAK • Mengajar pesakit mengucap kalimah syahadah. • Perdengarkan di telinganya kalimah syahadah. • Membaca surah Yasin. KBM 1 FIQH BAB 12
Telentangkan, pejamkan matanya dan dakapkan kedua tangannya ke bawah dada. Berdoa moga dosanya diampunkan Allah serta menyebut kebaikannya. Tutup seluruh tubuhnya dengan kain. Menciumnya sebagai penghormatan bagi keluarga dan sahabat. Membayar hutangnya jika ada. Ini dilakukan oleh waris si mati. PERKARA YANG DILAKUKAN SETELAH MATI DAN SEBELUM DIMANDIKAN KBM 1 FIQH BAB 12
1) MEMANDIKAN JENAZAH • Kewajiban menyempurnakan jenazah adalah: • Memandikan - Mengkafankan • Menyembahyangkan- Mengebumikan • Syarat jenazah yang wajib dimandikan adalah: • Jenazah beragama Islam • Ada tubuh badan jenazah • Jenazah bukan mati syahid KBM 1 FIQH BAB 12
ORANG YANG BERHAK MEMANDIKAN JENAZAH • Mayat lelaki dewasa. • Isterinya • Ahli waris lelaki yang terdekat • Mahram (yang haram berkahwin dengannya) • Lelaki bukan dari ahli keluarga yang dipercayai. KBM 1 FIQH BAB 12
ORANG YANG BERHAK MEMANDIKAN JENAZAH 2) Mayat perempuan dewasa. • Suaminya • Ahli waris perempuan yang terdekat • Mahram (yang haram berkahwin dengannya) • Perempuan bukan dari ahli keluarga yang dipercayai. KBM 1 FIQH BAB 12
ORANG YANG BERHAK MEMANDIKAN JENAZAH 3) Mayat bayi atau kanak-kanak yang masih kecil (lelaki atau perempuan). - Ianya harus dimandikan oleh orang dewasa yang sama jantina, yang mengetahui cara-cara memandikan mayat. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MEMANDIKAN JENAZAH • Dilakukan di tempat yang terlindung. • Jenazah hendaklah diletakkan di tempat yang mudah untuk dimandikan. • Ia dipakaikan dengan kain basahan yang menutupi auratnya. • Buangkan segala kotoran yang melekat di badan jenazah. • Dudukkan jenazah dengan sopan dan tekan perutnya supaya keluar najis di dalam badannya. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MEMANDIKAN JENAZAH • Basuhkan tempat keluar najis dengan tangan kiri yang memakai sarung tangan. • Gosok giginya dengan tangan kiri yang bersarung juga. • Mandikan jenazah dengan basuhkan kepalanya dulu. • Basuhkan badan sebelah kanannya hingga ke kaki dengan mengiringkan badannya ke sebelah kiri. • Begitu juga sebaliknya dengan cara yang sama. KBM 1 FIQH BAB 12
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MEMANDIKAN JENAZAH 1) Melakukan wuduk untuk mayat selepas memandikannya. 2) Menggunakan air sabun atau yang berbau harum. 3) Mencampurkan air mandinya yang terakhir dengan kapur barus. 4) Melakukan mandian dengan bilangan yang ganjil. KBM 1 FIQH BAB 12
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MEMANDIKAN JENAZAH 5) Memandikannya dengan sopan dan penuh kelembutan. 6) Memulakan mandian pada anggota kanan. 7) Menyisir rambut dan janggut sekiranya ada. KBM 1 FIQH BAB 12
MENGKAFANKAN JENAZAH - Ianya bermaksud membalut seluruh badan mayat sekurang-kurangnya dengan selapis yang dapat menutupi seluruh badannya. - Bilangan kain kafan: 1. Mayat lelaki perlu 3 lapis kain putih yang tidak bercorak. 2. Mayat perempuan perlu 5 lapis kain yang sama jenis. KBM 1 FIQH BAB 12
PERBELANJAAN UNTUK MENYEDIAKAN KAIN KAFAN 1) Jika mayat itu ada meninggalkan harta, maka perbelanjaan diambil dari hartanya. 2) Jika dia tiada harta, maka ditanggung oleh orang yang wajib memberinya belanja semasa hidup. 3) Jika orang itu tidak mampu, maka diambil dari Baitulmal. 4) Jika tiada juga, maka diambil dari orang Islam yang mampu membiayainya. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MENGKAFANKAN MAYAT LELAKI 1) Sediakan tiga lapis kain putih. 2) Hamparkan sehelai demi sehelai dengan ditaburkan haruman suci seperti kapur barus. 3) Letakkan mayat atas kain kafan tersebut. Tutup mata dan sendi-sendi badannya dengan kapas lembut yang ditabur haruman. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MENGKAFANKAN MAYAT LELAKI 4) Letakkan kedua tangannya seperti keadaan orang solat atau diluruskan saja jika ada kesulitan. 5) Kafankan mayat dengan baik dan kemas dengan kain satu demi satu. 6) Ikatkan kain kafan pada bahagian bawah kaki, lutut, pinggang, rusuk dan bahagian atas kepala. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MENGKAFANKAN MAYAT PEREMPUAN 1) Sediakan lima lapis kain untuk lima bahagian: - Selapis kain dipakai di pinggang - Selapis kain dipakai seperti baju - Selapis kain menutup kepalanya - Selapis kain untuk menyelimuti seluruh badannya - Selapis kain untuk membalut seluruh tubuhnya 2) Hamparkan dan susun seperti urutan di atas serta ditaburkan haruman suci seperti kapur barus. 3) Letakkan mayat atas kain kafan tersebut. Tutup mata dan sendi-sendi badannya dengan kapas lembut yang ditabur haruman. KBM 1 FIQH BAB 12
CARA MENGKAFANKAN MAYAT PEREMPUAN 4) Letakkan kedua tangannya seperti keadaan orang solat atau diluruskan saja jika ada kesulitan. 5) Kafankan mayat dengan baik dan kemas dengan kain satu demi satu. 6) Ikatkan kain kafan pada bahagian bawah kaki, lutut, pinggang, rusuk dan bahagian atas kepala. KBM 1 FIQH BAB 12
SOLAT JENAZAH - Solat jenazah bermaksud solat ke atas jenazah hadir atau ghaib. - Hukumnya fardu kifayah. Apabila sebahagian orang telah solat, maka terlepaslah yang lain dari kewajiban itu. KBM 1 FIQH BAB 12
SYARAT-SYARATNYA 1) Syarat jenazah yang wajib disolatkan: - Mayat tersebut beragama Islam - Mayat itu ada tubuh walau sedikit - Mayat itu tidak mati syahid 2) Syarat-syarat sah solat jenazah: - Sama dengan syarat sah solat lain - Jenazah telah selesai dimandikan dan dikafankan - Menempatkan jenazah di depan jemaah yang menghadap arah kiblat KBM 1 FIQH BAB 12
RUKUN-RUKUNNYA 1) Niat solat jenazah 2) Berdiri bagi yang berdaya 3) Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram 4) Membaca Al-Fatihah selepas takbiratul Ihram 5) Membaca selawat atas Nabi selepas takbir kedua 6) Berdoa untuk mayat selepas takbir ketiga 7) Memberi salam selepas takbir keempat KBM 1 FIQH BAB 12
SUNAT-SUNATNYA 1) Mengangkat tangan ketika takbir 2) Merendahkan suara bacaannya 3) Solat jenazah berjemaah 4) Berdoa untuk jenazah selepas solat 5) Imam terdiri dari keluarga sendiri 6) Imam jenazah lelaki berdiri dekat kepala mayat, dan berdiri di tengah (punggung) mayat jika jenazah perempuan. KBM 1 FIQH BAB 12
MENGEBUMIKAN JENAZAH - Ianya bermaksud menanam jenazah ke dalam kubur yang telah digali di dalamnya lubang lahad. -Hikmah: memelihara kehormatan manusia yang telah mati dan menjamin kesihatan orang sekelilingnya. - Cara: sekurang-kurangnya orang di atas tidak mencium bau busuk mayat yang telah ditanam, dan ianya tidak dapat digali oleh binatang buas. KBM 1 FIQH BAB 12
MENGEBUMIKAN JENAZAH KBM 1 FIQH BAB 12
ADAB MENZIARAHI JENAZAH 1) Segera mengunjungi rumah keluarganya dan ucapkan takziah. 2) Menghulurkan bantuan mengikut kemampuan. 3) Datang berziarah dengan tenang, merendah diri dan mengambil iktibar dari kematian itu. 4) Berdoa dan meminta keampunan Allah untuk mayat serta rohnya. 5) Tidak menyebut-nyebut keburukan mayat. 6) Melihat wajah mayat dan menciumnya bagi ahli keluarga. KBM 1 FIQH BAB 12