210 likes | 644 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 1: ZAKAT DALAM ISLAM. MAKSUD AYAT. Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Zakat bererti bersih dan suci Seseorang yang berzakat dapat membersihkan dan mensucikan harta dan jiwanya. ZAKAT DALAM ISLAM. Definisi zakat
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 1: ZAKAT DALAM ISLAM
MAKSUD AYAT Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Zakat bererti bersih dan suci Seseorang yang berzakat dapat membersihkan dan mensucikan harta dan jiwanya. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Definisi zakat Dari sudut bahasa iaitu kebersihan dan kesucian. Dari sudut istilah iaitu mengeluarkan sebahagian harta atau bahan makanan yang utama menurut ketentuan dan ukuran yang telah ditentukan oleh syarak. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Hukum – fardhu ain. Kefardhuannya ditetapkan di dalam al-Quran seperti firman Allah : “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.” (al-Baqarah:43) KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Sabda Nabi: “…Maka beritahukanlah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah-atau zakat- yang diambil daripada orang-orang kaya daripada golongan mereka dan diberikan kepada orang-orang fakir dikalangan mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim) KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Syarat-syarat wajib zakat: Islam Merdeka Milik yang sempurna Cukup nisab Sampai haul (genap satu tahun untuk membayar zakat) KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Matlamat dan kepentingan zakat: Sebagai bukti kecintaan manusia terhadap Allah s.w.t harta suatu nikmat yang dicintai manusia. Allah melatih kita untuk mengorbankan sedikit dari harta kita untuk disalurkan kepada orang yang memerlukan. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Sebagai rasa syukur terhadap nikmat Allah Dapat melahirkan rasa syukur kepada Allah atas harta yang dianugerahkan. Dapat merendahkan diri kerana sedar harta itu sebenarnya milik Allah s.w.t Dapat menjauhkan diri dari sifat takbur. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Sebagai bantuan serta motivasi bagi golongan yang memerlukan Dapat membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan Dapat memotivasikan mereka agar giat bekerja bagi yang mampu Membantu atasi kemiskinan. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Mensucikan jiwa seseorang daripada sifat kikir dan bakhil Mendidik orang Islam agar sentiasa bersifat dermawan dan pemurah Menggalakkan agar bergiat aktif dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Hukum bagi orang yang meninggalkan zakat Bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat padahal ia mampu, mereka ini diancam oleh Allah s.w.t dengan seksaan yang amat pedih KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Firman Allah: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih.” (al-Taubah:34) KBM 3 FIQH BAB 1
ZAKAT DALAM ISLAM Bagi seorang Muslim yang mengingkari kewajipan mengeluarkan zakat dengan sengaja, maka ia telah terkeluar dari agama Islam. Tetapi jika ia mengakui kewajipan zakat namun tetap enggan dan sengaja tidak mahu keluarkan zakat, ia memikul dosa yang besar tetapi tidak terkeluar dari Islam KBM 3 FIQH BAB 1