1 / 19

KBM 1 FIQH ISLAMI

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 1 FIQH ISLAMI. BAB 3 : WUDUK. DALIL WUDUK. Berwuduk bermaksud bersuci dengan air mengenai muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki. Sabda Rasulullah s.a.w.: لاَ يَقْبَلُ الله صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأ َ

dino
Download Presentation

KBM 1 FIQH ISLAMI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Andalus Corporation Pte Ltd KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 3 : WUDUK

  2. DALIL WUDUK Berwuduk bermaksud bersuci dengan air mengenai muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki. Sabda Rasulullah s.a.w.: لاَ يَقْبَلُ الله صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ “Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu bila ia berhadas, sampai ia berwuduk lebih dahulu.” KBM 1 FIQH BAB 3

  3. FADHILAT ( KELEBIHAN ) WUDUK • Di antara fadhilat wuduk adalah ia membersihkan dosa dari diri seseorang. • Berwuduk juga merupakan tanda keimanan. KBM 1 FIQH BAB 3

  4. FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA Niat ketika membasuh muka. Maksud niat adalah kemahuan yang tertuju terhadap sesuatu perbuatan, demi mengharap keredhaanNya. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Semua perbuatan itu adalah dengan niat, dan setiap manusia mendapat sekadar apa yang diniatkannya.” KBM 1 FIQH BAB 3

  5. FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA 2) Membasuh muka Maksudnya mengalirkan air ke atasnya, dari tempat tumbuh rambut hingga bawah dagu dan dari cuping telinga kanan hingga kiri. Firman Allah s.w.t.: “Maka basuhlah mukamu.”Al-Maidah:6 KBM 1 FIQH BAB 3

  6. FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA 3) Membasuh dua tangan hingga kedua siku. Firman Allah s.w.t.: “Dan tanganmu sampai dengan siku.” Al-Maidah:6 KBM 1 FIQH BAB 3

  7. FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA 4) Menyapu kepala Maksud menyapu adalah melapkan sesuatu yang basah. Tidak diwajibkan menyapu seluruh kepala tetapi sebahagian sahaja. Firman Allah s.w.t.: “Dan sapulah kepalamu.” Al-Maidah:6 KBM 1 FIQH BAB 3

  8. 5) Membasuh kaki hingga kedua mata kaki. Hendaklah dipastikan tumit-tumit kaki turut terkena air. Firman Allah s.w.t: “Dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki.” Al-Maidah:6 FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA KBM 1 FIQH BAB 3

  9. FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA 6) Tertib Maksudnya adalah berurutan sepertimana yang tersebut di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t: “Inilah wuduk; Allah tidak menerima solat melainkan dengannya.” Al-Maidah:6 KBM 1 FIQH BAB 3

  10. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 1) Membaca Basmalah Sabda Rasulullah s.a.w.: Diriwayatkan sesungguhnya Rasulullah meletakkan tangannya di dalam bekas air dan bersabda pada para sahabatnya: “kamu semua berwuduklah dengan menyebut nama Allah. KBM 1 FIQH BAB 3

  11. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 2) Menggunakan sugi (bersiwak) Sabda Rasulullah s.a.w.: “Kalaulah tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali berwuduk.” KBM 1 FIQH BAB 3

  12. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 3) Membasuh kedua telapak tangan Sabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila salah seorang di antaramu bangun tidur, janganlah ia merendamkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya 3x, kerana ia tidak tahu, di mana tangannya itu bermalam.” KBM 1 FIQH BAB 3

  13. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 4) Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jika berwuduk, hendaklah berkumur-kumur.” 5) Menyapu air di seluruh kepala. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bahawa Nabi s.a.w. menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, maka ditariknya dari muka kemudian ke belakang, dimulainya dari bahagian depan kepalanya lalu ditariknya kedua tangannya itu ke arah tengkuk, kemudian dibawanya kembali ke tempat ia bermula tadi. KBM 1 FIQH BAB 3

  14. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 6) Menyapu dua cuping telinga luar dan dalam. Dari hadis Ibnu Abbas r.a.: “Bahawa Nabi s.a.w. mengusap kepalanya dan dua telinganya luar dan dalam. 7) Menyela janggut yang tebal. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya beliau sewaktu berwuduk, baginda menyela janggutnya yang mulia dengan jarinya daripada bawah janggutnya.” KBM 1 FIQH BAB 3

  15. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 8) Menyela-nyela jari-jari tangan dan kaki. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila kamu berwuduk, maka sela-selailah jari-jari kedua tanganmu dan kedua kakimu.” 9) Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Rasulullah menyukai mendahulukan yang kanan, dalam memakai kasutnya, berjalan, bersuci dan segala urusannya.” KBM 1 FIQH BAB 3

  16. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 10) Doa selepas berwuduk. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak seorang pun diantaramu yang berwuduk lalu menyempurnakannya kemudian baca: Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku mengaku sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan rasulNya, kecuali akan dibuka baginya pintu syurga yang 8 buah itu hingga ia dapat masuk dari mana pun yang disukainya. KBM 1 FIQH BAB 3

  17. SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA 11) Membasuh anggota wuduk 3 kali. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. berwuduk tiga kali.” 12) Berturut-turut. Disunatkan membasuh anggota wuduk berturut –turut dalam kadar waktu tidak kering anggota yang dibasuh mengikut kesederhanaan udara, tabiat atau diri seseorang. 13) Cermat dalam menggunakan air. KBM 1 FIQH BAB 3

  18. KESAN-KESAN WUDUK Ketika berwuduk, seseorang disunatkan melebihi membasuh anggota wuduk dari batas yang wajib kerana basuhan itu akan menjadi cahaya di hari kiamat kelak. Cahaya ini dinamakan ‘ghurrah wa tahjil’. KBM 1 FIQH BAB 3

  19. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK 1) Keluar sesuatu dari salah satu antara dua saluran (qubul atau dubur). 2) Tidur dengan sebenarnya (bukan hanya ngantuk). 3) Hilang akal dengan sebab mabuk atau pitam. 4) Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang halal nikah. 5) Menyentuh kemaluan anak Adam dengan perut tapak tangan. KBM 1 FIQH BAB 3

More Related