190 likes | 986 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 7: IHRAM UNTUK UMRAH DAN HAJI. MAKSUD HADIS. Setiap jemaah yang ingin masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah mesti melalui miqat-miqat yang telah ditentukan.
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 7: IHRAM UNTUK UMRAH DAN HAJI
MAKSUD HADIS Setiap jemaah yang ingin masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah mesti melalui miqat-miqat yang telah ditentukan. Kita mula berpakaian ihram dan menjatuhkan niat bagi haji atau umrah ketika melalui miqat-miqat tersebut. Miqat haji dan umrah kesemuanya ada lima tempat. KBM 3 FIQH BAB 7
PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT Ihram ialah permulaan memasuki ibadah haji atau umrah. Ihram dibahagi kepada 2 bahagian: KBM 3 FIQH BAB 7
PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Miqat ialah batas-batas waktu dan tempat untuk perlaksanaan ihram. • Miqat Zamani ialah batas waktu dan Miqat Makani ialah batas tempat. KBM 3 FIQH BAB 7
PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Miqat Makani bagi ihram bergantung kepada tempat tinggal orang yang hendak melaksanakan haji atau umrah. • Bagi penduduk Kota Mekah (Tanah Haram), mereka perlu terlebih dahulu ke tanah halal. • Tanah halal untuk berumrah ialah Ji’ranah, Hudaibiyah dan Tan’im. KBM 3 FIQH BAB 7
PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Bagi ibadah haji, penduduk hanya perlu berihram dari rumah sendiri sebelum berangkat ke Arafah. KBM 3 FIQH BAB 7
PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Bagi penduduk di luar Kota Mekah, ada lima tempat yang ditentukan iaitu: • Zulhulaifah (Bir’Ali) – bagi penduduk Madinah • Al-Juhfah – bagi penduduk Syam, Mesir dan yang searah. • Qamul Manazil – bagi penduduk Kuwait dan Najd • Dzatu Irqin – bagi penduduk Iraq • Yalamlam – bagi penduduk Yaman, India, Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia KBM 3 FIQH BAB 7
MEMBACA TALBIAH • Setelah berniat untuk haji atau umrah, perlu memperbanyakkan membaca talbiah sebagai sahutan menyambut seruan Allah s.w.t untuk melaksanakan ibadah di Tanah Suci. KBM 3 FIQH BAB 7
PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Perlaksanaan ihram dapat diterangkan berikut: • Membersihkan badan dengan mandi, berwuduk, mengetip kuku dan yang sebagainya. • Memakai pakaian ihram. • Berangkat menuju ke tempat miqat dan solat sunat ihram sebanyak 2 rakaat. • Menjatuhkan niat umrah atau haji. • Mulai dari tempat miqat, setelah masuk dalam ihram perlu menjaga ihramnya. KBM 3 FIQH BAB 7
PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Berikut adalah perkara yang dilarang di dalam ihram: • Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi jemaah lelaki. • Menutup kepala bagi jemaah lelaki. • Menutup muka dan memakai sarung tangan bagi jemaah wanita • Menggunakan bau-bauan yang harum di badan, rambut, pakaian dan sebagainya. KBM 3 FIQH BAB 7
PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Mengetip kuku • Menggunting atau mencabut rambut atau bulu dari anggota badan. • Memburu binatang yang halal dimakan • Menebang pokok atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram. • Saling bersentuhan diantara lelaki dan wanita dengan syahwat KBM 3 FIQH BAB 7
PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Bersetubuh (bagi suami isteri) • Bernikah bagi diri sendiri atau menikahkan orang lain KBM 3 FIQH BAB 7
CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Perlaksanaan ibadah haji ada 3 cara: • Haji Ifrad • Seseorang itu berihram untuk mengerjakan haji sahaja dan melakukan umrah secara berasingan. • Tidak mengerjakan umrah sehingga selesai mengerjakan hajinya atau dia mengerjakan umrah sebelum menjelang bulan haji kemudian baru mengerjakan haji. KBM 3 FIQH BAB 7
CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Haji Tamattu’ • Seseorang yang mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji, kemudian baru mengerjakan haji dalam tahun itu juga. • Perlu berniat ihram bagi umrah sahaja. • Apabila tiba waktu haji, hendaklah berihram bagi haji pula. • Dikenakan dam dengan menyembelih binatang korban. KBM 3 FIQH BAB 7
CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Haji Qiran • Seseorang yang mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak. • Perlu berniat untuk umrah dan haji sekali gus di miqat. • Dikenakan dam. KBM 3 FIQH BAB 7
PERBEZAAN ANTARA HAJI IFRAD, TAMATTU’ DAN QIRAN KBM 3 FIQH BAB 7
PERBEZAAN ANTARA HAJI IFRAD, TAMATTU’ DAN QIRAN KBM 3 FIQH BAB 7