630 likes | 1.52k Views
Kesalahan Umum Tatabahasa. Salah Dari Segi Kata Ganti Diri ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/)
E N D
Kesalahan Umum Tatabahasa Salah Dari Segi Kata Ganti Diri ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/) ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X) Beliau sudah sihat. (/)
‘Ia’ atau ‘dia’ hanya digunakan untuk manusia.Cth: Itu beg kulit.Iaamat mahal. (X)Beg ituamat mahal. (/) • ‘Ianya’ tidak boleh digunakan kerana salah dari segi bahasa. cth: Ianya akan dihukum. (X) Ia akan dihukum. (/)
Kata ganti yang menunjukkan banyak tidak boleh digandakan lagi. cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X) Mereka pelajar sekolah. (/) Para-para pemimpin……. (X) Para pemimpin….. ( /)
‘Kami’ bererti ‘saya dan dia’ apabila bercakap dengan orang kedua. Cth: ‘Kita takut’, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X) ‘Kami takut’, ………… (/) • ‘Kita’ bererti ‘anda dengan saya’ atau ‘anda dengan kami’. Cth: ‘Kami berusaha’, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X) ‘Kita berusaha’,…………………………… (/)
K. Zi Ying • Pada 3.1.2011
2. Salah guna ‘kata bilangan’ • Salah guna ‘berbagai’. Yang betul ialah ‘berbagai-bagai’ atau ‘pelbagai’. Cth: Berbagai cara….. (X) Berbagai-bagai cara…. (/) Pelbagai cara………….. (/)
Salah guna ‘tiap’. Yang betul ialah ‘setiap’ atau ‘tiap-tiap’. Cth: Tiap perkara……(X) Tiap-tiap perkara…… (/) Setiap perkara …….. (/)
Kata ‘setengah’ tidak sama dengan ‘setengah-setengah’. • ‘Setengah-setengah’ = ‘sesetengah’ • ‘Setengah’ bermaksud separuh. cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang. • ‘Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud sebahagian, sebilangan. cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar
Kata bilangan dengan pecahan mestilah dipisahkan. Cth: dua suku jam (X) dua jam suku (/) lima setengah ringgit (X) lima ringgit setengah (/)
Kata Bilangan 1. Kata nama abstrak tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: dalam sebuah masyarakat ( X) dalam masyarakat (/) mempunyai sebuah cita-cita ( X) mempunyai cita-cita (/)
Kata Bilangan Tak Tentu • Kata bilangan tak tentu ,kecuali ‘beberapa’,TIDAK boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: sebahagian orang penduduk (X) sebahagian penduduk (/) seluruh buah negeri (X) seluruh negeri (/) segala ekor binatang (X) segala binatang (/) setiap orang warganegara (X) setiap warga negara (/) beberapa helai kertas (/)
Kata Sendi • ‘Dari’ digunakan untuk masa dan tempat sahaja. cth: dari Kemaman dari kedai dari pukul 8.00 malam dari tahun lepas • ‘Daripada’ digunakan selain tempat dan masa. cth: daripada kain sutera daripada kakak daripada kajian
Kata Sendi ‘Oleh’ • ‘Oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berawalan ‘di’ atau ‘ter’ . cth: tertarik dengan kecantikan (X) tertarik oleh kecantikan (/)
Oleh sebab = kerana • ‘Oleh kerana’ salah digunakan di dalam ayat. Yang betul ialah ‘oleh sebab’. cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X) Dia tidur oleh sebab letih. (/) Dia tidur sebab letih. (X) Dia tidur kerana letih. (/)
Penggunaan Kata Kerja Mesti gunakan awalan ‘ter’, ‘men’ atau ‘ber’ bagi kata kerja tak transitif yang memerlukannya. Cth: Abu kata kepada saya. (X) Abu berkata kepada saya. (/) Badan budak itu lecur. (X) Badan budak itu melecur. (/) Orang itu senyum kepada saya. (X) Orang itu tersenyum kepada saya. (/)
Apitan ‘men...kan’ dan ‘men....i’ 1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X) Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/) 2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X) Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/) 3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X) Dia membeli kuih untuk adiknya. (/) 4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X) Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)
Kesalahan Kata Hubung 1. ‘Bila’ digunakan untuk ayat tanya manakala ‘apabila’ digunakan sebagai kata sendi. cth: Dia makan bila lapar. (X) Dia makan apabila lapar. (/) 2. Tidak boleh guna ‘agar supaya’ serentak lerana maknanya sama. cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X) Lim makan ubat agar sihat. (/) Lim makan ubat supaya sihat. (/)
Kesalahan Frasa Nama Apabila kata bilangan menunjukkan banyak, maka kata nama tidak boleh diulangkan. Cth: dua buah lori-lori (X) dua buah lori (/) beberapa orang pekerja-pekerja (X) beberapa orang pekerja (/) setiap pelajar-pelajar (X) setiap pelajar (/)
Kata Adjektif yang diulang • Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi diulang kata namanya. cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X) Bajunya cantik-cantik belaka. (/) Baju-bajunya cantik belaka. (/)
Hukum DM Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa Inggeris. D = diterangkan, M = menerangkan Perkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya. Cth: Tan Klinik (X) Klinik Tan (/) mini stadium (X) stadium mini (/) lain-lain hal (X) hal-hal lain (/) penghawa dingin (X) pendingin hawa (/) goreng pisang (X) pisang goreng (/)
Frasa Adjektif • Saya sayang ibu saya. (X) Saya sayang akan ibu saya. (/) Saya percaya orang itu. (X) Saya percaya akan orang itu. (/) Saya hormat ibu bapa saya. (X) Saya hormat/patuh kepada ibu bapa saya. (/)
Frasa Adjektif • Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh) boleh digandingkan dengan sekali). • Kata penguat lain tidak boleh digandingkan dengan sekali. Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X) Pisau itu amat tajam sekali. (/) Pisau itulah yang tertajam sekali. (X) Pisau itulah yang tertajam. (/)
Frasa Adjektif • Kata adjektif berawalan ‘ter’ tidak boleh bertugas sebagai predikat. Cth: Pakaian itu tersesuai. (X) Pakaian itu amat sesuati. (/) Bangunan itu tertinggi. (X) Bangunan itu paling tinggi. (/)
Frasa Kerja Aktif (FKA) • FKA terbahagi kepada dua iaitu:- Frasa Kerja Transitif (FKT) Frasa Kerja Intransitif (FKI) • FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek. Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X) Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/) • FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila dipanjangkan. Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X) Dia lupa akan janji-janjinya. (/)
FK Intransitif berapitan ‘ber…kan’ • Tidak boleh disertakan kata sendi selepasnya. Ini kerana ‘kan’ telah menggantikan kata sendi akan, dengan, pada dan tentang. Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X) Meja itu beralaskan kain. (/)
FK Transitif • Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek. Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X) Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/) 2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X) Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)
Frasa Kerja Pasif (FKP) • Terbahagi kepada dua:- i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua. ii. FKP Diri Ketiga. • Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti diri. Cth: Buku itu saya belum baca. (X) Buku itu belum dibaca oleh saya. (X) Buku itu belum saya baca. (/)
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPDT) • Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka dan objek-objek lain. • Kata ganti diri ketiga hendaklah berada selepas kata kerja pasif berimbuhan ‘di’ Cth: i. Beg itu Ong beli. (X) Beg itu dibeli oleh Ong. (/) Beg itu dibeli Ong. (/)