140 likes | 3.45k Views
PANTUN EMPAT KERAT (BUDI). Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja kebaikannya tidak akan dikenang. Anak itik terenang-renang,
E N D
PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja kebaikannya tidak akan dikenang.
Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. • Anak merak mati tersangkut, • Mati dipanah Seri Rama; • Resam di dunia juga disebut, • Orang yang mati meninggalkan nama. Telah menjadi adat atau kelaziman, manusia yang meninggal dunia, akan disebut dan dikenang (meninggalkan nama) Budi walaupun sedikit, sentiasa diingati sampai bila-bilapun atau menjadi ingatan sepanjang masa
Kasih, sayang dan jasa yang dicurahkan diterima dan akan sentiasa dihargai. Semua itu tidak akan langsai walau seribu tahun lamanya. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun
TEMA • Kepentingan menabur budi iaitu dalam kehidupan manusia, budi dan kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa dikenang dan disebut walaupun seseorang itu telah tiada lagi di dunia ini.
Persoalan • Kepentingan mengenang budi seseorang – budi seseorang perlu dikenang dan diingati. • Kepentingan budi – telah menjadi kelaziman atau adat dunia, manusia dikenang kerana budi dan kebaikannya atau sebaliknya. • Penghargaan atas budi atau kebaikan – budi atau kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa abadi dan budi ini tiada tara nilainya. • Hutang budi dibawa mati – budi yang ditabur tidak dapat dibeli dan menjadi kewajiban orang yang menerima budi, membalasnya dengan cara berhemah.
Nilai • Menghargai/membalas budi – budi yang ditaburkan akan sentiasa dikenang walaupun orang yang berbudi itu telah tiada. • Keikhlasan – tindakan menghulurkan budi tanpa meminta balasan. • Mengenang budi – menjadi tanggungjawab seseorang mengingati dan tidak melupakan budi yang ditaburkan.
Pengajaran • Setiap orang hendaklah memberi sumbangan supaya sentiasa dikenang apabila sudah meninggal. • Setiap orang yang memperoleh sumbangan mesti mengenang budi walaupun budi itu tidak sebesar mana. • Setiap budi yang ditaburkan mesti diberi setinggi-tinggi penghargaan • Jangan sesekali melupakan orang terutama orang yang telah berbudi kepada kita.