20 likes | 172 Views
STRATEGI PEMASARAN INOVATIF 25-26 MEI 2011 (9.00pg – 5.00ptg) MPC WILAYAH PANTAI TIMUR, LEVEL 7, WISMA TNB, KUANTAN, PAHANG.
E N D
STRATEGI PEMASARAN INOVATIF 25-26 MEI 2011 (9.00pg – 5.00ptg) MPC WILAYAH PANTAI TIMUR, LEVEL 7, WISMA TNB, KUANTAN, PAHANG Jualan merupakan faktor penentu keupayaan sesebuah organisasi untuk bertahan dalam perniagaan. Prestasi jualan sepatutnya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Sekiranya ini tidak berlaku, sesebuah perniagaan itu dianggap sudah tidak mempunyai daya saing untuk terus kekal dalam dunia perniagaan. Kursus ini akan menekankan kepada kaedah atau cara-cara bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh meningkatkan prestasi jualan mereka. Kursus ini juga menyentuh tentang bagaimana ICT boleh dieksploitasikan sebagai satu media utama untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan jualan terutama dari segi mencapai maklumat dan menghubungkan perniagaan dengan pelanggan. • Di akhir program ini, peserta akan dapat : • * Memahami kepentingan peningkatan jumlah pelanggan bagi menentukan prestasi perniagaan • * Mengetahui strategi yang perlu dilakukan bagi meningkatkan bilangan pelanggan • * Memahami kaedah-kaedah jualan yang berkesan untuk meningkatkan prestasi jualan • * Mengetahui kepentingan perkhidmatan selepas jualan bagi meningkatkan prestasi jualan METODOLOGI • Syarahan • Kerja Berkumpulan • Latihan SIAPA YANG PATUT HADIR • Pengusaha • Eksekutif Pemasaran / Jualan • Mereka Yang Terlibat Secara Langsung dan Tidak Langsung Dengan Pelanggan KANDUNGAN • RM500.00 / orang / 2 hari • 15% diskaun diberi kepada syarikat bukan EKS untuk pendaftaran ‘lebih daripada tiga peserta’ • Sila hubungi pegawai MPC untuk keterangan lanjut mengenai Insentif Syarikat Interprais Kecil dan Sederhana (EKS) • Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang • Nota Kursus dan Sijil Penyertaan PERTANYAAN
BORANG PENDAFTARAN TERIMA KASIH DI ATAS PENYERTAAN ANDA DALAM PROGRAM MPC Sila lengkapkan borang ini dan tanda *(X ) dalam petak yang telah pilih. Pembayaran di buat atas nama “PENGARAH WILAYAH MPC” untuk peserta kami mengikuti program di atas.