930 likes | 1.49k Views
DEFINASI DASAR. Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.. DEFINISI DASAR-DASAR KERAJAAN (AWAM). Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa kesemasa untuk menyelesaikan/mendapatkan hasil/ mencapai objektif. . KENAPA DASAR KERAJAAN DI B
E N D
1. Abd.Rahman bin Abd.WahabInstitut Tadbiran Awam NegaraJabatan Perkhidmatan AwamMalaysia
2. DEFINASI DASAR Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.
3. DEFINISIDASAR-DASAR KERAJAAN (AWAM) Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa kesemasa untuk menyelesaikan/mendapatkan hasil/ mencapai objektif.
4. KENAPA DASAR KERAJAAN DI BUAT Meningkatkan kecekapan
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kos pengurusan
Mengatasi masalah
Meletakakan asas pentadbiran negara/organisasi
Panduan bagi mencapai objektif
Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik di praktikan
5. KENAPA DASAR- DASAR KERAJAAN PERLU DIFAHAMI Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif
Mengatasi masaalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan
Terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)
6. MENGENALIDASAR-DASAR AWAM MALAYSIA Latarbelakang Negara
Peringkat Pembetukan Dasar-dasar Negara
Penggubalan Dan Pelaksanaan Dasar-dasar
7. LATARBELAKANG NEGARA Fizikal
Penduduk
Hasil Negara
Malapetaka
Prospek (Tenaga Kerja)
8. PERINGKAT PEMBENTUKANDASAR-DASAR NEGARA Zaman Penjajah
Sebelum Mencapai Kemerdekaan (1944-1957)
Selepas Merdeka (1957-13 Mei1969)
DEB (1970-1990) RRJP1
DPN (1991-2000) RRJP2 (Wawasan2020)
9. PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN DASAR-DASAR MEMENUHI OBJEKTIF BERIKUT: Pertumbuhan Ekonomi
Pengagihan Pendapatan
Kestabilan
Kebajikan
Pencapaian Wawasan 2020
Pencapaian DPN
Kedaulatan Dan Ketahanan Negara
10. KATEGORI DASAR-DASAR Dasar-dasar Am Kerajaan
Contoh: Rancangan Malaysia, Dasar Wawasan Negara, Dasar Pembangunan Negara, Wawasan 2020
Dasar-dasar Berkenaan Dengan Pembangunan Ekonomi Negara
Dasar-dasar Yang Berkaitan Dengan Kemajuan Sosio-Politik
Dasar Yang Berkaitan Dengan Hubungan Luar Negeri
11. DASAR-DASAR EKONOMI Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
12. DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
13. DASAR-DASAR LUAR Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)
15. 4 JENIS RANCANGAN DI MALAYSIA Rancangan Jangka Panjang
(Tempoh 10 Tahun Atau Lebih)Cth:RRJP 1 & 2
Rancangan Jangka Sederhana
(Tempoh 5 Tahun)
Contoh: Rancangan Lima Tahun Malaysia
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Rancangan Jangka Pendek (1 Tahun) Contoh: Belanjawan Tahunan Pembentangan Bajet 2006 (Laporan Ekonomi 2006)
16. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG MALAYSIA Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990, DEB
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000, DPN
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010, DWN
17. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG MALAYSIA 1 (RRJP 2 1971-1990) Jangkamasa : 20 Tahun
Berteraskan Dasar Ekonomi Baru
Matlamat: Mewujudkan Perpaduan Negara Berasaskan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Pesat (Sasaran - 8% Setahun) Dan Pengagihan Yang Saksama
18. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG MALAYSIA 2 (RRJP2 1991-2000) Jangkamasa : 10 Tahun
Berteraskan Dasar Pembangunan Negara
Memberi Penekanan Kepada Pembangunan Yang Seimbang Berasaskan Prinsip Pertumbuhan Dan Pengagihan Yang Saksama Bagi Mewujudkan Masyarakat Yang Lebih Bersatu Padu Dan Adil
19. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3 2001-2010) Jangkamasa : 10 Tahun
Berteraskan Dasar Wawasan Negara
Pembangunan Dekad Kedua Wawasan 2020
Tumpuan Kepada Meningkatkan Keutuhan Dan Dayasaing Negara
20. JENIS- JENIS DASAR UTAMA KERAJAAN Dasar-Dasar Ekonomi
Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja
Dasar-Dasar Luar
21. DASAR-DASAR EKONOMI Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar Kependudukan Malaysia Ke-Arah 70 Juta
Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
22. DEB telah dilancarkan pada tahun 1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (1971-1975)
Ia dilaksanakan di bawah RRJP 1
DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara.
Bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.
DASAR EKONOMI BARU(1971-1990)
23. OBJEKTIF DASAR EKONOMI BARU Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum;
Kemiskinan merupakan sebab utama wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat dan ianya wujud bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar & boleh menggungat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika ia tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.
24. Semasa DEB dilancarkan, kadar kemiskinan Bumiputera (BP) adalah paling tinggi kerana:
- Sebahagian besar tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.
- Antara faktor utama dikaitan dengan kemiskinan BP ialah pemilikan saiz tanah pertanian yang kecil, pergantungan kepada orang tengah, kejatuhan harga eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia, kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran seperti baja, bencana alam, corak pertanian tradisional, faktor sosial dan kebudayaan.
25. Strategi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan: Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat,
Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan;
Memberi peluang kepada tenaga kerja disektor yang rendah daya pengeluaran berpindah kepada sektor yang lebih lumayan;
Menguruangkan jurang perbezaan angtara kaum, bandar dan luar bandar serta wilayah;
Memodenkan cara hidup penduduk luar bandar & mewujudkan kumpulan perusahaan & perdagangan BP;
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia; dan
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup melalui pendidikan, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.
26. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
Kedudukan Sosial dan Ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum telah di warisi semenjak British lagi.
Ketidakseimbangan ini dapat dilihat dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pemilikan harta, kemudahan sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan, perhubungan, pelajaran & kualiti kehidupan.
27. Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Bagi mengurangkan ketidakseimbangan antara berbagai kaum, kerajan telah melaksanakan beberapa program seperti berikut:-
- Meningkatkan taraf sosial dan ekonomi BP
- Menggalakan penyertaaan BP yang meluas dalam bidang pembuatan & perkhidmatan
- Menyusun semula gunatenaga bagi memastikan komposisi kaum
- Menyusun semula hak milik modal dan pengawalan ke atas sektor syarikat; dan
- Pengelibatan BP dalam projek penswastaan kerajaan
28. RUMUSAN Setelah DEB tamat, terdapat bukti yang menunjukkan perubahan sosioekonomi yang telah berlaku & membawa perubahan besar kepada struktur ekonomi dan kehidupan rakyat.
Walau bagaimana matlamat 30% penguasaan BP dalam pemilikan modal tidak tercapai
Menjelang 1990, kadar kemiskinan dalam lingkungan 17%.
Bagi meneruskan agenda pembangunan negara, kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menjadi dasar induk negara tempoh 1991 sehingga 2000.
29. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) telah di gubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional yang menandakan bermulanya satu lagi era bagi dalam usaha untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju menjelang 2020
Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Keempat pad 17 Jun 1991 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
30. OBJEKTIF DPN Membina sebuah negara yang bersatu padu
Mengekalkan ekonomi yang berterusan
Menjadikan Malaysia sebuah negara maju
Mewujudkan sebuah masyarakat yang l lebih adil, beretika, makmur
Kecekapan pentadbiran kerajaan
31. STRATEGI DPN Mewujudkan Keseimbangan Yang Optimum Di Antara Pertumbuhan Ekonomi Dan Pembahagiannya
Memastikan Pembangunan Yang Seimbang Bagi Sektor-sektor Utama Ekonomi Untuk Meningkatkan Daya Saling Melengkapi Antara Sektor
Mengurangkan Dan Akhirnya Menghapuskan Keadaan Jurang Sosial Dan Ekonomi Dalam Negara
Mengurangkan Jurang Dalam Pembangunan Ekonomi Di Antara Negeri-negeri Dan Antara Kawasan Bandar Dan Luar Bandar
32. STRATEGI Membangunkan Masyarakat Progresif Dengan Mempunyai Nilai-nilai Sosial Yang Tinggi Dan Semangat Cintakan Negara
Memaju Pekerja Yang Berdisiplin, Produktif Dan Berkemahiran Tinggi
Menjadikan Sains Dan Teknologi Teras Dalam Perancangan Dan Pembangunan Sosio-ekonomi
Memastikan Perlindungan Alam Sekitar Dan Ekologi Supaya Pembangunan Negara Berterusan
33. DIMENSI BARU DPN Untuk Memperbaiki Ketidakseimbangan Sosial Dan Ekonomi
- Tumpuan Kepada Golongan Termiskin (Hardcore)
- Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian (MPPB)
Meneruskan Dasar Pemilikan Modal Saham
Golongan Minoriti Diberi Pertimbangan
Penekanan Penglibatan Sektor Swasta Dalam Pembangunan Negara
Pembangunan Sumber Manusia
34. PROGRAM PELAKSANAAN Penekanan Kepada Aspek Pendidikan Dan Latihan Sebelum Bantuan Diberi
Meningkatkan Daya Tarikan Pelabur
Mengamalkan Dasar Liberal
Mengalakkan Penglibatan Dan Kerjasama Semua Kaum Dalam Memajukan Negara
Memberi Latihan Kepada Belia Luar Bandar Untuk Meningkatkan Kemahiran
Membentuk Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
35. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA OBJEKTIF
Menjadikan Sektor Perkilangan Sebagai Catalyst Pertumbuhan Perindustrian Negara Dan Ekonomi Keseluruhannya
Menggalakkan Penggunaan Sepenuhnya Sumber-sumber Asli Negara
Meninggikan Tahap Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Teknologi Tempatan Sebagai Asas Bagi Malaysia Menjadi Sebuah Negara Maju
Dasar perindustrian yang berpandangan ke luar.
Membangun teknologi dan tenaga rakyat.
36. CORAK PERINDUSTRIAN NEGARA 50an Getah dan Bijih Timah
60an Gantian Import
70an Menumpukan kepada mewujudkan peluang-peluang pekerjaan/Eksport dan mempelbagaikan ekonomi
80an Industri Berat
90an Peranan Swasta dan Pelaburan Asing
37. DASAR PERTANIAN NEGARA Objektif
Memaksimunkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi negara dapat dipergiatkan semula.
Memaksimunkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki.
Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import dan komoditi terpilih untuk bahan makanan serta perindustrian
38. STRATEGI DPN PEMBUKAAN TANAH BARU
Pembangunan in-situ
Perkhidmatan sokongan pertanian
Pembangunan sosial dan institusi
Penswasta dan penyertaan pihak swasta
Pembangunan komoditi
39. BERTUJUAN
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
Membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara
DASAR PENSWASTAAN
40. MEKANISME/BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN Penjualan aset atau ekuiti
- (Pemindahan ketiga-tiga komponen organisasi
iaitu tanggungjawab oengurusan, aset (berserta
atau tanpa tanggungan) dan kakaitangan)
- Penjualan sebahagian atau keseluruhan ekuiti
Pajakan
- Pemindahan hak menggunakan aset untuk
tempoh tertentu dengan bayaran pajakan
41. Kontrak pengurusan
- Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus sesuatu ekuti kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan (meliputi pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor swasta dan mungkin juga melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak melibatkan pemindahan hak milik aset)
Bina-kendali-pindah atau build-operate-transfer dan bina-kendali atau build-operate
- BKP melibatkan pembinaan sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaannya sendiri dan kan mengendalikannya bagi tempoh yang dinamakan tempoh konsesi. Ia akan diserahkan balik diakhir tempoh konsesi. Dalam tempoh tersebut pihak swasta dibenarkan mengutip caj tersu daripada pengguna.
- BK tidak melibatkan penyerahan balik kemudahan berkenaan kepada
kerajaan
42. HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDAR Bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar.
Meninggikan lagi pendapatan petani dan pekebun kecil.
Pengelompokan kampung-kampung.
Penyatuan yanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara komersial.
Pembangunan industri kampung.
43. STRATEGI Usaha Promosi Secara Ekstensif
Gerakan Desa Wawasan Satu Kampung Satu Produk
Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Bakti Desa Tanggungjawab Sosial Dan Keuntungan Korporat
Pendekatan Inovatif Dan Fleksibel Pembangunan Luar Bandar (Contohnya Pembangunan Secara Pakej Jalan Raya, Perumahan, Bekalan Air Dan Elektrik)
Pembasmian Rakyat Termiskin Pada Tahun 2000 Melalui:Kredit Mikro,Fokus Kepada Negeri / Daerah Miskin,Maklumat Terperinci Kumpulan Sasaran
44. PERSYARIKATAN MALAYSIA Bertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.
Menghapuskan sifat permusuhan diantara kedua-dua sektor dengan menggalakan perkongsian maklumat dan saling faham memahami akan prosedur dan matlamat kedua-dua belah pihak.
Meningkatkan hasil negara.
45. DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA Menekankan Kepada Kerjasama Antara Kerajaan Dan Sektor Swasta Ke Arah Mewujudkan Satu Syarikat Malaysia Bagi Mencapai Kemajuan Di Mana Keuntungan Yang Diperolehi Akan Dikongsi Bersama
Mekanisme Kerjasama : Penubuhan Panel Perunding Dan Pelonggaran Peraturan
Untuk Menambah-baik Pentadbiran Negara
46. DASAR PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM DEFINISI
Dasar Pengurusan Perbelanjaan Sektor Kerajaan Yang Terdiri Daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Dan Kerajaan-kerajaan Tempatan
47. OBJEKTIF Bertujuan mengukuh kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan sumber-sumber yang ada.
Mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan.
Mengawal pertumbuhan hutang awam.
48. DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK Bertujuan menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi pengeluaran industri tempatan.
Ketahanan negara dan politik.
Sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial.
Dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.
49. DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
50. DASAR PANDANG KE TIMUR
51. DASAR PANDANG KE TIMUR Diumumkan Oleh Bekas PM Pada 8 Februari 1982 Semasa Persidangan 5th Joint Annual Conference Of MAJECA / JAMECA
Kajian, Penelitian Dan Pemilihan Terhadap Contoh-contoh Dan Teladan Terbaik Daripada Negara Jepun & Korea Dengan Mengubahsuaikannya Dengan Keadaan-keadaan Di Malaysia
52. OBJEKTIF Mewujudkan Satu Etika Kerja Dan Sikap Berkhidmat Yang Baru - Peningkatan Kepada Hasil Dan Mutu Kerja
Meningkatkan Semangat / Motivasi Pekerja Seiring Dengan Penerapan Nilai-nilai Islam Dan Kepimpinan Melalui Tauladan
Untuk Meninggikan Prestasi Pengurusan Dan Pembangunan Di Negara Ini Serta Mewujudkan Golongan Masyarakat Malaysia Yang Mempunyai Nilai & Etika Kerja Yang Positif Untuk Meninggikan Kemajuan Negara
53. STRATEGI Perubahan Struktur
Perubahan Sikap
Latihan & Kursus
54. Objektif mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru-peningkatan kepada hasil dan mutu kerja
Meningkatkan semangat/motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai islam dan kepimpinan melalui tauladan
55. BERSIH Bermoral tinggi, bertatatertib, berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah
Berkecuali
Tidak mementingkan diri sendiri
Tidak khianat, hasat dan dengki
56. CEKAP Berani dan cepat membuat keputusan
Hadapi krisis dengan tenang
Tegas kepada prinsip
Produktiviti tinggi dan kualiti kerja
Keyakinan diri
Berpandangan jauh
Berpengetahuan
Berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu
57. Amanah Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditentukan
Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi
58. LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN Manual Prosedur Kerja
Mewujudkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
Pusat bayaran bil setempat
Pejabat Plan terbuka
Kad perakam waktu
Pengisytiharan harta
Tanda nama
Badan Pencegah Rasuah
Laporan Juruaudit Negara
Perkhidmatan cemerlang
Pelajaran lanjutan
59. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bertujuan untuk menubuh satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Kurikulum berorientasikan Malaysia bagi semua jenis.
Sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Meningkatkan mutu pendidikanyang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
60. CIRI-CIRI PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Wujud lima jenis aliran sekolah akibat dasar terbuka penjajah Inggeris. Jenis-jenis sekolah : sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil
61. AKIBATNYA:- Tidak ujud perpaduan- Tidak ada bahasa penghantar yang tunggal- Sekolah-sekolah terpisah kedudukannya mengikut geografi dan taburan penduduk- kurikulum bagi kelima-lima aliran sekolah berbeza contoh Sekolah Inggeris mengikut kurikulum sekolah-sekolah di England
62. PENYATA RAZAK 1956 DAN LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Untuk mencapai perpaduan negara melalui sistem pendidikan tiga asas utama mesti dipatuhi:
Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di semua peringkat persekolahan
Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan
63. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Bertujuan mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.
Melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
64. DASAR/PROGRAM PEMBAHARUAN DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERHIDMATAN AWAM Bertujuan meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam supaya dapat memainkan peranannya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyumbang ke arah pembangunan.
Memastikan sumber-sumber negara digunakan secara optimum.
Meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.
Mewujudkan nilai-nilai positif di kalangan pegawai-pegawai awam.
65. Dengan itu beberapa dasar awam telah digubal khusus bagi mewujudkan nilai yang positif di kalangan pegawaui awam . Dasar dasar tersebut adalah:- BCA
DASAR PANDANG KETIMUR
KMT
PERSYARIKAT MALAYSIA
Beberapa program juga telah diperkenalkan bagi tujuan
yang sama iaitu:-
Etika perkhidmatan awam
Pemakaian tanda nama
Penggunaan kad perakam waktu
Pejabat terbuka
66. DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN Bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat.
Menubuh sebuah negara bahagia.
Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawab.
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Bukan bertujuan mengislamkan rakyat Malaysia.
Memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua golongan dan agama.
67. DASAR-DASAR LUAR Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)
68. KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI (ZOPFAN) Bertujuan menjadikan rantau Asia Tenggara satu kawasan aman, bebas dan berkecuali.
Bebas dari pertelingkahan kuasa-kuasa besar.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertelingkahan.
Menggalakkan kerjasama serantau dalam bentuk ketenteraman politik, ekonomi dan kebudayaan.
Mengundurkan tentera-tentera asing yang berpengkalan di beberapa tempat di negara-negara Asia Tenggara.
69. ANTARTIKA Bertujuan menjadikan Antartika sebagai warisan bersama untuk faedah bersama.
Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.
Ekologi dan alam sekitar dipertahankan.
Kerjasama dan penyelarasan antara- bangsa dalam kajian saintifik.
70. PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (PKTM) - Bertujuan membantu meningkatkan persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun.
- Negara penerima bantuan akan menyokong Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa.
- Mengeratkan perhubungan Malaysia dengan negara-negara sedang membangun.
- Membuka peluang pihak swasta Malaysia membuat pelaburan di negara-negara tersebut.
71. WAWASAN 2020 Ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Didalam ucapan tersebut beliau telah menegaskan bahawa Matlamat Pembangunan Negara ialah untuk menjadikan Malaysia:
Sebagai sebuah negara industri dan ... pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.. menurut acuan kita sendiri.
72. Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek:-
Ekonomi
Politik
Sosial
Kerohanian
Sektor-Sektor Kebudayaan
73. APA ITU WAWASAN? DEFINISI
KAMUS DEWAN (1989 m.s. 1463)
Fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal
Pandangan atau konsepsi
KAMUS DEWAN (1989 m.s. 331)
Gagasan pula ialah buah fikiran yang dijadikan saranan atau cita-cita.
74. Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya.
Dengan lain perkataan, ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang sendiri dengan menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat diatas.
APA ITU WAWASAN 2020?
75. MENGAPA PERLUNYA SATU WAWASAN? MEMBERI FOKUS NASIONAL
Agar setiap penduduk negara termasuk pemerintah dan rakyat dapat memberi satu penumpuan yang padu ke arah mencapai satu-satu matlamat. Dengan adanya wawasan yang jelas dan diterima umum, kita berupaya untuk bergerak ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak. Dengan lain perkataan, kita akan berusaha dan bertindak untuk mempengaruhi keadaan dan bukan keadaan yang mempengaruhi kita.
76. MENDAPAT KONSENSUS NASIONAL
Kamus Dewan 1989 m.s. 651 konsesus persetujuan bersama, kesepakatan pendirian, permuafakatan
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan keadaan geografinya berlainan, sedikit sebanyak terdapat pandangan berbeza dan menimbulkan perselisihan mengenai masa depan negara. Negara akan bergerak lebih cergas lagi sekiranya satu konsensus dapat diwujudkan.
77. SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK.
Kamus Dewan 1989 m.s. 1224 Sosiopolitik yang berkaitan dengan masyarakat dan politik, yang melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik.
Setelah dipersetujui satu-satu vision itu boleh dianggap sebagai satu perjanjian sosio-politik bagi negara ini kerana ia akan menjadi satu panduan utama bagi setiap rakyat untuk membawa negara ini kepada satu tahap yang lebih maju dimasa hadapan. Ini bererti setiap rakyat yang setuju-terima pada dasarnya mempersetujui arah dan matlamat yang sama
78. MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL.
Sebagai satu pandangan jauh kehadapan, jelaslah bahawa ia merupakan satu arah aliran yang menjadi pelan induk dasar pembangunan negara bukan sahaja dalam kontek pembangunan nasional malah juga dalam kontek global yang meliputi perkembangan dunia dari masa kesemasa. Ringkasnya, wawasan ini merupakan garispanduan utama bagi menetapkan Arah tujuan, Matlamat, Strategi, Jangka Masa dan Menetapkan Pencapaian.
79. MENGAPA TAHUN 2020? Banyak persoalan yang ditimbulkan dan intepretasi yang diberi tentang kenapakah harus ditetapkan tahun 2020 dan kenapa tidak sebelum atau selepasnya
80. MENGAPA TAHUN 2020? Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat.
Dalam masa 30 tahun satu generasi baru akan dapat dibentuk sekiranya ia bermula dari sekarang. Sekiranya mereka dibangun dari sekarang melalui rancangan dan persekitaran yagn baik, mereka berupaya memberi satu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara.
Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia.
Jangka masa 30 tahun ialah satu jangka masa yang munasabah dan praktikal dan matlamat yang akan ditetapkan terutama matlamat pembangunan eknonomi memang merupakan satu matlamat yang munasabah dicapai berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah kita capai setakat ini.
81. MENGAPA TAHUN 2020? Bersama dalam Mega-Trend
Mengikut Mega-Trend dunia, dalam masa beberapa dekad akan datang pembangunan sains, teknologi dan komunikasi akan mementukan tahap kedudukan satu-satu negara. Justeru itu amat perlu bagi negara Malaysia menetapkan satu wawasan yang ambitius tetapi munasabah agar tidak ketinggalan didalam perkembangan dan aras pembangunan dunia sejagat.
Jangka masa yang munasabah dan praktikal
Ramai ahli-ahli fikir berpendapat dalam beberapa dekad akan datang ialah satu masa yang menjadi garis pemisah sama sebuah negara itu akan berjaya dalam pembangunan perindustrian atau tidak. Justeru itu kita perlu berusaha supaya kita tidak termasuk dalam negara yang terus ketinggalan
82. CABARAN PERTAMA Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
negara aman
integrasi wilayah
hidup harmoni
bekerjasama dan adil
satu bangsa Malaysia
kesetiaan kepada negara.
83. CABARAN KEDUA Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah di kenali dari sikap ingin mencapai kecemerlang, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan menghormati oleh rakyat negara lain.
84. CABARAN KETIGA Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu, demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
85. CABARAN KEEMPAT Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi
86. CABARAN KELIMA Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
87. CABARAN KEENAM Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
88. CABARAN KETUJUH Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyanyangi. Iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
89. CABARAN KELAPAN Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
90. CABARAN KESEMBILAN Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.
91. MATLAMAT AKHIR WAWASAN 2020 MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU:
- Ekonomi.
- Politik.
- Kerohanian.
- Psikologi.
- Kebudayaan.
- Perpaduan.
92. FORMAT SOALAN 1) Dasar Perindustrian Negara adalah bertujuan seperti berikut kecuali:
a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara.
b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara
c) Membangun teknologi dan tenaga rakyat
d) Mengurangkan beban kerajaan
2) Dasar Pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated ) yang diperkenalkan pada tahun 1983 bermakna :
a) Kerajaan akan memindahkan beberapa perkhidmatan kepada sektor swasta.
b) Menganggap Malaysia sebagai sebuah syarikat yang mana kakitangan
kerajaan dan swasta
c) Kerajaan dan swasta akan menubuhkan syarikat usahasama
d) Swasta akan mengambil alih ekuiti kerajaan
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan menggariskan unsur-unsur berikut sebagai asas
pembentukan kebudayaan kebangsaan Malaysia iaitu :
i. Agama Islam
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
iii. Penerapan dan penerimaan oleh masyarakat masa kini
iv. Kebudayaan rakyat asal rantau ini
a) i , ii dan iii sahaja
b) i , ii dan iv sahaja
c) ii, iii dan iv sahaja
d) Semua diatas