1 / 15

CERPEN : PUSARAN

CERPEN : PUSARAN. SINOPSIS.

creola
Download Presentation

CERPEN : PUSARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. CERPEN : PUSARAN

  2. SINOPSIS • Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid menghabiskan sebahagian besar masanya bermain-main dengan Pusaran.Antara Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag aneh.Jika Pusaran sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh buta di kampung mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa Junid,Mohsin dan isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid ke sekolah dengan harapan Junid dan Pusaran akan berenggang.Namun,harapan itu tidak jadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.Menjelang Hari Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran untuk dijadikan korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera mencari Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui Pusaran yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid terus meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan erat dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid mengenai perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan merosakkan hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

  3. TEMA • Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih sayang seorang kanak-kanak terhadap lembu peliharaannya.

  4. PERSOALAN • Kemesraan antara Junid dengan Pusaran • Persoalan ini dapat dikesan sepanjang penceritaan cerpen ini. Contohnya ketika Junid menyeru nama Pusaran,Pusaran seolah-olah memahami seruannya,berlari kencang ke arah Junid dan apabila Pusaran telah sampai ke tempat Junid,Pusaran akan menjilat-jilat tangan Junid dan Junid akan membalas dengan menggosok panjang belakang Pusaran.(Rujuk muka surat 99 – 102). • Kasih sayang ibu dan ayah • Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk merawat Pusaran yang sakit demi Junid yang turut terganggu kesihatannya kerana seperti kebiasaannya Junid hanya sembuh jika Pusaran sembuh. • Selain itu,Musalmah juga turut menonjolkan sifat kasih sayang terhadap anak-anaknya.Musalmah sentiasa menyediakan santapan untuk anak-anaknya dan menyediakan pakaian untuk Junid apabila Junid bermain-main dengan Pusaran.(Rujuk muka surat 101, perenggan 2)

  5. Kerajinan • Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambing-kambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama membantu ayah mereka menguruskan lembu-lembu yang dipelihara. • Hidup Bermasyarakat • Dapat dikesan semasa penduduk kampung menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk kampung bersama-sama membantu melaksanakan korban di Hari Raya Haji tersebut.(Rujuk muka surat 109 – 110) • Kepercayaan karut • Kepercayaan penduduk kampung yang mengatakan Junid dan Pusaran anak kembar.Kepercayaan ini muncul disebabkan kenyataan Pak cik Kar yang merupakan seorang bomoh tua yang buta.Mohsin hampir terpengaruh dengan kenyataan yang diberikan oleh Pak cik Kar tetapi mujurlah dia tidak mempercayai kata-kata bomoh itu.

  6. Kesedaran terhadap pendidikan • Kurang dapat dikesan dalam perenggan ke-5 muka surat 103. Antara petikan ayat dari perenggan ini ialah ‘Pelajaran setakat tulis baca itu sudah cukup’ .Ini membuktikan kesedaran ibu bapa Junid tentang kepentingan pendidikan adalah sedikit.

  7. WATAK DAN PERWATAKAN • Watak utama • Junid • Anak bongsu yang menjadi kemanjaan Mohsin dan Musalmah. • Sangat menyayangi Pusaran dan saling memahami antara satu sama lain. • Pusaran • Seekor anak lembu jantan milik Mohsin • Seekor anak lembu jantan yang jinak dan mendengar kata Junid. • Ibunya mati ketika melahirkannya dan tugas memberi susu kepada Pusaran dilakukan oleh Junid dengan menggunakan susu botol.

  8. Watak sampingan • Mohsin • Ayah Junid • Bekerja keras untuk menyara keluarganya. • Mempunyai 8 ekar tanah bendang,6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor lembu. • Dikira mewah tetapi tetap hidup sederhana di desa. • Musalmah • Ibu Junid • Bersifat penyayang • Suri rumah sepenuh masa. • Junaidi,Rashid dan Adi • Abang-abang Junid

  9. Pak Cik Kar • Bomoh tua yang buta.Kata-kata dipercayai sebilangan penduduk kampung.Dia mengatakan Junid dan Pusaran adalah pasangan kembar. • Tuan Haji Subki • Tokoh agama yang dihormati dalam masyarkat kampung.Dia bertimbang rasa dan kerana memiliki sifat itu dia telah membatalkan korban yang melibatkan Pusaran

  10. PLOT • Eksposisi – Memperkenalkan watak Pusaran dan Junid serta latar tempat. • Konflik – Cadangan Mohsin hendak menjual Pusaran - Lembu dijual untuk dijadikan lembu korban • Puncak– Junid menyedari ketiadaan Pusaran • Peleraian– Junid mencari Pusaran • Pengakhiran – Pusaran tidak jadi disembelih

  11. Teknik Plot • Dialog – Perbualan antara Junid dan ibunya ( halaman 108) • Imbas Kembali – Ingatan atau kenangan Mohsin mengenai peristiwa Pusaran mendapat nama ( halaman 103 ) • Imbas Muka – Mohsin menjangkakan bagaimana hubungan Junid dan Pusaran akan renggang setelah Junid bersekolah (halaman 103)

  12. Latar • Tempat – Sebuah kampung tradisi yang masih mundur • Masa- agak panjang iaitu bermula Junid berusia enam tahun hingga dia bersekolah dalam Darjah Satu. • Masyarakat – Masyarkat kampung masih mundur dan berasaskan pertanian dan penternakan

  13. Gaya Bahasa • Bahasa dialek - Menebuh,Karang,dicerut • Perulangan - “Baik-Baik”, “ Tidak ayah.Tidak.” • Penggunaan ayat tanya - Ayah mana mak ? • Penggunaan ayat seruan -Pusarann!

  14. Simile - Pusaran petuh seperti anjing • Personifikasi -….dadanya digayuti oleh perasan bimbang

  15. Nilai dan Pengajaran • Nilai kasih sayang - Mohsin dan Musalmah sayang akan anaknya • Nilai kemanusian - Haiwan • Nilai kerjasama dan saling membantu -Adi,Junaidi dan Rashid membantu bapanya • Nilai keagamaan -sanggup berkorban mengikut kehendak Islam • Nilai kemasyarakatan -menasihati dan menegur seseorang yang telah melakukan sesuatu kesilapan dalam membuat keputusan

More Related