1 / 71

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia September 2001

BELAJAR CARA BELAJAR. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia September 2001. 1. OBJEKTIF MODUL. Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

dex
Download Presentation

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia September 2001

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BELAJAR CARA BELAJAR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia September 2001

  2. 1. OBJEKTIF MODUL • Menjelaskan konsep BCB. • Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. • Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. • Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p • Membantu guru melatih guru lain BCB • Menyediakan contoh rancangan p & p

  3. 2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR • Masa dan pengetahuan yang diterima di kelas terhad • Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. • Mempertingkatkan keupayaan murid untuk mempelajari sesuatu. • Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

  4. 3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR • Menyediakan murid berupaya belajar sendiri tanpa guru. • Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. • Membolehkan murid membuat refleksi danmenilai tahap pembelajaran sendiri. • Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.

  5. 4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR • Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak

  6. KEMAHIRAN BELAJAR

  7. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. • Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti: • Kemahiran Mendengar • Kemahiran Membaca • Kemahiran Menulis • Kemahiran Mengambil Nota • Kemahiran Mengingat

  8. a.Kemahiran Mendengar • Apa yang didengar ..........pelbagai teks • seperti: • Arahan Lakonan • Puisi Berita • Ucapan Syarahan • Lagu Taklimat • Pengumuman Penerangan

  9. b. Kemahiran Membaca • Skimming • Untuk maklumat ringkas dan pantas • Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan • Scanning/ Imbasan • Untuk maklumat lebih dalam dari skimming • Baca pendahuluan, rumusan dan bab • Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

  10. Bacaan IntensifUntuk mendapat maklumat terperinci Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question –tajuk jadi soalan – jawab Read – baca perenggan untuk maklumat Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan Record – catatan- bentuk yang diolah Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

  11. Baca Laju • Boleh baca laju dan faham kandungan • Tumpuan sepenuhnya masa membaca • Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda • Membuat catatan nota

  12. c. Mencatat Nota • Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. • Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

  13. d. Kemahiran Menulis Menulis Laporanii. Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: • Kelajuan menulis • Tulisan yang boleh dibaca • Kandungannya difahami

  14. e. Mengingat • Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. • Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

  15. KEMAHIRAN MAKLUMAT

  16. Definisi Maklumat Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. • Definisi Kemahiran Maklumat • Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

  17. Kemahiran maklumat terdiri daripada: • Kemahiran perpustakaan • Kemahiran belajar • Kemahiran penyelidikan • Kemahiran komunikasi dan penyampaian

  18. SUMBER MAKLUMAT Sumber berasaskan manusia Bahan audiovisual Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya. SUMBER MAKLUMAT Sumber berasaskan komputer Bahan bercetak Contohnya buku, majalah, monograf, surat khabar, jurnal dan laporan. Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

  19. JENIS SUMBER/BAHAN • Jurnal • Laporan /Statistik • Kertas Kerja • Paten • Standard/Piawaian • Tesis/Disertasi • Katalog Perdagangan • Ensiklopedia • Kamus • Tesaurus • Atlas/Peta • Gazetiar • Brosur/risalah • Akhbar • Majalah/Buletin • Buku teks/rujukan 17. Buku Tahunan 18. Monograf 19. Buku log/diari 20. Kitab suci/Hadith 21. Almanak 22. Indeks 23. Abstrak 24. Bibliografi 25. Ulasan/Resensi 26. Direktori 27. Biografi 28. Buku Panduan/Manual 29. Pangkalan Data Dalam Talian 30. Internet 31. CD-ROM

  20. Kemahiran Menemu RamahMaklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

  21. Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

  22. KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS menggunakan dengan kad katalog pembaca mikrofis dengan komputer OPAC

  23. Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu: 000-099 Karya Am 100-199Falsafah 200-299Agama 300-399Sains Kemasyarakatan 400-499Bahasa 500-599 Sains Tulen 600-699 Teknologi 700-799 Kesenian dan Hiburan 800-899      Kesusasteraan 900-999Geografi, Sejarah dan Biografi

  24. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu .

  25. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku atau CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN.

  26. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUSKamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad. • Terdapat dua jenis kamus: • kamus umum • kamus khas atau kamus istilah.

  27. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya. Fabulous fabulous – wonderful a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well entri frasa Keterangan makna ayat

  28. KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT MELALUI INTERNET Senarai enjin pencarian: • Infoseek (http://www.go.com) • Alta Vista (http://www.altavista.com) • Yahoo (http://www.yahoo.com) • Google (http://www.google.com) • Lycos (http://www.lycos.com) • Cari (http://www.cari.com.my)

  29. CONTOH ENJIN PENCARIAN

  30. STRATEGI METAKOGNITIF

  31. STRATEGI METAKOGNISI Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Costa, A.L.:1981) Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkankesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

  32. STRATEGI METAKOGNISI Pelajar mengawal pembelajarannya dengan: I.Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii.Memantau kemajuan pembelajaran diri. IiiMenilai apa yang dipelajari.

  33. i. PROSES METAKOGNITIF PROSES MERANCANG • Meramal • Menyediakan diri • Membuat perancangan

  34. PROSES MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan murid bertanya soalan seperti: • Adakah ini membawa makna kepada saya? • Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? • Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

  35. PROSES MENILAI Murid perlu membuat refleksi: • Bagaimana kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ? • Mengapa saya mudah/sukar menguasainya? • Apakah tindakan/pengubahsuaian yang harus saya ambil?

  36. CARA MENGAJAR METAKOGNISI Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisiperlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

  37. STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI a. Merancang • Sebelumaktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. • Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. • Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

  38. b. Menyoal Pada Semua Peringkat • Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. • Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

  39. c. Memilih Bincang dengan murid tentang pemilihan yang dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

  40. d. Menilai Dengan Pelbagai Kriteria Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.

  41. e. Mengambil Kredit Guru harus meminta pelajar mendapatkan maklum balas daripada rakan dengan mengajukan soalan seperti: Bagaimanakah tindakan itu harus diberikan pengiktirafan? Apakah tindakan ini membanggakan diri anda? Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan

  42. Pelajar harus menanyakan beberapa soalan: f. Mengelak Daripada Menyatakan ‘Saya Tidak Boleh’ • “Apakah informasi yang diperlukan?” • “Apakah alatan yang diperlukan?” • “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?” Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.

  43. g. Menggalakkan Idea Daripada Murid Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya: GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah …GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya bahawa … Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.

  44. h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: “Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …”“ Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik.” “Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.”

  45. i. Menerangkan Maksud Perkataan Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti “tidak adil’, ‘tidak baik’, “sangat tegas.” Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik” atau “sangat tegas” kepada murid

  46. Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut. Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan. j. Main Peranan Dan Simulasi

  47. k. Menyimpan Jurnal Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid: - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.  - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru. - Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan. - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.

More Related