1 / 45

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBELAJARAN SECARA. KONTEKSTUAL. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL. MATLAMAT. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

irma
Download Presentation

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

  2. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL MATLAMAT • Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. • Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. • Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : 1

  3. APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL? 2

  4. PENGENALAN Kenapakah saya mesti belajar perkara ini? Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. 3

  5. Mereka tidak boleh didorong untuk belajar • Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik 4

  6. The Average Child I don’t cause teachers trouble, my grades have been OK. I listen in my classes and I’m in school everyday. My teachers think I’m average, my parents think so too. I wish I didn’t know that ‘cause there’s lots I’d like to do. I’d like to build a rocket, I have a book that tells you how, or start a stamp collection-well there’s no use in trying now. ‘Cause since I found I’m average I’m just smart enough you see, to know there is nothing special that I should expect of me. I’m part of the majority, that hump part of the bell, who spends their life unnoticed in an average kind of hell. 5

  7. Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini ? Kegagalan membantu murid mencari hubung kait • Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada • Antara sekolah dengan dunia luar • Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain • Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan • Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru • Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan • Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran • Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru • Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan Apakah kekangan dalam membina hubung kait tersebut? 6

  8. APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengalaman Harian Individu Kehidupan Masyarakat Persekolahan Alam Pekerjaan 7

  9. TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. 8

  10. Konteks yang Pelbagai Budaya Sosial Fizikal Psikologi Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. 9

  11. Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah Makmal Tempat Kerja Kehidupan Harian Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 10

  12. PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU Sains Matematik Teknologi Maklumat Bahasa Komunikasi Kerohanian sikap dan nilai Fizikal dan Estetika 12

  13. APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams. Dan Hull A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests … John Dewey Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies … Howard Gardner The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences. Renate Numella Caine and Geoffrey Caine Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment … Jonassen Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi … D.A. Kolb 13

  14. Rumusan Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 14

  15. MENGAPA KONTEKSTUAL? 15

  16. MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? • Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. • Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. • Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. 16

  17. APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? • Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. • Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. • Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. • Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17

  18. CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan : • 10 % Apa yang kita baca • 20 % Apa yang kita dengar • 30 % Apa yang kita lihat • 50 % Apa yang kita dengar dan lihat • 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain • 80 % Apa yang kita alami sendiri • 95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Kita Belajar Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation 18

  19. abc + 123  TEORI KECERDASAN PELBAGAI Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. Verbal-Linguistik Logik-Matematik Muzik Naturalis Visual-ruang Intrapersonal Interpersonal Kinestetik Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan. 19

  20. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KONKRIT Merasa Mengalami dan melakukan Melihat dan mengalami Melakukan Melihat PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Memikir dan melakukan Melihat dan memikir Memikir Pembelajaran Secara Abstrak 20

  21. Rumusan Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. 21

  22. FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 22

  23. Murid Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada : Guru Industri 23

  24. MURID • Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan • Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian • Boleh memindahkan kemahiran • Boleh meneroka dan mendapatkan bukti • Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit • Dapat belajar secara kerjasama 24

  25. GURU • Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. • Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. • Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. 25

  26. Rumusan Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 27

  27. BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 28

  28. Relating (Menghubungkait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup R Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Experiencing (Mengalami) E Applying (Mengaplikasi) A Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Cooperating (Bekerjasama) C Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut : Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui Transfering (Memindahkan) T 29

  29. Relating (Menghubung kait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami) Murid melakukan proses menyediakan air buah (tembikai, epal dsb). 30

  30. Applying (Mengaplikasi) Murid melaksanakan simulasi jual beli Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah secara bersama untuk menceriakan kelas. Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara membentuk rumah dengan menggunakan pelbagai bentuk bongkah. 31

  31. Rumusan Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. 32

  32. BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA? 33

  33. MOTIVASI • Pengenalan • Isu perbincangan • Alat bantu mengajar KEMAHIRAN • Aktiviti Hands- On • Penyelesaian masalah PEMAHAMAN • Penerangan konsep dan perbincangan kelas • Bacaan dan melakukan • Contoh kajian PENILAIAN • Ingat kembali fakta utama • Penilaian kemajuan BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut: 34

  34. Rumusan  Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. 39

  35. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? 40

  36. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Tradisional Perkara Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Memindahkan maklumat. Objektif Peranan Guru Penyampai maklumat. Pembimbing dan mentor. Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian Peranan Murid Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik- Matematik. Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai. Isi Kandungan Syarahan dan soal-jawab. Inkuiri, penemuan dan aplikasi. Kaedah Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah(contoh: portfolio). Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil). Penilaian 41 39

  37. Rumusan Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. 40 42

  38. PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN 43

  39. Guru Murid KOMUNIKASI Ibu bapa Masyarakat 46

  40. Rumusan Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 54

  41. RUJUKAN Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA:ASCD. Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development. CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison – Wesley. Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books. Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development. Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey : Prentice Hall. Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O http//www.cord.org http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html 58

  42. Tugasan • Cadangkan 1 tema pengajaran • Kumpulan 5 orang melakukan simulasi berdasarkan pembelajaran kontekstual iaitu: -menghubungkait -mengalami -mengaplikasi -bekerjasama -memindahkan . Refleksi aktiviti

  43. TAYANGAN VIDEO – KIDS PLAYING CONSTRUCTION

More Related