720 likes | 1.37k Views
PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN ( SBAfL ) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN 7 17- 20 JANUARI 2011. JADUAL PROGRAM. OBJEKTIF PROGRAM. Pada akhir program ini , peserta harus menunjukkan pengetahuan dan berkemampuan untuk :
E N D
PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONALPENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN 717- 20 JANUARI 2011
OBJEKTIF PROGRAM • Padaakhir program ini, pesertaharusmenunjukkanpengetahuandanberkemampuanuntuk: • MemahamikonsepSBAfL • MelaksanakanSBAfLterkinisebagaiamalanpengajaranseharian. • Mempraktikkan SBA berdasarkanprinsip-prinsippenilaianuntukpembelajaran (AfL). • MemenuhikeperluanPenilaianKendalianSekolahUntukPembelajaran (SBAfL) berdasarkan SPN21. • Mengaplikasikankriteriapenilaianuntukmenilaipelajar. • Mempraktikkanstruktur, proses, teknik, dansumbersokongan yang sediaadauntukmembantumemenuhikehendakSBAfL.
MODUL 1 Falsafah dan Rasional SBAfL
SPN21: PENILAIAN Cara penilaian yang sah diperlukan untuk menilai pencapaian pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap (SKA). Penilaian kendalian sekolah untuk pembelajaran (SBAfL) akan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk program diagnostik dan intervensi. Penilaian yang dilakukan dalam SBA JUGA dikendalikan dalam bentuk penilaian sumatif. SBA harus dipantau dan dipraktikkan.
PenilaianFormatif Penilaianformatifadalahpenilaian yang dibuatsecaraberterusan, iaitusepanjangprosespengajarandanpembelajaran, untukmenilaikeberkesananpengajaran guru danpembelajaranpelajarbagisetiaptajuk yang diajar.
PenilaianSumatif Penilaiansumatifialahpenilaian yang dibuatpadaakhirpengajaran ( akhirpenggal/ akhirtahun), yang bertujuanuntukmenilaipencapaianakhirpelajar. Berbezadenganpenilaianformatif yang lebihmenumpukankepadapenilaianpenguasaanpelajardalamsesuatutajuk, penilaiansumatifbertujuanuntukmenentukanpencapaianpelajarpadaakhirpenggalpersekolahanatauakhirtahun yang jugadapatmenentukankeberkesanansesuatukurikulum
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARANSchool Based Assessment for Learning atau SBAfL: Definisi & Konsep SBAfL
Proses PenilaianKendalian Sekolah (SBA) ke arah SBAfLMerupakan elemen penilaian yang tidak terpisah daripada proses pengajaran dan pembelajaran. SBA melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: 1. Bermula dari perancangan program penilaian. 2. Kemudian mengenal pasti dan/ atau mengembangkan tugas atau aktiviti penilaian yang tepat. 3. Sehingga membuat dan menentukan keputusan penilaian. 4. SBA membolehkan guru untuk mengumpulkan sejumlah contoh atau sampel prestasi kerja pelajar dalam satu tempoh. 5. SBA dapat diadaptasi dan diubah suai oleh guru untuk memenuhi tujuan pembelajaran dan pengajaran dengan penilaian yang sesuai.
6. SBA dilakukandikelasbiasadan bukandidewanpeperiksaan.7. SBA dilakukanolehguru pelajar itusendiridan bukanorang lain.8. Inimelibatkan pelajar lebihaktifdalamproses penilaian, terutamanyajikapenilaian kendiri (self-assessment ) dan penilaian rakan sebaya (peer- assessment) dapatdigunakansepenuhnyaasalkaniaselarasdengan penilaian guru.9. Hal inimembolehkan guru untukmemberikanmaklumbalassegeradan konstruktifkepada pelajar.10. SBA menggalakkan penilaian dan perubahansecaraberterusandalampengajaran dan pembelajaran (Penilaian sumatifperludilaksanakandalam bentuk penilaian formatif).11. SBA adalahprasyaratpentinguntukmembudayakankonsep penilaian untukpembelajaran (AfL).
Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) 1. Setiap penilaian (termasuk penilaian sumatif) bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk belajar. 2. Aktiviti/tugasan penilaian boleh membantu pelajar belajar JIKA; a) Maklum balas dapat digunakan oleh guru dan pelajar untuk menilai diri pelajar itu sendiri dan rakan sebaya. b) Daripada maklum balas juga, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diubah suai agar pelajar terlibat dalam proses pembelajaran.
Ciri-ciri Utama “Penilaian” Dalam AfL: • Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran. Ia tidak dilihat secara berasingan; • Objektif atau tujuan pembelajaran dikongsi dengan pelajar dan mereka diajar bagaimana untuk mengetahui dan mengenali tahap yang ingin dicapai; • Pelajar terlibat secara berterusan dalam membuat penilaian kendiri (self-assessment) dan penilaian rakan sebaya (peer-assessment); • Maklum balas yang berbentuk kualitatif dan konstruktif membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran mereka seterusnya; • Guru, ibubapa dan pelajar secara teratur meninjau dan membuat refleksi catatan penilaian; • Penilaian dalam AfL mengandaikan setiap pelajar boleh meningkatkan pembelajaran mereka.(Diadaptasi dari Reformasi Penilaian Group, 1999,p.7)
KERANGKA SBAfL (adaptasidaripada Davison, 2008) • RANCANGAN PENILAIAN • Integrasikanpenilaiandenganpengajarandanpembelajaran • Kenalpastiobjektifdansasaran • Gunakan standard dankriteria (dalammenilai) • Pilihkaedah, teknikdanjangkamasasesuaidalammenilai Profilpelajar • KUMPUL MAKLUMAT PEMBELAJARAN • PELAJAR • Pastikan: • Pelbagai sumber informasi; pelajar, rakan sebaya dan guru • Contoh-contoh hasil kerja pelajar • Kaedah dapatan maklumat; pemerhatian, inkuiri, maklum balas dan ujian • SEDIAKAN MAKLUM BALAS ATAU NASIHAT • Apa perlu dilakukan dengan keputusan tadi • Dapatkan maklum balas; daripada pelajar, ibu bapa • Buat pembaikan terhadap; • Prestasi pembelajaran pelajar • Pengajaran guru • Pemilihan bahan pengajaran, dsb PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN Sukatanpelajaran Kurikulumsekolah • MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA PROFESSIONAL • Semua dapatan perlu: • Dianalisis • Lihat secara menyeluruh • Nilai kemajuan pelajar melalui objektif dan kriteria • Semak status kebolehpercayaan dalam membuat keputusan akhir Setiap peringkat haruslah menjawab soalan-soalan berikut:- Mengapa - Siapa - Apa - Bagaimana - Bila - Di mana
MODUL 2 Strategi Tugasan Penilaian
Definisi Penilaian Pelbagai Tahap Students VARY significantly in their knowledge and skills. They differ in the ways and speeds at which they process new learning and connect it to prior knowledge and understanding. They also differ in the ways they most effectively demonstrate their progress … Differentiated assessment is any assessment which takes into account these differences in the actual selection, design and content of the assessment task so that students can do different assessment activities but still be assessed on common outcomes (i.e., with common rubrics)
SBA Berkait rapat dengan Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) Tujuan utama dalam AfL ialah PENILAIAN tersebut DIBENTUK untuk menggalakkan pelajar belajar. Penilaian ini (AfL) dibentuk melalui Tugasan Penilaian (Assessment task/ aktiviti) • Walau bagaimanapun, tugasan penilaian hanya boleh dikatakan sebagai Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) jika: • Tugasan penilaian tersebut dapat memberikan maklumat kepada guru dan pelajar apa yang telah dipelajari (maklum balas); • Pelajar akan menilai diri mereka sendiri (self-assessment) dan/atau menilai rakan (peer assessment); dan • Hasil penilaian tersebut dijadikan panduan guru untuk memperbaiki /meningkatkan/ mengubah suai pengajaran bagi mempastikan pelajar akan sentiasa terlibat dalam pembelajaran (menggalakkan pelajar belajar)
Tugasan Penilaian (Assessment Task)
Tugasan Penilaian (Assessment Task) • Tugasan penilaian? • An illustrative task or performance opportunity that closely targets defined instructional aims, allowing students to demonstrate their progress and capabilities. (Suatu tugasan yang memberi peluang pelajar menghampiri sasaran yang dikehendaki) • (http://www.journeytoexcellence.org/practice/assessment/glossary.phtml) • The assessment tasks are not learning and teaching units, but they do suggest, in broad terms, what learning needs to have taken place before students undertaken the provided assessment tasks. Teachers make professional decisions about whether or not a particular task is suitable for their students. • http://www.assessmentforlearning.edu.au/assessment tasks/ assessment tasks landing.html
Mengapa Penilaian Perlu Pelbagai Tahap? • Kebolehan pelajar berbeza dari sudut: - Pengetahuan - Kemahiran - Cara & kecepatan menerima pelajaran / maklumat baru - Cara mentafsir & mendemonstrasi pelajaran / maklumat tadi • PERLU penilaian berbeza
Penilaian berbeza dari segi :1. Waktu 2. Jumlahbahan 3. Tahap kemampuan pelajar 4. Bahan dan sumber 5. Jenis-jenis tugasan (contohprojek, penyelidikantugas). 6. Nature of teacher scaffolding and support
Misalnya: ujian formal dan kuiz yang boleh diberikan dalam bentuk masa tanpa had, tugasan tidak dikawal pada akhir daripada beberapa unit kerja. Ujian formal disemak dan salinan dikembalikan kepada pelajar untuk mereka melaksanakan penilan kendiri dan penilaian rakan sebaya. Misalnya: Pemerhatian kelas secara tidak langsung, menulis nota, senarai semak ketika melaksanakan pemerhatian Misalnya: jurnal atau rekod pelajar, mencatat prestasi pelajar untuk tahun ini, ulasan guru dan refleksi pelajar, portfolio yang terdiri daripada kerja bertulis, multimedia; guru atau rakan conferencing yang dipilih sendiri oleh pelajar Misalnya: penilaian prestasi yang menilai kemampuan pelajar dalam melakukan aktiviti, contohnya, pementasan drama atau membuat pembentangan; melaksanakan tugas.
Kepentingan Strategi Penilaian • Aktiviti atau strategi penilaian akan dapat membantu pelajar untuk belajar jika • aktiviti tersebut dapat memberikan maklum balas kepada guru dan • pelajar dapat membuat penilaian mengenai diri mereka sendiri atau antara satu sama lain, • agar pelajar dapat melibatkan diri sepenuhnya. • penilaian tersebut menjadi formatif jika penilaian tersebut dapat mengubah atau diadaptasi bagi memenuhi keperluan pelajar.
Strategi Penilaian Mengikut Tahap Kemampuan Pelajar • Pelajar memberikan ulasan dan ‘ujian’ • Penilaian kendiri atau rakan sebaya • Guru dan pelajar bersama membina rubrik • Portfolio • Belajar berasakan masalah • Belajar berasaskan projek
Strategi SBAfL • Kongsi sama guru dengan pelajar mengenai objektif (learning intentions) dan kriteria untuk berjaya dalam pembelajaran (success criteria) yang akan dinilai dalam pembelajaran. • Strategi penyoalan. • Maklum balas yang efektif (Feedback). • Penilaian kendiri dan juga penilaian rakan sebaya (Peer-assessment). • Menjadikan penilaian formatif berguna dalam penilaian sumatif. (Black & William)
Perancangan Penilaian • Objektif pembelajaran Apakah perkara yang akan pelajar pelajari? • Kriteria Penilaian Bagaimana saya dan pelajar mengetahui bahawa pelajar telah memenuhi objektif? (iaitu melalui kriteria penilaian) • Aktiviti Dalam Kelas Apakah aktiviti yang boleh membantu pelajar mencapai objektif yang ditetapkan? • Maklum balas – Guru dan rakan sebaya Apakah cara saya untuk memberikan maklum balas kepada pelajar tentang peningkatan mereka dalam mencapai objektif pembelajaran? • Penilaian Kendiri Apakah cara saya untuk menyediakan pelajar untuk membuat penilaian ke atas dirinya sendiri dan bagaimana maklum balas tersebut harus diterima oleh pelajar?
Kriteria Penilaian • Kriteria berbentuk proses pembelajaran • Rubrik • Kriteria prestasi pelajar (performance criteria) • Senarai semak (checklist)
Prosedur Tugasan Penilaian Berbeza Mengikut Tahap Kemampuan Pelajar • Berikan tugasan penilaian (mengikut kemahiran). • Pelbagai jenis aktiviti: a) Pembentangan secara berkumpulan (laporan kemajuan pelajar) b) Lakonan c) Laporan bertulis (individu) dsb. • Tugasan mempunyai TIGA tahap: Tahap RENDAH, SEDERHANA DAN TINGGI • Penilaian untuk belajar: a) Gunakan Penilaian formatif untuk menyemak pemahaman pelajar tentang topik dan sub-topik b) Gunakan Rubrik dan Senarai semak: Mengukur hasil pembelajaran
Scaffolding Konsep pemenaraan (scaffolding) (Nur, 2000), iaitu memberikan sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian menguranginya dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengambil-alih tanggung jawab sekadar yang mereka mampu. Bantuan tersebut berupa petunjuk, peringatan, dorongan, menghuraikan masalah pada langkah-langkah pemecahan, memberi contoh dan sebagainya.
Portfolio • Himpunan hasil kerja pelajar yang dilaksanakan dalam jangka masa pembelajarannya yang dikumpulkan secara teratur/sistematik. Portfolio ini mengambilkira kemajuan pelajar dan DINILAI berdasarkan kriteria awal yang telah ditetapkan. • Fail atau buku tulis pelajar.
Konsep Integrasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran • To fully integrate assessment into the curriculum, think assessment-teaching-learning cycles, not just activities, i.e; follow a clear process which embeds assessment an integral component at every stage of your unit of work.
MODUL 3 Rubrik
Fokus Modul 3 • Sesi 1 : Apakah rubrik? • Sesi 2 : Penggunaan rubrik dalam SBAfL • Sesi 3 : Mereka bentuk rubrik untuk SBAfL
APAKAH RUBRIK ? • Satu set kriteria yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar • Mengandungi komponen berikut: • Kriteria • Tahap pencapaian / pengukuran • Deskriptor atau pemerihal
JENIS RUBRIK 2 jenis rubrik: 1. Holistik - Penilaian/ pengukuran secara keseluruhan atau global. 2. Analitik - Mempunyai beberapa kriteria untuk setiap tahap pencapaian.
KELEBIHAN RUBRIK • Meningkatkan pencapian pelajar dan ia menunjukkan dengan jelas kepada pelajar bagaimana tugasan mereka akan dinilai. • Membantu pelajar menilai kualiti kerja mereka sendiri. • Penilaian guru lebih objektif dan konsisten. • Memudahkan guru untuk menjelaskan kriteria dalam istilah-istilah khusus. • Mengurangkan jumlah masa guru dalam menilai tugasan pelajar. • Menggalakkan kesedaran pelajar tentang kriteria yang akan digunakan dalam menilai prestasinya dan rakan sebaya. • Memberikan maklum balas yang lebih informatif kepada tentang kekuatan dan kriteria-kriteria yang memerlukan peningkatan. • Mudah untuk digunakan dan diterangkan.
Penggunaan Rubrik • Dalam rubrik, guru tidak menjangkakan pelajar untuk mendapatkan nilai yang sama pada setiap tahap: beberapa orang pelajar mungkin berada pada tahap yang baik, tetapi tidak bagi pelajar lain. • Sebagai contoh penilaian untuk pembentangan: • Setengah pelajar mungkin dapat membentang sesuatu tugasan dengan baik kerana mereka telah bersedia dan membuat banyak latihan, • Tetapi mereka mungkin mempunyai kekurangan dari segi sebutan yang kurang baik dan suara yang kurang jelas didengar oleh audiens.
Penggunaan Rubrik • Guru dapat menilai setiap tahap secara khusus. • Guru dapat memberikan panduan kepada pelajar untuk langkah selanjutnya dalam pembelajaran mereka. • Guru dapat menyatakan secara jelas tahap pencapaian pelajar. • Setiap tahap kriteria mempunyai deskriptor: Dekriptor inilah yang membantu guru dalam memberikan maklum balas kepada pelajar berkenaan apa yang mereka boleh buat dan apa yang ingin dicapai.
Modul 4 Penglibatan Pelajar dalam Penilaian Kendiri & Maklum Balas Rakan Sebaya
Penilaian Kendiri Definisi Black dan William (1998a, 1999) Penilaian kendiri membantu PELAJAR untuk: 1. Bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka, 2. Mengenal pasri kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran, 3. Menitikberatkan teknik bagaimana proses pembelajaran boleh dilaksanakan, 4. Menentukan objektif pembelajaran yang ingin dicapai, 5. Bertindak ke atas maklum balas, 6. Menilai kualiti kerja berdasarkan kriteria penilaian.
Kepentingan Penglibatan Pelajar-pelajar dalam Penilaian Kendiri dan Maklum Balas Rakan Sebaya • Pelajar bergantung kepada penilaian guru secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan memerlukan bantuan guru secara keseluruhan. • Penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi dan menggalakkan pelajar untuk belajar secara terperinci dan membantu pelajar untuk memperolehi hasil pembelajaran yang lebih baik.